Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Sunday, February 17, 2019

Legoland 2019 ZNIsisters

Assalamualaikum semua!
Happy weekend uols! Bosan2 tu meh baca blog iols 😅😅😅

Kali ni nak #throwback cerita kakak #ZahrahMasukLegoland lagi utk kali ke-2 sekali baby #ZarinGoToLegoland jugak. Since cuti sempena cny ni panjang so kita singgahlah kejap kan. Lagipun Awesome Pass ni valid lagi sampai Apr'19 so sblm expired, berjalanlah kita!

Mmg panas sungguh time tu Tuhan je yang tahu. Tapi layankan juga kakak #ZahrahNurIman nk seronok2.

Sampai tu kami ke arah kiri dari entrance sebab before this dah ke kanan bhgn driving school and boating tu. Belah kiri byk roller coaster parts, ada yg kering ada yang basah. Tapi semua tak naik roller coaster tu. Seram je tengok. Zahrah kata dia paling suka part buat kereta Lego lepastu lumba. Tapi kereta takde rupa kereta, time lumba je berkecai🤣🤣🤣.
Before 4pm kami dah keluar. Tapi singgah ke Amerin Hotel dulu sebab plan nak masuk Legoland lagi esoknya.

Nama pun cuti panjang kan!

Hari kedua masuk 2jam lebih je sebab penat dan dah abes pusing dah, cuma tak main semua je. Kakak #ZahrahNurIman requested nak main kereta lagi walaupun dah masuk sini tahun lepas. Sampai pukul 10 lebih org dah ramai ya ampun! 2x trip tggu turn baru kakak dapat masuk "driving school". Kali ni kakak dah hebat nampaknya.

Lain macam dia punya rempit🤣🤣🤣.

Lepas settle driving, kakak nak tgk movie pulak.  Ibu dengan baby #ZarinNurInsyirah tak boleh masuk sbb baby bawah 1thn, so weols tggu kat cafe sementara kakak dgn ayah tgk movie. Excited kakak, rupanya 3d movie tu yg mcm dulu pergi kat Melaka, nasib baik ibu tak masuk..kahkah!
Settle movie, makan dulu sebelum balik kota rumah tokmak tokbah.

Kongsi jela kalau makan kat Legoland ni! Hari first makan nasi lemak sepinggan kongsi, hari kedua spagetti sepinggan jugak kongsi bertiga sebagai langkah penjimatan😋😋😋

Enjoy the video!


Bila entah nak masuk legoland lagi yer?
Kalau bahagian akuarium baru tu buka before pass expired boleh la kot singgah lagi😎😎😎

Abaikan uniform legoland ayahnya tu!
🤩🤩🤩

Till then..

Daaaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, August 19, 2018

1st Visit to Legoland

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berkesempatan juga nak menulis malam ni sebelum beradu. Mata dah mengantuk, tapi kita gagahkan juga la kejap ni, buat simple entry jela.

Dah lama betul #ZahrahNurIman request nak pergi Legoland tapi baru tahun ni dapat ditunaikan. Tengok tiket mahal2 memang buat tak tahu jela bila dak kecik tu cakap nak ke Legoland. Tapi bila fikirkan ada cuti panjang, takde plan nak ke mana, so gagahkan jugak la beli tiket online😎😎😎

Since tiket agak mahal (memang mahal pun!) so terpaksa lah beli yang Annual Pass sebabnya boleh masuk banyak kali, dan in case ada bahagian yang tak buka time masuk kan..

So, bulan 4 hari tu dapat jugak lah #ZahrahMasukLegoland akhirnya. Beli tiket online, masuk time #Cuti1TM so takde lah ramai org sbb bukan cuti sekolah kan. Beso sgt Legoland ni bila tgk map, so utk lebih afdhal kita mulakan dibahagian kanan dululah😃😃😃


Kami sampai dalam pukul 1pm, makan dulu sebelum masuk, sebab tau Zahrah memang tak ingat makan kalau dah dapat main. Dalam masa 2jam, sempat masuk 4 tempat je..

..Driving School🚘..

Ada 2 jenis school, satu utk budak2 bawah 6tahun, dan satu lagi 6-13 tahun. So Zahrah masuk "sekolah tinggi" la kan..haha. Mula2 memang terkial-kial dia nak drive, tapi lama2 siap merempit..nasib baik dapat jugak "lesen"
😅😅😅

Btw, kat situ ada shop tau, so pandai2lah manage anak2 utk tidak membeli belah yer, bukan setakat anak, mak bapak pun kena tahan nafsu dari nak shopping ya (ibu Zahrah tggu luar kedai, biar ayah Zahrah yang "manage" Zahrah..hihi)

..Boating School🛥..

Jalan setapak dua dari driving school, ada boating school. Singgah la belajar naik boat pulak. Macam biasa, ibu Zahrah memang duduk tepi je, ayah jela layan bawak boat. Ibu fobia air tau..haha😂😂😂

Penat jalan singgah restoran beli mknn dan minuman ringan dulu. Lepas 15minit berehat, baru sambung explore Legoland.

..Legoland Express🚉..

Nyaris tak kena tinggal keretapi, sempat la naik trip yang dah nak gerak, kalau tidak kena tunggu lagi. Daripada lenguh kaki berjalan pusing2 legoland, baik naik train kan..kan..kan..

Then, singgah kejap Rescue Academy, tapi ada bomba je, so belajar mcm mane nak padamkan api konon2 kan. Gigih ayah Zahrah "bawak lori bomba" berpoluh-poluh..haha..

..Airport City🚁..

Ni pun kecik je kawasan yang kami masuk, just main plane dia 2round lepas tu keluar balik..boring je kan..haha..

Lepas tu singgah NinjaGo tapi anakku ini penakut, masuk tempat gelap sikit je dah taknak, sudahnya keluar baliik🤦🤦🤦

Ibu sungguh kepenatan dan ketidaksanggupan untuk sambung jalan2 dalam Legoland tu lagi. Dua jam pun dah pancit. So memang perfect choice la amek Annual Pass tu.

Uols enjoy tengok video jela yer.. Nak upload gambo byk2 pun malas..ngantuk sudah..


Nnt kita masuk lagi yer Zahrah!
Tunggu ibu dah fit balik, bawak baby adik sekali nnt ya😘😘😘

Till next entry ya all!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...