Showing posts with label Sabah 2016. Show all posts
Showing posts with label Sabah 2016. Show all posts

Saturday, April 8, 2017

Sabah Trip Review.. I'm back!!

As-Salam & happy Sunday!!

Lama dah tak bersiaran kan..padahal xde kelas dah pun cuma malas jela.. Yes, I admit! Malas nak menulis.

So skrg ni rajin ke? Hmmm..xjugak, sebab copy paste dari FB punya status, tambah sikit2 je tempek gambar..kihkih..

So, jom kita #throwback #AhsainsOutingDay kat Sabah December 2016 lepas..

Khamis - 21 Disember 2016
Hari ke-2 di Sabah, pagi2 around 7.30 pagi kami breakfast di kedai makan area 1Borneo Tune Hotel tu. Even sana cepat je cerah kan, konon jam 6.30 pagi dah nak gerak cari breakfast, tapi faham2 jela kan bila ramai2 ni, nak bagi semua siap makan jam betul. Pulak tu malam sebelum nya check in hotel pun tgh malam, dum dam dum dam kemas semua kul1 gak tido. Memang bila tido mlm tu Tak hengat dunia la kan..haha..

Berbalik kepada cerita breakfast, memang xbyk kedai dekat2 situ, kena jalan depan sikit jumpalah kedai makan. Nampak macam kedai mamak, tapi yang tebar roti canai tu nampak bukan mamak..since takde tempat makan lain yg dekat, so makan situ jela.. Not bad. Murah pun murah. Makan untuk 16 orang, tak sampai RM70 pun :-)

Lepas makan sempat lagi ber-Manequein Challenge (MC). Memang giler ber-MC kat sana..pantang ada ruang..haha


Lepas check out, terus bergerak ke Kundasang.
Otw ke homestay tu, kami singgah dulu beberapa tempat dulu...

** Rumah Terbalik Upside Down Borneo **

Rumah terbalik pertama dibina di Asia, nak masuk kena bayar RM10.60 (Malaysian Adult) and RM5.30 (Malaysian Child 4-12 tahun). Kalau nak masuk 3D Museum ada combo package. Tapi kami masuk Rumah Terbalik je ikut schedule. First time masuk rumah terbalik, pening gak la kepala tengok benda semua kat atas kepala :-)

Nak tau sejarah sikit, jom tengok video ni.


Since dalam rumah terbalik tak boleh amek gambar, kita posing2 kat luar rumah jela yer.



Perlu ke bergambar dalam jamban😢

Orang terbalik

Hebat angkat kereta..haha

Budak2 bila disurub posing😀

Wefie luar rumah

Wajiblah posing jugak kan..

Pokcik dan mokcik😘

Be there,  have fun and save some money for souveniers :-)

** Jambatan Tamparuli **

5minit perjalanan dari Rumah Terbalik. Mula2 macam confident nak naik jambatan ni, siap gelakkan mak and kak siah sebab takut nak naik.. Sekali pijak je jambatan tu, mak aih, debor!! Tengok org2 sana relax je jalan, kita ni tangan tak lepas pegang tepi. #ZahrahNurIman? Biarkan bapak dia yang pegang, ibu kena "selamatkan" diri dulu sampai hujung..kahkahkah..

Acah2 tak gayat tgh2 jambatan😰😰😰

Muka sebelum yang sangat confident😄

Alhamdulillah selamat sampai ke hujung :-)

So, kejap jela kat situ. Janji pernah sampai kan. Terus gerak ke Kundasang.

Lebih kurang sejam perjalanan, sampai Pekan Nabalu. Anjing bersepah kat situ. Tengah2 jalan panas tu relax je diorg landing. Siap marah bila ada keta lalu :-)

Tapi kan, view Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu ni MashaaAllah!! Sangat cantik! Even time tu berkabus tak nampak sangat puncak gunung, tapi still cantik ok. Gembira dan syukur dapat peluang ni.

Zahrah not in good mood..baru bgn tido..huhu

Tuan Hj. dan Puan Hjh. bergambar sweet2

Cantik kan? Subhanallah..
Malas nak upload banyak2 gambar, so uols tgk jela video ni yer utk summarize perjalanan kk-kundasangg. Penat buat, rugi siapa tak tengok🤗🤗🤗


Lebih kurang jam 1 petang kami sampai Kundasang. Makan di bandar Kundasang (rasanya lah). Kat sini memang kecik je bandar nya, kedai makan yang ada pun sikit je dalam 3-4 buah je.. Ada chicken wing jugak tapi tak beli pulak..huhu..

Lepas makan tu, kami decide nak pergi ke Dairy Farm and Strawberru Park dulu sebelum check in. Tapi cuaca macam nak hujan, so cepat2 lah gerak ke sana.

Nanti i sambung cerita lagi yer :-)

Kalau nak tengok review sebelum ni, boleh ke sini yer 😊

Part 1 - Quick Review & Estimated Cost

Sunday, March 5, 2017

Sabah Trip 2016

Assalam!!

Hello March!! The love month!
Aik, kenapa love pulak? Ya la, our anniversary day kan Bulan Mac.. Lupa ke? 😜

So, ke mana kita anniversary kali ni???
Rahsia!! Sebelum cerita anniversary start, moh kita cerita jalan2 #throwback #AhsainsOutingDay December 2016 lepas..

Dalam 3 kumpulan, kami 20 orang menghabiskan masa bersama di negeri dibawah bayu selama 4malam, termasuk 2 malam di Kundasang, Sabah.

Group 1 (2 orang) berlepas dengan AirAsia pada jam 7.30 malam
Group 2 (8 orang) berlepas dengan MAS pada jam 9.00 malam
Group 3 (6 orang) berlepas dengan Malindo pada jam 9.30 malam
Group 4 (4 orang) berlepas dengan Malindo pada jam 2.00 ptg (21/12)

Asalnya mula2 plan nak pergi satu famili, tp yg mula2 confirm boleh join, cuma mak Abah, family along dan family kami. Yang lain senyap je.. Bila dah kena "bako" ngan ktorg baru la sorg2 lagi join..haha.. Tapi, famili uda still tak join sebab sibuk nanda kertas katanya ustaz sorg tu..so, kena tinggallah diorg satu family 😊 

So, ni maklumat sikit utk perjalanan kami bercuti tahun lepas.. Lain2 cerita jalan2 kejap lagi naaa...

Flight:
Tambang seorang dalam average rm350.00 pergi dan balik.



Selfie dan budak2 berpisah tiada😜

Selfie lagi! Tapi lain2 flight😉

Jauh tokbah tokmak nak berjalan kali ni..over the sea gitu!😍

Penginapan:
Malam 20hb kami ambil hotel budget 1Borneo Tune Hotel je sebab esok pagi (21/12) dah nak bertolak ke Kundasang. Kos satu bilik utk 4bilik (Promo Early bird all in) cuma ~RM63.00). Kos satu bilik lagi harga biasa ~RM120.00 so kiranya kami dapat murahlah, kena dengan "budget trip" kan😊

Di Kundasang, kami ambil homestay 3bilik di Kundasang Greenhil Homestay 2. Kos RM450.00 semalam (harga public holiday), total termasuk 5% diskaun hanyalah RM855 utk 2 malam. Budget homestay jugak la kan..dpt rm450 semalam utk rumah 4bilik.. Ok la tu kan.. Boleh bbq semua. Tapi, since kat kundasang xde mcm supermarket tu, so barang2 seafood utk bbq kami beli kat kk, then sayur2 kat pasar kundasang. Well, kundasang kan terkenal dgn sayur2an fresh kan..

Nak ke pasar pun dekat je dari homestay ni.
Cumanya, homestay ni jauh sikit dari ranau la..so, nak ke ranau makan setengah jam jugak nak sampai. Setengah jam dengan mukabumi jalan kat sana terasalah lama walaupun view gunung sangat cantik sepanjang jalan. U ols kena keluar pagi tau sbb view sgt nice diwaktu pagi sebelum kabus menyelubungi gunung..

Malam pertama kat homestay tu, sbb dh penat sgt perjalanan dr kk, singgah macam2 tempat, so makan kfc jela. Nasib baik kat town ada kfc😅

Mlm kedua baru buat bbq.


Kawasan homestay ni dekat dengan Kinabalu Park, Strawberry Park, Desa Dairy Farm dan War Memorial. Ikut kilometer mmg dekat je..tp like i said earlier, mukabumi je buatkan kita rasa jauh..haha.. Other sides, dekat ranau pun ada tempat menarik utk dilawati. Nanti i ols share jalan2 area kundasang dan ranau yer.

Btw, first time i rasa "gerakan bumi" jam 4pagi hari ketiga tu. Cuak sampai xleh tido lepas terjaga. Bila tanya org lain diorg xsedar. Apakah?😂 Imaginasi i sorg je ke?

Tapi, tidak. Memang berlaku getaran sbb makcik2 kat pasar bagitau diorg tido kat van pun rasa bergegar..huhu..

Alhamdulillah everything is fine.

Balik dari Kundasang, kami berpecah kepada 3 group lagi (lain2 hotel). Kami 8org ambil Basic Hotel, another budget hotel. Ok for backpackers but not recomended for families kt sbb kawasan dia mcm rumah kedai😊. Tapi dekat dgn KK city. Another group bermalam di Kinabalu Gaya Hotel (juga dekat dengab city) dan Casuarina Hotel (dekat Tanjung Aru, jalan kaki je ke pantai).

Transportation:
Kami sewa 2 van company dapat harga staff la kan 😉
Another one is hilux. Total utk 3 transports, dalam RM1500 la. Ni rough figure je 😊

Enjoy!!

P/s: tunggu next post utk itenarary 1st day yer 😁

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...