Showing posts with label 5th Anniversary. Show all posts
Showing posts with label 5th Anniversary. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Perhentian Island...Our 5th Anniversary Story!!

As-Salam semua!!!

I'm back again..kagum tak dalam masa seminggu dah ada 2 entri.. Maklumlah orang dah abes belajaq :-)

Sebenarnya dah lama sangat dah cerita ni tertangguh kan..setahun dah pun berlalu. Maafkanlah hamba yang kononnya busy setahun dua ni. Jalan2 je empat, nak update blog mmg malaaaaaas memanjang..haha..

Rasanya ni last entri utk percutian kat Pulau Perhentian sempena our 5th anniversary kot. Sebabnya next month dah nak masuk 6th anniversary, cerita lain pulak kan :-p

Ok, so kita throwback entries before this yer..

Part 1 - Overview percutian je :-)
Part 2 - Review on our resort i.e. Alunan Boutique Resort


So kali ni kita cerita apa yg dibuat kat sana la yer..
Since sampai pulau pun dah petang, so takde aktiviti ape sgt la nak buat petang tu. Just cari mana tempat nak makan sebab xnampak mane2 cafe selain dari cafe resort. At last, decided pergi makan kat kampung sebelah naik taxi je. Time tu petang lagi, kira macam late lunch, early dinner la. Dekat je kampung perhentian besar dengan resort kami, cuma kalau nak lalu track memang jauh la..

Bila bot merempit je...zoooooooommm sampai sini!!

::::
::::
::::
::::
::::
\\\\////
\\\///
\\//
\/

Orang lain baru balik snorkeling. Kami baru nak makan :-)

Ni la track nak ke Kg. Perhentian Besar. Scary tak?

Lepas makan, layankan budak kecik ni nak main pantai. Main la dia panas2 tu sebab tak sabar sangat kan.. Adoi!!

Budak tak sabar nak main pantai walaupun sorg2..hihi

ibu kebosanan tapi layankan jela :-)

Malam tu memang tak makan lagi dah kat luar sebab dah kenyang (sebenarnya sebab mahal) kan, so kita alas perut makan megi dengan tapau makanan petang tadi jela..haha

Budak comot kelaparan baru lepas main, Tadi orang makan dia xde selera sebab tak sabar nak main..

Keesokkannya, 13-Mac-2016 kita start dengan makan lagi! Sebab dah kelaparan makan megi kan..kahkah.. Boleh tahan la makanan dia sedap gak tapi tak variety sangat. Macam takut2 je nak masak banyak kot sebab tak ramai orang..haha..

Breakfast la dulu.. isi perut..

Mendung tapi sejuk mata memandang keluasan laut ciptaan Allah. Subhanallah!

Wow!
Pagi tu cuaca mendung so nak bagi Zahrah mandi pantai pun takut dia kena hujan and demam pulak. So, balik bilik semula jela. Bosan kan? haha..nak buat guane, doh ujang, kite tubik bilik jela yo :-))

Petang tu baru keluar bilik sebab nak carik lunch. Kali ni kita pergi belah kanan resort pulak **sila bayangkan belah kanan ni yer :-p** Makan kat gerai tepi pantai je, tapi harga boleh tahan la jugak mahalnya kan. Kena charge macam harga foreigner ler jawabnya sebab mmg banyak foreigner pun time tu..huhu..

Malam pulak kami decided nak rasa makan kat resort. Boleh ambik bbq set tapi kami amek set lain je sebab bbq dia nampak tak menarik. Lagipun berdua je kan. So, kita layan jela gambar makanan yer :-p

Budak tension sebab asyik kena makan je..haha..

Sup cendawan malam2?

Sejukkkk malam2 minum ais dengan hujan renyai2

Jemput makan :-)

Hmmm...ape lagi nak cerita???? Tak ingat dah sebenarnya nak tulis apa..
Kesimpulannya, jalan2 kat pulau ni memang saje2 nak tengok pemandangan laut hijau jela sebab tak pergi snorkeling ke semua tu pun. Kan ibu Zahrah ni fobia air, memang not my choice la bab2 snorkeling2 semua ni..haha..

Esoknya 14-Mac-2016 balik dah! Kejap je kan? Ok la tu dari takde..

Nak balik tu kena naik bot ke KB lagi la. Memang terus balik KL xde singgah mana2 dah. Shopping kejap kat Kg. Perhntian Besar tu, beli souveniers semua, terus tunggu bot datang ambik.

Selfie dulu sebelum gerak balik..

"Penuh" troli dengan orang dan barang2

Hasil "tangkapan" Zahrah Nur Iman

Gembira nampak?

Welcome KL :-)

Last but not least, bye bye Perhentian! Till we meet again :-)

Fridge magnet..as usual!!

Ok la kan. Selesai tanggungjawab nak habiskan entry ni..haha.. Let me show u guys our budget dalam percutian kali ni:

Return Flight KB-KLIA ≈ RM530
Tune Hotel ≈ RM130 (add in TV, toiletries and early check-in)
Sewa kereta ≈ RM115
Alunan Boutique Resort ≈ RM930 (incl.boat transfer, promotion)

Not really budget la kot sbb dekat rm3k gak plus minus shopping, makan, taxi, etc..huhu.. Tapi, asalkan dapat bercuti with family, it worth enough :-)

Till we meet again in next entry inshaaAllah.

Tunggu next anniversary treat ya!!

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, April 30, 2016

Alunan Boutique Resort, Pulau Perhentian

As-salam semua!!

Berjumpa lagi kita setelah sebulan menyepi..kihkih..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan mei kan..sekejap je rasa masa berlalu skrg ni..huhu..

Alhamdulillah..

Sekarang ni tengah weekend yang panjang sempena cuti hari buruh esok kan. Kami pun since khamis dah cuti sebab ada AGM di office, so semua di HQ kena cuti utk elakkan heavy traffic time meeting. So, kite amek cuti lagi sehari, dapatlah cuti sampai isnin,and balik kampung!! Lama th dah dekat 3bulan tak balik kampung, so, gunakanlah masa yang ada sebaiknya :-)

Cuti2 panjang ni biasalah kan..kita pun planpercutian dengan family. Tapi, sy bukan nak cerita sekarang, kemudian bila berkesempatan I cerita yer..

Sekarang ni, ibu zahrah nak cerita pasal cerita yg dah tertunggak sebulan..cerita time honeymoon bulan lepas..sementara masih ingat ni baik cerita kan, kalau x mmg tak ingat dh la nak throwback bagai..hahha..

So, ingat lagi cerita Part 1 aritu?
Kalau tak ingat boleh ke sini yer :-)

Sambungannya kisah diresort pulak, iaitu di Alunan Beach Resort, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Since check in time jam 2pm, kami takdelah ambil bot trip awal pagi kul9am dari Jeti Kuala Besut tu. Lebih kurang kul10am check out dari Tune Hotel terus ke airport utk breakfast and ambil transfer boat Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian. Nak ke jeti dari airport Kota Bharu pun dalam sejam, sampai jeti, kena tunggu pulak feri sampai. At last dekat kul2ptg jugak baru sampai. 

So, lets check it out gambar jela yer :-)

Ambil feel katanya..org kepenatan dalam boat setengah jam, terus serbu air, dia serbu kerusi :-)

View laut dari lobi resort. Nice view and ofcourse tenang!!

View resort dari persisiran pantai. Hotel di atas bukit, memang mendaki jela setiap kali nak balik bilik. Almost 100 anak tangga jugak la setiap satu trip. Pengsan..haha

View di balkoni..malam2 takut gak la nak lepak sini sebab sebelah hutan kan. Siang je naik ke balkoni ni, tu pun sbb nak ambil gambar..kihkih

View dari balkoni ke lautan luas nan hijau. Sebelah tu balkoni bilik sebelah. Gayat jugak la kat atas ni sebab lebih kurang kat tgkt 3 la bilik ktorg ni.

View dalam bilik area katil and tv. Sebelah pintu tertutup tu toilet, tapi xde gambar toilet..tak kuasa nak ambil gambar toilet :-p

Rak instant biskut2 and fridge..

Rak tuala dan lain2. Memang style alunan ni takde almari, semua pakai rak je. Letak bawah tangga semua rak2 ni..

Sinki kat luar uolss. Dala toilet mmg xde sinki. Lain macam style dia..haha

Ni tangga nak ke balkoni. Macam biasa I mmg gayat nak naik tangga ni. Bukan setakat nampak bawah, jenis kayu tu rasa tak stable je. Tinggi pulak tu. Adoi!!

Excited dapat pakai baju "taekwando" katanya..tapi gedoboh bagai..haha..

So, begitulah sedikit view dalam bilik resort tu. Mmg still baru lagi resort tu, intercom pun belum ada lagi, kalau nak apa2 kena turun lobi. Cer bayangkan, kena mendaki lagi..pancit ayah zahrah..haha..

Petang 12-Mac-2016 tu, tak tau nak makan apa, rasa macam tak boleh nak makan kat resort, mahal kot! So, en.suami plan nak ke kampung laut, seberang laut dari resort kami ni. Ikutkan kata receptionist resort ni, dekat kalau nak jalan ikut track dalam hutan tu, dalam 15min boleh sampai, so, en.suami pun mulakanlah perjalanan sementara ibu dan zahrah main2 tepi pantai..

Tetiba!!

Tak sampai 5minit, Husband dah balik berpeluh-peluh..haha.. cepat sgt kan? Rupanya dia dah pancit tak larat nak mendaki lagi dlm hutan..kihkihkih. Rupanya jalan nak ke kampung tu memang berbukit-bukit..kalau ibu zahrah mmg tak mampu la kan. So, at last kami sama2 naik bot je ke kampung sebelah. Naik boat taxi rm5 sorang je..senang :-)

Nanti kita sambung cerita jalan2 lagi yer.
Panjang sangat dah entry ni..haha 

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, March 15, 2016

5th Anniversary at Pulau!! ** Part 1 **

As-Salam semua..
Apa khabarrrrr!! Haluuuuu!!
Lama kan tak jumpa? Sebulan ibu Zahrah ni tak bersiaran..busy manjang sebulan dua ni kan..nak buat mcm mane..hihi..

Btw, banyak nak cerita, cumanya masa tak mengizinkan untuk berkongsi cerita2 kami..since skrg ni tgh cuti sekolah (eh eh..Ada kaitan ke dgn I..macam takde je..haha).. Sebenarnya sekarang ni weols baru balik dari bercuti..since tahun baru cuti pun dah update, so bolehlah iols plan cuti utk family tersayang..horrehhhh!! Nak tau ke mana kami pergi bercuti tak? Jeng Jeng Jeng!!!!!

Here we go!!

Best tak? Best tak? Lama sangat tak ke Pantai Timur, kalau xsilap 3/4 tahun lepas last pergi sana time tu Zahrah Nur Iman kecik lagi.. So, kali ni pergi konon2nya nak honeymoon la bawak anak sekali..semperna anniversary kami yang ke-5 hihi..

Ceritanya, hari Jumaat 11-03-2016 kami bergerak ke Kota Bharu naik MAS.. Dramatik sgt flight kami ke KB pagi tu.. Flight jam 7.50pagi, since 5pagi dah keluar dari rumah ke KLIA, breakfast pun kat airport je..makan A&W pagi2.. Otw nak ke balai pelepasan tu punyalah susah sbb lalu byk kedai..puas memujuk Zahrah.. Nasib baik Zahrah termakan pujuk, so, kita amek gambar jela :-p



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8.05pagi, flight berlepas, full house jugak la flight pagi tu..tua muda kanak2 semua ada.. Cuaca sgt baik sepanjang perjalanan sampailah ke KB, awan kepul2 dan flight gegar sikit2 jela.. Tapi, 2x pilot nak landing kt KB tak boleh sbb awan sgt rendah dan railway tak nampak..huhu.. Tetiba je flight mcm vrooommn naik balik and tgk kat "flight info" rupanya dah otw patah balik.. Uwaaaa..


Air turn back!! That time, mmg nervous la..takut jugak la kan..zahrah pun bila tgk flight fly rendah atas laut, menangis ckp "jangan la turun kt laut..adik takut" huhu..ibu dia lagi la takut.. So, otw balik KLIA tu dah ckp kat ayah Zahrah, cancel jela cuti..tak sedap dah nak berjalan..kita balik kampung jela sbb dh amek cuti kan..time tu Zahrah dah mengantuk sgt dari kul5 tak tidur..smpi klia je, kejutkan dia ckp dh sampai tp tak jadi pergi pulau.. Menangis!! Nak pergi pulau!! Aduh, pujuklah ckp kita blk rumah tokmak..baru nak, tp dgn syarat nk balik lama2..haha..


Tunggu punya tunggu nk keluar dr flight, tak dpt2 keluar..rupanya!! Diorg benti nk isi minyak je..lepas tu fly back to KB.. Ok, fine..nervous balik nk naik flight :-( tapi tawakal to Allah semoga perjalanan dan percutian kami dipermudahkan dan dilindungi-Nya.. InshaaAllah :-)

Alhamdulillah lebih kurang kul 11.40am sampai KB and terus ke hotel. Kami booked Tune Hotel utk semalam je..sementara nak ke pulau esoknya.. Utk sehari semalam tu, kami sewa kereta i10 dalam rm115 sehari.. So, dapatlah nak berjalan sekejap kat Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh.. Jalan2 kat Pacific Mall sebelah Tune Hotel tu dapatlah Zahrah pau ibu dia sepasang kasut (lagi) :-)) 

Sehari di KB pokai jugaklah kan..hihi..jalan2 kat Pasar Siti Khadijah pun tak boleh lama2 sebab nnt lagi teruk pokainya..plus, kat situ agak panas, zahrah dah merah2 muka, ayah ibu dia dah peluh2 badan..so, tangkap 2-3pasang kain ela je.. Pergi Wakaf Che Yeh pulak, jumpa skirt yg Zahrah idam2kan..sampai 2helai dia beli, tu pun nak 3 Ibu dia tak bagi..haha.. Pastu, jumpa pulak telekung budak..murah, beli jela utk Zahrah..Dr aritu nak telekung putih so beli jela..i kan tak sampai hati kalau anak minta..hihi ;-)

Keesokan hari, Sabtu 12-03-2016 is our 5th Anniversary.. Alhamdulillah..masih lagi bersama selama 5thn, dan semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami dan memanjangkan serta merahmati hubungan dan kasih sayang kami suami isteri bersama anak(anak) InshaaAllah.. Pagi2 tu check-out tune hotel terus ke airport.. Berangan nak makan nasi dagang or nasi kerabu tapi xde pulak jumpa kedai2 yg menarik, so makan nasi berlauk biasa jela.. Lebih kurang pukul 11 pagi kami ambil teksi ke Jeti Kuala Besut dari airport..peramah betul pakcik teksi tu bercerita..layankan jela, seronok jugak kan berborak dari diam seribu bahasa.. Setengah jam kemudian (lebih kurang la) sampai travel agency yg resort kat pulau sediakan.. TransHoliday provides macam2 servis, antaranya boat transfer, mini bus, etc. Around 12.40 petang baru dapat naik bot.. Mula2 bdk kecik Zahrah ni excited tapi bila dgr bunyi enjin bot terus nangis tak nak naik..terpaksalah dukung..huhu.. Dalam bot pun masih menangis sampailah dapat safety jacket, baru senyap..sebab dah lama dia nak pakai jaket tu..pelik tak? Haha..



Almost sejam jugak atas bot sebelum sampai ke resort kami.. Sebab penumpang nak pergi lain2 resort kan, so, kena singgah satu2 jeti la..yang tak tahan siap ada boat stop, bukan bus stop yer ;-).. Mula2 gelakkan Org sebab kena drop kat boat stop, sekali kami pun sama..kihkih.. 



Sebabnya, takde jeti berdekatan dengan resort kami, so kena berhenti kat boat stop yg ada depan resort..mula2 cuak gak, tapi seronok gak..dpt mengatasi fobia air yg ada pd diriku ini..hihi..tunggu 5minit sampailah boat kecik amek kami.. Bot ni tak laju pun tapi sebab kecik tu yg gayat tu, naik 6org termasuk "driver" and 2 penumpang lain.. Yang pasti, kaki Ku basah saat keluar dr boat nak ke Pantai..haha.. Alhamdulillah, syukur selamat sampai ke resort.. Nak tau kami duduk mana?

Tadaaaaa!!!



Alunan Beach Resort!!
PULAU PERHENTIAN, THERE WE WENT!!

Nak tau cerita lanjut di Pulau Perhentian???
Nahhhh..tungguuuuu!!!

Sekian cerita untuk kali ni yer..

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...