Showing posts with label PerintahKawalanPergerakan. Show all posts
Showing posts with label PerintahKawalanPergerakan. Show all posts

Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 1442H

 Assalamualaikum!

Salam Aidilfitri. Salam PKP. 

Alhamdulillah, dah 3hari pun beraya tahun ni. Raya ke??

Walaupun sehari je terasa raya, disebabkan PKP, again this year semua kena berkurung. 

No ziarah. No rentas daerah mahulun negeri.

Bertabah jela semua ya.




Syukur tahun ni dapat peluang beraya lagi walaupun masih dalam pantang. Masih lagi #TeamRayaPuchong utk tahun ke-3 pulak. Kami memang dh stay in Puchong since before puasa lagi i.e. 2days before delivery the 3rd #ZNIsisters on 14 April 2021 lepas. Fully puasa di Puchong juga. Tinggal angkut baju raya je before PKP start hari tu.

Tahun ni kita join #TeamRayaKelabu pulak. Yg gegirl je beli baju baru, ayahnya ulang siaran baju lama buat ke sekian kalinya. Nantu dh boleh balik join #TeamRayaJohor baru buat baju melayu baru🤪🤪🤪.


Family di Johor pun x complete tanpa kami yang tak dapat nak merentas pulang ke desa ni kan. So haruslah buat collage je gambar² raya bersama. Walaupun jauh di mata tetap dekat dihati.


Macam biasalah kan, nk raya kita buat video dulu. Dengan tema #RayaDalamPantang, digigihkan juga buat video utk content family raya tahun ni. Tahun lepas tema #DuitRayaOnline kan, tahun ni #MagicRaya pulalah.

Ting! Bertukar!

Layan jela kan bagi penyejuk hati yang lara tak dpt balik kampung beraya😊😊😊.

This year pun our first raya berlima dengan kehadiran little #BabyZNI last month. Dah sebulan pun si kecik ni. Dengan dalam pantang ni, susahnya la hai nak bergambo dgn budak² ni. Sabo jela kan, kalau beraya sendiri memang hijau dah mak korang ni.

Sorang sibuk dengan Phone.

Sorang sibuk dengan kuih raya.

Sorang sibuk nak tidur.



Bertabahlah dengan gambar yang tak berapa nak #instaworthy ni kan. Yang penting simpan buat kenangan utk kedua kalinya raya time PKP😄😄😄.

Since #ZNI_RayaMCO2021 boleh raya 1st day je, so gambar first day raya jela kita upload again and again. Utk next 2weeks raya kita ber-ootd dengan sweater jela sampai habis pantang. Salam pagi raya dengan family #TeamRayaPuchong kami. Mostly in grey, but nicely in beautiful and colorful #OOTDraya bersama.

Kakak #ZahrahNurIman dah masuk tahun ke-9 beraya, so dh pandai salam² dan kumpul duit raya. Dak #ZarinNurInsyirah masih blur, org salam dia ikut salam, org dpt angpaw dia oun hukur tangan minta angpaw jugak. Baby #ZayedaNurIrdina sedap tidur dalam bedung jela🤪🤪🤪.

Sekian cerita raya tahun ini🥰🥰🥰

SELAMAT HARI RAYA!

JOM teruskan berpantang💯💯💯

Dah nak masuk sebulan ni, berpantang pun xrupa berpantang dah. Nasib ler!

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, February 7, 2021

#ZahrahAtSchool - Our 1st experiences on OnlineClass & HomeSchool

 Assalamualaikum!

Hai, see ya! Cuti² weekend ni, nak keluar ke mana tak boleh kan. Duduk rumah, makan tengok tv jela nampaknya. Nak buka kerja cuti² ni tak berapa nak rajinlah kan😝😝😝.

.

So, kali ni nak cerita pasal #ZahrahAtSchool walaupun hanyalah #HomeSchooling aka #OnlineClass sahaja. Since 1st week of April 2020 #ZahrahNurIman dah start Online Class, so Muallim/Muallimah #ZahrahAtSchool akan upload video P&P di FB utk pembelajaran anak² di rumah.

Alhamdulillah, ada la jugak aktiviti kakak kat rumah bila ayah ibu sibuk #WFH kan. Tp kelas dia sekejap je pun. Pagi satu subjek, petang satu subjek. Takdelah stress mcm pakcik viral marah anak dia byk homework tu. Haish la pakcik, kalau xnk homework, buatlah homeschooling, sukahati pakciklah nak bg homework byk ke sikit ke kan 🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️








Alhamdulillah, lepas beberapa bulan ber-online, akhirnya boleh balik ke sekolah semula dengan beberapa SOP baru diperkenalkan. Antaranya, sistem kad matrik ni la. 


Konon²nya buat byk copy sebab senang in case tercicir ke tertinggal ke (kalau tertingal kira absent), so letaklah kt dlm kereta, handbag, bag sekolah standby selain yang ada kat landyard. Malangnya, rupanya barcode tu xbagi access on utk photocopied card, so kenalah beli asing original kad (membazir dah gambar² tu..huhu). Xpelah, nk buat macam mana kan, dah itu rules sekolah kan. Follow jela!

Back to ZahrahAtSchool story, selain tugas²an Muallim/Muallimah, ada jugak tugasan dari CikguIbu jugak.

Hafazan: Sifir 1-5.

Setiap kali nk call sepupu, kakak #ZahrahNurIman kena hafal sifir dulu ya. Ingat walaupun homework #ZahrahAtSchool on daily basis, buat kuiz je, masih still kena homescho dgn ibu musim #ZNI_PerintahKawalanPergerakan ni ya. Nasiblah ibumu obses dgn Matematik🤪🤪🤪

Bila kena PKPB2.0 in Oct20 lepas, maka kena lah sambung online class lagi utk the remaining months in 2020. Actually for Oct20 jela sbb Nov20 tu dah start latihan pengukuhan utk compilation markah anak² sekolah utk tahun 2020.


Antara tugasan² di akhir tahun 2020. Muallim suruh cari makanan/minuman yang ada kat rumah, dan jawikan ejaan barang² tu semua. Rather than amek gambar barang je, ibu suruh Zahrah melaram sekali so xdelah boring sgt kan.


So ini hasilnya! Bila hantar di FB kelas, tulis nama siap² on doc yang dak Zahrah dah siapkan😊😊😊

Alhamdulillah!
Settled persekolahan Tahun 2 ZahrahNurIman pada tahun 2020 lepas. Ada la peningkatan dari tahun lepas (maybe sebab xde exam betul² kot😝).

Tahun 2021 ni pulak, dah Tahun 3 dah. Last year for Tahap 1. Tahun depan dah masuk Tahap 2, no more main² yer. Harap² boleh lah fokus sesi PdP kat sekolah nanti.

Preparation for #ZahrahAtSchool Tahun 3 pulak, biasa² je sebab Covid19.masih lagi melanda kan. Sampai sekarang kasut semua tak beli lagi. Tunggulah betul² masuk sekolah nnt baru beli kasut dll yang masih pending tu. Beg and stationaries pun tersimpan rapi dalam box lagi. Baju² pun masih dlm storage, lepas basuh aritu lipat je malas nak iron dulu. Kang penat iron xdpt pakai lagi jugak kan

😂😂😂



✅ Sampul buku² done. Pakai sticker nama lama jela.

✅ Baju uniform sekolah done, tggu nk singkatkan sikit.

✅ Beg sekolah hadiah birthday je.

❌ Kasut sekolah tggu dekat² nk sekolah baru beli.

❌ Tambahan tudung, track suit and stokin kemudian.

.

Apalah nasib sekolah tahun 2021 ni kan..sama²lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan utk anak², cikgu² dan ibubapa² semua.

Last but not least, keep on fighting against Covid19 ya. Semoga kita dan anak² serta family kita dpt melalui kehidupan normal seperti selalu. Amin.

Till next entry ya...

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Thursday, January 28, 2021

Happy 36th Birthday, #AyahZNI

 Assalamualaikum!

Happy 36th Birthday #AyahZNI😍😍😍

Semoga dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, diberikan kesihatan dan kesejahteraan, dilindungi dan dirahmati dunia akhirat serta tenang bahagia disamping ZNI dan ibunya!

Love,

Ibu & #ZNIsisters🥰🥰🥰

Hari ni off-day utk #IbuZNImasak dan juga #wfh sebab konon²nya nak study. Tapi, disebabkan overloaded dengan makanan yang dibeli, makanya study pun entah ke mana! 

Lunch #GrabFood, Teatime #RotiJalaRose sempena birthday #AyahZNI jugak la kan.






So lambakan makanan utk tontonan bersama, esok kena habiskan mana yg tak habis lagi. Selagi tak habis #IbuZNImasak akan off duty ya!🤓🤓🤓


Last but not least, simple birthday present for #AyahZNI this year, Samsonite bags 🤓🤓🤓

Sekian, cerita kali ini..till next entry ya!

Daaaaaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, January 25, 2021

#throwback2020 (Nov'20) - Sambungan PKPBersyarat 2.0

 Assalamualaikum!

In Oct'20 kita diarahkan utk terus menghadap PKPBersyarat 2.0 bagi few negeri dalam Malaysia memandangkan kes semakin naik. So bersambunglah drama #WFH utk kami jugak #OnlineClass utk anak² pulak. Bila dh kena duduk rumah, kenalah masak sendiri kan (most of the time la) walaupun kadang² cepat je tangan ni tekan #GrabFood dengan #FoodPanda kan.


1st two weeks of #ZNI_PerintahKawalanPergerakan 2.0 punya menu. Alhamdulillah, utk breakfast #IbuZNImasak simple je, lunch ikut mana dan jela kalau weekdays tu. Syukur apa yang boleh ditelan utk mengisi perut.

Cabaran utama #wfh dikala #ZNI_PerintahKawalanPergerakan 2.0 adalah ini budak #ZarinNurInsyirah. Pantang nampak buka laptop mesti nk tutup. Kalau ibu meeting mmg kena kunci bilik, Maka meraunglah macam kena pukul. Lagi haru kalau ayah pun meeting jugak.







Sepanjang Nov'20 jugak kami duduk kampung diam² sebab dapat balik rentas negeri hujung Oct'20 utk checkup dak Zarin kat skin specialist di Tangkak. 

We went to checkup at Tangkak on 29/10


Plannya nk balik 3hari je tapi sebab PKPB2.0 disambung, so kami sambung jela duduk diam² kat Johor sampai boleh rentas negeri balik. Dapatlah #ZNIsisters teman (read: kacau) Tokmak Tokbah diorg sepanjang kat kampung tu😁😁😁

Alhamdulillah!

Kids seronok duduk kampung dua bulan terus kali ni. Mengalahkan time ibuZNI berpantang lepas beranakkan budak dua org ni.


Sekian cerita PKPBersyarat 2.0 sepanjang Oct-Nov'20 lepas. Dua bulan jugaklah lepak kat kampung. Heaven! Sampai sempatlah 2x checkup kat Poliklinik Adham kat Bandar Penawar tu, sekali minum air gula! Huhu☹️😁🤓

Bila dah boleh rentas negeri barulah #AyahZNI balik sorang² tengok rumah sebelum kami balik semula ke sarang 25 Dis 2020 hari tu. Alhamdulillah! Rumah ok, yang penting fridge ok! Cumanya karpet dgn sofa macam naik kulat sbb kepam/basah kot xde pengudaraan duduk high rise ni, 2bulan xbuka pintu balkoni kan🙆🙆🙆.

Syukur atas nikmatNya dan hikmah disebalik pandemik Covid19 ni. 

Till the next entry ya!

Daaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, January 17, 2021

#throwback2020 (Jul'20) - Family Time Well Spent..Melaka, Putrajaya, Johor!

Assalamualaikum!

Sepanjang tempoh PKP Pemulihan ni, ada sedikit kelonggaran kan. So inilah masa utk jumpa balik family members yang lama xjumpa time PKP sebelum ni kan.

.

A short getaway from busy city KL to a busy town Malacca. Adhoc plan 3beradik je pun, Sabtu gerak ke Melaka, itupun xbgtau Zahrah sbb malas nk layan kalau dia tanya bila nak sampai. Tau² je dah sampai, terkejutlah si kakak tu😁😁😁. Malam makan kat tepi sawah, esok pagi picnic kat tepi Pantai Puteri. 





Dak #ZarinNurInsyirah mmg mengikut ibu dia, xminta "air" so xhairan langsung dia dgn laut ke kolam ke pantai. Makan lagi best nampaknya😝😝😝

Settle 2d1n di Melaka. Jadilah dari duduk kat rumah je kan😀😀😀

.

A week after, org Melaka pulak naik KL. Jalan² Putrajaya je pun. Main basikal, kayuh tengah² panas. Ingatkan nak naik basikal kat Taman Botani, tapi xde pulak. So sewa basikal beca jela yang ada. #ZahrahNurIman minta claim naik basikal sorang² pulak nanti🙆‍♀️🤷‍♀️💁‍♀️


Budak kepanasan dah tak senang duduk dlm stroller

Menggaru jela kalau dah gatal kepanasan tu kan

 .

Bulan Julai jugak kita sambut Raya Haji 1441H, so disebabkan raya puasa tak dapat kumpul ramai² so Raya Haji kami kumpul ramai² kat kampung. Meriah la kan bila dah berkumpul tu. Bila #ZNI_RayaMCO2020 tak dapat kumpul ramai², makanya Raya Haji kita kumpul la..walaupun menggila masing²🤣🤣🤣

Alhamdulillah!
#6beradik #makcikbawang #pakciksopan

Sekian buat masa sekarang..

Till we meet in next entry ya...

Daaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI 😍😍😍

Friday, January 15, 2021

#throwback2020 (Jun'20) - Raya2.0 PKP Style

Assalamualaikum!

Day 88 - Sabtu, 13 Jun 2020 #ZNI_PerintahKawalanPergerakan Recovery stage.

Misi pulang ke kampung #ZNI_RayaMCO2020 style. Raya ke-21 baru balik kampung Johor, selalu either raya kedua or raya kesatu dah blk kampung. Alhamdulillah! Berjaya merentas 3 negeri terus☺️☺️☺️


Syukur dpt jumpa tokmak tokbah adik beradik dan anak² buah semua. So, alang² dpt bercuti kita cuti betul² lah kan. Kumpul beraya rumah adik beradik kat Johor siap dpt juadah makan nasi kerabu homemade by Kak Ani😋😋😋

Pakai baju lama je, baju raya simpan utk tahun ni😊😊😊

Sedap! Nasi Kerabu by Kak Ani. Nanti buat lagi please😝😝😝

Gigih kan masing² makan xtengok kiri kanan dah tu😁😁😁

Alhamdulillah!

Siapa sangka 1st time kita raya sendiri² je 3minggu pertama bulan Syawal kan. Dah minggu terakhir baru dapat kumpul jugak. Syukur atas nikmatNya

🤲🤲🤲

Till next entry ya!

Daaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI 😍😍😍

Wednesday, January 13, 2021

#throwback2020 (Mei'20) - Hikmat Ramadhan di Musim Pandemik Covid19

 Assalamualaikum!

Kisah #ZNI_PerintahKawalanPergerakan buat kenangan.

Sepanjang 45 hari sebelum, kami bertiga setia #StayAtHome as instructed. Hari ke-46 jadi sejarah.

🕚Sabtu, 2 Mei 2020

1st time keluar mengadap jalanraya.

1st time jumpa doktor ambil vaccine 18mo.

1st time interim family head masuk kedai beli barang.

Alhamdulillah, semuanya lancar je. Kul11 keluar rumah, kul1 dah sampai rumah settle vaccine dan beli barang.

Time pergi klinik, ibu dan baby je keluar.

Time beli barang, ibu sorang je keluar.

.

Kesian kakak #ZahrahNurIman🤣🤣🤣 duduk dlm kereta je dengan ayah dia. Takpelah kak, janji dpt keluar kan. Masuk kereta pun terasa kereta baru, sebab dh 1.5bulan tak bau kereta🤭🤭🤭. Dak #ZarinNurInsyirah pun terkebil² bila duduk kt carseat, and tak menangis langsung..Jumpa roadblock time nk keluar dari Tol Bangi tu, tunjuk kad medical baby, alhamdulillah lepas.

.

Berbalik pada cerita Ramadhan dikala PKP, Alhamdulillah, kakak Zahrah dapat puasa penuh walaupun jenuh nak layan kerenah dia hari pertama puasa. Dengan dugaan adik yang tak puasa dan nak makan je, sampaikan adik dia minum susu pun boleh terliur🙆


Senarai semak puasa Zahrah, one of her school task kena buat rekod. So, rather than simple rekod, ibu cadangkan Zahrah buat scrap book instead. Nanti kita share scrap book Ramadhan Zahrah ya!

Solat masih lopong² lagi especially time isyak tu, dia dh ngantuk sgt sampai ketiduran lepas berbuka🤦🏽‍♀️

Hikmah puasa kali ni jugak kakak dapat selesaikan bacaan iqra dia. Takpelah lambat sikit dari orang² lain kak, janji kakak berjaya jugak akhirnya kan. Alhamdulillah, sebagai ganjaran, ibu bagi senaskhah AlQuran utk kakak teruskan rasa cinta dengan Kalamullah. InshaaAllah

Kami adik beradik pun berjaya tadarus Al-Quran without fail, hari² keep zooming walaupun xdpt kumpul semua sekali hari² tp adalah wakil keluarga masing² utk join tadarus Quran. Alhamdulillah!


Sama²lah improve diri masing² ya.


Nak tengok lagi cerita pasal Ramadhan kali ni, bolehlah follow #DiariRamadhanZNI kat instagram ya🧐🧐🧐


Sekian dulu cerita buat kali ni, nnt kita sambung lagi ya.

Till next entry.

Daaaaaaa......

xoxo,

Ibu ZNI

#StaySafe everyone🥰🥰🥰

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...