Showing posts with label ZarinNurInsyirah. Show all posts
Showing posts with label ZarinNurInsyirah. Show all posts

Saturday, February 6, 2021

January 2021 - pantas sebulan berlalu

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah, dah sebulan pun kita melepasi 2021 dan hampir sebulan jugak kita melalui PKP2.0 kan.

Bulan Januari is #birthdayMonth for us. Ramai sungguh yang sambut birthday bulan ni kan. 

Start dengan birthday kakak ipar on 2nd dan diakhiri dengan birthday #AyahZNI on 28th.

Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita semua!

Just throwback birthday TokMak on 22nd aritu, since tgh PKP so xde siapa kat rumah yg boleh celebrate sama² kan. Jadinya kami adik beradik plan buat surprise delivery utk birthday TokMak.






Alhamdulillah!

Bulan Februari 2021 dah seminggu pun, masih lagi #wfh dan jugak #onlineclass utk ZahrahNurIman, walaupun dak ZarinNurInsyirah ponteng kelas sebulan yg lepas

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nampaknya bulan 2 ni dak Zarin dah kena g sekolah jugak ni, lemak sgt dah ni 3bulan xpergi school kan. Harap²nya sop kat taska tu nnt baguslah yer, takdelah risau sgt nak hantar musim² covid19 masih belum reda ni kan. Semoga anak ibu baik² aje bila ke sekolah nnt ya. Sekarang ni paling susah nk suruh dia duduk carseat, sblm ni ok je hari² pergi school duduk carseat, sejak PKPB2.0 tahun lepas mmg dia xnak duduk carseat dah. Dengan perut #IbuZNI tgh memboyot ni, adoyai semput rasa nk melayan dia punya kerenah dalam kereta, xreti duduk diam sungguh!




Tengoklah muka tak bersalah dia tu. Sedap je menyandar kat baby kan. Marah baby kat dalam tu dik! 😎😎😎

Xpelah dik, slow² kita try duduk carseat balik yer. Nanti dah ada baby kecik nnt dia ada kawanlah duduk carseat berdua ni (adoi, muat ke kereta nk letak 2 carseat nntπŸ€”πŸ€”πŸ€”)

Cakap pasal baby, hari tu 1st checkup dgn Gynae dia Hospital Annur selepas sebulan. Kiranya first checkup utk 2021 dan jugak dgn specialist.

Alhamdulillah!

Baby is doing well dalam tu. Bergembira je menendang perut ibu kan dia tu! Xpelah baby, aktif lah bagus kan. Baby sihat² je yer kat dalam tu.

Say hi to baby!

"Adik sayang baby!" 😊😊😊

Ok la, sekian recap on January 2021, syukur!

Semoga tahun 2021 mendatang membawa hikmah utk kita semua! Aminnn...

Till next entry ya....

Daaaaaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI


Monday, January 25, 2021

#throwback2020 (Nov'20) - Sambungan PKPBersyarat 2.0

 Assalamualaikum!

In Oct'20 kita diarahkan utk terus menghadap PKPBersyarat 2.0 bagi few negeri dalam Malaysia memandangkan kes semakin naik. So bersambunglah drama #WFH utk kami jugak #OnlineClass utk anak² pulak. Bila dh kena duduk rumah, kenalah masak sendiri kan (most of the time la) walaupun kadang² cepat je tangan ni tekan #GrabFood dengan #FoodPanda kan.


1st two weeks of #ZNI_PerintahKawalanPergerakan 2.0 punya menu. Alhamdulillah, utk breakfast #IbuZNImasak simple je, lunch ikut mana dan jela kalau weekdays tu. Syukur apa yang boleh ditelan utk mengisi perut.

Cabaran utama #wfh dikala #ZNI_PerintahKawalanPergerakan 2.0 adalah ini budak #ZarinNurInsyirah. Pantang nampak buka laptop mesti nk tutup. Kalau ibu meeting mmg kena kunci bilik, Maka meraunglah macam kena pukul. Lagi haru kalau ayah pun meeting jugak.







Sepanjang Nov'20 jugak kami duduk kampung diam² sebab dapat balik rentas negeri hujung Oct'20 utk checkup dak Zarin kat skin specialist di Tangkak. 

We went to checkup at Tangkak on 29/10


Plannya nk balik 3hari je tapi sebab PKPB2.0 disambung, so kami sambung jela duduk diam² kat Johor sampai boleh rentas negeri balik. Dapatlah #ZNIsisters teman (read: kacau) Tokmak Tokbah diorg sepanjang kat kampung tu😁😁😁

Alhamdulillah!

Kids seronok duduk kampung dua bulan terus kali ni. Mengalahkan time ibuZNI berpantang lepas beranakkan budak dua org ni.


Sekian cerita PKPBersyarat 2.0 sepanjang Oct-Nov'20 lepas. Dua bulan jugaklah lepak kat kampung. Heaven! Sampai sempatlah 2x checkup kat Poliklinik Adham kat Bandar Penawar tu, sekali minum air gula! Huhu☹️πŸ˜πŸ€“

Bila dah boleh rentas negeri barulah #AyahZNI balik sorang² tengok rumah sebelum kami balik semula ke sarang 25 Dis 2020 hari tu. Alhamdulillah! Rumah ok, yang penting fridge ok! Cumanya karpet dgn sofa macam naik kulat sbb kepam/basah kot xde pengudaraan duduk high rise ni, 2bulan xbuka pintu balkoni kanπŸ™†πŸ™†πŸ™†.

Syukur atas nikmatNya dan hikmah disebalik pandemik Covid19 ni. 

Till the next entry ya!

Daaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Saturday, January 23, 2021

#throwback2020 (Oct'20) - Zarin's 2nd Birthday, #PKPstyle

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah! Zarin's turned 2 on 23-Oct-2020, exactly 3months ago! 😘😘😘

Comot time!

Cantik time!

Syukur! Pejam celik pejam celik dah 2tahun dak #ZarinNurInsyirah ni kan. Disebabkan #ZarinNIBirthday tahun ni jatuh pada #PKPBersyarat2.0 makanya sambutan sendirian berhad kat rumah jela ya.

πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚ Tiada cake custom made

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Tiada celebration kat taska

Just four of us!

Sebenarnya dah prepare macam2 sebelum ni. Dah tempah kek, sediakan goodies, beli baju nak celebrate kat sekolah, makan2 sambil stay-cation, tapi kita hanya merancang kan.

Apa2 pun Syukur, sempat jugak #IbuZNImasak makaroni bakar and grab food Baskin Robins kan. Since #znisisters tak gemar sangat kek, so beli kek aiskrim jela laju je makan masing2 kan.

Kakak #ZahrahNurIman tanya takde hadiah utk adik ke? Jawapan ibu "takyah hadiah, adik kecik lagi tak pandai minta hadiah lagi (padahal awal2 ibu dah beli set botol susu tupperware tapi tak dilayannya) , kalau bagi jajan maybe dia appreciateπŸ™„πŸ™„πŸ™„.

Kakak #ZahrahNurIman yang paling excited sambut #ZarinNIBirthday yang ke-2. Dak #ZarinNurInsyirah masih blur2 lagi, nyanyi pun tak, joget2 je, suruh tiup lilin pun termenung, kakak yang tiupkan. Bila part potong kek baru dia nak! 😁😁😁

Stay healthy, dearest anak2 ibu. Apa2 pun, Happy Birthday Dear Zarin.

We love you forever yaπŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

It's been 3 months past! Zarin sekarang dah 2tahun 3bulan pun nampaknya. Sudah 3bulan lebih jugak dia tak masuk "school" dari Oct'20 lepas. Start PKPB2.0 sampai dah jadi PKP2.0 pulak, dak #ZarinNurInsyirah makin "lemak" duduk rumah je sekarang ni😁😁😁.

10hari sebelum birthday dak Zarin tu birthday #IbuZNI dulu. Menyambut PKPB2.0 konsepnya!

 Happy birthday to #IbuZNI πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Early birthday present.

Alhamdulillah! Birthday present in advance, a week before yours truly become 26(+10) this year. Tgh² habiskan wfh lewat petang sebelum checkout sementara tggu budak² balik school dgn #AyahZNI tetiba dpt beg dari kakak ZahrahπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°.

3tahun lepas dapat gelang, tahun ni dapat rantai pulak. Lagi 3tahun dapat apa pulak ya? Last but not least, Happy (belated) birthday dearself☺️☺️☺️

Alhamdulillah. Thank you pada semua wishes, doas dan hadiah. Syukur! Dikelilingi insan² yang baik dariNya. Hari tu dah dpt hadiah, kali ni dpt bunga sekuntum dgn coklat yang awal² #ZNIsisters dah berebut siap² sorang satu. Takpelah nak, makan² ibu is okay!!

Tahun ni memang tahun yang berbeza, segala2nya disambut sederhana. InshaaAllah tahun depan lebih banyak rahmat, nikmat dan rezeki dariNya. Dulu² time kecik selalu fikir, apa lah nasib diri bila sampai waktu "wawasan 2020" yang sering diwar²kan zaman dulu. Siap kira² time tu (2020) dah 36thn, dah kahwin ke belum, ada anak ke tak, dapat kerja bagus ke tak?

Alhamdulillah, Allah sebaik² perancang dan Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. DiberikanNya segala nikmat yang tak terucap syukurnya. 

❣️ Dikurniakan suami yang baik.

❣️ Diberikan anak² yang soleh/solehah.

❣️ Dipanjang usia dan diluaskan pintu rezeki.

❣️ Dikelilingi ibubapa, ahli keluarga, kawan² yang sentiasa menyokong.

ALHAMDULILLAH! SYUKUR! THANK YOU YA ALLAH.

I am blessed!😍😍😍


Till next entry. Daaaaa.....

xoxo,

Ibu ZNI

Wednesday, January 13, 2021

#throwback2020 (Mei'20) - Hikmat Ramadhan di Musim Pandemik Covid19

 Assalamualaikum!

Kisah #ZNI_PerintahKawalanPergerakan buat kenangan.

Sepanjang 45 hari sebelum, kami bertiga setia #StayAtHome as instructed. Hari ke-46 jadi sejarah.

πŸ•šSabtu, 2 Mei 2020

1st time keluar mengadap jalanraya.

1st time jumpa doktor ambil vaccine 18mo.

1st time interim family head masuk kedai beli barang.

Alhamdulillah, semuanya lancar je. Kul11 keluar rumah, kul1 dah sampai rumah settle vaccine dan beli barang.

Time pergi klinik, ibu dan baby je keluar.

Time beli barang, ibu sorang je keluar.

.

Kesian kakak #ZahrahNurIman🀣🀣🀣 duduk dlm kereta je dengan ayah dia. Takpelah kak, janji dpt keluar kan. Masuk kereta pun terasa kereta baru, sebab dh 1.5bulan tak bau kereta🀭🀭🀭. Dak #ZarinNurInsyirah pun terkebil² bila duduk kt carseat, and tak menangis langsung..Jumpa roadblock time nk keluar dari Tol Bangi tu, tunjuk kad medical baby, alhamdulillah lepas.

.

Berbalik pada cerita Ramadhan dikala PKP, Alhamdulillah, kakak Zahrah dapat puasa penuh walaupun jenuh nak layan kerenah dia hari pertama puasa. Dengan dugaan adik yang tak puasa dan nak makan je, sampaikan adik dia minum susu pun boleh terliurπŸ™†


Senarai semak puasa Zahrah, one of her school task kena buat rekod. So, rather than simple rekod, ibu cadangkan Zahrah buat scrap book instead. Nanti kita share scrap book Ramadhan Zahrah ya!

Solat masih lopong² lagi especially time isyak tu, dia dh ngantuk sgt sampai ketiduran lepas berbuka🀦🏽‍♀️

Hikmah puasa kali ni jugak kakak dapat selesaikan bacaan iqra dia. Takpelah lambat sikit dari orang² lain kak, janji kakak berjaya jugak akhirnya kan. Alhamdulillah, sebagai ganjaran, ibu bagi senaskhah AlQuran utk kakak teruskan rasa cinta dengan Kalamullah. InshaaAllah

Kami adik beradik pun berjaya tadarus Al-Quran without fail, hari² keep zooming walaupun xdpt kumpul semua sekali hari² tp adalah wakil keluarga masing² utk join tadarus Quran. Alhamdulillah!


Sama²lah improve diri masing² ya.


Nak tengok lagi cerita pasal Ramadhan kali ni, bolehlah follow #DiariRamadhanZNI kat instagram ya🧐🧐🧐


Sekian dulu cerita buat kali ni, nnt kita sambung lagi ya.

Till next entry.

Daaaaaaa......

xoxo,

Ibu ZNI

#StaySafe everyoneπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Tuesday, December 17, 2019

Zarin 2nd Time Warded - Influenza A

Assalamualaikum!

Hallu!!!

Im back with cerita dak Zarin lagi. Kali ni nak  #throwback baby #ZarinNurInsyirah demam dan warded bulan lepas pulak.

Ceritanyaaaaaa...

Lepas injection 1Y hujung October lepas memang dah "ready" in case baby demam, tapi Alhamdulillah, seminggu lepas inject memang sihat je budak kecik ni. Tapi awal bulan November lepas, dia start demam on-off. 5hari demam, on antibiotik, 5hari sihat. Lepas tu start demam yang tinggi temperature 38-39°C sampailah ayah ibu decided nak check hospital terus sbb mkn ubat tak kebah.

Sedih kan muka dak kecik ni. Sebenarnya dia lagi sedih kena duduk dlm carseat tu. Hari2 kalau duduk situ menangis beria🀦🏽‍♀️.

Ok, back to cerita demam.....

Selasa, 19/11/2019, since demam tak kebah dari isnin malam, so pagi tu terus ke AnNur Emergency. Doctor tak boleh nk check darah sbb mmg plan for warded tapi takde bed kosong. So doctor suruh cari hospital yang ada bilik kosong. Puas mencari, walk-in, call semua hospital e.g. AzZahrah, Andorra, KPJ, etc. Mostly dah penuh, kalau tak penuh pun, mahal sikit harganya. Sudahnya kami blk rumah dulu, packing baju pastu baru nak sambung cari hospital. Tapi syukurlah kami sempat booking AzZahrah and dpt call ada bilik kosong.

Kul 430 ptg kami sampai emergency, ambil darah, masuk air, maghrib dapat masuk bilik. 


Doktor sahkan +ve Influenza A.
Besides, ada darah putih yg melebihi paras normal jugak. Warded 2hari. 


 Lepas semalaman tu baby dah nampak sihatlah. Dah mula nk main. Dalam pada tgh main kat bilik, bila doctor nurses masuk terus jadi anak kangaroo🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️.


Hari ketiga pagi2 nurse dah dtg nak amek darah tp kena hold sbb tgn bengkak. Tunggu nurse lain pulak dtg kena cucuk tangan sebelah pulak.


Khamis, 21/11/2019, baru discharged.
Tengahari tu doktor check bgtau dah boleh discharge sbb bacaan dah menunjukkan positif. Makin sihat.


Bacaan dah turun ke paras normal. Tapi still kena on antibiotik utk 4hari lagi dan kena kuarantin sepanjang tempoh tu. So berehat jela kat rumah.

Alhamdulillah.

Lepas seminggu tu mmg sihat dh mcm biasa, tp time nk follow up doctor, demam blk dia. Adoyai. Doctor pun pelik. Sebab patutnya kalau Influenza A, sekali kena, inshaaAllah, dalam masa setahun takkan kena lagi. So doctor spare kan antibiotik lain pulak, in case demam berlarutan sampai esok, kena makan antibiotik balik. So esoknya still demam, makanlah blk antibiotik.

Alhamdulillah.
Sekarang dah sihat semula.
Makan pun dah mula ada selera.
Hari2 ibu bekalkan sup bwk ke taska.

Syukur!
Moga anak2 ibu sihat3  selalu hendaknya.

Aamiiin.

Oh, btw, ini hospital ke-3 Zarin stayed lepas bersalin di Andorra, warded di Annur. Overall, kami puas hati lah duduk di sana. Kami ambil single room mcm biasa sbb nk mudahkan kami stay sama2. 

Bilik selesa
Toilet luas
Sofa dan kerusi disediakn
Telekung sejadah pun ada

Alhamdulillah.


Kami ambil Super Deluxe @ RM270 per night.
Semua πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Till then...

Daaaaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, December 15, 2019

Zarin 1st Birthday Celebration

Assalamualaikum semua!
Hai hai..im back!

Seperti yang dijanjikan, lets story mory cerita birthday celebration baby #ZarinNurInsyirah bulan 10 aritu.

27.10.2019.
Small celebration for #ZarinBirthday 1 year.


Deco pun dyi je beli barang2 kat shoppee.
Si kecik #ZarinNurInsyirah bukannya faham kan, so xyah ler celebrate beriya kan🀭.





Birthday cake tempah di Sg. Mas je daoat contact dari adik2. Alhamdulillah meet my expectation, at affordable price.



Barang2 unicorn pun beli birthday set je kat shopee.
Senang. Cepat. Murah.


Antara yang disponsor, kek cheese, kuih2, goodies bag and katering by urs truly sisters. Alhamdulillah, tak banyak tak sikit. InshaaAllah tak membazir.



Antara yang disedekahkan😍😍😍.




Budak birthday kuat meragam pulak time majlis, asyik nak berkepit je.
Asyik menggaru je badan tangan kepala dia🀦🏽‍♀️.


Nasib baik time bergambar ok!




Terima kasih yang berkerja keras meraikan.

Tokbah @ahsainwahit & Tokmak @hjh.ab
Aunties &a uncles.Maklong @azuraahsain paklong, pakngah makngah @salasiahsal, pokde mokde, aunty ayah cik @amalina8547, acu @ezzah.ahsain acu @ariffhasan 
Cousins @harikaysssss @m___wxn, @_zarithsufia dll.

😍😍😍

Daaaaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...