Our last getaway for 2020 dimusim pandemik covid19. Bukan nak berbangga keluar time penularan wabak tengah naik, tapi just nk kongsi pengalaman menikmati keindahan bumi Tuhan di negeri Pahang Darul Makmur.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar, cuma hari terakhir kat Kuantan tu memang hujan je setiap masa i.e. pada 1 Jan 2021. Duduk hotel tingkat 22 malam tu mmg angin kuat dengar dr bilik. Seram jugaklah! Kami balik KL memang just before banjir melanda negeri Pahang. Syukur tak stranded utk mulakan kerja tahun 2021.
Memori ni harus disimpan utk rujukan #ZahrahNurIman dan #ZarinNurInsyirah dimasa hadapan. InshaaAllah
πππ
Geram je tengok budak 2orang ni kalau amek gambar.
...sorang tak reti duduk diam, asyik nak berlari je #ZahrahNurIman.
...sorang tak reti bagi kerjasama, asyik buat muka je #ZarinNurInsyirah.
Pape la nak, janji bahagia! πππ
InshaaAllah, kalau diizinkan Allah, tahun ni kita jalan² lagi ya kalau covid19 dah reda. Harap²nya sebelum bersalin cum anniversary 10years nnt dapatlah kita travel lagi kan.
Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah jeπ€π€π€
Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) π π π
Kisahnya........
Day 1 - Journey to Langkawi
Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip πππ
1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)π π π
2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah πππ
3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travelπππ
4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)π¬π¬π¬
Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..
Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.
Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi
Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.
1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petangπ€£π€£π€£.
2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.
3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya πππ.
4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! πππ.
5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.
6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagiπ€π€π€.
7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.
Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping πππ.
Day 3 - It's outdoor activity
Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.
Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.
Ada 3 stops utk Island Hopping ni:
1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu π€£π€£π€£!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.
3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledownπ€¦♀️π€¦♀️π€¦♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.
Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.
Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 πππ.
Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.
Total Lost? Takyah tanya! π π π
Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi
Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.
Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??
Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.
Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarπππ
Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!
Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) π€π€π€
Short and sweet entry today.
It's a teaser for #AhsainsOutingDay 2018. Tahun ni kami telah memilih Langkawi sebagai lokasi berjalan.
Dah lama tak keluar ramai2, last rasanya ke Sabah 2016 itu pun xcukup quorum. Tahun 2018 ni ke Mersing cukup quorum, itu pun last minute plan. Trip kali ni pun xcukup quorum jugak, cikgu Permata dua org tu busy sungguh cuti sekolah ni. So kena tinggallah jawabnyaπππ
Ibu ZNI bagi diskaun kat diri sendiri berpantang 40 hari je sebab plan lari (ingatkan baby keluar awal sempatlah berpantang 44hari, sekali overdue pulak) π π π
First travel berempat yang sgt mencabar fizikal dan mental, sakit badan bila baby #ZarinNurInsyirah nak berdukung je..nasib baik byk tangan lain boleh tolong dukung juga. Thank u semua!
Kakak #ZahrahNurIman as usual bila berkumpul ramai2 suka lah dia. Tapi selalu menguji kesabaran ibu dia ni..huhu..
Kebanyakan tempat yang di singgah tempat2 yang belum pergi sebelum ni (2011 & 2015) serta perlukan "mesra-orang tua dan Baby" πππ
π’ Skycab cukuplah sekali naik, dulu, 6tak kuasa nak bergayat lagi sekali. Datang Oriental Village utk aktiviti lain tapi tak berjaya..haha..
π Island Hopping layan jugak walaupun gigih bawak baby. Sakit pinggang ya amat naik π₯ tu.. Adoyai..
π️ Sightseeing Langkawi Craft and Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Chenang
Shopping is "no-need to tell" activities Di Langkawi kan..
Nanti kita cerita lagi yer pasal #ZahrahRevisitLangkawi dan #Zarin1stHoliday kali ni.
Salam Maal Hijrah Muslimin dan Muslimat sekalian..
Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua terutamanya kepada suami, mak abah, ibu ayah, anakku, adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan juga semua yang mengenali saya secara dekat mahupun dialam maya :-)
Di kesempatan ini juga, saya ingin berharap agar kita semua dapat menjadikan segala suka duka pahit manis disepanjang setahun dan tahun2 sebelumnya, sebagai pengajaran, kenangan dan rujukan. Mana yang baik kita jadikan ukuran, dan mana yang buruk jadikan sempadan.
Semoga kita semua terus berada dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.
InshaaAllah..
Semoga kita berjumpa lagi di keluaran akan datang :-)
Alhamdulillah, dah dekat seminggu kita semua menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1436H kan.. Syukur masih dipanjangkan usia untuk bertemu tahun baru..
Salam Maal Hijrah Muslimin & Muslimat sekalian..
(Ehsan Google.com)
Bercerita pasal tahun baru ni jugak, Alhamdulillah kami dapat sambut di kampung Johor, dengan famili ibu Zahrah ni.. Maklumlah, cuti panjang sebab dilanjutkan dari perayaan Deepavali sampailah ke weekend.. Macam2 biasa, kami semua kena ambil Cuti 1TM sempena dua sambutan ni, start Rabu (Deepavali), Khamis (Cuti 1TM - Annual Leave) dan Jumaat (Cuti Ganti Awal Muharram)
So, cuti kali ni just balik rumah tokmak-tokbah Zahrah..tapi sebelum sampai kota tu, kami sempat la singgah jalan2 cari makan kat JB.. Mula2 pergi AZA 96, Kampung Melayu Majidee (lokasi berhadapan Masjid Kg. Melayu Majidee).. Kat situ banyak gerai2 kecil yang dia buka..setiap gerai lain dishes la..ada sate, mi rebus, asma rojak, ABC, minuman dll.. Tapi yang paling utama kat situ ialah murtabak.. Sedap habaq hangggg!! Kitorang makan pun amek 2 set, then kongsi2..so masing2 dapat lah rasa sikit2 kan..
So, meh tengok jela gambar yer!!
murtabak daging..makan dengan kuah kari yang sedap
(nampak tak ABC tu..oh no!!)
sate ayam+daging..kuah kacang ni pun yummy
mee rebus..juga sedap..haishhh..
Akhirnya, setelah bertahun hidup, orang Johor ni baru first time sampai kedai tu..padahal tu memang kawasan kampung zaman kecik2..hmmm, kampung i memang kat bandar yer
Then, a day before nak kena balik KL semula, kami pergi kampung sebelah abah pulak..yang ni memang kawasan kampung..kalau kampung belah mak di Johor Bahru, kali ni ke kampung abah di Johor Lama pulak..
Kami just pergi makan-makan di tepi Jeti Telok Sengat..jom tengok pictures jela yer
Macam biasa punya menu je pun..
Murtabak daging..tapi rasanya sedap lagi yang kat Majidee tu..hihi
Roti tulurrrr..
Asma rojak..kuah masin n cayaq sikit..
A-B-C-D tapi xde Durian..dak kecik Zahrah makan yang color pink je..kalau terkena sirap hijau tu dia taknak..
Last but not least..gambar selfie kami
Sekian cerita di awal tahun Hijrah 1436H..
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas..
p/s: Antara kenangan paling bermakna bagi Tahun 1435H adalah dengan kenaikan band.. Thanks to my superior atas promotion ini.. Bis thanks to my husband, parents and families for the support.. More than 6 years dengan TM sudah.. Alhamdulillah
Sekian, terima kasih...
Daaa...
Btw, walaupun dah setahun tak update blog ni..hati saya masih disini..cuma tangan je tak termampu nak menaip..hikhik..
Since dah dekat setahun punya cerita (tapi gedik nak update jugak), makanya, biar gambar berbicara..haha..
Nak cerita lebih pun dah basi kan..so, kita main upload gambar jela yer :-)
Ceritanya, hujung tahun lepas..biasa lah kan..time hujung tahun mesti semua nak gedik habeskan cuti yang dah "nazak" tu kan..so, i pun gedik la nak bercuti jugekkk..nak tau ke mana????
Tadaaaaaa!!!!
nampak tak?? nampak tak??
Lama giler rasa nak pegi sini..tapi baru tahun lepas baru berkesempatan.. Alhamdulillah..
Kami kan ada "darah keturunan" felda..haruslah pergi sini..ngeh ngeh ngeh..gedik terlebih ibu Zahrah ni..cakap jela nak g jalan2 kan..alasan tak boleh blah!! hehe..
Inilah cerita Jalan2 Hujung Tahun 2013 kami o_O
31 Disember 2013 ~ Perjalanan bermula.. Bismillah
Kami start perjalanan ke arah Utara pagi tu..(kot..sbb tak hengat sangat..hikhik)
Ops lupa, kali ni kami pergi berlima..Zahrah, ibu, ayah, acu & kawan acu.. Lebih kurang pukul 2pm tu kami check-in di Felda Residence Hot Springs, Sg. Trolak, Perak..hoyyeahhhh.. Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya setelah lama kepingin nak pegi :-)
lihat anak daraku?? Dia dah cop katil siap2..over tau anak ibu ni?? huhu..
Lepas check-in tu, kami rehat2 dulu dalam bilik..solat..then, lebih kurang pukul 4 tu, kami start the Adventures of Hot Spring!!
Poyo!!
So, kita mulakan dengan yang sejuk2 dulu..ala2 taman tema air kat area situ..
So, sape2 yang tak gemar nak mandi air panas..boleh la pergi main2 air kat sini yer..(kalau tak gemar air panas baik takyah pegi kan..pergi air terjun jela..hikhik)
Btw, tempat ni takdelah besar sangat..so, bila pergi time cuti sekolah ni, nampaklah kepenuhan disitu..tapi layankan jela yer :-)
zahrah gembira berendam..makcik2 pun layankan jela..hihi
Sepanjang jalan nak ke taman tema air tu memang penuh dengan kolam2 air panas yer..
** ada yang basuh2 kaki je
** ada yang rendam2 badan
** ada juga yang merebus telur
Kira happening la kat situ walaupun dikelilingi hutan2 & pokok2..hihi
Dah puas berendam kat air sejuk..kami bergerak pulak ke kolam air panas..tapi malas nak try rebus2 telur..sbb macam ngeri je nak duduk dekat2 dgn kolam yang suhunya of course la 100 (degree) Celcius kan.. So, kami jeling2 hai2 bai2 je dekat kolam tu..terus pergi masuk kolam yang agak besar sikit..and tak ramai orang..
Zahrah yang memang 'hantu" main air ni..memang tak dan terus nak masuk kolam..padahal ibu dia yang penakut sbb takut air tu panas..tgk2 dia relax je..siap ikut org2 besar mandi kat tengah2 sikit..huhu..
Suka hati la cik Zahrah :-)
Dalam pukul 6 lebih tu baru ktorg gerak balik bilik semula..cukup la 2jam berendam.. kaki-tangan semua dah kecut2 main air..balik bilik, sambung bilas2 badan..siap2 utk dinner and new year celebration pulak o_O
Malam tu, lepas maghrib, kami pergi dinner di cafe dalam tu je..nak keluar macam jauh kan..so, lepas2 dalam tu jela.. Plus, nak tgk sambutan tahun baru by Felda pulak lepas dinner tu :-)
Then, lepas makan kami terus ke dewan sambutan new year..ramai jugak pengunjung kat situ rupanya..tapi mknn tak banyak sgt pun..huhu..nasib baik kami dh makan..takdelah kebulur sgt nk makan kat situ kan..ops o_O
tengah tunggu fireworks..layankan live band je dulu sambil makan2 o_O
Another thing is, kami menang cabutan bertuah besar2an..believe it?? Dua kali naik stage uolsss..jeles tak??? Hihi..
Muka bangga dapat cabutan bertuah..anda jeles?? Nasiblah :-)
Itu jela cerita short vacation kami..2H1M di Hot Springs..di ambang tahun baru 2014.. Walaupun sekejap, at least merasa la jugak ke sana kan.. Alhamdulillah..diberi kesempatan :-)
Dikurniakan seorang cahaya mata diawal tahun 2012 adalah hadiah yang sangat berharga..satu amanah dari Yang Maha Esa untuk kami berdua..ibarat kain suci putih bersih, satu tanggungjawab yang berat untuk kami pikul bersama-sama bagi membesarkan anugerah kecil ini an mencoraknya sehingga menjadi insan yang solehah dan berjaya dunia & akhirat.. In shaa Allah..
Setahun bersama suami terchenta..disamping anak yang tersayang.. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk meraikan bersama-sama..keluarga kecil yang penuh dengan kebahagiaan.. Semoga kebahagian kami berkekalan di dunia & akhirat..Engkau kukuhkanlah ikatan dan rasa kasih sayang kami sehingga ke akhir hayat kami Ya Allah.. dan semoga keluarga kami sentiasa dibawah Rahmat, kasih sayang & Lindungan Yang Maha Esa.. In Shaa Allah...
Syukur..syukur..bertambah rezeki tahun ini di penggal kedua tahun 2012..warga kerja semua diberitakan dengan cerita gembira.. Alhamdulillah.. Syukurbpada-Mu Ya Allah.. Engkau ikhlaskanlah hatiku dalam menjalankan kewajipanku sebagai pekerja..semoga rezeki yang Engkau berikan kami di dunia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.. Aminn..
Finally..after more than one year menunggu..kunci akhirnya berpindah tuan..dan sekarang masih dalam proses renovation..sabar menanti segala persiapan.. Hanya padaMu tempat kami berserah Ya Allah.. Engkau permudahkanlah urusan kami..dan semoga tempat baru itu nanti dapat menjadi syurga dunia kami..sebagai tempat teduhan kami di dunia yang sementara ini.. Aminn..
Tahun 2012 yang penuh suka-duka, pahit-manis kehidupan..yang pastinya akan mematangkan kita utk lebih bersedia menempuh dunia yang penuh cabaran..semoga tahun mendatang lebih baik dari sekarang..
In shaa Allah.. Aminn...