Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Saturday, December 22, 2018

Langkawi Trip 2018

Assalamualaikum semua!
Happy weekend.

Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah je🀭🀭🀭

Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kisahnya........

Day 1 - Journey to Langkawi

Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip 😁😁😁

1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah 😜😜😜


3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travelπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡


4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)😬😬😬


Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..

Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.

Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi

Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.

1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petang🀣🀣🀣.


2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.


3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya 😁😁😁.

4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! πŸ™„πŸ™„πŸ™„.

5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.

6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagi🀭🀭🀭.

7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.


Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping 😜😜😜.

Day 3 - It's outdoor activity

Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.

Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.

Ada 3 stops utk Island Hopping ni:

1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu 🀣🀣🀣!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.

3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledown🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.

Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.

Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.


Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.

Total Lost? Takyah tanya! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi

Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.

Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??


Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.

Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!

Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) 🀭🀭🀭

OK la, till then..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, December 21, 2018

It's a teaser! #AhsainsOutingDay deTour Langkawi 2018

Assalamualaikum!
Salam Jumaat!

Short and sweet entry today.
It's a teaser for #AhsainsOutingDay 2018. Tahun ni kami telah memilih Langkawi sebagai lokasi berjalan.

Dah lama tak keluar ramai2, last rasanya ke Sabah 2016 itu pun xcukup quorum. Tahun 2018 ni ke Mersing cukup quorum, itu pun last minute plan. Trip kali ni pun xcukup quorum jugak, cikgu Permata dua org tu busy sungguh cuti sekolah ni. So kena tinggallah jawabnya😁😁😁

Ibu ZNI bagi diskaun kat diri sendiri berpantang 40 hari je sebab plan lari (ingatkan baby keluar awal sempatlah berpantang 44hari, sekali overdue pulak) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

First travel berempat yang sgt mencabar fizikal dan mental, sakit badan bila baby #ZarinNurInsyirah nak berdukung je..nasib baik byk tangan lain boleh tolong dukung juga. Thank u semua!

Kakak #ZahrahNurIman as usual bila berkumpul ramai2 suka lah dia. Tapi selalu menguji kesabaran ibu dia ni..huhu..

Kebanyakan tempat yang di singgah tempat2 yang belum pergi sebelum ni (2011 & 2015) serta perlukan "mesra-orang tua dan Baby" 😁😁😁

🎒 Skycab cukuplah sekali naik, dulu, 6tak kuasa nak bergayat lagi sekali. Datang Oriental Village utk aktiviti lain tapi tak berjaya..haha..

🏝 Island Hopping layan jugak walaupun gigih bawak baby. Sakit pinggang ya amat naik πŸ›₯ tu.. Adoyai..

πŸ›️ Sightseeing Langkawi Craft and Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Chenang

Shopping is "no-need to tell" activities Di Langkawi kan..


Nanti kita cerita lagi yer pasal #ZahrahRevisitLangkawi dan #Zarin1stHoliday kali ni.

Tungguuuu!!!

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, October 22, 2015

#throwback ~ Langkawi 2nd Trip

As-Salam semua!!
I'm back :-)

Hmmm, dah lama rasanya tertangguh cerita ke Langkawi, awal tahun lepas.. cerita bulan 01, tapi bulan 10 baru nak update..kihkih.. Ingat lagi tak cerita birthday Zahrah dalam entry ni?
hah, ni sambungan dia yer.. Cerita perjalanan kami ke Langkawi buat kali ke2 ni.. Tapi, kali ni tak ramai, 6org je pergi sebab pergi time bukan cuti sekolah :-)

Takpelah, kita takyah cerita panjang2..biar pictures je yang berbicara..lagi senang :-)

So, enjoy!!

Naik MAS special offer..3org tak sampai RM400 pun pergi-balik :-)
Wefie di KLIA

Dalam flight..sejam duduk dgn ibu sebab takut :-)

1st day ~ Start dengan shopping.. "Selamat.." :-)

Suasana hotel.. Aseania Resort

Order makanan kat hotel je..malas nak keluar..

Underwater World ~ Wefie :-)

Underwater World ~ Smile :-)

Ikan2 di air :-)

Zahrah luv Ibu

Zahrah dengan Tokbah, Tokmak & Kak Nan

Zahrah & tok mak

Ibu & Anak :-)

Beras Terbakaq

Beras Terbakaq

Real Beras Terbakaq :-)

Trademark "Lang"-kawi

Hasil tangkapan :-)

Us :-)

Nota Kaki #1: awal2 tahun dah habiskan cuti, sebab tu sekarang (hujung tahun) dah tak boleh berjalan :-p

Nota Kaki #2 : First time nak bawak zahrah naik aeroplane, tapi sejam jugak la dia nak beriba :-)


Sekian, untuk kali ini :-)
Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, December 27, 2011

Last 2 Days at Langkawi!!

Hai3...
Setelah 2bulan..baru la saya dpt sambung cerita pasal pegi Langkawi ni..hebat kan??haha..
Almaklumlah..budak rajin, mmg sentiasa 'update' cerita2 dia kan (sila muntah hijau!!)..haha..

So, straight to the point jela kan..final episode at Langkawi during June 2011 holiday...

03.06.2011
Pagi2 tu kami decide nak melawat k Makam Mahsuri..agak jauh jugak la dr homestay kami..around 10am mcm tu baru kami sampai sana..macam biasa..amek gmbr sambil jalan2 kat sana..

Lets see!!!
^ Us...Happy Together ^

at Perigi Mahsuri...


at Rumah Mahsuri...

^ Sehati Sejiwa ^

^ We are a happy family :-) ^

Actually, time kat muzium makam mahsuri tu hari hujan, so plan asal nak pergi cable car terpaksa cancel sbb hujan kan..then ktorg decide pergi Underwater World Langkawi je..rate tak ingat la plak..tapi mcm biasa la kan..pegi sana tgk2 hidupan laut.amek2 gmbr bagai..hehehe..




^ Kami Yang Gembira ^

^ Kanak2 Riang ^

Keluar dari waterworld dalam kul2 macam tu..perut masing2 dh kebulur..lagi2 mak buyung ni kan..tapi bincang2 macam awal lagi nak balik homestay kan..ape kelas jalan jauh2 kalau tido je kat homestay kan..hahha..so, ktrog decide nak gerak jugak ke cable car..and otw ke sana la carik kedai nak makan..tapi jalan punya jalan last2 sampai ke cable car tu baru dpt makan..hangin perut i ok!!!huhu..

Malangnya, even time tu tak ujan dah, tapi since baru lepas hujan, so pelancong2 semua tak dapat naik cable car tu..berjam gak la ktorg tggu kot2 boleh naik kan..last2 smpi kul4 x dpt2 naik..balik sudah!! Tapi masih sempat amek gmbr..haha..

Muka sedih tak dapat naik cable car..hehe...

04.06.2011
Last day at Langkawi..patutnya nak straight balik Johor dah..tapi sbb masing2 masih terbayang2 kesedihan tak dapat naik cable car smlm..so dgn senang hatinya ktorg pun delay nak kuar dr pulau ni..singgah  Cable Car Langkawi dulu!!

Pagi2 lagi ktorg dh 'bukak gate' cable car tu..dlm kul10 dah sampai..bagus betul smpi pagi2 ni kan..xdela kena beratur panjang..hehe..

Time utk posing!!
 
 









^ Keseronokan di Awangan ^

Begitulah ceritanya kami di Langkawi..dari Cable Car kami terus gerak ke Terminal Feri..balik time!!!huhuhu...tiket ktorg dlm kul12.30 macam tu..sampai Perlis around 2pm mcm tu..KELAPARAN & KEPENATAN..huhu..

Akhirnya, masing2 setuju takyah balik dulu..stay lagi semalam area Utara tu..esok pagi baru balik..except Uda, family dia terus gerak balik ke Kelantan, ktorg singgah hotel semalam..tapi tak ingat hotel ape..hehe..

Sekian sudah la cerita kat Langkawi..penat tapi beronok-ronok satu family..hahaha...

Daaa....

Yang di~Intai
~ @Liza ~

p/s: Mode: Bercuti-cutian menanti hari..bersama kaki yang bengkak..huhu :-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...