Thursday, October 30, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!!

Alhamdulillah, dah dekat seminggu kita semua menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1436H kan.. Syukur masih dipanjangkan usia untuk bertemu tahun baru..

Salam Maal Hijrah Muslimin & Muslimat sekalian..

(Ehsan Google.com)

Bercerita pasal tahun baru ni jugak, Alhamdulillah kami dapat sambut di kampung Johor, dengan famili ibu Zahrah ni.. Maklumlah, cuti panjang sebab dilanjutkan dari perayaan Deepavali sampailah ke weekend.. Macam2 biasa, kami semua kena ambil Cuti 1TM sempena dua sambutan ni, start Rabu (Deepavali), Khamis (Cuti 1TM - Annual Leave) dan Jumaat (Cuti Ganti Awal Muharram)

So, cuti kali ni just balik rumah tokmak-tokbah Zahrah..tapi sebelum sampai kota tu, kami sempat la singgah jalan2 cari makan kat JB.. Mula2 pergi AZA 96, Kampung Melayu Majidee (lokasi berhadapan Masjid Kg. Melayu Majidee).. Kat situ banyak gerai2 kecil yang dia buka..setiap gerai lain dishes la..ada sate, mi rebus, asma rojak, ABC, minuman dll.. Tapi yang paling utama kat situ ialah murtabak.. Sedap habaq hangggg!! Kitorang makan pun amek 2 set, then kongsi2..so masing2 dapat lah rasa sikit2 kan..

So, meh tengok jela gambar yer!!

murtabak daging..makan dengan kuah kari yang sedap
(nampak tak ABC tu..oh no!!)

sate ayam+daging..kuah kacang ni pun yummy

mee rebus..juga sedap..haishhh..

Akhirnya, setelah bertahun hidup, orang Johor ni baru first time sampai kedai tu..padahal tu memang kawasan kampung zaman kecik2..hmmm, kampung i memang kat bandar yer

Then, a day before nak kena balik KL semula, kami pergi kampung sebelah abah pulak..yang ni memang kawasan kampung..kalau kampung belah mak di Johor Bahru, kali ni ke kampung abah di Johor Lama pulak..

Kami just pergi makan-makan di tepi Jeti Telok Sengat..jom tengok pictures jela yer
Macam biasa punya menu je pun..

Murtabak daging..tapi rasanya sedap lagi yang kat Majidee tu..hihi

Roti tulurrrr..

Asma rojak..kuah masin n cayaq sikit..

A-B-C-D tapi xde Durian..dak kecik Zahrah makan yang color pink je..kalau terkena sirap hijau tu dia taknak..

Last but not least..gambar selfie kami

Sekian cerita di awal tahun Hijrah 1436H..
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas..

p/s: Antara kenangan paling bermakna bagi Tahun 1435H adalah dengan kenaikan band.. Thanks to my superior atas promotion ini.. Bis thanks to my husband, parents and families for the support.. More than 6 years dengan TM sudah.. Alhamdulillah

Sekian, terima kasih...
Daaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...