Showing posts with label BabyStuff. Show all posts
Showing posts with label BabyStuff. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Awaiting for #ZNIjunior 2.0

 Assalamualaikum & Salam Weekend!

Alhamdulillah, dah nak habis bulan March 2021 barulah rasa nak update blog yang sudah mula bersawang ni. Apo? Busy nau nau sgt kan, maklumlah dah nak cuti panjang ni, mmg kena pulun layan kerja ofis la kan.

Now, ibu dah 37weeks plus dah pun. Pejam celik pejam celik xsampai 3minggu lagi inshaaAllah lahirlah baby #ZNIjunior 2.0 nanti. Alhamdulillah, masih lagi sihat, boleh buat kerja ofis buat kerja rumah je kadang² je rajin sebab dah busy #wfh kan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Next week ada check-up lagi dengan gynae, plus maybe kena buat covid test dah sbb bila² masa boleh bersalin dh kan even though previous born #ZNIsisters at Week 40 je. So kenalah tunggu apa kata doktor nanti, rahim dah ready to deliver ke belum, but last week baby mmg dh kat bawah cuma rahim belum "matang" lagi katanya. Skrg ni dh start rasa mild contraction kadang² tu tgh tgk tv, buat kerja ofis, tetibe rasa mcm senggugut tu kan..huhu..seriau pulak bila fikirkan sakitnya nak beranak tu kan. Tapi, doa²lah moga Allah bantu kurangkan kesakitan dan permudahkan urusan melahirkan nanti. InshaaAllahπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°.

Persiapan nk sambut baby pulak Alhamdulillah complete dah rasanya. Tapi tula, bila godek² shopee lazada ke lagi² time 1.1 ▶️ 2.2 ▶️ 3.3 ▶️ 4.4 mesti ada je benda ditambah kan. Latest today, saje² je menambah barang walaupun xde direct kaitan utk baby (konon²nya nak bagi present kat kakak² baby nnt lepas lahir). Apa² jela alasan kan, layankan jela bosan² duduk rumah itu jela yang dibuat. Shopping. Makan. 

Antara yang awal dibeli sebab belikan botol susu dak Zarin, so beli set newborn je terus. Botol besar Zarin punya, botol kecik baby punya. Puting beli lebih sikit
😊😊😊

Set breastfeeding ni semua recycle dak Zarin punya. Alhamdulillah breastpump and botol² tu semua okay lagi, "cantik" lagilah rupanya sebab baru 3thn kan. So beli b/milk storage bag jela buat tambahan stok susu utk baby nanti. Hopefully boleh fully breastfeed baby at least sampai 2 tahun la kan. Aminnn.

Dah beli botol semua kenalah beli pencuci jugak kan. Sebelum ni pakai pureen dll tak ingat. Kali ni pakai pigeon je senang, detergent baju pun pakai pigeon. Tapi kocik jo botol tu rupanyaπŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ₯Ί

Ini pun antara yang awal beli dan banyak pulak jadinya..beli konon²nya sikit² tp byk brands, sudahnya ada 25pcs wet wipes yg 80-100sheets tu, selain yang kecik² 10-30sheets. Tapi xpelah, memang guna banyak pun nnt, so xyahlah selalu jenguk shopee tu (tapi jgn percaya iols x jenguk yerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

Barang² mandian baby pulak. Stick to this nature-based products for now. Ada jugak beli travel set from Joielle and Tropika jugak. Senang pakai yang sama tak macam sebelum ni macam² dibelinya! πŸ˜‚

For bedding and baju² tak banyak sangat beli baru. To recycle yg lama punya je, tambah 3helai baju dan sarung cadar/tilam je bagi refresh sikit view tu (nak jugal beli kan!)

Hah, sikit je kan baju 3 pasang, mittens 3pasang but leggings/tights berpasang² sebab yg lama dh longgar dilenjan dak ZarinπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Minyak² angin utk ibu pulak. Segala jenis minyak dibelinya dgn harapan #RoadTo40kg konon²nya. Semua dh masuk beg/kotak konon² dah siap packing nak sambut baby, tapi now lenguh² kaki dh xde minyak. Adoyai!😊😊

Ini travel kit pulak utk guna time travel.

Siap pun packing #HospitalBag utk ayah, ibu dan baby. Utk #ZNIsisters belum pack lagi. Nanti pack sekali utk balik kampung berpantang jela. Sekali jalan (penat) konsepnya!

Last but not least, set pengurusan uri sekali dengan tembikar, dapat free tuam baby. 

Rasanya lengkap dah kot yg essentials. Yang lain² tak berapa nk penting tu xyah ler upload sini. Lagho je tuh! Takyah ikut..beli keperluan shj ya, yang kehendak tu semua ikutlah kemampuan masing² ya.

Doakan #IbuZNI dipermudahkan urusan utk bersalin nnt dan selamat melahirkan baby yang sihat, sempurna dan selamat. Aminnnn..

 Till next entry ya...

Daaaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, October 14, 2018

Ibu and Baby Hospital Bag

Assalamualaikum mommies!

I'm here! Masih berlepak-lepak di rumah menunggu hari untuk bersalin. Baby #ZNIjunior masih seronok duduk dlm rahim ibu ni, belum ada tanda2 kuat nak bersalin ni. So, sempatlah ibu nak update blog kan.

Rasanya kebanyakan cerita pasal #BabyStuff dah cover, so ni yg last sebelum cerita pasal set berpantang ibu ZNI dan next cerita pasal anak2 ibu nnt la yer. Kalau nak tengok cerita2 baby stuff yang lain boleh ke sini yer:


So, back to Hospital Bag ni, ibu ZNI sediakan dua beg asing untuk kegunaan di Labour Room dan juga di Ward Room. Both bags campur je barang2 ibu dan baby. Mana2 barang yang lepas guna kat labour room boleh guna juga kat ward. So, iols xdelah bwk barang yang sama contohnya toiletries kan. Once settle kat labour room, transfer ward, guna jela lagi kan. 

Ini list yang ibu ZNI bawak utk both hospital bags. But, breastpump tu last minute rasa macam tak perlu bawak kot. Hopefully, baby ZNI nnt pandai latch macam kakak Zahrah la yer. So, boleh direct feeding je nnt. InshaaAllah..

Disinilah letaknya barang2 ibu dan baby utk kegunaan awal di labour room ni. Beli beg ni kat shoppee je (Babyworld.my @ RM44) senang and murah. Besar capacity beg ni, muatlah letak semua barang2 yang dinyatakan diatas πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Inilah isi kandungan beg tu. Tisu, charger powerbank semua tak masuk lagi sbb masih dalam handbag. Nanti boleh transfer kemudian (harap2 ingatlah kan)😎😎😎

Ini antara yang sempat snap, yang xde dlm gambar, tisu, termos, socks, snacks. Masukkan dalam beg last minute so tak sempat nak snap picture..

Both bags now dah dalam boot kereta, standby since 37 weeks lepas. Harap2nya takdelah barang yang tertinggal kan. 

Kalau uols nak tgk mommies lain lain punya bag, google jela. Iols pun byk google, pastu sort la mana yang perlu untuk uols. Pada iols, tak perlu bawak banyak2 sgt sebab normally kita stay 1 night je kat hospital kan, dan mengharap sgt proses delivery tu tak lama, so xperlulah sampai kena warded before deliver kan. InshaaAllah.

So, mummies out there, be prepared yer. Buat slow2 pun xpe..janji siap awal. If uols rasa akan akan bersalin awal, so awal sikitlah kena prepare tu.

Till we meet again ya.
Jgn lupa doakan ibu ZNI ni cepat bersalin dalam 1-2 hari ni yer😍😍😍

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, October 11, 2018

Diapers and Baby Wipes..Offspring vs Applecrumby

Assalamualaikum ibu2 semua!

Sedang berkerja ke berehat di rumah??
Ibu ZNI sedang berehat2 sahaja, bak kata kakak #ZahrahNurIman "best lah ibu tengok tv je kat rumah"..hakikatnya ibu kebosanan🀣🀣🀣

Ok lah, since masa ada kan, kita nak cerita sikit pasal persediaan diapering baby #ZNIjunior nanti. Beli newborn punya diapers brand petpet dengan pureen baby wipes sikit untuk standby. Plus warna oren tu menarik sangat utk dibeli..hihi..

Macam yang ibu ZNI bagitau sebelum ni, this time around, as much as possible, i look for natural or organic products. So, nak try la 2 brands yang agak menarik untuk dicuba.

Offsprings Printed Diapers and Baby Wipes

I choose the diapers masa nampak kat insta Stacy Anam. Nampak so natural sebab color hijau kan. Alang2 nak beli tu, terus ambil Bundle deal which consists of:

– 4 packs of soft and super absorbent diapers
– 3 packs 80ct plant-based wipes
– 4 packs 20ct plant-based wipes

See! Kotak delivery pun nampak exclusive kan???

Tapi, nak kata betul best ke x, ibu ZNI tak dapat nak pastikan sebab belum guna kan. Tapi menurut yang diclaim dalam dalam website diorg, fashion diapers Offspring menjanjikan perkara2 berikut:

Eco-friendly, ultra-soft diapers with designer prints
Super absorbency – Great for day and night use
Fashionable designer prints - created with ink that’s free of lead and heavy metal
Ultra-Breathable inner and outer layer - made with chlorine-free woodpulp
Wear without worry – Completely free of dyes, fragrances, lotions, chloride, phthalates, optical brighteners and latex.
Chlorine-free fluffpulp & Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Premium Ultra-Soft Eco Friendly Wipes
Strong but soft – Towel-like material for gentle cleansing on baby’s delicate skin
Mindfully made – Infused with organic aloe vera & organic chamomile to support healthy skin
Extra Soft, Extra Gentle – Made for gentle cleansing from head to toe, suitable for baby’s mouth and hands
Chemical Free – Made without fragrances, alcohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, chlorine processing, parabens, SLS, lanolin or other harmful chemicals.
Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Made with FSC certified plant-cellulose material – Biodegradable; dispose without worry!

Akibat terpengaruh, maka dapatlah 4 packs diapers tu, i chose 4 packs size S and 1 pack for pants size M. Lepas tu, ada jugak baby Wipes 80pc and 20pc yang dibeli. Boleh pakai lama ni kan, tapi macam sayang pulak mahal2 kan..hihi🀭🀭🀭

Yang size M letak bawah katil dulu sebab dh penuh rak tu..hihi.. Baby Wipes 20pc tu yg kecik sikit tu, boleh lah masukkan dlm handbag kalau nipis mcm tu kan.. 

Applecrumby & Fish Diapers and Baby Wipes

Yang ni akibat dia lalu lalang kat insta sampai iols ter'click' insta dia. Maka, terjatuh cinta pulak dgn yang ni. Sebabnya it looks so simple yet adorable..kihkih..over tak???

Memang fikir banyak kali nak beli ke x. Makan hari jugaklah buka website dia, lagi2 bila ada promo.

Chlorine Free Premium Baby Diaper Bundle
(S24 - Buy 10 FREE 2 Pack) With FREE Bunny Cassidy (Grey)
Processed Chlorine Free Plant Derived Super Soft Air Plus Fluff Pulp from USA's Weyerhaeuser
Simply pure - made without latex, fragrances, toxic dye or lotions
Fragrance Free, Dye Free
Wetness Indicator Strips tell you when your baby needs a change of diaper!
Ultra Comfy stretch side panels and waist band
Dye free, refastenable perforated tabs for perfect fit!
Ultra-soft plant-based (PLA) top and beehive textured back sheets — gentle on your baby’s bottom
Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs for the perfect leak protection. Dye free protects your baby from getting nasty rashes on skin contact areas.
Japan Imported Sumitomo SAP
Super absorbent and soft
Premium quality and non-premium pricing

Extra Thick Premium Baby Wipes Bundle 2x (3 PACK BUNDLE, 80 Sheets) With FREE Bunny Emma (Cream) 
Processed Chlorine Free
Paraben Free, SLS Free, Phthalate Free
Fragrance Free, Alcohol Free
Methylisothiazolinone Free
Formaldehyde Free, Lanolin Free
No petrochemicals or harsh chemicals
Infused with a botanical blend of Aloe Vera Extract (to moisturize) and Chamomile Extract (antibacterial and soothing properties) 
Gentle, Soft yet ultra effective ingredients gently cleanse and soothe your baby's sensitive skin with plant extracts that keep skin healthy
Ultra thick and strong at 60gms
Extra big at 17cm x 20cm
Super absorbent and soft
Embossed and Interlocked Spun Surface for extra loft and softness, plus easy use with friction
Easy dispensing
Premium quality and non-premium pricing
MSDS approved

Akhirnya beli jugak bundle sets diapers and baby wipes. Jangan cakap iols tamak yer! Saya cuma mudah terpengaruh..haha..

Hah, tengok tu, siap dpt free bunny uols. Satu utk kakak, satu untuk baby. So memang kena beli diapers dan baby wipes la kan, kalau x dpt satu bunny jeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kite zoom sikit apa yang dah dibeli.. 

Kakak promote sikit apa yang dia dapat.. Kakak memang suka buat video uols.. 

Plannya, kita guna yg Offsprings tu, lepas tu baru yang Applecrumby. Then, barulah ibu ZNI boleh bagi full review..hihi..

So, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik yer😍😍😍

Jumpa in next entry ya!
Doakan ibu ZNI dapat melahirkan baby #ZNIjunior dalam seminggu yer. Amiinn, inshaaAllah.

Till then.

Daaaaa......

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, October 5, 2018

Baby Bedding Preparation and the Changing Table

Assalamualaikum mummies!
I'm back. 

Kali ni nak sambung cerita pasal preparation nak sambut baby baru baby #ZNIjunior.

Alhamdulillah, by end of September lepas, mostly physically dah sedia semua. And baby bedding ni antara yang awal disediakan. Last few weeks je baru masukkan bedding baby ke bilik master, sebelah katil ibu ayah (dan kakak Zahrah)🀩🀩🀩

Time kakak Zahrah, kami pakai baby cot ikea yang kayu tu, tapi tilam dah tak boleh pakai sebab dah kuning2 lepas 6 tahun kan. So, decide nak cari yang lain yang boleh buka tepi katil, senang kononnya kalau letak tepi katil nanti.

Tapi...

Last2 beli playpen yang tak boleh buka tepi pun..haha..survey sekali je kat warehouse sale, terus beli. Sejenis malas nak survey byk2 takut confuse nak pilih nanti.

Kakak pilihkan untuk kegunaan baby ZNI. Ibu ayah ikutkan jela janji dalam budget..hihi

Ibu dan kakak so excited with this chair, tapi apakan daya, mahal! Kite try test jela kejap..haha..

Selesai misi mencari playpen! Dapatlah Babyhood playpen utk baby ZNI nanti, tapi mcm biasa, kakak rasmikan dulu yer dik!

Kakak nak jugak masuk dlm playpen ni. Layankan jela bagi chance kat kakak. Sedaplah baring2 bagai kan..

By the way, in August, ibu ZNI ada buat booking for preorder set tilam kekabu jugak, sekali dengan baby nest. Lepas raya haji baru siap. So, itu yang dapat siapkan baby bedding ni awal.

Kakak berlakon tido je tu, nak test tilam baby punya pasal..haha

So, disinilah tempat beradu baby ZNI nnt selepas dilahirkan..inshaaAllah..hanya yang terbaik utk anak2 ibu😍😍😍

Selain playpen dan tilam kekabu, ada jugak beli set tilam patchwork kat shoppee, murah2 je buat tambah konon2nya takut kakak berebut dengan baby nanti. And again, kakak rasmikan dulu yer!

Jangan marah dik, kakak try test tengok helok ke x tilam ni. Ok la, lulus utk adik (dan kakak) guling2 nanti😝😝😝

Ok lah, kakak xguna..kakak tolong jagakan tilam baby yer😘😘😘

Since tilam kekabu dah disumbat rapi dalam playpen, so tilam patchwork ni kita guna outside playpen jela nnt. Changing table yang dpt free tu xletak pun kat playpen tu sebab nampak semak, so ibu ZNI letak kat atas changing trolley, buat2 mcm atas sekali tu changing table la..alas dengan selimut patchwork and letak changing mat. Siaplah changing area untuk guna nanti.

Both playpen and changing trolley ni letak kat sebelah katil dlm master bedroom tu je. Senang nak tidurkan baby nak salin baju semua sebelah katil je.

Inilah dia!!


Nampak ke?
Ok lah kalau tak nampak, kita zoom sikit apa yang ada kat changing area tu yer..


Nanti dalam entry lain kita cerita lebih lanjut pasal set berpantang dan supplements tu yer..sebab yang lain dah cerita dah kecuali pasal diapers pun belum lagi. Changing area ni just letak barang2 utk kegunaan harian so xdelah kena mencari kat bilik belakang sentiasa. Dah habis kt area ni, baru topup balik..jimat tenaga (dan lemak) dari kena jalan jauh..hihi..

Rasanya sampai sini dulu la kot nak bercerita. Penat dah menaip (asyik typo je sbb jari dah gemuk)😣😣😣

So, see ya in next entry..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 18, 2018

Organic vs Non-Organic Baby Care Essentials

Assalamualaikum mommies!

Dah start keje semula ke today? Ibu ZNI masih cuti hari ni, ada check up pulak. Selalu check up weekend, tapi kali ni weekend penuh pulak. So, terpaksalah ambil cuti nak pergi check up kan.

Well, like usual, sementara ada byk masa menunggu giliran nak jumpa Doktor kejap lagi, kita update blog kejap la kalau sempat.

Hari ni nak cerita pasal Baby Care Essentials untuk Baby ZNI nanti. Kalau dulu2 time kakak Zahrah, awal2 tu memang guna Pureen je sebab itu je yang tau dan glamor kan. Tapi since kali ni banyak brands yang keluarkan segala jenis products utk mandian dan sebagainya, ditambah pula dengan sejarah ekzema kakak Zahrah Nur Iman, so ibu pun terasa nak bertukar kepada organic products product, or at least less chemical products la.

I'm not sure which one is better, but have to "try and error" dulu la kot. Need to put extra money on this sebab price organic products ni memang lebih mahal dari normal products, selain tests, certificate dan ingredients yang digunakan, normally organic products ni based in overseas.

So, ini antara products yang akan digunakan nanti. Mostly beli online either via official websites or shoppee 😊😊😊

Barang Mandian Baby - Offsprings and Joielle Baby
Baby Balm - Set Tasneem Nature (plus Body Wash)
Others - Chomel Cleansers/Sanitiser, Mukmin Junior, Minyak Yu Yee and Sterimar Nasal Hygiene


Jom kita tengok secara dekat.

JOIELLE Baby Essential

I bought this set thru shoppee (ms baby shop) at total of  around Rm140 including for Mama Nipple Balm. Kalau set newborn ada baby cream sekali, tapi iols ambil nappy cream instead. Tapi ni bukan actually jual dalam set, beli loose items, pilih2 masuk shopping cart from same shop, senang sikit. Mostly harga memang murah dari Normal Price (above RM30 each). Dapatlah jimat sikit walaupun xbanyak kan. 

Why I chose Joielle? 
Thru pakcik Google, and finally I found this in Mummy Blog that Joielle Baby products are:

  1. KKM Approved
  2. Certified by HALAL JAKIM
  3. Dermatologist Tested ~ Lab Tested from SWISS LAB saying that all of the ingredients used are safe and suitable for babies.
  4. Hypoallergenic (referring to all ingredients used in producing Joielle Baby products are rarely associated with allergic reactions, this is based on a test which was conducted by Joielle Baby where the results shown 92% babies are suitable with Joielle Baby). 

BTW, this product produced in Malaysia sahaja ya. Nothing much I can say Sebab iols Belum try lagi products ni kan. Nanti bila dah guna pada Baby ZNI, iols inform in other post yer. And kalau sesuai, nanti boleh beli Travel Set punya juga utk jalan2 or balik kampung kan. 

Kalau uols nak tau lebih lanjut boleh direct dengan Mummy ni yer, sbb I noted that she is one of Joielle Baby products' agent.

OFFSPRINGS BABY ESSENTIAL

I chose to buy Baby Essentials Bundle for better price, bought directly from Offsprings Website. This set consists of Head-to-Toe Wash (250ml), Baby Lotion (100ml) and Nappy Balm (75ml). Tapi nampak banyak kan?? Actually nampak banyak sebab beli 2x bundle set 😜😜😜

Mula2 berjinak2 dengan Offsprings ni bila iols nampak dalam insta Stacy Anam (Ibu ZNI memang suka stalk insta artis ok!).. So, first time beli tu amek bundle Diapers and Baby wipes (nnt kita share dalam lain post yer), Baby Essential Trial Set @RM50 (yang dalam kotak kecik tu), The Three Essentials Bundle @ RM123 (consists of Baby Lotion, Nappy Balm and Chestrub Balm). Then, rasa nak try baby wash pulak, so, next purchase tu ambil Basic Essentials Bundle @ RM183 (incl. Head2Toe, Nappy Balm and Baby Lotion). Jadinya, ada 2 la both Lotion and nappy balm tu. Since beli bundle ni ada discount, compared to loose items, tu yang mudah terpengaruh tu sampai 2x beli😌😌😌

Why I choose Offsprings in the first place? 
Basically, from the website, they claimed that Basic Essentials Bundle offers the followings:

  1. Resized & repackaged for your convenience. 
  2. Safe for sensitive skin and eczema.
  3. Certified Organic by Ecocert Cosmos.
  4. Certified Australian-Made.
  5. Certified Cruelty-Free, and completely vegan. 

Like I said earlier, later nanti ibu ZNI share ya how it goes with Baby ZNI. Hopefully this products brand can help Baby ZNI in future. Semoga anak ibu nanti sesuai dengan product ni. InshaaAllah😍😍😍

Set Newborn Tasneem Naturel


Lately ni selalu pulak nampak promo Tasneem Naturel kat FB. Since iols xboleh nampak perkataan "natural" tu, so terpaksalah jugak survey pasal produk ni. Aunty Zahrah yang baru lepas bersalin pun pakai ni untuk baby Nafhah, positive comments and recommended. So i dealt directly dengan TN HQ even ramai je agent ada kat insta, FB mahupun shoppee. I prefer deal dengan official kedai senang nak tanya.

Ada byk set diorg offer, and their main products are baby balm. Ada 5 jenis balms semuanya, each bottle harganya RM49 yer, tapi kalau beli banyak dapatlah diskaun. Since ada Set Newborn, so ibu ZNI ambik set ni for trial. Ada 3 Balms i.e. Calm Time, T-rub and CF- rub which have different usages. Plus, ibu ZNI macam tertarik dengan yang Color purple tu, so tambah la Set Dream Away. Dalam set ni pulak ada Sleep Time body wash, Sleep Time roll on and Sleep Time balm. 

Apa fungsi produk Tasneem Natural ni? 
Sepertimana yang dimaklumkan oleh seller TN ni, berikut adalah fungsi setiap balms:

  1. Calm time - Membantu anak lebih tenang dan tidak meragam serta Mengurangkan tekanan dan keletihan.
  2. Coughflu (CF-RUB) - Membantu mencairkan kahak, Mengurangkan selesema, dan Membantu melegakan athma.
  3. Tummy (T-RUB) - Untuk bayi yang cirit-birit dan sembelit serta Melegakan kembung perut & membuang angin. 
  4. Sleep time - Membantu anak mudah tidur & tidur lebih lena dan  Memberi tidur yang lebih berkualiti.
  5. Skeenz - Dirumus khas untuk masalah kulit dan ekzema.

In total I took 4 out of 5 balms except yang Skeenz Balm which produced specifically for eczema. Nampak cantik kan warna warni Balms ni. Kena jimat2 sikit guna time perlu jela jawabnya sebab harga boleh tahan ni. At total for Set Newborn (3balms) and Set Dream Away ni sebanyak RM256 and dapatlah free gift sabun seketul and pouch TN color pink. Kalau uols nak cuba, cari je kat insta/FB guna #TasneemNaturel confirm jumpa banyak..hihi😍😍😍

MUKMIN Junior for Kakak Zahrah


Mukmin Junior ni beli time singgah di Motherhood Warehouse Sale ada booth Mukmin. Since kakak asyik merungut beli barang baby je, so ibu belikan lah Mukmin Junior ni utk kakak. At total of RM20, ada bedak susu, body wash and head2toe wash and 2 toothpastes. Ok la kan.. Khas untuk kakak Zahrah tu..hihi..

Untuk cleansers pulak, this time I chose ChomelBaby products. Previously guna Pureen untuk bottle cleanser tu kan, yang lain2 tak pernah guna pun before this. So, nak buat kelainan, so I chose ChomelBaby instead of Pureen or other brands. Banyak jugak organic brands yang ada, tapi since those cleanser xde direct contact dengan baby skin, so I choose ChomelBaby which more on natural based, not organic based. 

What differs ChomelBaby from others?
As promised by ChomelBaby, the products are Safe and Effective Promise which guarantees:

  1. No harsh or harmful chemicals
  2. Readilly Biodegradable in 28days
  3. Hypoallergenic - will not cause allergic reaction

So, dalam mencari yang terbaik, kenalah juga tengok kemampuan kan. Since ChomelBaby products agak affordable, so bolehlah nak cuba kan. Kita tgk hasilnya nanti. Setakat ni dah guna time basuh botol2 baru hari tu. I think baunya harum! 

Uols boleh beli direct dekat their website or thru motherhood, babydash.my or shoppee. Harga memang lain2 la. Yang dari website ChomelBaby ni ibu ZNI beli 2x ChomelBaby Hand Sanitizer 55ml, 1 ChomelBaby Toy & Surface Cleaner 500ml dan 1 ChomelBaby Travel & Highchair Cleaner 100ml, in total RM61. ChomelBaby Breastpump & Bottle Cleanser 500ml tu beli kat shoppee je, dapatlah kurang RM2 dari harga biasa, so amek dua botol dari shopper shulammite at RM35 (sbb dah tolak point and free shipping, boleh dpt lagi murah di shoppee ya) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sterimar Nasal Hygiene & Minyak Yu Yee


These items are an optional items to use sebab set2 yang dah beli sebelum ni dah complete dengan minyak dan balms kan. Tapi saje nak tambah minyak yu yee ni in case nak guna nanti kan.

Sterimar Nasal Hygiene ni pulak i beli sebab terbaca dalam insta imanabdulrahim since she used it for her baby utk releasekan nose blockage. So if perlu nnt kita guna sekali dengan Tollyjoy punya Nasal Aspirator ya.

Fuh, terasa panjang pulak type, dari hospital sampai dah balik rumah, tak habis menulis lagi..kihkih..

So dipendekkan cerita (pendeklah sgt!) kita tunggu dan lihat lah mane yang worth to be used utk baby ZNI nanti.

Ok la, till we meet again in next post.

DaaΓ ...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, September 15, 2018

Breastfeeding Preparation for BabyZNI

Assalamualaikum Ibu2 semua!
Selamat berhujung minggu. Sedang sibukkah?

Ibu ZNI macam biasa, lepakking di rumah, santai2 aja. Petang sikit tadi keluar kejap beli barang dapur, pastu sambung lepakking..haha..

Since cuti2 ni memang xde plan pape, kita update blog jela. Alang2 memang tgh rajin ni kan. Layankan jela ibu ZNI nak bercerita ni ya..

So, jom la kita bercerita tentang breastfeeding preparation for BabyZNI nanti. Kalau ikut trend kakak #ZahrahNurIman, boleh dikatakan 3x PhD la breastfeeding journey kakak dulu. Mana taknya, her first latch was very good, sangat senang ibu nak start breastfeed kakak dulu, sumbat je dia terus hisap. Very good girl!

Hopefully, babyZNI pun ikut macam kakak dia, bijak2 anak2 ibu nanti yaπŸ€—πŸ€—πŸ€—

Ibu started the preparation dengan beli Breastmilk Storage Bags di Baby Warehouse Sale last month. Time tu tak banyak jenis, jumpa jenis Bubbles 7oz and 12oz je. So, i took both sebab price quite reasonable, both less than RM10 per 25bags. But, kalau nak beli kat shoppee maybe boleh dapat lagi murah kot.

Bubbles Storage Bag 12oz (50pcs) @ RM19.90
Bubbles Storage Bag 7oz (25pcs) @ RM9.50

Then, a week after kot, we went to Pump On The Go (POTG) Kelana Jaya utk cari breastpump pulak. Time kakak dulu, i used Medela brand, single pump and electric, then pakai jugak Avent Manual Pump. Tapi, like i said in previous entry, tak jumpa pulak mane letak pam2 lama tu.

So this time nak try brand Autumnz pulak. Kawan2 ofis pun ada yang guna brand ni, so try jugak lah. I still choose single pump, sebab rasanya xberapa rajin nak pump double in a time. Memang akan jimat masa kalau buat double pumping, tapi xpelah, tried to berjimat sikit kali ni. Time beli Autumnz Blossom ni pun, ada promotion di POTG, dapat sekali Vcool Cooler Bag, icebrick dan breastmilk storage bottles 6pcs. Lepas tu, kakak Zahrah tertarik dengan botol 2oz yang kecik molek je nampak kan, ibu pun tertarik juga tengok, so tangkaplah 10pcs terus. Simpan susu dalam size kecik awal2 sebab i expected awal2 nnt babyZNI akan kurang menyusu botol sebab ibu akan cuti 3 bulan kan. So, nak practice pakai botol kat rumah sikit2 senang (ok kan alasan beli botol ni)..kihkih..

Autumnz Blossom Breastpump + Vcool Cooler Bag + Ice Brick + POTG Storage Bottles (6pcs 5oz) @ RM259
POTG Storage Bottles 2oz (10 bottles) @ RM30

Btw, dulu pun takdelah rajin sgt stock up susu, sebab kakak Zahrah lebih byk "susu gantung" sebab dia tak suka hisap guna botol. Memang payah sgt, tu yang cekeding kakak ni, nak susu badan direct je. Susu formula pun susah. So, dulu2 mmg nak pump pun xde semangat..huhu😎😎😎

Dulu sangatlah susah nak bagi kakak minum botol, dah macam2 jenis botol beli, dari yang brand biasa, avent, tommee tippee semua dah try tak jalan. Tapi last2 dia layankan juga la dalam paksaan botol avent. So utk feeding bottle baby ZNI nanti, ibu still belikan jenis Avent, and nak try guna silicone type (macam comel je tgk botol dia kan, tu yang terpengaruh..hihi). Ambil jenis Nuby Comfort Silicone. Tambah jugak sippy cup Avent, hopefully baby ZNI nak lah guna nanti botol2 ni. InshaaAllah. Botol2 ni beli kat shoppee je sebab bila tengok kat pamplet TCE baby expo, prices kat shoppee lagi murah. So took the lower price la kan. Tapi, yang tak best nya, ingatkan aritu beli avent glass bottle with sleeve, seronok la kan tgk harga murah sgt kt shoppee ni, sekali dapat barang, rupanya sleeve je. Ah sudah, salah baca rupanya. Sleeve je RM36 uols. Menangis tak berlagu lahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nak sedapkan hati, konon2 nak jugak beli jenis kaca ni kan, sebab terasa kerugian beli sleeve mahal2 tapi xguna. Tapi, nanti2 lah beli, tengok baby ZNI nanti macam mana. Kalau senang nak menyusu botol, ibu hadiahkan botol susu glass yer..buat sementara ni, ibu simpan dulu sleeve tu dalam kotak dia..haha..

Avent Natural Bottle 260ml (shoppee) @ RM32
Avent Sippy Cup 200ml (shoppee) @ RM38
Avent Glass Bottle sleeve (shoppee) @ RM36
Nuby Silicone Bottle 250ml (shoppee) @ RM44

Dalam pada nak berjimat tu, masih lagi nak menambah barang utk dibeli kan. So, time baby expo aritu, tambah lagi storage bags and storage bottles brand Autumnz. Beli yang size 5oz semuanya, tapi utk botol, i chose 4 wideneck, and 4 standard neck. Lepas tu, beli juga feeding bottle wide neck brand Autumnz utk guna dengan manual breastpump yang dapat free tu. Kot2 la tertinggal electric pump or xde bateri ke kan. At least ada standby (justify kan?? Haha..) Tidak lupa, bottle and teat brush pun beli jugak wpun shoppee boleh dpt murah lagi..huhu..

Autumnz Storage Bag 5oz x2 & 7oz @ RM27.50
Autumnz Wideneck Storage Bottle 5oz @ RM17
Autumnz Storage Bottle 5oz @ RM17
Autumnz PPSU Wide Neck Bottle 120ml @ RM49
Autumnz Bottle & Teat Brush @ RM18

Oh ya, selain dalam gambar ni, ada jugak beli storage bags jenis BabyAge kat shoppee, tak pernah beli pun sebelum ni, simpan buat standby la in case xcukup kan. Rasanya setakat ni cukup dah for breastmilk storage nanti. Kalau xcukup, kita shopping lagi ya
😜😜😜

So, in total i have:

✔️ Electric and manual breastpump
✔️ 10+4 pcs Breastmilk Storage Bottle 5oz (std+wide neck)
✔️ 10 pcs Breastmilk Storage Bottle 2oz
✔️ 50 bags Breastmilk Storage Bags 12oz
✔️ 30 bags Breastmilk Storage Bags 9oz
✔️ 53 bags Breastmilk Storage Bags 7oz
✔️ 56 bags Breastmilk Storage Bags 5oz
✔️ 5 feeding bottles

Those breastfeeding items i put in 3 different places. Mengikut kesesuaian dan penggunaan.

#1 - Station for breastfeeding utk yang menunggu utk digunakan. Bottles, drying rack and brush i put bersebelahan dengan sinki and peti ais, and also together with steriliser and bottle warmer. Oh lupa, stereliser and drying rack tu lama punya, masih boleh pakai, so, jangan membazir. Bottle and food warmer tu baru beli kat Motherhood Sales. Boleh guna kat rumah or dalam kereta. Dulu, pakai air panas dlm mangkuk then rendam je. Skrg konon2 nak moden, belilah warmer ni😝😝😝

Autumnz Bottle & Food Warmer @ RM71

Diharapkan Station #1 ni dapat memudahkan urusan utk basuh botol, panaskan dan simpan stock susu nanti. Sebab semua dalam kedudukan yang berdekatan...hihi..

#2 - Station untuk mengepam dan juga menyusukan baby ZNI. Station ni ada dalam tray yang diletakkan dalam bilik utk memudahkan nak pump nanti. Ada breastpump, ada bottles and bags sikit, then feeding bottles in case nak guna. Once dah siap pam, bawak ke Station #1 untuk basuh dan simpan, then stock up bags and bottles baru pulak. Kemudian nnt ibu ZNI cerita pasal whole station ni sebab kat sini just guna tray utk letak barang2 lain juga, termasuklah utk breastfeeding.


#3 - Just macam storage area untuk simpan storages bags yang lain2 juga cooler bag dan lain2 barang. Utk awal ni mmg nak guna yg 5oz dulu, nnt kalau baby ZNI dah start duduk dengan pengasuh or nursery, baru guna yang bigger size. So, simpan dulu yang lain2 tu kat bilik belakang (kemudian juga la cerita yer)..

Yang tiada dalam gambar ni, is the ice packs yang ibu ZNI baru beli kat Motherhood website. Plus, tgh nak cari freezer utk simpan stok susu. Sebabnya, peti ais skrg jenis satu pintu, takut kalau asyik buka tutup je peti ais tu, susu xleh tahan lama disamping kegunaan dalam tu utk letak bahan2 basah lain. So, memang plan nak letak susu dalam freezer asing, masalahnya susahnya nak cari yang kecil dan mur mur..tu yang lambat sikit sebab nak kena g survey lagi..huhu. Hopefully jumpalah nanti yang diidamkan.

Macam tula plannya..harap2 smooth la yer breastfeeding journey baby ZNI nnt. Ibu dah semangat ni prepare. InshaaAllah semoga dipermudahkan..aamiiin..

Ok laaaaa...

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 11, 2018

Rak Kecil Si Kecil BabyZNI vs HelloKitty theme for Kakak ZNI

Assalamualaikum Mommies!

Salam 1 Muharram 1430H semua!
Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru Islam.

InshaaAllah lagi 16hari ibu ZNI masuk 35 tahun ikut kalendar Islam, tapi kalau ikut kalendar Masihi, sebulan lagi baru masuk 34 tahun. Whatever number it is, percayalah sesungguhnya kita semakin tua bukan semakin muda😍😍😍


Sebenarnya topik utama nak cerita pasal rak baju si kecil BabyZNI nanti. Baju yang beli tak banyak, tapi bila di combine dengan baju kakak #ZahrahNurIman memang banyak la. Itu pun baju kakak ada yg dah buang or donate or bagi sepupu2 dia.

Bila dah masukkan dalam rak, penuh jugak. Kalau nak beli lagi macam mana ni? Hihi..

So macam biasa rak ni dipilih kakak Zahrah sendiri ikut citarasa dia (btw, nak beli barang adik, kena beli jiwa kakak dulu la kan). So, pink la jadinya. Kalau si kakak yang pilih, kalau bukan pink, mesti purple. Warna lain jangan harap (kecuali ibu guna kuasa veto)!πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Beli rak kat ikea sekali dengan partitions untuk letak dalam dan atas rak. Senang nak susun baju2 tu semua (dan senanglah ayah ZNI nak cari nnt kalau dh siap asingkan..kalau tidak..faham2 jela kan org laki kalau cari barang..haha)


Asalnya nak letak kat bilik ke-2 tapi bila susun2 macam leceh pulak kalau letak situ. Takut jugak kakak ingat itu almari dia, so transfer masuk bilik utama jela..terus susun baju baby dalam tu. Untuk kakak ibu setup lain pulak (nak beli jiwa lagi la ni..haha). Labeling dengan kartun baby tu saje letak utk senang cari dan bagi kakak excited sikit nak ada adik. Maklumlah budak dah biasa bermanja sorg2 6tahun ni.

So, kita zoom sikit apa yang ada kat rak ni jom.


Nampak banyak kan? Sebenarnya baju2 baru memang sikit, setiap jenis tu ada 2 je yang baru, lain2 semua kakak punya. Baju kurung and leggingsbsemua kakak punya. Macam iols bagitau, hats, barut and blanket/swaddle je yang beli baru sebab xjumpa kakak punya. Tapi bila kemas2 rasa macam mittend xcukup pulak. Kena beli baru ke ni???πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Takpelah, nnt masa2 terluang time cuti berpantang confirm banyak kali poslaju datang hantar barang ni, so kita tunggu!!!

Ok la, pendek je cerita rak baju ni.
Baju2 baru akan di pack masuk hospital bag, utk menyambut baby baru kita pakai baju baru la to welcome the little one😍😍😍

"Beli Jiwa" Kakak #ZahrahNurIman

Lately ni memang ibu banyak shopping barang baby #ZNIjunior je, so si kakak pun asyik claimed yang ibu asyik beli barang baby je🀦🀦🀦

Untuk berlaku adil (walaupun dia tak makan pujuk bila ibu ckp dah 6thn beli barang Zahrah), so ibu pun belikan lah jugak barang utk si kakak..

Siap dengan tema #HelloKitty ok! (ok lah dari dia mintak nak bela kucing kat rumah kan)


Basikal tu dia yang cari sendiri kat shoppee, bila nak bayar baru panggil ibu. Suka hati je kan browse sendiri kat shoppee. Adoyai..

Sekarang ni itulah transport si kakak dari rumah ke tempat parking kereta. Dimintanya nak bwk ke sekolah..huhu..idoklah kan!

Lepas tu, ibu pun start la cari barang lain bertemakan hello kitty utk setup bilik kakak. Beli cadar single, beg sekolah, towel, penyidai, sikat dan bekas berus gigi je. Semua beli kat shoppee. Time beli memang tak bagitau dia pun, sebab kalau bagitau confirm tiap2 hari tanya bila nak sampai..huhu..bila dah sampai barang baru bagitau dia "Zahrah, surprise!"
🀭🀭🀭

Bekas letak baju tu ikea jela, color je ikut tema. Asalnya letak kat bekas putih bawah katil tu, tapi alahai 10x minta dia amek baju sendiri, 10x jugak ibu kena kemas balik. Sudahnya ibu jugak yang penat. So letak baju2 yg frequently used dalam bekas kat tepi katil je, senang dia nak amek (hopefully!)

So, kita tengok sampai bila tema ni mampu bertahan (at least sampai hujung tahun please!)πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Last but not least, ini setup bilik kakak pulak..

Tema hello kitty pulak dia nak..layankan jela yer dik...



Finally..

Tapi jangan tertipu dengan kekemasan bilik ni. Sekejap je tu..5 minit kemudian dah bersepah balik🀦🀦🀦

Ok la cerita kali ni, masa utk ke dapur (eh, ibu ZNI memang suka masak lambat2 tau..kihkih)

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, September 9, 2018

BabyZNI Stuffs' Preparation.. Keperluan vs Kehendak..

Assalamualaikum & Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita nak sambut tahun baru Islam 1440H. Semoga tahun2 mendatang ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni. InshaaAllah..

Alhamdulillah.

Ibu ZNI dah nak masuk 8bulan dah mengandung. Less than 40 days till next BabyZNI to pop up. InshaaAllah. Semoga Allah permudahkan segqla urusan sepanjang kehamilan di bulan2 terakhir sebelum bersalin ni, dan doakan juga semoga dipermudahkan urusan bersalin serta selamat ibu dan babyZNI ya😘😘😘

Since masa pun dekat, dan badan pun dah makin tak larat bila dah 8-9bulan ni, so persediaan BabyZNI stuffs ni memang dah start mula seawal 7bulan lagi. Kebanyakan nya beli online dengan shoppee dan beberapa online seller barang2 maternity and baby.

Awal2 memang beli utk ibuZNI sebab banyak baju dan seluar dah tak muat. Paling pening nak pilih baju nak pergi office. Lagi susah dari fikirkan keje..haha.. So, belek2 shoppee dapatlah beberapa helai blouse dan pants baru tapi, makin besar makin xmuat pulak bahagian peha iolsss..tapi since dah nak bersalin bulan depan (dengan harapan paha kembali kurus lepas bersalin), so pakai jela mane yang ada. Ulang2 jela mana yang ada..baju2 yang helok sikit pakai time ada meeting, yang selebet sikit pakai time xde meeting..duduk diam2 kat meja tu..kihkih..


Plus, ada beli jugak maternity bras and underwear serta maternity belt (boleh pakai lepas bersalin juga).. So total semua utk maternity around RM500 jugak rasanya
Pejam mata jela kan😩😩😩

Then, start beli keperluan babyZNI pulak. Pun banyak beli kat shoppee, lazada dan websites2 lain dan juga baby expos. If not mistaken ibuZNI started with Pureen wet tissue kat shoppee, alang2 beli utknkeperluan harian, so topup sikit utk babyZNI. Tapi xbeli banyak, sebab plan nak cari brand lain since kakak #ZahrahNurIman dulu ada sejarah ekzema yang teruk, ibuZNI pun sampai skrg masih gatal2, so nak try yang organic pulak..but harga pulak confirm mahal kan..huhu.. Tapi, nantilah iols cerita yer apa yang dah dibeli. For this time around, kita senaraikan barang2 dulu, nanti masa lain kita cerita apa barang2nya. 

So, lets check it out these stuffs mostly required for newborn dan ibu bersalin/berpantang. List ni pun i google je, pastu tgk mana yang relevant dan akan digunakan mengikut pengalaman 6 tahun lepas (rasa mcm new mummy pulak sbb dah lama kan baru mengandung balik ni. Banyak kena refresh). Syukur, semua dihujung jari, google je (walau jari gemuk nak type)
πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Senarai Keperluan BabyZNI

Pakaian
Long sleeve shirt | Short sleeve shirt | Pants / Leggings | Rompers / Jumpsuits | Barut | Mittens and booties | Hats | Selimut / Bedung


Memang tak beli banyak pun, sebab baju kakak ada yang masih boleh pakai. So beli sehelai dua je baju2 baru, lagipun mummies ramai cakap baju newborn tak perlu beli byk, baby cepat besar. So iols ikut je.


Antara yang awal dibeli. Ada tambah sikit beli jumpsuits kat shoppΓ©e, so, total tak sampai 10 pasang la baju yang ibuZNI beli baru, itupun bukan semua NB size, beli jugak size besar.

Memang settle awal la bab baju2 ni. Cuma barut dengan topi je lambat sikit baju dapat sediakan sebab xjumpa kakak punya simpan mane entah..so beli baru je.. Almost RM300 jugaklah walaupun asalnya nak beli sikit je..huhu.. But now, its DONE FOR BABY CLOTHS & etc. Alhamdulillah.

Diapering
Napkin | Baby pin | Diapers | Nappy liners |
Tisu basah | Changing mat

Diapering stuffs memang confirm kena beli baru la kan sebab kakak pun dah tak pakai diapers sejak 4tahun kalau xsilap. Changing mat lama entah ke mana, kalau ada pun mesti dah kuning sebab plastik kan. Tapi yang masih ada cloth diapers kakak yang ibuZNI beli dulu. Masih relevant utk pakailah kan, cuma rajin ke x nak basuh jela nanti. Nappy liners pun xbeli yg disposable, boleh pakai yg washable je nnt. 

Masalahnya, ibuZNI ni dah "ketagih" nak beli diapers pulak. Setakat ni dah beli dalam 250pcs diapers (including organic brand), and masih survey other brand (sbb tertarik dan menarik), cuma belum "proceed with payment" je lagi. Hari2 update shopping cart nak beli ke x nak beli ke x..haha..same goes to wet tissues, dah standby 7packs tak termasuk yang travel punya, but still nak beli lagi..masalah betul!πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

So, tunggulah next few weeks samada iols beli ke x tambahan diapers dan wet tissues ya. Rasanya kalau ikut keperluan mmg kena beli, tapi worth ke x beli yang mahal kan.

Bukan setakat full with love on the items, tapi packaging pun dah tertarik the bomb. Kalau nak beli brand satu lagi tu memang perlu pertimbangan yang lebih..hihi..

So, tunggu jela kesudahan dilema ni ya..haha

Baby care 
Sabun mandi | Shampu | Bedak | Lotion |
Minyak bayi | Tab mandian | Tuala |
Krim nappy rush | Minyak angin

Cuma bath tab je pakai yang lama punya. Yang lain2 kena beli baru. Ok ni pun part "susah" bila mana nafsu telah jadikan ia suatu kehendak berbanding keperluan..haha.. Asalnya memang keperluan sebab utk baby, ofcourse kita nak bagi yang terbaik dan selamat utk dipakai anak kita kan. Dulu, 6thn lepas, ibuZNI tahu pasal pureen je, now dah byk brands. Plus, i look for organic based sebab experience on ekzema dari dulu sampai skrg kan. Jumpa memang dah jumpa yg organic, and dah beli pun. Tapi, masih lagi survey brand lain..dah lah organic based ni mahal dari biasa kan, so sebelum pilih tu memang fikir panjang la. Nak sedapkan hati "i dont know which one will be suitable to my baby, so i need few options to buy" ok tak macam tu😝😝😝

So, kita tgklah kalau hati masih berkeras nk beli ke tak brand ke-3 ni..eh! Tiga dah rupanya, ke empat????

Baby grooming
 Gunting | Nail Clipper | Nasal aspirator | Termometer | Sikat | Berus gigi | Laundry Detergent | Cotton buds / balls

Nail clipper, nasal aspirator and termometer beli jugak yang lain. Cotton buds dan cotton balls juga. Gunting, sikat dan teeth brush tak perlu lagi setakat ni, so memang tak beli. Total semua tak sampai RM50 pun. Yesss!!

Parts of the items yang baru je beli semalam kat Aeon dan Daiso. Tak termasuk thermometer n nail clipper yang beli separately.

Nanti ibuZNI share complete set ya.. Tunggu!!!

Nursing & Breastfeeding
Botol susu | Pacifier | Berus botol |
Bottle Cleanser| Breast pump | Cooler beg | Storage bottles | Storage bags | Nursing bra |
Nursing pad | Nursing cover | Termos |
Streliser | Warmer

Alhamdulillah almost complete for nursing and breastfeeding. Tak jumpa mane entah letak both my electric and manual breastpump, yang ada cuma feeding & storage bottles dan cooler bag. But those bottles memang xguna lagi dah sebab dah kuning kan, dah lah mmg byk beli walhalnya si kakak ni dulu memang susah sgt nak pakai botol, nak "bergayut" je..hhuhu.. So memang satu kerugian la dulu. Pacifier? Maybe tunggu lepas bersalin baru beli kalau perlu. IbuZNI tak gemar sgt nak pakaikan anak pacifier, macqm kakak zahrah pun dulu dia tak guna pun.

Streliser and termos tak beli. Pakai yang lama dan sediaada jela. Just beli bottle warmer. Nursing pad pun xbeli. Xguna pun dulu. So, utk elakkan pembaziran, tak payah beli.

Kali ni, beli sikit dan mur mur jela, takut babyZNI pun mcm kakak ni susah nak berbotol. Brestpump pun beli yg murah je, amek yang ada free gift jugak..haha..penjimatan berganda.

Beli breastpump kat POTG Kelana Jaya kalau xsilap. Alang2 tu, beli jugak storage bottles POTG and i was just fall in love with the wide neck bottles. Comeyy angat sampaikan kakak Zahrah buat nestum dia dalam botol tuπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ

Masalahnya, dalam jimat2 dan murah2, dekat RM1000 jugak spent for nursing and breastfeeding stuffs ni. Yang belum beli nursing cover jela. Tak tau lagi nak beli ke x..tengoklah ada budget lagi ke x. Kasi settle strelising yhose bottles tu dulu la..hihi..

Bedding
Set tilam | Selimut | Baby cot | Kelambu

The items also new ones sbb yg lama punya dh terbiar. Yang masih selamat, baby cot kayu, tilam semua takde, alas je ada. So kami beli playpen jela utk kegunaan baby sampai besar nanti. Kelambu xjumpa yang lama, and xbeli kot. Macam xguna sgt je dulu. Tilam beli set tilam kekabu dengan babynest, juga tilam patchwork sekali dengan blanket.


Kakak Zahrah pilihkan playpen utk babyZNI. Tapi dia dah rasmikan dulu seminggu pertama lepas beli kat Warehouse Sale.

So, kira settle dah lah bedding set ni, Alhamdulillah. Total spent around RM800 jugaklah (menangis keluar duit)πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Lain-lain
Stroller | Car seat | Baby carrier

Alhamdulillah, tak perlu beli! Pakai yang lama plus pinjam abang Aqil punya je nnt.. Jimat! Thank u Mummy Sha!

Hospital Bag (baby)
NB Diapers | Long sleeve shirt |
Short sleeve shirt | Mitten & booties |
Bedung / Napkin | Barut  | Topi | Selimut |
Towel | Wet tissue | Toiletries | Baby powder | Baby lotion | Baby oil | Baby balms

Beli sampai 2 diaper bags kat shoppee. Jangan xguna sudah. Total spent for both bags tak sampai RM100 pun. Cuma belum kemas lagi bag baby utk dibawa ke hospital nnt. Tunggu la next2 week ke.. InshaaAllah ada masa lagi ni πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Senarai Keperluan Ibu

Keperluan Asas
Set berpantang | Bengkung | Baju sejuk | Tungku | Kain batik | Maternity Pad | Stokin | Minyak urut | Confinement Lady

Set berpantang dah booked and baru bayar deposit. Tunggu gaji baru bayar habis and dapat barang. Dulu iols pakai Sendayu Tinggi, now pakai yang biasa je, Danita VIP package, siap dengan bengkung dan tungku serta jus. Tambah tuam baby je. Pil2 semua iols x amek sbb plan nak makan supplement shaklee je. Dulu beli Sendayu Tinggi tak habis makan pun.


Boleh survey2 kalau sedang mencari ya..

Maternity Pad i chose to buy Lunavie brand instead of Pureen. Entahlah, rasa terkesan dgn cerita pureen sebelum ni kan, so memang kurangkan penggunaan pureen walaupun iols xtau cerita sebenar.. Plus, terasa nak guna yang lain pulak.. Stokin pun sibuk nak beli jugak even ada je stokin tebal. Maafkanlah yer ibuZNI ni dah lama tak pregnant, tu yang semua nak beli..huhu..


Ni antara yang dirembat di TCE Baby Expo jumaat lepas. Kalau beli kat shoppee boleh dpt murah lagi, tapi konon2 mcm insaf xnak masuk shoppee lagi so beli sini je😜😜😜

So total utk keperluan berpantang ibu dalam RM500 la tak termasuk Confinement Lady.

IbuZNI masih belum decide nak berpantang sendiri ke balik kampung. Tapi still booked CL for 3 days treatment for urut dll termasuk urusan baby. Cuma kalau kena berpantang sendiri, kena fikir pasal food pulak lah kan sebab nak kena prepare sendiri nnt. Semuanya nak dekat due nnt baru decide sebab nak keja tgk jadual anak dara ni dulu mcm mana. Bulan 11 byk benda kena settlekan sekolah tadika dan preparation next year punya primary school..so, wait till next month la. So far, i booked for 3 days treatment at RM560 (baru bayar deposit RM200 je ni)
😣😣😣
               
Hospital Bag (Ibu)
Buku rawatan merah | Kad pengenalan | Baju/tshirt | Kain batik | Tudung | Stokin | Nursing bra | Seluar dalam | Peralatan mandi | Towel | Bedak, sikat & deodorant |
Maternity pad & breastpad | Baju sejuk | Laundry bag | Minyak angin | Snacks & Kurma| Selipar

Masih belum prepare jugak lagi the bag.
Tggu dulu la. InshaaAllah next week or next 2 weeks akan diusahakan..hihi..

Rasanya dah panjang sgt dah bercerita ni.
Kesimpulannya, terpulanglah pada ibu2 diluar sana utkndecide which barang perlu or which barang just nafsu. For ibuZNI, since i was pregnant in 2011 for my ZahrahNurIman, 7years later i've to buy most items new, and the feel pun lain macam. If mummies yang pregnant dekat mungkin senang sikit boleh pakai kakak/abang baby punya stuff je kan..lagi jimat betul tak? So terpulanglah yer, yang penting jangan sampai membazir yer..

Nantibiols sambung lagi on further preparation, setup, etc. ya.

Selamat Bercuti semua!

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...