Alhamdulillah, disaat PKPP masih ada kelomggaran SOP, so dapatkan kami lunaskan apa yang bel ditunaikan utk tahun 2020. #AhsainsOutingDay 2020 yang tertangguh since Feb20 aritu. Baru dapat lunaskan in September 2020. Baju yang ditempah in Feb20 pun lepas pkp baru siap sebab kilang tutup time MCO katanya. Apa²pun syukur yang di plan berjaya dijalankan walaupun berubah venue dari plan asal.
Alhamdulillah! Ke Muo pulak kita kali ni.
Happy 49th Anniversary Tok Mak and Tok Bah
🥰🥰🥰
Walaupun lambat 7bulan, sambut jugak lah time #AhsainsOutingDay kali ni kan. Macam biasa, sambutan kena all-in-one sambut birthday Sept-Oct babies sekali. Alhamdulillah, Jimatlah sekali sambut utk semua. Maka melantaklah kek ramai² ☺️☺️☺️
6biji kek 4" dan 1biji kek 5" utk dilantak time #AhsainsOutingDay tahun ni
masing2 keluarga ada wakil birthday boy/girl utk potong kek
Macam biasa, setiap kali family day ada sesi bagi hadiah kat mak abah, tapi rupanya ada surprise mak abah pun nk bagi hadiah kat anak² so dapatlah kami adik beradik sekeluarga hadiah dari mak abah. Sesi bagi hadiah kat Mak Abah seperti biasa bila sambut anniversary or during #AhsainsOutingDay kami. Kali ni takde tukar2 hadiah pun sesama ktorg, so bagi hadiah kat mak Abah je. Dari sebesar periuk bertingkek-tingkek sampai sekecik beg je😊😊😊.
Tak kisah pun hadiah apa janji ikhlas kan. Hadiah paling gempak dari Along dgn Uda nampaknya. Untunglah!
😁😁😁
Fuyyo! Kek keluar duit!
Besau mata TokMak TokBah tengok duit keluar dari kek. Sampai tak lalu nk makan kek teringat2 duiit kepul2 keluar. Syukur!!! Rezeki TokMak TokBah sempena #AhsainsOutingDay 2020.
Gathering #AhsainsOutingDay kali ni lepak² santai je kat homestay. Maklumlah, duduk semalam je, pastu rate semalam boleh tahan dengan facilities dan saiz rumah, so maximize utilizing the villa dari 3pm sampai 12noon. Memang xkeluar pun lepas check in, hujan pun yer jugak, malas nk keluar hujan² ramai² kan. Sudahnya makan jela segala jenis mknn yang masing² bawak.
Dak #ZarinNurInsyirah nak karoks jugak! Untunglah villa ada bilik karaoke, bolehlah masing² lepas geram menyanyi time #AhsainsOutingDay kali ni.
Hujung² video pakngah kena marah sebab stopkan music dak Zarin tengah nyanyi🤭🤭🤭
Hujan renyai terus lebat.
Badan penat harus rehat.
Semua ingat suara hebat.
Dengar jugak walau kelat.
😆😆😆
. Esok paginya baru beli bfast satay. Nama pun Muo kan! Tak Muo la kalau tak bfast satay. Lepas makan, kemas² baru checkout. Macam biasa, Gambar itu wajib. So port mesti jugak cantik. Cemara Villa Muar is the best location to create one of memories of togetherness during our #AhsainsOutingDay 2020.
Together we create happiness🥰🥰🥰
Happy family, happy us! Xcukup korum, 3org budak asrama tak boleh keluar, so bertabahlah ya.
Wefie sebelum wrap-up #AhsainsOutingDay 2020 di Muo. Wajib amek gambo, so mendaki ler naik tingkat atas Villa. Tepat kul12 check-out!
Yes, we were at Cemara Villa Muar for 2d1n stay.
Memang berbaloi² duduk situ, berbaloilah dengan harganya kan. Rumah lengkap dengan swimming pool, bbq set, dapur luar dan dalam rumah dan yang paling penting, ada 6bilik tidur dan 1 bilik karaoke! Tak payah rebut² bilik dah🤣🤣🤣
So kalau uols nk ke Muo ramai² boleh sewa homestay ni, highly recommended⭐⭐⭐⭐⭐
Sudah dipenghujung tahun 2019 dah kita kan. Utk last post for 2019 ni, kita nak #throwback #AhsainsOutingDay 2019 di Melaka.
Alhamdulillah.
Selesai 3h2m family day tahun ni. Beria 6 beradik arrange utk family day kali ni. Siap bagi2 kan tugas masing2 lagi.
Along & kakcik - AJK Makanan
Angah & Uda - AJK Aktiviti
Uteh & Adik - AJK Hadiah
Hanan, Wan, Sufia - Emcee
Macam2 aktiviti ada ok sempena #AhsainsOutingDay 2019 ni!
.
Siap buat agenda dengan emcee.
Tapi byk ke laut time management🤭🤭🤭.
Maklumlah semua beranak pinak.
.
Sebagai AJK Hadiah, so kite mulakan kisah dengan hadiah dulu.
Alkisahnya...
.
Dapat budget RM500 utk beli hadiah, sebahagian utk cabutan bertuah x10 dan sebahagian lagi utk beli hadiah game keluarga. Tapi bila sampai event hadiah bertambah-tambah pulak sebab ada yang sudi nk sponsor, termasuklah mak abah along bagi hadiah perdana. Tambah pulak last minute nk buat tukar2 hadiah family. Maka penuhlah sampai 2 meja hadiah sahaja🤭🤭🤭.
Sesi tukar² hadiah sesama kita
Pemenang² cabutan bertuah seperti berikut:
Bapa Bertuah - #AyahZNI
Mak Bertuah - @ezzah.ahsain
Remaja Bertuah - @harikaysssss
Kanak2 Bertuah - #ZahrahNurIman
Budak2 Bertuah - #NaurahMusfirah
Org Bertuah #1 - Abi #NasrinNaurahNafhah
Org Bertuah #2 - Wawa
Org Bertuah #3 - Tokmak
Org Bertuah #4 - Uda.
.
👇👇👇
.
Manusia Paling Bertuah - Nurul @ezzah.ahsain .
.
***************************
Sabtu, 21/12/2019.
Family photoshoot dulu sebelum start sukaneka utk #AhsainsOutingDay last week. Agenda wajib mestilah ambil gambar kan. Malam2 ambil tepi kolam (nnt kite cerita ye), so pagi2 kita ambil gambar bawah pokok kelapak pulak lah. Yang penting post!
.
Gigih memasing pakai baju family. Actually baju ni buat last year time ke Langkawi
Since last year tak semua joined Langkawi, so tahun ni kita recycle jela sbb semua ada.
.
Alhamdulillah.
Dapat jugak kumpul ramai2 Generasi Ahsain & Fatimah, dengan anak² 6org, menantu² 6org dan cucu² 16org. Masih belum ada geng cicit lagi setakat ni sebab si cucu sulung masih belajar🤭.
.
Start dengan senamrobik.
Patutnya cucu³ yang remaja tu kena lead, tapi di suruhnya pakcik² makcik² yang lead, dr senamrobik jd zapin daaaaa.
Layan jela kan!
.
Settle senamrobik terus start games. Ikut kategori.
Ragam Sukaneka #AhsainsOutingDay di Melaka last week. Sampai hilang suaralah bila bersukaneka tu kan. Lepas sukan, lompat mandi kolam pulak. Lunch. Rehat kejap.
.
So, enjoy the video highlight.
Jangan lupa subscribe!
Eh!
Game Keluarga pulak, semua dapat hamper yang sama walaupun semua berhempas pulas main relay game keluarga pagi Sabtu tu. Ada yang tergolek, tertonggeng, kena tendang bola, menangis dll. Hadiah tetap sama. Siap tempat pertama kena turun jadi tempat kedua lagi sbb group TokMak Tokbah dapat tambahan markah group paling behave.
Yang lain semua byk culas🤭🤭🤭
Sesi penyampaian hadiah utk Sukaneka #AhsainsOutingDay di Melaka last Sunday.
.
Basah² pun layan jela. Janji dpt hadiah.
.
Walaupun ada yang memberi bantahan atas keputusan di waktu pengumuman, keputusan adalah muktamad🤭🤭🤭.
.
Hadiah utama diberikan pada group Tokmak & Tokbah diatas play "behave" berbanding group2 lain yang banyak mengelat..kihkihkih.
.
Walaupun hakikatnya sbb hamper mmg disediakn utk 6 family, dan hamper mak abah asing. So, kena twick sikitlah keputusannya😅😅😅.
.
Apa² pun bersukan just utk suka² je pun.
Saje² jela sediakan hadiah kan bagi semangat.
Yang penting the time we got together for the whole days.
.
Have fun!
💕💕 Family Relay 💕💕
Juara - Angah & family.
Naib Juara - Tokbah, Tokmak & Wan.
Ke-3 - Along & family.
Ke-4 - Uteh & family.
Ke-5 - Uda & family.
Ke-6 - Kakcik & family.
Ke-7 - Adik & family.
💕💕 Cucu² Remaja 💕💕
Juara - Wan.
Naib Juara - Hanan.
Ke-3 - Abg. Ngah.
Ke-4 - Sufia & Wawa.
💕💕 Kanak² Ribena 💕💕
Juara - Rifqi.
Naib Juara - Elisya.
Ke-3 - Nasrin.
Ke-4 - Syazwin.
Ke-5 - Zahrah.
.
💕💕 Budak² Riang 💕💕
Semua juara, tiada pengalah.
Juara - Tokmak @hjh.ab Tokbah @ahsain_wahit dan Wan @m___wxn
Naib Juara - Angah
Tempat Ke-3 - Along
Tempat Ke-4 - Uteh
Tempat Ke-5 - Uda
Tempat Ke-6 - Kakcik
Paling Corot - Adik
🤣🤣🤣
Pemenang² games the cucus
.
Petang sambung durian🤭.
It's a wrap for #AhsainsOutingDay di Melaka utk tahun 2019. Sebelum kita melangkau ke tahun kereta terbang, marilah kita simpan memori tahin 2019 ni ya.
Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah je🤭🤭🤭
Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) 😅😅😅
Kisahnya........
Day 1 - Journey to Langkawi
Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip 😁😁😁
1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)😅😅😅
2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah 😜😜😜
3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travel😇😇😇
4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)😬😬😬
Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..
Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.
Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi
Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.
1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petang🤣🤣🤣.
2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.
3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya 😁😁😁.
4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! 🙄🙄🙄.
5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.
6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagi🤭🤭🤭.
7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.
Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping 😜😜😜.
Day 3 - It's outdoor activity
Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.
Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.
Ada 3 stops utk Island Hopping ni:
1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu 🤣🤣🤣!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.
3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledown🤦♀️🤦♀️🤦♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.
Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.
Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 😄😄😄.
Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.
Total Lost? Takyah tanya! 😅😅😅
Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi
Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.
Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??
Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.
Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar😀😀😀
Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!
Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) 🤭🤭🤭