Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Tuesday, January 5, 2021

#throwback2020 (Jan'20) - Jalan² Kota Tinggi, our hometown!

 Assalamualaikum.


Terasa nak #throwback #WeekendWonders tahun lepas, Week 4, Jan 20 sebab tak berkesempatan nk update blog last year.

Kisahnya, cuti 4hari, Pulang balik kampung jumpa TokMak TokBah #ZNIsisters sempena cuti panjang CNY tahun ni.

Alhamdulillah. Time well spent together.

Bawak budak² nak mandi kolam, tp xnak laut, so ke D'Punggai Desaru Beach Resort jela. Mandi-manda kejap, amek gambo, balik!




Sesi makan² xleh dilupakan. Plannya nak Singgah lalu kampung TokBah kat Kg. Johor Lama hajatnya nak makan tepi laut tapi lautan manusia dh memenuhi tempat makan. So singgah ambik gambar jela nampaknya🀭🀭🀭









Settle pose² menikmati sunset, balik ler rumah yang tak sampai 20min jaraknya tu.


Sekian, cerita campak belakang, setahun yang lepas. Maklumlah rindu nak berjalan lagi, walaupun baru je blk jalan² awal tahun ni

🧐🧐🧐


Daaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Wednesday, January 16, 2019

Weekend Getaway ~ The Big Brother & Co. and Eco Ardence

Assalamualaikum semua!

Holla, jumpa lagi ya. Today nak up sikit cerita jalan2 weekend lepas. Actually its a delayed post #throwback #JJCM last week. Tapi baru today sempat nak menulis.

Jauh kami menapak ke Setia Alam. Recently ni mmg jarang ke area Shah Alam sana. Jauh sangat rasa perjalanan nak ke sana. 40-60minit jugaklah kan.

But this time ternampak promo kat @eatigo_my so booked la utk lunch kat @bigbrothernco Setia Alam. Menu yang kami ambil:

Devil choc cake
sedap dan tak muak

Grilled salmon
all time fav #IbuZNI. Dish ni sekali dgn mash potato and salad

Spageti carbonara
fav kakak #ZahrahNurIman kalau pergi makan mana2 pun. Or macNcheese

Kunta Kinte
special dish katanya. So #AyahZNI try la sepinggan. Ada grilled chicken, grilled lamb and giant sausage. Iols rasa sosej je sbb dah byk gila makan. Tak mampu dah nak makan semua

 Grilled chicken salads
sedap dan berbaloi order


Alhamdulillah semua yang kami pilih sedap! Milo ais dgn teh tarik ais tu mcm biasa jela kotπŸ˜„. Baby #ZarinNurInsyirah behave je and tidur je sebelum "membuat kuih" kat cafeπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. So, kalau uols ke Setia Alam boleh lah singgah sini yer.



Lepas makan kami sambung jalan2.
Dah lama kakak #ZahrahNurIman tak jalan2 makan angin. Selalu keluar makan je. So, alang2 dah sampai Setia Alam yang jauh tu, carilah tempat boleh singgah, jumpa Eco Ardence.

Kawasan baru berdekatan taman perumahan yang baru naik, ada tasik, dan taman dengan kedai2 makan. Masa kami sampai petang orang tak ramai sgt. Jadi ramai sbb org pergi Jaya Grocer kat situ. Believe malam happening sebab most of kedai tepi tasik tu sesuai utk makan malam.

Kami sewa basikal utk kakak pusing2 dgn sewaan RM10 sejam. Panas lit lit oi teman kakak round tasik. Tapi baby #ZarinNurInsyirah relax je tidur dalam strollerπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….


Cukuplah bawak kakak keluar dekat 2jam jugak tu. Nanti kita jalan2 lagi yer😍😍😍

Till then...

Daaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, September 14, 2018

Umai D'Lake Cafe, Presint 2, Putrajaya

Assalamualaikum semua!
Salam Jumaat and selamat bercuti kembali.

Hari ni nak #throwback #JJCM dan minum petang Selasa lepas di Umai D'Lake Cafe, Presint 2, Putrajaya

Setelah 5hari bercuti, baru hari tu keluar betul. Itupun lepas asar baru keluar..melepek kat rumah je cuti2 sambil2 browse FB and insta kawan2 yang pergi bercuti..kihkih..

Bila dah dapat peluang makan ni, kita rasa semua yang viral tu..amek kau sekali 5 menu diorder. Ok lah makan bertiga 3+1 apa, sorg satu menu, yang lebih tu confirm2 ayah #ZahrahNurIman tukang habiskan..



Cekodok Pisang - makan panas2 memang umpphh la kan kata dia. Kalau xsilap ada 8biji je tu, tapi cukuplah sorg seketul dua.


Roti Jala dengan Kuah Kari Ayam & Rendang Ayam - ni fav Zahrah, so mesti order walaupun bila tanya dia ckp taknak. Sebab bila dah depan mata mesti dia makan punya. Sudahnya, memang dia ngadap sorang sampai kenyang. Nasib baik ibu sempat paw sikit!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Cucuq Udang - ni ibu dan ayah jela layan. Zahrah nampak sayur2 tu semua memang dia tak layan lah. Served with sos and kuah kacang. Both sedap buat cicah. Tapi idok ler ibu Zahrah melantak ni sorang2 sebab iols mmg kureng sikit dengan cucuq ni. So ayah, over to you!


Lempeng Kelapa - served with sambal, kari and gula. Tapi kari kosong la. Kalau nak tambah rendang pun boleh. Since dah order roti jala, so boleh kongsi kuahnya. Ibu makan satu, ayah makan satu. Kenyang!


Mee Rebus - yang ni ayah Zahrah balun sorg, ibu makan hujung2 je isi mee rebus ni, dapatlah rasa daging and telur makan dengan kuah mee. Itu pun dah sedap. Tapi sebah perut dah penuh, tu yang minta ayah Zahrah kasi settle mee tu. Ibu dpt rasa sikit cukuplah kan.


Last but not least, dah nama pun minum petang, kenalah amek teh tarik satu!

Lengkap meal minum petangku!
Total semua less than RM30 ok. Takdelah rasa bersalah makan banyak kan sebah harga berbaloi dengan rasa yang sedap

Happy tummy, happy baby and mummy😍😍😍

Lepas kekenyangan, bagilah chance kakak Zahrah main basikal dia pulak. Hujan dah berhenti boleh lah main basikal sekejap. Dia siap dah bebel2 kat cafe "takkan keluar sekejap je makan, buatlah benda lain pulak, kesian ayah bawak keta jauh2"

Amboi dia kalau bercakap kan..haha..
😎😎😎


Last but not least, terimalah wajah kami yang kekenyanganπŸ€—πŸ€—πŸ€—


Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, February 12, 2017

Finally, its presentation day! Alhamdulillah :-)

Alhamdulillah!!

Finally, after 2 years, hari ni inshaaAllah last presentation day aka viva day.. Dah beberapa hari dah tak nampak katil, makan tak lalu dan macam2 lagi..finally 12/2/2017 tiba..

Walaupun ada sikit lagi yg kena selesaikan, minor corrections, binding and settlekan yuran..inshaaAllah by next 2 week settle semua..

Last minute - study?
Berpisah tiada πŸ˜‚

Walaupun this final sem tak ambil any subjek except for final project, but, still semua buat last minit.. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan hingga hari ni.. Kalau x buat last minit mmg xde idea..bila buat last minute baru idea mencurah kononnya😜

Teringat lagi mula2 register nak join program Pusat Kembangan Pelajar UKM tahun 2015 lepas, time tu mmg tgh "free" dan keje ofis pun xmerunsingkan..but time goes, makin banyak benda yg diserabutkan sampai rasa mcm adoi kenapalah pening2 nak sambung belajar..haha..

Tapi, syukur...
Semuanya berjalan lancar walaupun kelam kabut..eh! Lancar ke tu? Hahha lancar la tu sebab dapat selesaikan semua.. Lecturer pun faham sbb kami semua part time students..mmg keje weekend jela..sabtu exam, jumaat malam baru bukak notes. Ahad present, sabtu baru discuss..kihkih..tido berbantalkan nota dan file tu biasa..kadang2 terpaksa buat kat ofis sikit sbb kena submit weekdays😰

Priceless experience..
Dulu zaman degree lain sbb full time. Memang "ditugaskan" untuk belajar dan belajar. This time, sendiri pilih nak belajar sambil berkerja. But its ok. Dapat kenal ramai org. Walaupun classmate yg betul2 5org je, 4wanita, 1 lelaki. Tapi bila campur2 dgn batch/kelas lain sekepala, so jadilah ramai, dalam 20 orang. Semua dari industri berbeza. Giverment, private, education, transport, kilang, iso, semua ada. Yg dari selatan tiap2 weekend pun ada. Mostly "adik2" la sbb diorg ramai muda2..ada lah yang tua/sebaya ibu Zahrah, tapi is nampak tua. Macam2 masalah ada rupanya kat tmpt luar, kita je rasa kita ada masalah kat ofis, ramai lg yg bermasalah. Semua tu pengalaman. Bila jd yg tua, so kenalah advice sikit2 adik tu mane yg boleh. Tp bab2 industri, mmg diorg lagi terror la..hihi..

Nak sambung phd ke?
Hmmm..kalau tgk kekalutan skrg ni mcm xnak, takut tak boleh nak bg komitmen. Tapi maybe kalau dapat tajaan full time, boleh dipertimbangkan. Ada yg nak sponsor ke?πŸ˜‰

Last but not least, please pray for our final project. Hopefully lepas with flying colours 😍

Ok, then..

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 27, 2015

Cuti1TM ~ Jalan2 Melaka.. Kolam Air Panas

As-salam.
Salam Ahad ;-)

Yuhuuuu..best ke cuti? Rasanya ramai yg tgh menghabiskan cuti hujung minggu yg agak panjang ni kan..dari hari Khamis sampai la hari ni..
Weolss pun sama.. Hari Jumaat lepas kena cuti "paksa" semperna hari raya, so, "terpaksalah" balik kampung lama..hhaha (terpaksa sangat padahal lompat bintang)..

Since Rabu ptg sampai sabtu, weols habiskan masa "family time" kat kota je.. Then, sabtu pagi, gerak ke Muor utk kenduri kahwin sedara.. Lepas wedding terus ke Melaka rumah my sister.. Sukalah bdk kecik Zahrah ni bila dapat jumpa sepupu2 dia :-D

Hari Ahad, kami ke Kolam Air Panas kat Jasin pulak sebelum gerak balik KL/Selangor. Ramai jugak la orang tapi masih ada tempat nak mandi2.. Tempat ni dikategori sebagai bajet place utk mereka2 yang inginkan penjimatan disamping nak bersantai dgn famili. Ok la kan..tiket dewasa pun baru RM6.50 dan kanak2 cuma RM3.50 je.. Murah tak? Hihi.. Ktorg pergi pun lebih kurang sejam je sebab dah lapo masing2..bdk2 mmg tak puas mandi la..tapi org2 tua guna kuasa veto je ajak balik..kahkah.. So, dlm kul1.30 dah balik.. Kawasan luar kolam tu kawasan perumahan, so, byk la kedai2 kecik (gerai sbnrnya) yang jual makanan.. Sempat la jugak singgah beli nugget/hotdog/air sbb masing2 dah lapo kan..

Jom tengok gambo je ;-)






Ok lah, sekian cuti utk kali ini..
Enjoy ur cuti selagi ada cuti..kihkih..
(ayat pengubat utk org yang tinggal 1.5hari je cuti)

Daaaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 20, 2015

First Time --> Butter Prawn

As-salam. Selamat petang!!
Happy weekend ;-)

Buat ape tu? Bersantai di rumah? Have a good day ya!!

Weols pun duduk rumah je hari ni.. Just keluar beli lauk2 kat Aeon Taman Equine, pastu balik terus masak. Now baru selesai makan..hihi :-) Alhamdulillah..kenyang..

Nak tau ape menu hari ni?
Tadaaaaa!!!


Hmmm..udang tu first time buat sendiri tau..hahaha.. Butter prawn..special udang harimau dari Aeon..kihkih..
Nak tau macam mana resepi tu x? Meh cuba resepi dari Azie Kitchen ni... Senang je uolssss... I pulak improvise sikit resepi tu ikut resepi lain jugak :-D

Sarang telur

1) Pukul 2biji telur kuning
2) Panaskan 1senduk butter dan 1cawan minyak
3) Kacau laju (secara bulatan) campuran minyak dan butter yang telah panas..
4) Masukkan telur kedalam minyak+buttter yang panas sambil kacau dgn laju..
5) Bila telur dan kekuningan keemasan, angkat & toskan minyak..
6) Siap!!

Udang

1) Perapkan udang dengan black pepper, garlic, serbuk perasa
2) Belahkan udang sikit dan selitkan cheese ditengah2..
3) Then, bakar dengan sedikit minyak zaitun
4) Siap!! Gabungkan dua2 dan sedia utk makan :-)

Senang kan?
Dah tgk jela zoom out gambar udang ni yer..kihkih


Daaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 12, 2015

Food Hunter..in Actions!!

As-salam semua.. Semoga semua sentiasa dibawah rahmatNya dan diberi kesihatan yang baik.. InshaaAllah..

Alhamdulillah, jumpe lagi dihujung minggu ni..berehat2 dirumah..bila dah xde benda nak buat ni mentang2 kelas belum start..kihkih start la semangat nak main masak2.. Makanya!!!


Nampak tak? Tau tak ape tu?
Hah, tula nama dia Risoles Daging Bercheese.. Yummy!! Resepi asal uols boleh rujuk kat sini yer.. Tenkiu tuan rumah..hihi

Utk resepi dari ibu Zahrah ni, i follow jela dari resepi asal tu.. Tapi tak secantik owner tu buat la..hihi.. Janji puas hati dapat buat kan.. Ok, jom tgk step2 by step resepi ni yer ;-)



1) sediakan risoles..adunan macam buat lempeng je..tp kena buat nipis2 la supaya senang nak gulung nnt..tambahkan santan, telur dan garam untuk bagi rasa yang sedap sikit (tp sy guna susu cair je, santan xde pulak..hihi)

2) sediakan inti..just tumis bawang putih, tambah daging cincang sampai masak, then, letak kentang sampai lembut..letak sikit tepung kastard supaya pekat..dah siap masak tapiskan..

3) masa untuk plating!! Haha.. Letak sikit inti, taburkan mozarella cheese, gulung macam nak buat kuih ketayap, sapukan dengan telur dan taburkan bread grump..lastly, gorengkan!!


Siap!! Senang kan?
Sila try buat yer kawan2 :-)

Alang2 dah buat entry pasal makanan, jom kita throwback citer2 makan pulak la yer.. Senang..3in1 punya entry.. Jom!!


^^ juadah time lunch tadi..buncis goreng, gulai ayam and grill salmon ^^


^^ breakfast few days ago..utk bekalan zahrah dan ayah dia ^^


^^ last weekend..lunch at Papa John, Sunway Pyramid ^^


^^ made today..sebab terlebih masak daging cincang tu ^^

Hmmm..macam dah banyak pulak kan berleter.. Malam pun dah melabuhkan tirai..chewwah!! Mata pun sudah berat.. So, ape lagi..
Selamat Malam!!

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Nota kaki:
Pagi2 lagi kita dah dikejutkan dengan berita insiden kren jatuh di Masjidil Haram, semalam.. Allahuakbar!! Besar sungguh dugaan Allah berikan kepada hambaNya yang sedang beribadah dirumahNya.. InshaaAllah semua jemaah haji yang diuji itu adalah insan terpilih dan disayangiNya kerana itulah mereka diuji disaat berada di rumah Allah..disaat sedang melakukan ibadah..dan di hari Jumaat, penghulu segala hari.. Semoga Jannah untuk mereka.. Aamiin..
AL-FATIHAH

Saturday, September 5, 2015

Weekend ~ Mission Impossible

As-salam semua!! I'm back!!
Hihi..dah masuk bulan Sept 2015 dah ni..cepat je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik..tinggal sebulan je lagi cuti sem..next month dah start kelas balik..uwaaa..

So, weekend terakhir sebelum dipenuhi dengan kelas ni kita penuhi dgn aktiviti yg best sikit la yer..since before this busy dengan macam2 aktiviti..open houses, weddings and majlis pertunangan acu ZahrahNurIman..so, this week kita tengok wayang!!! Yeay, first time tgk wayang lepas dapat anak, dan bawak Zahrah..excited nak tgk mission impossible katanya..buatlah online booking kt gsc..siap dgn set popcorn bagai.. Malangnya!!!












































HALL 6 PROBLEM!!!
Stress!! Terpaksa refund je..tu pun dpt half je..duit tiket je dpt..hmmm, ktorg mmg beli popcorn tu mkn kat rumah je :-/

nampak tak muka excited dua beranak ni?

bapak dan anak dengan "miss rabbit" sementara tunggu wayang start kul4

penghujung cerita mission semalam yang mmg impossible :'(

So, today..kami teruskan misi ni di TGV Sunway Pyramid dengan harapan yang tinggi..haha..
Akhirnya...

gelap2 pun nak selfie jugak..bukti dpt tgk "tv beso"

kihkihkih..sembunyi belakang ibu bila trailer citer hantu keluar

last but not least ;-)

Ok lah..one of wonderful weekend..sudah cukup sudah..esok nak masuk keja sudah..hahhaa..
Alamak, esok ada check-up lagi??!! Suspen :-o

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, August 9, 2015

[ RESEPI ] EasyMizzy Puding Trifle

As-salam mommies semua!!
Ape khabar? Sihatkah?
Masih "berperang" di dapur? Hihi..

Biasalah kan..semua mak2 pasti akan rasa saat berperanv kat dapur..masaknya berjam, tapi tak sampai 15min selamat semua masuk perut.. Tapi, kepuasan tgk hasil tangan mak sendiri masak memang takde nilainya kan? Betul tak? Mestilah betul :-p

So, hari ni topik kita pasal makanan yer..disebabkan ada jamuan "farewell" perpecahaan unit kami kepada 2-bahagian, juga sempena Aidilfitri dan juga perletakan jawatan rakan sepejabat, so, dirajinkan diri untuk menyumbang sedikit desert..jarang2 ni ibu Zahrah nak memasak, selalu "hulur" je and lets kakak2 yang uruskan semua..tapi kali ni..i rajin sikit uolsss..

So, nak tengok hasil ** Puding Trifle ** ibu Zahrah ni???
Tadaaaaaa...


Ahha!! Menarik tak? Gojes tak? Terliur tak??
Hahahahha.. Well, ni resepi yang sangat2 mudah yer..

1) Susun swiss roll yang dipotong/dihiris atas bekas/mangkuk lutsinar..susun biar mampat yer :-)

2) Lapiskan dengan adunan puding kastard (secawan) bersama gula (1/2 cawan), susu cair (1 tin) dan air (1 tin).. Uols mesti tau kan macam mane nak buat kastard..hihi..

3) Susun buah (koktail) atau fresh fruit atas lapisan puding tadi..tekan2 sikit supaya tak bergerak nanti ;-)

4) Siram lapisan atas dengan jeli / agar-agar untuk bagi effect colour yang pelbagai..hahaha..

Hah, senang kan? Memang senang je..tak perlu nak baking bagai..paling susah pun nak kena potong2 buah (kalau beli yg fresh la) dengan nak masak kastard and jeli tu.. Tapi masih boleh diterima lagi tahap "difficulty" puding ni..

Untuk ibu Zahrah ni, resepi diambil dari blog Lina Pg dan di-inovasi sikit mengikut keadaan..ape yg i buat? Cuma tambah buah kiwi dilapisan atas roti sebelum puding kastard tu je..haha..
 
 Kasi zooooooommmm sikit!!πŸ˜‰


So, ape lagi??
Selamat mencuba!!

Daaaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah😘

Sunday, July 19, 2015

New Life --> Student Life😊

As-salam and morning semua!!

I'm back after more than 3months..hihi..rindu tak dgn ibu ZahrahNurIman ni..well..terlalu banyak cerita nak diceritakan skrg ni tapi masa tak mengizinkan..selain sibuk dgn kerja seharian, urusan rumah, main game..hikhik..sekarang ni tgh sibuk dgn urusan study pulak!!!

Apa??? Study??

Ya!! I'm a student (again) now!! Dah nak habis sem pertama pun dah ni..tgh pulun nak siapkan assignment and musim final exam.. So, uols boleh bayangkan kesibukkan i kan..sebab tu la xboleh update blog..hahhahahaa.. Hmmmm..kalau uols nak tahu, mula2 apply nak sambung belajar hujung tahun lepas, time tu tgh takde keja sgt kat ofis..so, tgn pun start la nak meng-google all info pasal master ni..at last, jumpa the most easiest way to apply, dgn UKM-PKP ni..i just buat online application, submission pun online..so..mmg senang je proses dia..tetiba je dah submit application..tetiba je dah dapat..hihi..

 
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk teruskan menuntut ilmu..walaupun banyak duri ranjau..ditempuh juga..ceh ceh ceh.. Mane tak nya..semua benda buat last minute..siapkan assignment, study semua buat sehari sebelum deadline.. Dah xde perasaan dibuatnya..nak risau pun xboleh buat ape sbb weekdays siang dh busy kat ofis..mlm dah penat hal2 rumah..huhu.. Sekarang ni tgh musim final exam..inshaaAllah selesai semester 1 bulan 8 ni..

Doakan semoga saya berjaya menempuh kehidupan sebagai student dgn LEBIH TERATUR, LEBIH DEDIKASI..DENGAN CEMERLANG & TERBILANG..hikhik..
 

Daaaaa...
 
xoxo,
 Ibu Zahrah😘

Sunday, March 8, 2015

#throwback Cerita Hujung Minggu

Assalam & happy sunday!!
Alhamdulillah..im back after few weeks ya..
How are you dear friendssss..hihiii..

Weols pun sihat2 jugak.. Alhamdulillah..pening2 selsema tu biasalah kan.. Sakit tu penghapus dosa right.. So, bertabahlah!!

Dah masuk bulan Mac'15 pun kita kan..macam tahun2 sebelumnya, bulan ni bulan "KPI" untuk kami dipejabat..masing2 sibuk kira pencapaian..

BELOW --> MEET --> ABOVE --> FAR EXCEED EXPECTATION

Dimanakah kita letakkan pencapaian kita?
Adakah cukup dengan apa yang telah kita lakukan?
Apakah kita cukup ikhlas menjalankan kewajipan kita sebagai pekerja?

Tepuk dada..tanya iman..tanya hati.. Diharap kita semua berkerja lillahita'ala sebagai pemegang amanah didunia ini.. InshaaAllah..
p/s: jangan bila sampai time nk kira pencapaian baru sibukkan diri dgn kerja kan??? Kann???

Bulan Mac, bermaksud dan 1 tahun, 1 minggu si dia "pergi" :-( .. Walaupun tak pernah bersua muka, namun kehadirannya yang hanya 9minggu tetap dirasa.. Kini, hanya doa mampu dipanjatkan, agar diberi kesempatan berjumpa di kemudian hari.. Dan semoga diberi kesempatan untuk merasa kembali hebatnya pengalaman mengandung & melahirkan.. InshaaAllah :-)

8 Mac 2015, juga menunjukkan genaplah setahun kehilangan krew dan penumpang MH370 yang masih menjadi tandatanya..hilang entah kemana..hidup atau mati..hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa cerita disebaliknya..hanya Dia Yang Maha Melindungi mangsa2 tersebut..biar dimana kalian berada, biar apa yang menimpa kalian..biar siapa yang menyebabkan misteri ini terjadi.. Kami semua akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.. AlFatihah untuk yang beragama Islam.. Tenanglah kalian disana..

InshaaAllah..

Hidup masih diteruskan..tinggalkan semalam sebagai kenangan.. Jadikan sebagai pengalaman.. Hadapi masa hadapan dengan tabah & tenang..
Kisah semalam, ibu Zahrah selamat didaftarkan sebagai pelajar untuk kali kedua..dulunya di UIA, kini di UKM :-)
Alhamdulillah..berjalan dengan lancar..lagi 2minggu dah start kelas..so, bertabahlah yer..hihi..

Ok then, jumpa lagi di next entry ya :-)
Happy 67th birthday Tok Bah Zahrah (04-03-2015)

Daaaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, February 21, 2015

Cuti!! Cuti!! Happy Family!!

As-salam semua!!
Salam CNY pada semua yang menyambut :-)

Alhamdulillah..puas bercuti kali ni..dari hari Rabu (actually terpaksa start hari Selasa sebab amek EL gara2 sakit kepala sebab bendera merah..hihi) sampailah Ahad.. Puas..puas..puas!!

Well, cuti kali ni weols balik Johor..sebab dah 2bulan tak balik, so cuti panjang ni kita baliklah yer.. Semua adik-beradik pun balik..so, dapat lah jumpa semua..anak buah yang 11 orang pun berkumpul..macam tongkang pecah rumah tokmak-tokbah dibuatnya..haha

Jom intai sikit aktiviti balik kampung kali ni...

Anniversary Abah & Mak ke-44
Alhamdulillah..berkesempatan menyambut hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah.. Tanggal 19/02/1971 mereka diijabkabulkan, dan dikurniakan 6org anak, dengan kehadiran 4menantu dan 11cucu.. Tak kurang besar, tak kurang kecil pokai jugak la kalau time raya hihi.. Just beli kek SR and ayam KFC je makan ramai2..
 

Alhamdulillah..

Pre-preparation Raya
Over tak? Haha.. Alang2 dah balik kampung ni, ktorg singgah la kedai2 kain kat bandar kota, mostly kedai2 tu owned by philipinos.. Jumpa satu kedai, jumpa yang dicari..settled!! Dapatlah tangkap sepasang kain baju melayu ayah Zahrah, sepasang kain dress Zahrah, and dua pasang kain ibu Zahrah.. Over tak??? Mestilah tak..

Jalan2 Tanjung Balau
Well, rumah dah dekat dengan pantai..wajiblah melawat pantai.. Tapi, ramainya la orang..yang paling ramai orang asing..huhu.. Siap ada yang mabuk2 macam nak gaduh.. Nampak haru-biru je pantai tu, ktorg terus gerak balik..malas nak layan!!

Begitulah cerita weekend dan cuti 1TM kali ni sempena CNY.. Great holiday with great family!!

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...