Showing posts with label StudentLife. Show all posts
Showing posts with label StudentLife. Show all posts

Friday, September 21, 2018

Rindu Zaman Belajar?!

Assalamualaikum semua!
How are you this week? Ok kah?

Me, like usual, bila nak cuti (weekend) baru rasa "hidup" sebab time weekdays sgt lemau di office. Bukan apa, tak larat nak g ofis walaupun byk keje belum settle sebelum nak cuti bersalin nnt. Tapi tula, sebenarnya bukan nak cerita pasal kerja pun, sebenarnya nak cerita pasal zaman belajar dulu..so, hal keje tu, kita hadap jela macam biasa kan, dah 10 tahun pun boleh je hadap kan. Tempat cari rezeki tu, tak boleh bising banyak2 yer, kang hilang berkat pulak, rugi je keje kan. So, enjoy your working life peeps..hihi..

Ok2, back to student life. I left the student life for 2nd time a year ago. Sekejap je dah setahun habis belajar. Tu yang rindu tu. Sebab zaman belajar dulu memang rasa taknak jumpa weekend je sebab rasa penat sgt. 

Started my 1st master class in weekend on March 2015. Ingat lagi masa apply master UKM hujung tahun 2014 tu, masa tu tgh dlm keadaan tak banyak keje kat ofis. So, untuk mengisi masa lapang konon2nya teruskanlah niat nak sambung belajar lepas tinggalkan my degree life in 2008..lepas 6 tahun nak sambung balik kan, semangat dia lain macam masa tu. Dapat result application in early 2015 rasa mcm tak percaya nak jadi student balik. Time tu mmg dh nekad nak sambung even iols malas nak cari sponsor kan. Kira2 duit kwsp cukup utk cover setahun pengajian, setahun lagi i applied MyBrain. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bila kita bersungguh nak buat sesuatu kan.

I took weekend class and assignment based. Malas nak amek project based sbb course yang ambik pun mgmt course kan. So belajar suka2 tambah niat utk tambah ilmu la.

SARJANA SAINS - PENGURUSAN INDUSTRI DAN TEKNOLOGI

That was my master course name. Dalam kelas kami, ada 5 org je uols! 4 perempuan, 1 lelaki. Tapi disebabkan kami ni dlm golongan "Eksekutif" yang sambung belajar, so UKM proceed juga kelas even though tak ramai student dalam kelas. But, byk juga subject yang kami kongsi kelas dengan course lain, iaitu student Sarjana Kejuruteraan. Kelas diorg ada 3 lelaki, 1 perempuan. Lagi sikit kan? So, bila kami bergabung pun xsampai 10 org..dua tahun belajar mmg muka2 tu jela yg kami jumpa..cuma along the way, kami pernah juga disatukan dengan kelas senior mahupun junior bagi memeriahkan suasana..haha..

Sepanjang tahun 2015 tu everything was fine. Keje kat ofis pun kurang, so xdelah stress sgt nak siapkan assignments, nak study for exams etc kan. Nak dijadikan cerita, ditakdirkan masa 2016 i was involved in job rotation. Ah sudah! Baik2 plan nak sambung belajar sebab kurang kerja, tetiba kena rotate kat post yang byk keje..dah lah masuk 2nd year dh start project kan..memang masaklah time tu..haha..

Tapi Alhamdulillah, dalam pada stress nak buat semua benda, nak exam pun study sehari sebelum exam, akhirnya konvo jugak October 2017 lepas..setahun yang lepas.

Syukur sangat2 dapat habiskan my master journey for 2 years period at 22k cost😉😉😉

Bila belajar pakai duit sendiri ni kita jadi motivated sikitlah kan. Tapi kalau ditanya nak sambung PhD ke tak, jawapannya tunggulah kalau ada yang nak sponsor duit dan masa..haha.. Means, xnak pakai duit sendiri dan taknak part time. Penat wo kalau part time. Plus, nak buat kat oversea please!!kihkih..

So, utk memotivasikan diri, moh ler kita #throwback gambar konvo setahun lepas..

Sementara beratur luar dewan, sempat lagi kami tangkap one of Our Lecturer. Time dalam kelas Prof, memang Prof lebih banyak cerita tentang his experience. Mmg tak mengantuklah kan sebab not so academic lecture, tapi bila part nak menjawab exam, hah, pandai2 la korg nak menggoreng..haha..

Girls of the class. Yang boy taknak join. Not in picture.

Bila 2 kelas bergabung pun masih tak ramai. See, me the only one nmpk menyerlah dengan pink color kan. Yang lain2 tu memang "engineering" student sangat..well, kami semua mmg basic engineering ada masa degree dulu, tapi nak buat mcm mane kan, iols keje bhgn procurement, so, aura engineering dah hilang, tu yg sorg2 je pakai pink..haha..

Bosan menunggu event nak abes, ambik gambar lagi dgn the girls. Kami antara yang awal naik stage masa sesi tu, so kenalah tggu beratus yang lain pulak naik stage kan.

Kami (exclude pak arab 2org tu) duduk sebaris, lagi 2 org barisan belakang pulak. Bila Zahrah tengok gambar ni, nak tau dia ckp ape???
"Amboi ibu, duduk sebelah lelaki!" Haha..budak ni kalau berbicara mmg begitu. Dia tak tau ke nak duduk kena susun ikut beratur kat luar tadi 
🤦🤦🤦

Me when receive the scroll. Kalau uols nak tau sadisnya time konvo ni, none of my family members masuk dewan. Ada 2 seat pun xpakai sebabnya my parents mmg xboleh datang, and husband kena jaga Zahrah pulak sebab dia tak boleh masuk. Since my convo day on weekdays, so xboleh nak buat apelah kan. 

While ibu busy kat dalam dewan, si kecik ni dah ready dgn bunga, satu utk ibu, satu utk dia! Haha..nak jugak dia punya kan..

Ibu pun tak sempat nak amek gambar kat sini sebab masa keluar dah petang, terkejar2 nak asar dan lapar! So, gambar Zahrah jela yang ada..hihi..

Sempat lagi dia ke sini sementara tunggu ibu keluar dewan..

Dia nak bergambar dengan topi dan Scroll ibu pulak..

Ini jela gambar family yang ada time konvo aritu. Itupun kat parking je..Zahrah pun dah kepanasan, tudung entah ke mana dah..haha..

Gambar berdua pulak..ala2 kandid ke tu Zahrah?

Itu jela cerita setahun yang lepas.
Gambar konvo yang dh booked dengan official photographer UKM pun tak ambik2 lagi kat kedai. Jgnlah dia buang gambar tu..tak sempat lagi nak ke kedai amek gambar..huhu..

Ok lah, mengantuk sudah..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, February 12, 2017

Finally, its presentation day! Alhamdulillah :-)

Alhamdulillah!!

Finally, after 2 years, hari ni inshaaAllah last presentation day aka viva day.. Dah beberapa hari dah tak nampak katil, makan tak lalu dan macam2 lagi..finally 12/2/2017 tiba..

Walaupun ada sikit lagi yg kena selesaikan, minor corrections, binding and settlekan yuran..inshaaAllah by next 2 week settle semua..

Last minute - study?
Berpisah tiada 😂

Walaupun this final sem tak ambil any subjek except for final project, but, still semua buat last minit.. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan hingga hari ni.. Kalau x buat last minit mmg xde idea..bila buat last minute baru idea mencurah kononnya😜

Teringat lagi mula2 register nak join program Pusat Kembangan Pelajar UKM tahun 2015 lepas, time tu mmg tgh "free" dan keje ofis pun xmerunsingkan..but time goes, makin banyak benda yg diserabutkan sampai rasa mcm adoi kenapalah pening2 nak sambung belajar..haha..

Tapi, syukur...
Semuanya berjalan lancar walaupun kelam kabut..eh! Lancar ke tu? Hahha lancar la tu sebab dapat selesaikan semua.. Lecturer pun faham sbb kami semua part time students..mmg keje weekend jela..sabtu exam, jumaat malam baru bukak notes. Ahad present, sabtu baru discuss..kihkih..tido berbantalkan nota dan file tu biasa..kadang2 terpaksa buat kat ofis sikit sbb kena submit weekdays😰

Priceless experience..
Dulu zaman degree lain sbb full time. Memang "ditugaskan" untuk belajar dan belajar. This time, sendiri pilih nak belajar sambil berkerja. But its ok. Dapat kenal ramai org. Walaupun classmate yg betul2 5org je, 4wanita, 1 lelaki. Tapi bila campur2 dgn batch/kelas lain sekepala, so jadilah ramai, dalam 20 orang. Semua dari industri berbeza. Giverment, private, education, transport, kilang, iso, semua ada. Yg dari selatan tiap2 weekend pun ada. Mostly "adik2" la sbb diorg ramai muda2..ada lah yang tua/sebaya ibu Zahrah, tapi is nampak tua. Macam2 masalah ada rupanya kat tmpt luar, kita je rasa kita ada masalah kat ofis, ramai lg yg bermasalah. Semua tu pengalaman. Bila jd yg tua, so kenalah advice sikit2 adik tu mane yg boleh. Tp bab2 industri, mmg diorg lagi terror la..hihi..

Nak sambung phd ke?
Hmmm..kalau tgk kekalutan skrg ni mcm xnak, takut tak boleh nak bg komitmen. Tapi maybe kalau dapat tajaan full time, boleh dipertimbangkan. Ada yg nak sponsor ke?😉

Last but not least, please pray for our final project. Hopefully lepas with flying colours 😍

Ok, then..

xoxo,
Ibu Zahrah

Wednesday, November 16, 2016

Survey - PMS of SCM in HSBB

As-Salam and Good day,

It is very much appreciated if you can spend about 5 minutes to answer this survey.
This survey is part of my study requirement, hence your sincere feedback is highly appreciated.
Thanks!! :-)

Create your own user feedback survey

Sunday, August 2, 2015

Merdeka Raya!! Yeay!!

As-salam & happy weekend semua!!

How's ur raya? Mesti happening kan.. Alhamdulillah.. Ibu Zahrah ni baru nak beraya betul..sebab apa? Sebab baru habis exam.. Yeay!!!! Ho ho horehhhh.. Walaupun jawab exam macam nak nangis, tapi let gone bygone kan..hikhik.. Berdoa semoga dilembutkan hati lecturer yang tanda kertas tu, semoga mereka bermurah hati dalam menanda dan bagi markah..dan semoga ibu Zahrah lulus dengan cemerlang (at least lulus la :')..hihi). InshaaAllah..
 

^^belajar time raya😂^^
 
Berbalik kepada cerita raya, actually xde la tak raya sangat pun walaupun tgh exam week, raya still raya cuma feel kureng sikitlah..huhu.. Masih balik kampung di Selangor dan Johor, tapi cuti sekejap je sebab cuti dah "nazak" sangat ni..kena simpan cuti utk lain2 masa akan dtg..bayangkanlah, tinggal 5.5hari je cuti ibu Zahrah ni..hihi.. So, kita throwback semula cerita raya 2minggu lepas jom :-)

^^ early breakfast before raya ^^

^^ abah, mak dan 6 beradik beraya..jauh tapi dekat ^^

^^ pagi raya pertama di Puchong..Zahrah dengan atuk & umi, nanny and uncle G ^^

^^ famili di Johor in action ^^

^^ Zahrah & umi ^^

^^ yang bujang dan bukan bujang ^^

^^ generasi awal..anak2 arwah  hj.wahid dan hjh apiah ^^

^^ cucu2 kecil tokmak & tokbah ^^

^^ Zahrah di rombau ^^

^^ raya ke-2 masih di Johor ^^

^^ merahbpulak kite ^^

^^ tokmak, tokbah & cucu2 ^^

^^ sebelum beraya kita pose dulu ^^

^^ memang suka bergambar..dari yg muda hingga veteran ^^


^^ raya ketiga..biru pulak ^^

^^ selfie ^^

^^ gegirl ^^

^^ pi open house MB Johor before going back to home sweet home ^^

^^ dalam kereta pun boleh selfie ape ^^
^^ zahrah nur iman..kebosanan nampaknya ^^

^^ sahabat lama beraya bersama ^^

^^ penyumbang sakit tekak akibat tidak mampu menahan tahap melantak rambutan ^^

Begitulah ceritanya raya tahun ni..dah 2 minggu pun kita beraya kan.. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan beraya bersama famili tersayang pada tahun ini.. Walaupun masih terasa akan kehilangan "dia" ketika kita genap seminggu berpuasa, namun redha Allah yang kami harapkan.. Ujian di bulan puasa lalu ditempuhi dengan ikhlas..semoga "dia" akan menjadi "penyelamat" kami di "sana" nanti.. InshaaAllah😭

Kemeriahan raya tahun ni kelihatan agak kurang berbanding yang lepas..mungkinkah disebabkan GST..kihkih.. Apa2 pun, kepada yang buat open house dan datang ke open house, sila bersederhana dan jgn membazir yer😀
 
 Ok, then..till we meet again in next entry yer..
 Last but not least...
 
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 Maaf Zahir dan Batin
 

xoxo,
 Ibu Zahrah

Sunday, July 19, 2015

New Life --> Student Life😊

As-salam and morning semua!!

I'm back after more than 3months..hihi..rindu tak dgn ibu ZahrahNurIman ni..well..terlalu banyak cerita nak diceritakan skrg ni tapi masa tak mengizinkan..selain sibuk dgn kerja seharian, urusan rumah, main game..hikhik..sekarang ni tgh sibuk dgn urusan study pulak!!!

Apa??? Study??

Ya!! I'm a student (again) now!! Dah nak habis sem pertama pun dah ni..tgh pulun nak siapkan assignment and musim final exam.. So, uols boleh bayangkan kesibukkan i kan..sebab tu la xboleh update blog..hahhahahaa.. Hmmmm..kalau uols nak tahu, mula2 apply nak sambung belajar hujung tahun lepas, time tu tgh takde keja sgt kat ofis..so, tgn pun start la nak meng-google all info pasal master ni..at last, jumpa the most easiest way to apply, dgn UKM-PKP ni..i just buat online application, submission pun online..so..mmg senang je proses dia..tetiba je dah submit application..tetiba je dah dapat..hihi..

 
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk teruskan menuntut ilmu..walaupun banyak duri ranjau..ditempuh juga..ceh ceh ceh.. Mane tak nya..semua benda buat last minute..siapkan assignment, study semua buat sehari sebelum deadline.. Dah xde perasaan dibuatnya..nak risau pun xboleh buat ape sbb weekdays siang dh busy kat ofis..mlm dah penat hal2 rumah..huhu.. Sekarang ni tgh musim final exam..inshaaAllah selesai semester 1 bulan 8 ni..

Doakan semoga saya berjaya menempuh kehidupan sebagai student dgn LEBIH TERATUR, LEBIH DEDIKASI..DENGAN CEMERLANG & TERBILANG..hikhik..
 

Daaaaa...
 
xoxo,
 Ibu Zahrah😘

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...