Showing posts with label Zahrah Nur Iman. Show all posts
Showing posts with label Zahrah Nur Iman. Show all posts

Sunday, February 7, 2021

#ZahrahAtSchool - Our 1st experiences on OnlineClass & HomeSchool

 Assalamualaikum!

Hai, see ya! Cuti² weekend ni, nak keluar ke mana tak boleh kan. Duduk rumah, makan tengok tv jela nampaknya. Nak buka kerja cuti² ni tak berapa nak rajinlah kan😝😝😝.

.

So, kali ni nak cerita pasal #ZahrahAtSchool walaupun hanyalah #HomeSchooling aka #OnlineClass sahaja. Since 1st week of April 2020 #ZahrahNurIman dah start Online Class, so Muallim/Muallimah #ZahrahAtSchool akan upload video P&P di FB utk pembelajaran anak² di rumah.

Alhamdulillah, ada la jugak aktiviti kakak kat rumah bila ayah ibu sibuk #WFH kan. Tp kelas dia sekejap je pun. Pagi satu subjek, petang satu subjek. Takdelah stress mcm pakcik viral marah anak dia byk homework tu. Haish la pakcik, kalau xnk homework, buatlah homeschooling, sukahati pakciklah nak bg homework byk ke sikit ke kan 🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️








Alhamdulillah, lepas beberapa bulan ber-online, akhirnya boleh balik ke sekolah semula dengan beberapa SOP baru diperkenalkan. Antaranya, sistem kad matrik ni la. 


Konon²nya buat byk copy sebab senang in case tercicir ke tertinggal ke (kalau tertingal kira absent), so letaklah kt dlm kereta, handbag, bag sekolah standby selain yang ada kat landyard. Malangnya, rupanya barcode tu xbagi access on utk photocopied card, so kenalah beli asing original kad (membazir dah gambar² tu..huhu). Xpelah, nk buat macam mana kan, dah itu rules sekolah kan. Follow jela!

Back to ZahrahAtSchool story, selain tugas²an Muallim/Muallimah, ada jugak tugasan dari CikguIbu jugak.

Hafazan: Sifir 1-5.

Setiap kali nk call sepupu, kakak #ZahrahNurIman kena hafal sifir dulu ya. Ingat walaupun homework #ZahrahAtSchool on daily basis, buat kuiz je, masih still kena homescho dgn ibu musim #ZNI_PerintahKawalanPergerakan ni ya. Nasiblah ibumu obses dgn Matematik🤪🤪🤪

Bila kena PKPB2.0 in Oct20 lepas, maka kena lah sambung online class lagi utk the remaining months in 2020. Actually for Oct20 jela sbb Nov20 tu dah start latihan pengukuhan utk compilation markah anak² sekolah utk tahun 2020.


Antara tugasan² di akhir tahun 2020. Muallim suruh cari makanan/minuman yang ada kat rumah, dan jawikan ejaan barang² tu semua. Rather than amek gambar barang je, ibu suruh Zahrah melaram sekali so xdelah boring sgt kan.


So ini hasilnya! Bila hantar di FB kelas, tulis nama siap² on doc yang dak Zahrah dah siapkan😊😊😊

Alhamdulillah!
Settled persekolahan Tahun 2 ZahrahNurIman pada tahun 2020 lepas. Ada la peningkatan dari tahun lepas (maybe sebab xde exam betul² kot😝).

Tahun 2021 ni pulak, dah Tahun 3 dah. Last year for Tahap 1. Tahun depan dah masuk Tahap 2, no more main² yer. Harap² boleh lah fokus sesi PdP kat sekolah nanti.

Preparation for #ZahrahAtSchool Tahun 3 pulak, biasa² je sebab Covid19.masih lagi melanda kan. Sampai sekarang kasut semua tak beli lagi. Tunggulah betul² masuk sekolah nnt baru beli kasut dll yang masih pending tu. Beg and stationaries pun tersimpan rapi dalam box lagi. Baju² pun masih dlm storage, lepas basuh aritu lipat je malas nak iron dulu. Kang penat iron xdpt pakai lagi jugak kan

😂😂😂



✅ Sampul buku² done. Pakai sticker nama lama jela.

✅ Baju uniform sekolah done, tggu nk singkatkan sikit.

✅ Beg sekolah hadiah birthday je.

❌ Kasut sekolah tggu dekat² nk sekolah baru beli.

❌ Tambahan tudung, track suit and stokin kemudian.

.

Apalah nasib sekolah tahun 2021 ni kan..sama²lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan utk anak², cikgu² dan ibubapa² semua.

Last but not least, keep on fighting against Covid19 ya. Semoga kita dan anak² serta family kita dpt melalui kehidupan normal seperti selalu. Amin.

Till next entry ya...

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Wednesday, January 13, 2021

#throwback2020 (Mei'20) - Hikmat Ramadhan di Musim Pandemik Covid19

 Assalamualaikum!

Kisah #ZNI_PerintahKawalanPergerakan buat kenangan.

Sepanjang 45 hari sebelum, kami bertiga setia #StayAtHome as instructed. Hari ke-46 jadi sejarah.

🕚Sabtu, 2 Mei 2020

1st time keluar mengadap jalanraya.

1st time jumpa doktor ambil vaccine 18mo.

1st time interim family head masuk kedai beli barang.

Alhamdulillah, semuanya lancar je. Kul11 keluar rumah, kul1 dah sampai rumah settle vaccine dan beli barang.

Time pergi klinik, ibu dan baby je keluar.

Time beli barang, ibu sorang je keluar.

.

Kesian kakak #ZahrahNurIman🤣🤣🤣 duduk dlm kereta je dengan ayah dia. Takpelah kak, janji dpt keluar kan. Masuk kereta pun terasa kereta baru, sebab dh 1.5bulan tak bau kereta🤭🤭🤭. Dak #ZarinNurInsyirah pun terkebil² bila duduk kt carseat, and tak menangis langsung..Jumpa roadblock time nk keluar dari Tol Bangi tu, tunjuk kad medical baby, alhamdulillah lepas.

.

Berbalik pada cerita Ramadhan dikala PKP, Alhamdulillah, kakak Zahrah dapat puasa penuh walaupun jenuh nak layan kerenah dia hari pertama puasa. Dengan dugaan adik yang tak puasa dan nak makan je, sampaikan adik dia minum susu pun boleh terliur🙆


Senarai semak puasa Zahrah, one of her school task kena buat rekod. So, rather than simple rekod, ibu cadangkan Zahrah buat scrap book instead. Nanti kita share scrap book Ramadhan Zahrah ya!

Solat masih lopong² lagi especially time isyak tu, dia dh ngantuk sgt sampai ketiduran lepas berbuka🤦🏽‍♀️

Hikmah puasa kali ni jugak kakak dapat selesaikan bacaan iqra dia. Takpelah lambat sikit dari orang² lain kak, janji kakak berjaya jugak akhirnya kan. Alhamdulillah, sebagai ganjaran, ibu bagi senaskhah AlQuran utk kakak teruskan rasa cinta dengan Kalamullah. InshaaAllah

Kami adik beradik pun berjaya tadarus Al-Quran without fail, hari² keep zooming walaupun xdpt kumpul semua sekali hari² tp adalah wakil keluarga masing² utk join tadarus Quran. Alhamdulillah!


Sama²lah improve diri masing² ya.


Nak tengok lagi cerita pasal Ramadhan kali ni, bolehlah follow #DiariRamadhanZNI kat instagram ya🧐🧐🧐


Sekian dulu cerita buat kali ni, nnt kita sambung lagi ya.

Till next entry.

Daaaaaaa......

xoxo,

Ibu ZNI

#StaySafe everyone🥰🥰🥰

Sunday, January 3, 2021

Happy 9th Birthday, Zahrah Nur Iman 😍😍😍

 03.jan.2021

♥♥♥

Happy 9th birthday to Dear #ZahrahNurIman 😍😍😍.

Alhamdulillah! Masih berkesempatan sambut #Zahrah9thBirthday di musim pandemik masih melanda seluruh dunia. Tahun ni plannya buat birthday treat utk Kakak Zahrah sempena promotion #StayKawtimMakanUnlimited di @sunwayputrahotel yang asalnya booked utk birthday dak #ZarinNurInsyirah tahun lepas😁😁😁.


Tahun ni jugak,  ada rezeki lebih sikit utk ibu belikan hadiah utk #ZNIsmiggleCollection yang diimpikan kakak sejak dulu² lagi. Ingatkan nk buat surprise bagi smiggle time birthday dia,  tapi awal² dah kena paw sehari sebelum sebab ada kedai smiggle kat @sunwayputramall ni. So,  2x la kakak Zahrah dpt hadiah smiggle tahun ni (double surprise for her,  double cost for ibu😅😅😅).

#ZNIsmiggleCollection

Hasil tangkapan kat Sunway Putra Mall.


Hasil tangkapan di IOI City Mall, a week ago.


Since birthday girl cerewet bab² makan ni, so kita cari kedai makan yg dia boleh makan jela asalkan xde buah dan sayur² kan. Ada pulak kupon The Belgium Chocolat Cafe, so ke situlah kita celebrate birthday. Ok lah kakak!

(padahal dia sibuk request sambut kat hotel🤦🏽‍♀️🤷🙆)

Alhamdulillah,  simple birthday celebration.




Makan brownies, coklat and marshmallow sudah cukup meningkatkan "hormon gumbira"  #ZNIsisters ni😍😍😍


Semoga semakin bertambah usia ni,  kakak terus menjadi anak solehah,  kakak yang baik dan muslimah yang sentiasa ingat Allah di mana sahaja dan setiap masa.

#janganasyiktiktokje! #hadiahdariayahsebulanawaldahdapat😎😎😎


Love you dear Kakak Zahrah,

Ibu,  Ayah & #ZNIsisters


xoxo,

Ibu ZNI

🥰🥰🥰

Thursday, January 9, 2020

2020 Shout out!! Zahrah 8th Birthday

Assalamualaikum & Hello 2020!

Alhamdulillah, sampai jugak kite di Tahun 2020 ni kan. And my 1st story for 2020 belongs to our 1st born, kakak Zahrah Nur Iman regards to #ZahrahBirthday.

Jumaat ~ 03.01.2020



#Zahrah8thBirthday tahun ni simple² je. Sediakan hadiah² dlm wishlist dia. Masukkn dalam beg sekolah baru Ayah belikan, settle! Itu pun dia dh excited sebab semua barang² tu mmg yang dia nak tp xdpt sblm ni.


Sebelum ke sekolah, bagi siap² hadiah dia kalau tak kang sampai ke petang dia tuntut.
.
Sediakan goodie bag utk bagi kawan² sekelas dia on Friday tu, excited la dia nk bagi kawan² walaupun x seberapa pun barang² dlm beg tu. Janji bahagia lah anak ibu #ZahrahNurIman ya🥰🥰🥰.



Ada rombakan kelas tahun ni, so kelas kakak dah ramai, tak cukup goodies bag, kena beli top up lain pulak😜.
.
Esoknya, hari Sabtu, 04.01.2020 baru sambut dengan kek kat restoran. Asalnya nk sambut kat rumah atok-umi, tp xde geng² dia (semua ada hal) so sambut 4 beranak jela kat Serai, Shaftbury Square. Beli pavlova, nyanyilah bertiga. Tapi biasalah kan, ada buah kat pavlova tu, mana maunya dia makan🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.


.
So, singgah beli kek SR sambung nyanyi lagi kat rumah. Biasalah, bukan birthday #ZahrahBirthday kalau sekali je sambutannya.
.

Sekian cerita birthday kakak tahun ni.
Semoga anak ibu-ayah dikurniakan kesihatan yang baik, kecerdikan akal fikiran, kesucian hati, dan sentiasa dibawah lindungan dan rahmat-Nya. Jangan gaduh² dgn adik ok!
.
Love from us
💕💕💕


#AyahZNI
#IbuZNI
Adik #ZarinNurInsyirah

Daaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, December 28, 2019

MAK2019 ~ ZapinRobik

Assalamualaikum!
Happy weekend peeps..

Wah, dah weekend last for 2019 kan. Cepat je masa berlalu. So, kali ni kita #throwback cerita #ZahrahAtSchool for Year 1 la lagi kan. Tahun depan dah Year 2. Lagi seminggu dah masuk 8thn anak ibu yang byk akal ni 🤭🤭🤭.

Alhamdulillah. Syukur, selesai Tahun 1 #ZahrahAtSchool tahun ni. You have improved in some subjects, though have not in some (BM Kefahaman dpt B🤦🏽‍♀️😁🤔). Confuse dibuatnya! Dari ada 2C, final exam Alhamdulillah, sempat kejar huruf A & B sahaja🤭. Subjek² agama memang kena banyak belajar lagi, rasanya sebab tulisan jawi, which is her weakness susah nak faham, tapi takpe kak. Nnt kite belajar dgn Ustazah Maklong (yang garang) yer😅😅😅.
.
Walaubagaimanpun, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019, MAK2019 sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun ni tetap join. Majlis buat di The Everly Hotel, Putrajaya. Walaupun kakak xdpt sebarang anugerah, ibu tetap proud of u kakak. 

.
Apa2 pun ibu ayah and baby #ZarinNurInsyirah tetap support kakak buat persembahan #ZapinRobik. 







Adik demam² pun datang jugak nk support kakak. Tapi kena balik awal la sebab dah start meragam. Selesai je kakak perform, makan sikit² lagi, terus gerak balik. 

So, enjoy the Zahrah's Zapin Performance ya!

.
Kakak memang semangat bab2 menari ni. Layankan jela walaupun baby tak sihat.
.
Good job kakak!
.
💕💕💕
Ibu, Ayah, Adik ZNI.

Till we meet again.

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, December 26, 2019

#ZahrahAtSchool ~ Trip to Bird Park 2019

Hello!! Hai hai semua..
Assalamualaikum!

Sebelum kita start sekolah sesi 2020, moh ler kita #throwback kisah sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun 2019 ni ya. 

Alhamdulillah. 
Kakak dpt join aktiviti kat sekolah lepas settle exam akhir tahun. Sukalah kan dah takde belajar lagi kat sekolah. Semangat nak pergi trip hari2 tanya bila hari lawatan tu.

Selasa, 19 Nov 2019
Hari lawatan telah tiba. Kena hantar ke sekolah pagi2 kul 730 am. Naik bas ramai2 ke Taman Burung, sampai tengahari je. Muallim hantar gambar kat group whatsap so dapatlah simpan buat kenangan kakak

😍😍😍




Sekian, cerita hari ini!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, December 25, 2019

Kem Rahmah #ZahrahAtSchool 2019

Assalamualaikum!
Selamat bercuti berehat semua.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2020. Dah nak habis cuti sekolah kan. Cepat betul masa berlalu skrg ni. Cuti sekolah oun tak rasa mcm cuti sekolah sbb tak dpt nak bercuti pun. Cuti dah habis, duit pun tak mengizinkan🤭🤭🤭.

Kakak pulak cuti sekolah ni still ke sekolah sebab ada program. Sekitar 4minggu #ZahrahAtSchool ada Kem Rahmah 2019 sebagai penutup P&P. 4 minggu cuti persekolahan digunakan sebagai tempoh pengukuhan beberapa subject iaitu math, english, arabic dan jawi. Tapi yalah, nama pun cuti sekolah kan. Kakak #ZahrahNurIman pun pandai minta ponteng lagi2 bila baru lepas tak kawan dgn kawan2 sekolah🤦🏽‍♀️.





Selain belajar, ada main2 dan aktiviti regangan jugak. Tapi itupun kalau xhujan baru dpt sukaneka. Baju jubah pun tetap bersenam kan kak! Asalkan cantik ke sekolah🤭🤭🤭.





Supposely 20/12/2019 is last day sekolah for 2019, tapi dia dh cuti awal sebab nk berholiday dgn family  pulak. So, kita say good bye dulu to School 2019 ya.

See u next year!

Pssst...lagi seminggu lebih dh nak 8thn kakak ni. Ibu ckp kalau x siapkan segala buku aktiviti dia tahun ni (maklumlah asyik ponteng kelas je, buku aktiviti pun byk lompong), hadiah birthday kena hold sampai siap ye!😜.

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...