Saturday, December 22, 2018

Langkawi Trip 2018

Assalamualaikum semua!
Happy weekend.

Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah je🀭🀭🀭

Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kisahnya........

Day 1 - Journey to Langkawi

Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip 😁😁😁

1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah 😜😜😜


3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travelπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡


4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)😬😬😬


Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..

Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.

Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi

Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.

1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petang🀣🀣🀣.


2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.


3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya 😁😁😁.

4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! πŸ™„πŸ™„πŸ™„.

5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.

6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagi🀭🀭🀭.

7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.


Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping 😜😜😜.

Day 3 - It's outdoor activity

Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.

Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.

Ada 3 stops utk Island Hopping ni:

1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu 🀣🀣🀣!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.

3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledown🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.

Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.

Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.


Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.

Total Lost? Takyah tanya! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi

Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.

Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??


Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.

Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!

Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) 🀭🀭🀭

OK la, till then..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...