Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, January 27, 2021

#throwback2020 (Dec'20) - #ZNITravelLog 2020 ~ New Normal Travel Journey

 #ZNIsisters on #ZNITravelLog 2020.

Our last getaway for 2020 dimusim pandemik covid19. Bukan nak berbangga keluar time penularan wabak tengah naik, tapi just nk kongsi pengalaman menikmati keindahan bumi Tuhan di negeri Pahang Darul Makmur.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar, cuma hari terakhir kat Kuantan tu memang hujan je setiap masa i.e. pada 1 Jan 2021. Duduk hotel tingkat 22 malam tu mmg angin kuat dengar dr bilik. Seram jugaklah! Kami balik KL memang just before banjir melanda negeri Pahang. Syukur tak stranded utk mulakan kerja tahun 2021. 

Memori ni harus disimpan utk rujukan #ZahrahNurIman dan #ZarinNurInsyirah dimasa hadapan. InshaaAllah

😍😍😍



Geram je tengok budak 2orang ni kalau amek gambar.

...sorang tak reti duduk diam, asyik nak berlari je #ZahrahNurIman. 

...sorang tak reti bagi kerjasama, asyik buat muka je #ZarinNurInsyirah. 


Pape la nak, janji bahagia! 😚😚😚

InshaaAllah, kalau diizinkan Allah, tahun ni kita jalan² lagi ya kalau covid19 dah reda. Harap²nya sebelum bersalin cum anniversary 10years nnt dapatlah kita travel lagi kan.

Amiiinnnn.

Till next entry ya! Daaaaa..

xoxo,

Ibu ZNI

Saturday, January 9, 2021

#throwback2020 (Mac'20) - School and Trip Just before PKP

 Assalamualaikum.

Hai rakyat Malaysia, masih ingatkan anda tarikh 18 Mac 2020 dimana PKP dilaksanakan diseluruh Malaysia? Panic buying attacked warganet, nasib baik bukan heart attack kan.

Tapi, bukan nk cerita pasal PKP tu, ceritanya pasal aktiviti sebelum PKP. Alhamdulillah, sempat jugaklah kan ada aktiviti sebelum terperap beberapa bulan.

Kisah #ZahrahAtSchool yang sempat dirakam dan disimpan buat memories tahun 2020. Antaranya, aktiviti sukan sunnah i.e. memanah dan sukan tahunan. Tahun 2020 ni Zahrah kena join sukan memanah sebagai sukan tahunan (tahun lepas renang). So sempatlah dia join sekali dua kot aktiviti memanah tu.

Jadilah kak asal ada pengalaman kan. 

Next, on sukan tahunan #SportsDay2020 #ZahrahAtSchool utk tahun 2020. Event tahun ni buat di Padang UPNM. Merasalah kakak #ZahrahNurIman masuk univ jumpa abang² dan kakak² (bakal) askar. 

Tahun ni bertemakan superhero pulak. Meriah dengan costume walaupun ada yang mcm bukan superhero pun😜

Hijau - Boboiboy Daun

Merah - Incredible Men

Biru - Frozen

Kuning - Minion

.

Tak kisah lah kan lari tema ke tak, janji meriah!

Boboiboy Daun haruslah ada daun kan!

With besties..humairah and aliyah.

With bff..amani


Alhamdulillah, selesai satu event! Walaupun tak banyak contribution, sbb parents² lain ramai yang bersemangat nak tolong, so kita buat senyap jela🤭.

.

Kakak pulak masuk acara 4x50m je, berbanding tahun lepas sukaneka (sampai jd Juara). Since students dah ramai, so sorg satu acara je. Tapi time event ramai budak² tak dtg sbb ramai tak sihat pulak. So, adalah yg dpt bersukan lebih 1 acara kot sbb kena ganti yang lain.

Acara 4x50m

Sila perlahankan volume anda sbb ibunya sedang bersemangat waja bagi semangat kat kakak #ZahrahNurIman🤣🤣🤣.

.

Awalnya boleh dapat tmpt ke3 or ke2 ni, tp last person aka sprinter pulak tergolek dok! Dapatlah tmpt ke-4..kihkihkih..takpelah nak! Dah cuba dah kan yang penting pengalaman. Good job kakak! Hebat mung🤭🤭🤭

Overall, rumah hijau tempat ke-3.

Ok lah tu! Ada jugak nombor

Hijau! Mantap Berentap! Hijau Menghadap!

Apa² pun kakak gembira. Ayah ibu adik layankan jela walaupun kepanasan menunggu acara kakak hujung² waktu🥴

.

Selesai je Sports Day, lepas kakak berlari, terus balik awal sebab nk berkejaran check in kat Morib pulak. Alang² sekolah ada cuti peristiwa.

Alang² ibu ayah #ZNIsisters ada cuti free (replacement leave) yang kena ambil before 8hb.

Alang² tak byk cuti lagi tahun 2020 ni kan.

.

Short getaway melarikan diri dr hiruk pikuk kotaraya. So, ke Gold Coast Morib ler kite. 4thn lepas last dtg Morib, tak byk yg berubah pun rasanya. Tapi yang peliknya, ramai jugak mak bapak yg cutikan anak masing² yer. Ingatkn we ols je nk conquer kolam🤭🤭🤭.





Just a short getaway to have a deep and fresh breath.

Alhamdulillah, syukur masih berkesempatan baeak anak² utk bercuti sesama kan.

Till we meet again in next staycation!


Daaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, September 15, 2019

Cuti2 Malaysia - PD & Bukit Tinggi

Assalamualaikum!
Selamat bercuti sempena Hari Malaysia semua rakyat Malaysia!

3minggu berturut takde Monday Blues kan.
Syoklah!

Tapi ktorg "mereput" kat rumah je ni hah!
Haish, actually xsuka sgt pakai perkatàn mereput tp itulah kejadiannya, bosan giler kot duduk rumah cuti2 ni kan. Tapi nak buat guano, fulus xdok nak jalan2. So kita kita back jalan2 jela yang mampu🤭🤭🤭.

Kisahnya..

Kakak #ZahrahNurIman ikut #NurRisyaAnNasuha cuti2 Port Dickson last 2 weeks. First time she went out without us, ayah, ibu and adik. Big girl dah sekarang anak ibu ni😘😘😘. Destinasi percutian di Cottage Home Port Dickson.


Nampak cantik kan?

Nanti lah ada rezeki kita pergi sama2 pulak yer kak!

Next!

Last weekend jalan2 makan angin lepas settle kakak #ZahrahNurIman grading.

1-night short stay at Bukit Tinggi, bertiga keluarga dgn @azuraahsain dan @ezzah.ahsain. Last minute booked homestay at Selesa Hillhome & Golf Resort, around 30-min away from Colmar Tropicale Berjaya Hills.








Dalam sejam lebih jugak la kat Colmar Tropicale tu just pusing2 amek gambar. Tak sempat nk masuk Taman Jepun sbb tutup pukul 5pm, sampai2 gate dah kul 430, nk mendaki lagi, so baik takyah singgah langsung dr kelam kabut kan?🤭🤭🤭.

Utk homestay pulak, kami booked di Selesa Hillhomes and Golf Resort. Booked 2 apartments 1-bilik utk lepak semalam. Overall ok la kat situ. Semalam RM160. Konsep kat situ, bilik kat belah bawah, so kalau jenis malas nk turun naik tangga x sesuai la kot. Cumanya utk homestay yg kami booked ni, diorg sedialn sofa bed kat ruang tamu, so kalau malas nk turun bilik kat bawah, tidur kat sofa bed jela yer. Nak masak pun boleh. Cumanya ada ada sedikit bau kat kawasan apartmen tu, maybe bau kencing kucing kot..huhu.


^ gambar2 dari owner homestay jela yg ada^

Sebelum balik rumah, singgah GPO pulak cuci2 mata. Sempatlah beli getah rambut kakak je😜.



Sekian!

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, August 17, 2019

Gambang Waterpark

Assalamualaikum & happy weekend!
I'm back.

Lagi cerita #ZNIvisitPahang last week. Kita sambung cerita di waterpark pulak la yer. 


Kakak #ZahrahNurIman enjoy sgt walaupun sorg2 kat kolam. 


Kakak #ZahrahNurIman enjoy sgt walaupun sorg2 kat kolam. Ibu dan baby #ZarinNurInsyirah duduk tepi je.

Sejam lebih jugak dia kat kolam tu sebelum pasrah kena panggil naik dengan ibu sbb nak teruskan ke misi seterusnya.



Lepas mandi, makan kat dlm park. Tapi dalam park tu pakai eValue, so kena tukar cash dgn eValue mcm eWallet tu. Tukar rm30 beli air milo, grape, fries and nugget. Ada balance dlm rm12 utk guna kat next park pulak.


Kul230 ptg gerak ke Safari Park pulak. Cerita di Safari Park in previous entry ya 🤩.

Next!😅

Daaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, August 5, 2019

Tour de Safari Park, Gambang

Assalamualaikum!

Hello August!
Dah nak masuk seminggu dah bulan 8 ni. Cepat je kan masa berlalu. So sebelum terlupa, jom kita #throwback lagi masa #ZNIvisitPahang di Bukit Gambang Safari Park.

Pergi Bukit Gambang Resort City sebab ayahnya outstation. Nanti kita story pasal BGRC yer, now kita cerita pasal Safari Park dulu.


Plan asal nak jalan kaki cancel, baru berapa minit mendaki dah pancit, patah balik, naik tram pulak..haha..Sempat ke predator show ada show Harimau Malaya yang dah separuh jalan. Lepas tgk show ikut tour de Savanah.

Eye to eye with the wild.


Memang banyak binatang2 wild, so tour tu mmg dalam tram jela. Jalan kecik muat2 utk tram tu je. Jalan dia mashaaAllah macam naik kuda rasanya. Dekat dak #ZarinNurInsyirah mengantuk kan, sudahnya dia tido berdodoi dlm tram tu😆.

Kakak #ZahrahNurIman excited la nampak binatang byk. Tapi bila dh habis tour tu nak kena turun ke entrance xde tram. Kena jugak jalan kaki. Maka membebel la dia🤦.

Habiskan eValue beli air sbb malas nak refund semula. Lebih singgit halal jela (kaya la BGRC kan kalau semua org malas nak refund..huhu).

Btw, malam2 and ptg ada fire and tarzan (kot) show. Tapi kami xpergi pun. Nak feed rabbit mkn pun ada, tp iols malas nak bwk, kakak sibuk nk feed tp ibu malas nak masuk, takut adik mengaruk pulak nnt.


Bila la dpt g bercuti lagi yek?!

Till then..

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, July 20, 2019

...sambungan cuti2 Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Lumut

Assalamualaikum!

Sambungan Cerita minggu lepas #throwback #ZNIvisitPerak di Lumut.

Akhirnya barulah betul bercuti kan.
Settle je urusan di Ipoh terus gerak ke Lumut. So far mmg berbaloi bercuti kat situ walaupun jauh. Dapat bilik yg besar, pool yg besar. Campur2 mkn semua less than RM500.

Checkout kul 1pm, sampai rumah kul 6pm.
Singgah lunch kt Selabak (kalau xsilap) siap ada surau. So solat terus sebelum teruskan perjalanan.

Takde dlm plan pun nak cari durian sbb baby xmau makan durian, demam sbb panas makan durian..so ibu kena oantang..huhu..

Nak tengok gambar2 kat dlm resort, moh ler stalk utube kakak #ZahrahNurIman yer. Baby #ZarinNurInsyirah malu2 lagi nak jadi utuber🤣🤣🤣.


Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, July 15, 2019

..sambungan Cuti2 Malaysia Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut

Assalamualaikum!
Selamat Berkerja semua. No Monday Blue ya🤭

Today Ibu ZNI nak recap our short stay 3rd day #ZNIvisitPerak pulak. Akhirnya singgah ke tempat yang betul2 utk bercuti. Yeay!

Since the previous 2 hotels xde pool so carilah tempat yang kakak #ZahrahNurIman boleh enjoy. B aby #ZarinNurInsyirah tak kisah! Janji dukung.

Nak ke Tambun, mahal lah pulak.
Nak ke Bukit Merah, kena naik utara balik.
Nak ke MAPS, dah pernah pergi.

Sudahnya jumpa SWISS GARDEN BEACH RESORT DAMAI LAUT, LUMUT.

Worth for short stay.
Worth for money.
Worth for kids.

Alang2 perut dah lapar, terus lapar sampai dinner.
Alang2 nak kena dinner kat dlm resort, terus makan buffet jela.


Cumanya, jauh nya la hai!
Nak cari kedai makan memang susah. Dah lah gerak dari Ipoh mmg belum lunch nasi, ingatnya tepi laut ada kedai2 makan, rupanya sangkaanku tak benar belaka.




Lepas mandi pool 30min (tutup pukul 7mlm), tengok sunset, siap2 utk dinner. Rest jela malam tu.

Esoknya baru pusing2 resort. 






❤️ Pool besar siap ada slides.
❤️ Tepi laut, banyak water sport activities.
❤️ Sunset.
❤️ Kids club house, free entrance.
❤️ Makanan sedap. Dinner buffet at RM50 (weekdays).
❤️ Room facilities tip top tp xde family room. Nak bwk toto still muat. Kami tido berempat pun muat sekatil🤭. Macam2 ado!

Booked via Agoda, lepas discount dapatlah less than RM200 per night.

Overall, kita bagi ⭐⭐⭐⭐⭐

Till then..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, July 14, 2019

sambungan..Cuti2 Malaysia #ZNIvisitPerak

 Assalamualaikum.
Jom sambung cerita Cuti2 Malaysia.

2nd day kat utagha #ZNIvisitPerak pula.

Habis kerja Rabu tu terus turun Ipoh, kul 7.30 mlm baru sampai Ipoh, so terus menuju utk dinner di #RestoranNasiLemakAyamKampung dekat2 dengan Seemsoon Hotel. 


Time sampai tu org tak ramai lagi, sbb baru Maghrib kan. So dpt mknn cepat bin segera la jawabnya☺️☺️☺️. Makan nasi lemak ayam kamoung dan nasi lemak sambal sotong. Kakak #ZahrahNurIman nak makan sotontime sudahnya makan nasi lemak ibu dia je. Bihun soto makan esok paginya kat hotel. Nasib baik sedap lagi🤭.


Our stay is at Seemsoon Hotel.
Tak pernah dengar kan? Haha..xpelah x glamor pun, janji murah!

Nice n friendly staff
Spacious family room
Breakfast varieties may be upgraded
Cleanliness to be improved

Overall, ok for short staycation.

Duduk hotel sampai ayahnya break tghari, kul1pm checkout terus ke Aeon Midtown Falim. Rasanya Aeon ni baru buka sbb parking free lagi, kedai pun xbyk. Kat foodcourt pun xde mknn yg menarik, sudahnya makan spageti je kongsi berdua. Lepas makan, solat bagi baby makan. Pusing2 aeon kali kedua, makan aiskrim, beli sandwich, amek2 gambo sbb nak habiskan masa menunggu. Jenuh!



Kul 4pm ayahnya settle dah sbb tadi break lunch sampai kul1.30 pm je sbb team nak gerak balik KL dah.


Selesai kat Aeon kami terus menuju ke destinasi yang last minute baru decide. Sebabnya kat dua2 hotel tu xde pool, so alang2 bercuti tu, bawaklah kakak pergi betul2 bercuti, kami singgah Lumut semalam.

Makanya genaplah ibu dan baby #ZarinNurInsyirah cuti seminggu lepas😅😅😅.

Till next entry..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, July 12, 2019

Cuti2 Malaysia #ZNIvisitKedah

Assalamualaikum & happy weekend!

Minggu ni #IbuZNI cuti from work seminggu which is an unplanned cuti. Isnin tu baby masih demam since Ahad. So terpaksalah EL kan. Selasa masih demam tp disebabkan mmg dh planned nk halfday ikut #AyahZNI outstation, so terus EL lagi. Makanya, teruslah bercuti😅😅😅.

Just a short stay while #AyahZNI is working outside KL. Since tahun ni tak jalan2 lagi, so masa ni digunakan sebaiknya walaupun baby #ZarinNurInsyirah masih demam hari nak gerak tu😌.

Selasa, 9/7/2019 kami gerak dalam kul11 dari rumah, and sampai tol Juru dalam kul 4ptg. Sebab last minute plan nak pergi The Carnival kat Sg Petani, so ayahnya memecut lah sbb nak kena sampai kul 530ptg. Unfotunately, tayar pancit lepas tol Juru tu. Sudahnya maghrib baru sampai Sg. Petani. Nasib baik ada org tolong tukarkan tayar spare, singgah workshop baru sambung perjalanan.

Malam tu singgah Dataran Zero Jam Besar, dinner kat Food Court, amek2 gambar sikit balik hotel. 1 night stay at Merilton Hotel.


HOTEL MERILTON, SUNGAI PETANI

Bilik with King Bed + Sofa Bed cukup sesuai utk kami berempat. Cumanya tiada fridge, so tak dapat nak mengepam. Air pula ada water heater dan juga water dispenser. That's the difference dari other hotels yg kami pernah visit sbb ada water dispenser cumanya air sejuk tak sejuk pulak😆. Breakfast wise, sesuai utk #IbuZNI yang tak makan byk tp suka makan buffet. Kuih2 ada 2 jenis je, air sejuk 2 jenis (termasuk sky juice🤣), air panas 2 jenis, roti bakar, bihun, mi goreng, nasi goreng, porridge, sosej, wedges, coleslaw and buah tembikai. See! I can list the menus sebab mmg sikit. Utk budak2 adalah tambahan choco crunch and honey star tu. Walaupun sikit, syukur dpt rasa semua.

Location hotel ni quite strategic, dekat dengan Dataran Jam Besar yang ada food court.

5minutes away from Dataran Zero (Jam Besar).
5minutes away from Central Square.
20minutes away from AmanJaya Mall.

Utk dinner, ada Thai Food Restaurant kat depan hotel, so kalau malas nak ke mana2 turun lift je sampai kedai makan. Ramai jugal malam tu tapi kami tak try la.

In summary, i think Family Suite completed with Breakfast for 3 at RM155.21 (incl. SST) is worth it.
❤️ Location - nearby food centre and mall
❤️ Room - clean and big for families
❤️ Food - just enough but can be upgraded
❤️ Staff - friendly.
❤️ Other - can late checkout before 3 pm.
❌ No pool
❌ No refrigerator

Esoknya, checkout kul1pm time ayah break, lepak kat Amanjaya Mall time ayahnya sbung keje. 3 jam dalam mall sempatlah makan, solat, bowling, playground dll. Puas hati kakak #ZahrahNurIman main xramai org sgt!


Alhamdulillah selesai #ZNIVisitKedah tahun 2019!

Habis work terus turun Ipoh, utk malam kedua kami stay di Seemsoon Hotel.

Nanti sambung cerita!

Till then..

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, April 7, 2019

Zahrah 1st School Holiday Mar'19

Happy weekend uols!

Just nak #throwback cerita cuti2 sekolah kakak #ZahrahNurIman 2minggu lepas. Walaupun dah agak basi tapi nak juga up😜😜😜.

Ceritanya, ni kira first time kakak betul2 cuti sekolah sbb time tadika, cuti sekolah pun kena pergi sekolah sbb daycare buka je. So secara ringkasnya, hari2 cuti sekolah kakak dipenuhi aktiviti berikut:

Sabtu & Ahad - kenduri kahwin di Johor.

Isnin - off to Melaka pulak dgn Tokbah & Tokmak. Bermalam di Melaka tapi ayah ibu adik balik KL.

Selasa - balik KL semula.

Rabu - Jalan2 Putrajaya. Asalnya nak naik cruise pusing Putrajay tapi hujan pulak. So reroute to Ayer@8 still at Putrajaya. Naik 8-cycle kayuh sama2 dalam 20min exercise kaki. Maghrib stop, dinner dan balik rumah.

Khamis - Sambung jalan2 area Bangi pulak. Bowling and shopping at Bangi Gateway. Dinner kat Homst Chinese Muslim Restaurant. Terus ke Pesta Hot Air Balloon tapi rupanya dah malam xde belon. Malam ada gerai2 makanan je.

Jumaat - Kerja macam biasa, kakak pun kena heret ke ofis jugak😬😬😬.

Sabtu - sesi photoshoot yang dah lama booking. Kakak suka sgt nak pose ala2 model kan, sonlayankan jela sbb murah kan. Tengah promotion RM50 je bayar utk 30mins session.

Ahad - siapkan homework!

So, kembali ke sekolah macam biasa.


Jumpa next school holiday in May/June🤭🤭🤭.

Till then...

xoxo,
Ibu ZNI 

Saturday, December 22, 2018

Langkawi Trip 2018

Assalamualaikum semua!
Happy weekend.

Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah je🤭🤭🤭

Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) 😅😅😅

Kisahnya........

Day 1 - Journey to Langkawi

Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip 😁😁😁

1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)😅😅😅


2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah 😜😜😜


3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travel😇😇😇


4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)😬😬😬


Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..

Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.

Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi

Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.

1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petang🤣🤣🤣.


2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.


3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya 😁😁😁.

4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! 🙄🙄🙄.

5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.

6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagi🤭🤭🤭.

7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.


Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping 😜😜😜.

Day 3 - It's outdoor activity

Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.

Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.

Ada 3 stops utk Island Hopping ni:

1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu 🤣🤣🤣!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.

3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledown🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.

Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.

Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 😄😄😄.


Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.

Total Lost? Takyah tanya! 😅😅😅

Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi

Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.

Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??


Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.

Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar😀😀😀


Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!

Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) 🤭🤭🤭

OK la, till then..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...