Showing posts with label ZahrahAtSchool. Show all posts
Showing posts with label ZahrahAtSchool. Show all posts

Sunday, February 7, 2021

#ZahrahAtSchool - Our 1st experiences on OnlineClass & HomeSchool

 Assalamualaikum!

Hai, see ya! Cuti² weekend ni, nak keluar ke mana tak boleh kan. Duduk rumah, makan tengok tv jela nampaknya. Nak buka kerja cuti² ni tak berapa nak rajinlah kan😝😝😝.

.

So, kali ni nak cerita pasal #ZahrahAtSchool walaupun hanyalah #HomeSchooling aka #OnlineClass sahaja. Since 1st week of April 2020 #ZahrahNurIman dah start Online Class, so Muallim/Muallimah #ZahrahAtSchool akan upload video P&P di FB utk pembelajaran anak² di rumah.

Alhamdulillah, ada la jugak aktiviti kakak kat rumah bila ayah ibu sibuk #WFH kan. Tp kelas dia sekejap je pun. Pagi satu subjek, petang satu subjek. Takdelah stress mcm pakcik viral marah anak dia byk homework tu. Haish la pakcik, kalau xnk homework, buatlah homeschooling, sukahati pakciklah nak bg homework byk ke sikit ke kan 🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️








Alhamdulillah, lepas beberapa bulan ber-online, akhirnya boleh balik ke sekolah semula dengan beberapa SOP baru diperkenalkan. Antaranya, sistem kad matrik ni la. 


Konon²nya buat byk copy sebab senang in case tercicir ke tertinggal ke (kalau tertingal kira absent), so letaklah kt dlm kereta, handbag, bag sekolah standby selain yang ada kat landyard. Malangnya, rupanya barcode tu xbagi access on utk photocopied card, so kenalah beli asing original kad (membazir dah gambar² tu..huhu). Xpelah, nk buat macam mana kan, dah itu rules sekolah kan. Follow jela!

Back to ZahrahAtSchool story, selain tugas²an Muallim/Muallimah, ada jugak tugasan dari CikguIbu jugak.

Hafazan: Sifir 1-5.

Setiap kali nk call sepupu, kakak #ZahrahNurIman kena hafal sifir dulu ya. Ingat walaupun homework #ZahrahAtSchool on daily basis, buat kuiz je, masih still kena homescho dgn ibu musim #ZNI_PerintahKawalanPergerakan ni ya. Nasiblah ibumu obses dgn Matematik🤪🤪🤪

Bila kena PKPB2.0 in Oct20 lepas, maka kena lah sambung online class lagi utk the remaining months in 2020. Actually for Oct20 jela sbb Nov20 tu dah start latihan pengukuhan utk compilation markah anak² sekolah utk tahun 2020.


Antara tugasan² di akhir tahun 2020. Muallim suruh cari makanan/minuman yang ada kat rumah, dan jawikan ejaan barang² tu semua. Rather than amek gambar barang je, ibu suruh Zahrah melaram sekali so xdelah boring sgt kan.


So ini hasilnya! Bila hantar di FB kelas, tulis nama siap² on doc yang dak Zahrah dah siapkan😊😊😊

Alhamdulillah!
Settled persekolahan Tahun 2 ZahrahNurIman pada tahun 2020 lepas. Ada la peningkatan dari tahun lepas (maybe sebab xde exam betul² kot😝).

Tahun 2021 ni pulak, dah Tahun 3 dah. Last year for Tahap 1. Tahun depan dah masuk Tahap 2, no more main² yer. Harap² boleh lah fokus sesi PdP kat sekolah nanti.

Preparation for #ZahrahAtSchool Tahun 3 pulak, biasa² je sebab Covid19.masih lagi melanda kan. Sampai sekarang kasut semua tak beli lagi. Tunggulah betul² masuk sekolah nnt baru beli kasut dll yang masih pending tu. Beg and stationaries pun tersimpan rapi dalam box lagi. Baju² pun masih dlm storage, lepas basuh aritu lipat je malas nak iron dulu. Kang penat iron xdpt pakai lagi jugak kan

😂😂😂



✅ Sampul buku² done. Pakai sticker nama lama jela.

✅ Baju uniform sekolah done, tggu nk singkatkan sikit.

✅ Beg sekolah hadiah birthday je.

❌ Kasut sekolah tggu dekat² nk sekolah baru beli.

❌ Tambahan tudung, track suit and stokin kemudian.

.

Apalah nasib sekolah tahun 2021 ni kan..sama²lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan utk anak², cikgu² dan ibubapa² semua.

Last but not least, keep on fighting against Covid19 ya. Semoga kita dan anak² serta family kita dpt melalui kehidupan normal seperti selalu. Amin.

Till next entry ya...

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Saturday, January 9, 2021

#throwback2020 (Mac'20) - School and Trip Just before PKP

 Assalamualaikum.

Hai rakyat Malaysia, masih ingatkan anda tarikh 18 Mac 2020 dimana PKP dilaksanakan diseluruh Malaysia? Panic buying attacked warganet, nasib baik bukan heart attack kan.

Tapi, bukan nk cerita pasal PKP tu, ceritanya pasal aktiviti sebelum PKP. Alhamdulillah, sempat jugaklah kan ada aktiviti sebelum terperap beberapa bulan.

Kisah #ZahrahAtSchool yang sempat dirakam dan disimpan buat memories tahun 2020. Antaranya, aktiviti sukan sunnah i.e. memanah dan sukan tahunan. Tahun 2020 ni Zahrah kena join sukan memanah sebagai sukan tahunan (tahun lepas renang). So sempatlah dia join sekali dua kot aktiviti memanah tu.

Jadilah kak asal ada pengalaman kan. 

Next, on sukan tahunan #SportsDay2020 #ZahrahAtSchool utk tahun 2020. Event tahun ni buat di Padang UPNM. Merasalah kakak #ZahrahNurIman masuk univ jumpa abang² dan kakak² (bakal) askar. 

Tahun ni bertemakan superhero pulak. Meriah dengan costume walaupun ada yang mcm bukan superhero pun😜

Hijau - Boboiboy Daun

Merah - Incredible Men

Biru - Frozen

Kuning - Minion

.

Tak kisah lah kan lari tema ke tak, janji meriah!

Boboiboy Daun haruslah ada daun kan!

With besties..humairah and aliyah.

With bff..amani


Alhamdulillah, selesai satu event! Walaupun tak banyak contribution, sbb parents² lain ramai yang bersemangat nak tolong, so kita buat senyap jela🤭.

.

Kakak pulak masuk acara 4x50m je, berbanding tahun lepas sukaneka (sampai jd Juara). Since students dah ramai, so sorg satu acara je. Tapi time event ramai budak² tak dtg sbb ramai tak sihat pulak. So, adalah yg dpt bersukan lebih 1 acara kot sbb kena ganti yang lain.

Acara 4x50m

Sila perlahankan volume anda sbb ibunya sedang bersemangat waja bagi semangat kat kakak #ZahrahNurIman🤣🤣🤣.

.

Awalnya boleh dapat tmpt ke3 or ke2 ni, tp last person aka sprinter pulak tergolek dok! Dapatlah tmpt ke-4..kihkihkih..takpelah nak! Dah cuba dah kan yang penting pengalaman. Good job kakak! Hebat mung🤭🤭🤭

Overall, rumah hijau tempat ke-3.

Ok lah tu! Ada jugak nombor

Hijau! Mantap Berentap! Hijau Menghadap!

Apa² pun kakak gembira. Ayah ibu adik layankan jela walaupun kepanasan menunggu acara kakak hujung² waktu🥴

.

Selesai je Sports Day, lepas kakak berlari, terus balik awal sebab nk berkejaran check in kat Morib pulak. Alang² sekolah ada cuti peristiwa.

Alang² ibu ayah #ZNIsisters ada cuti free (replacement leave) yang kena ambil before 8hb.

Alang² tak byk cuti lagi tahun 2020 ni kan.

.

Short getaway melarikan diri dr hiruk pikuk kotaraya. So, ke Gold Coast Morib ler kite. 4thn lepas last dtg Morib, tak byk yg berubah pun rasanya. Tapi yang peliknya, ramai jugak mak bapak yg cutikan anak masing² yer. Ingatkn we ols je nk conquer kolam🤭🤭🤭.





Just a short getaway to have a deep and fresh breath.

Alhamdulillah, syukur masih berkesempatan baeak anak² utk bercuti sesama kan.

Till we meet again in next staycation!


Daaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Saturday, December 28, 2019

MAK2019 ~ ZapinRobik

Assalamualaikum!
Happy weekend peeps..

Wah, dah weekend last for 2019 kan. Cepat je masa berlalu. So, kali ni kita #throwback cerita #ZahrahAtSchool for Year 1 la lagi kan. Tahun depan dah Year 2. Lagi seminggu dah masuk 8thn anak ibu yang byk akal ni 🤭🤭🤭.

Alhamdulillah. Syukur, selesai Tahun 1 #ZahrahAtSchool tahun ni. You have improved in some subjects, though have not in some (BM Kefahaman dpt B🤦🏽‍♀️😁🤔). Confuse dibuatnya! Dari ada 2C, final exam Alhamdulillah, sempat kejar huruf A & B sahaja🤭. Subjek² agama memang kena banyak belajar lagi, rasanya sebab tulisan jawi, which is her weakness susah nak faham, tapi takpe kak. Nnt kite belajar dgn Ustazah Maklong (yang garang) yer😅😅😅.
.
Walaubagaimanpun, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019, MAK2019 sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun ni tetap join. Majlis buat di The Everly Hotel, Putrajaya. Walaupun kakak xdpt sebarang anugerah, ibu tetap proud of u kakak. 

.
Apa2 pun ibu ayah and baby #ZarinNurInsyirah tetap support kakak buat persembahan #ZapinRobik. 







Adik demam² pun datang jugak nk support kakak. Tapi kena balik awal la sebab dah start meragam. Selesai je kakak perform, makan sikit² lagi, terus gerak balik. 

So, enjoy the Zahrah's Zapin Performance ya!

.
Kakak memang semangat bab2 menari ni. Layankan jela walaupun baby tak sihat.
.
Good job kakak!
.
💕💕💕
Ibu, Ayah, Adik ZNI.

Till we meet again.

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, December 26, 2019

#ZahrahAtSchool ~ Trip to Bird Park 2019

Hello!! Hai hai semua..
Assalamualaikum!

Sebelum kita start sekolah sesi 2020, moh ler kita #throwback kisah sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun 2019 ni ya. 

Alhamdulillah. 
Kakak dpt join aktiviti kat sekolah lepas settle exam akhir tahun. Sukalah kan dah takde belajar lagi kat sekolah. Semangat nak pergi trip hari2 tanya bila hari lawatan tu.

Selasa, 19 Nov 2019
Hari lawatan telah tiba. Kena hantar ke sekolah pagi2 kul 730 am. Naik bas ramai2 ke Taman Burung, sampai tengahari je. Muallim hantar gambar kat group whatsap so dapatlah simpan buat kenangan kakak

😍😍😍




Sekian, cerita hari ini!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, December 25, 2019

Kem Rahmah #ZahrahAtSchool 2019

Assalamualaikum!
Selamat bercuti berehat semua.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2020. Dah nak habis cuti sekolah kan. Cepat betul masa berlalu skrg ni. Cuti sekolah oun tak rasa mcm cuti sekolah sbb tak dpt nak bercuti pun. Cuti dah habis, duit pun tak mengizinkan🤭🤭🤭.

Kakak pulak cuti sekolah ni still ke sekolah sebab ada program. Sekitar 4minggu #ZahrahAtSchool ada Kem Rahmah 2019 sebagai penutup P&P. 4 minggu cuti persekolahan digunakan sebagai tempoh pengukuhan beberapa subject iaitu math, english, arabic dan jawi. Tapi yalah, nama pun cuti sekolah kan. Kakak #ZahrahNurIman pun pandai minta ponteng lagi2 bila baru lepas tak kawan dgn kawan2 sekolah🤦🏽‍♀️.





Selain belajar, ada main2 dan aktiviti regangan jugak. Tapi itupun kalau xhujan baru dpt sukaneka. Baju jubah pun tetap bersenam kan kak! Asalkan cantik ke sekolah🤭🤭🤭.





Supposely 20/12/2019 is last day sekolah for 2019, tapi dia dh cuti awal sebab nk berholiday dgn family  pulak. So, kita say good bye dulu to School 2019 ya.

See u next year!

Pssst...lagi seminggu lebih dh nak 8thn kakak ni. Ibu ckp kalau x siapkan segala buku aktiviti dia tahun ni (maklumlah asyik ponteng kelas je, buku aktiviti pun byk lompong), hadiah birthday kena hold sampai siap ye!😜.

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 10, 2019

2nd Grading for #ZahrahTaekwondoJourney

Assalamualaikum semua!

Apa habaq?
Alhamdulillah sihat kan semuanya.
🤭🤭🤭

Syukur!

Hari ni nk buat short entry on 2nd grading for #ZahrahTaekwondoJourney that continues last Sunday. 2nd grading time from Yellow to Yellow II on 08.09.2019g. Nasib baik takde plan bercuti mana2 cuti 3hari ni, so bolehlah join. Semangat kakak #ZahrahNurIman awal2 lagi nak join.





Result masih belum dapat, so doakan kakak #ZahrahNurIman berjaya move to Yellow II belt yer. Hari tu dah tersalah dpt belt hijau, tp dah dipulangkan balik sbb salah kan. Jauh lagi perjalanan nak ke hijau tu. 

Yang tak tahan ayat si kakak ni apa nak tau?? 

"Ibu, kakak xkisah pun kalau x dpt kuning 2, sebab kawan kakak xxx suruh tunggu dia sebab dia baru putih". 
💆💆💆

(Bermulalah sesi membebel bla bla bla..)

"Yela, kakak buat betul2"

Full video kat youtube ya🤭🤭🤭


Sebelum ni dpt 1st session sbb belt putih, this time kena tgu 2nd session, tapi sampai kul11 tu masih tak settle lagi 1st session. Sudahnya kul1 masih tak settle lagi, tapi kakak dah settle so berangkatlah utk utk short staycation.

Hoorah!


P/s: next grading baby #ZarinNurInsyirah dah pandai jalan kot, kenalah beli kasut siap2 bagi dia join org ber"silat" sekali
🤭🤭🤭

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, September 6, 2019

Merdeka 2019! Sayangi Malaysiaku!

Assalamualaikum!
Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia!
Eh!

Cerita akhir bulan lepas, tapi baru sempat nak cerita kat sini. Maklumlah busy membawang kat ofis 🤭🤭🤭. So!

Semperna sambutan Hari Kebangsaan #ZahrahAtSchool tahun ni, kakak nk jadi Bomba asalnya, tp xjumpa baju dan malas nk usahakan, walaupun kakak jumpa baju kostum dlm shopee tp dah x dan nak beli. So masuk pusat pakaian Hari2 jumpa seluar celoreng, baju hijau! Settle! Next year beli kt shopee awal2 yer kak.

Masuk Mr. DIY pulak nak cari gogle utk swimming class, nampak pulak topi bomba. Janji la kak! Bagilah adik pakai topi tu. Walaupun dlm keterpaksaan dan tangisan. Topi tu berat la ayahnya!🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.


Kakak #ZahrahNurIman vs Baby #ZarinNurInsyirah 🤩🤩🤩

Wrap up for sambutan Hari Kebangsaan #ZahrahAtSchool semalam. Takde sesi P&P maka seronoklah kakak #ZahrahNurIman menjelang Jumaat semalam. Pagi2 dah siap berpakaian seragam, siap dengan bendera🤩. Kawan2 sekelas ramai masuk buat persembahan. Bila tanya kakak kenapa xmasuk, malu katanya! Mcm ibu sgt nih!

Takpelah kak, janji bahagia!


Selamat Hari Kemerdekaan ke-62 Rakyat Malaysia semua!

Sayangi Malaysiaku!

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, April 21, 2019

Road to Yellow Belt

Assalamualaikum semua!

Jumpa lagi😅😅😅

#throwback di hari ahad sambil layan Fox Movies.

Cerita #ZahrahTaekwondoJourney di sekolah rendah. During pre school mmg dh joined taekwondo sampai lepas yellow belt to green belt tu. Tapi masuk school baru start balik dari awal..so bila buat ujian grading tu dptlah satu keluarga dtg support😜.

Kakak #ZahrahNurIman macam biasa mesti last sbb huruf Z. Ditambah pulak nama xde dalam list sbb kakak tak hantar borang ke Sir dia. Since fee dah bayar, dapatlah masuk juga test tu🙄.
Dekat kul 11 pagi jugak baru selesai turn dia. Ramai2 ujian tu by group of 8people. Tp since dia dah group last so lebih sikit orangnya. Macam mana lah juri tu check kan ramai2 tu🧐.
Alhamdulillah baby pun behave je tidur..dah settle kakak baru dia bangun.


Good job kakak!

Nanti pergi grading GreenBelt pulak ya😘😘😘.

Sekian utk hari ini..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, April 16, 2019

Zahrah Sports Day 2019

Assalamualaikum & happy selalu!

#throwback lagi!

Kisah sebulan lepas, kakak #ZahrahNurIman ada Sports Day sekolah. Kakak team hijau so kami pun pakai ala2 hijau jugak ler.

Kakak masuk 1 acara sukaneka je (mmg ikut ibu ni xminat sukan☺️☺️☺️). Bawa bola pingpong dalam sudu and her team got gold medal! Cewah. Gold la sgt kan! Tapi ok la kan, masuk satu acara terus menang..kihkih.

Kisah kedua, ibu saja2 nak capaikan hasrat kakak nak jadi anak peniaga😎😎😎. Sudahnya gigihlah ayah sediakn khemah meja, ibu tempah makanan dan masak sikit buat jualan. Nasib baik acunya ada dtg tolong. Kau berempat je mmg pengsanlah. First time buat keje ni, seronoknya time jualan jela, sebelum dan selepas event penat gilos😆😆😆.


Sekian, throwback di hari ini!
Kisah #ZahrahAtSchool 😍😍😍

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, January 13, 2019

#ZNIsisters School Experience

Assalamualaikum mummies!
Alhamdulillah, jumpa lagi kita.

Hari ni ibu nak cerita sweet experience anak2 ibu pergi sekolah. Alhamdulillah #ZNIsisters sudah masuk minggu ke-3 pergi school.

Kakak #ZahrahNurIman sangat excited masa mula2 nak pergi sekolah. Sekarang ni less excited la (knowing her, cepat boring buat benda yang sama!).

Alhamdulillah, everything went well and inshaaAllah terus dipermudahkan urusan hendaknya. Pagi2 pukul 7pagi kakak dah sampai sekolah, petang pukul 7malam selalunya baru #AyahZNI sampai. Either ambil kakak dulu or baby #ZarinNurInsyirah depends pada keadaan trafik🤭🤭🤭. Bila sekolah pagi sampai ke petang ni, memang kakak kepenatan kat rumah. Pukul 9mlm dia dah start mengantuk, setakat ni xde homework (ada sekali tu ada homework tapi dia tak bawak balik buku homework tu🤦🤦🤦), maka awallah dia tidur sebab kena bangun pagi2 nanti.

Baby pun dah start pergi sekolah walaupun ibu belum masuk kerja, just nak bagi baby biasa dgn school. First day school mmg menangislah, tak nak minum susu semua. Hari ke-2 ok sikit sebab dah bawak rocker ke school, senang nak tidurkan. Seminggu kemudian, baby dah start menerima kenyataan kena minum dalam botol di nursery 😆😆😆. Alhamdulillah, tchr baby pandai handle baby dgn baik.

Bento?
Untuk kakak, supposedly semua mknn sekolah sediakan, so tak perlulah #IbuZNI sediakan bento bagai kan. Tapi kadang2 direquestnya lempeng memang tak sempat la ibu nak buat kakak. So tapau roti sapu nutella jela..kihkih😉😉😉. Terimalah seadanya ibumu yang tak berapa rajin ni nak!

Sekian cerita sekolah anak2 ibu!


Dari hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memohon perlindungan untuk al-Hasan dan al-Husain radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, ”Sesungguhnya bapak (nenek moyang) kalian berdua, Ibrahim, memohon perlindungan (kepada Allah) untuk kedua anaknya, Isma’il dan Ishaq, beliau berkata:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

‘Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan,binatang berbisa dan setiap mata orang yang dengki.’”

(HR.Al Bukhari [Fat-hul Baari VI/408.no.3371])

Till we meet again in next entry!

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, December 31, 2018

Zahrah Pre-school Memories 2012-2018

Assalamualaikum!

My short entry today, khas utk kakak Zahrah yang bakal ke ke alam persekolahan next 2 days. Ibu nak kongsi memories kakak sepanjang 6 tahun di alam pra-persekolahan..


2019 bakal menjadi tahun yang mencabar buat kakak #ZahrahNurIman..

Harap2 kakak tak stress yer dgn cabaran baru. Kakak mesti kena pandai control diri agar "penyakit" tu tak datang lagi..

Please love ibu, ayah dan adik sepen7h hati ya because we all love you so much!

#countingdays to 7th years old

Ibu dedikasikan kompilasi memories kakak sepanjang 6tahun di Pre-school sebagai post terakhir bagi tauun 2018.

Goodbye 2018!
Welcome 2019!

Semoga hari esok lebih baik dari semalam. InshaaAllah😍😍😍

Till we meet in more stories in 2019!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, July 22, 2018

#throwback Zahrah and Little Hajj 2018

Assalamualaikum semua!

Musim haji kembali lagi. Sudah beberapa trip ke Mekah/Madinah telah bermula sejak minggu lepas. Alhamdulillah dan semoga para haji semua dipermudahkan segala urusan haji, diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan haji mabrur, inshaaAllah.

Bercerita musim haji, ibu Zahrah pun nak juga #throwback one of big event sepanjang #ZahrahAtSchool selama 6 tahun ni.

LITTLE HAJJ 2018

#LittleHajj2018 akhirnya dapat #ZahrahNurIman joined setelah 2 tahun  "tunggu giliran" dari umur 4 tahun tengok senior dia🤗🤗🤗

Pagi2 lagi dia dah excited, actually sehari sebelum dia dah siap2kan barang telekung semua, sbb nak kena pergi school awal. Selalu bukan main payah nak suruh kemas beg tiap2 malam (oh ya, mmg zahrah kena kemas beg, letak baju kotor tiap2 malam sendiri yer). Harapnya dah school rendah nnt tak payah disuruhlah yer anak Ibu sayang😘😘😘

Naik bas ramai2 dgn kawan2. Kali ni buat kat MAEPS, Serdang (tak pastilah before this kat sini jugak ke tak) untuk semua sekolah di Klang Valley. Ada 5k orang katanya. Hebat anak2 ni, hebat jugak teacher2 yang handle anak2 ni. 

Well done, teachers!


Alhamdulillah, dapat jugak Zahrah lepaskan rindu "nak pergi Mekah" lepas 3 tahun meninggalkan bumi Mekah/Madinah Jun 2015 lepas. InshaaAllah ada rezeki, dengan izin Allah kita ke sana lagi yer Zahrah!
(Oh ya, masih berhutang cerita pasal Umrah 2015 ni..hihi)

Semoga anak ibu terus istiqamah merindu dan mendambakan kehebatan berada di Tanah Haram😍😍😍

Amiiin!

Ok la..jumpa di keluaran akan datang!

XOXO,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...