Showing posts with label Diari Si~Kecil. Show all posts
Showing posts with label Diari Si~Kecil. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Awaiting for #ZNIjunior 2.0

 Assalamualaikum & Salam Weekend!

Alhamdulillah, dah nak habis bulan March 2021 barulah rasa nak update blog yang sudah mula bersawang ni. Apo? Busy nau nau sgt kan, maklumlah dah nak cuti panjang ni, mmg kena pulun layan kerja ofis la kan.

Now, ibu dah 37weeks plus dah pun. Pejam celik pejam celik xsampai 3minggu lagi inshaaAllah lahirlah baby #ZNIjunior 2.0 nanti. Alhamdulillah, masih lagi sihat, boleh buat kerja ofis buat kerja rumah je kadang² je rajin sebab dah busy #wfh kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Next week ada check-up lagi dengan gynae, plus maybe kena buat covid test dah sbb bila² masa boleh bersalin dh kan even though previous born #ZNIsisters at Week 40 je. So kenalah tunggu apa kata doktor nanti, rahim dah ready to deliver ke belum, but last week baby mmg dh kat bawah cuma rahim belum "matang" lagi katanya. Skrg ni dh start rasa mild contraction kadang² tu tgh tgk tv, buat kerja ofis, tetibe rasa mcm senggugut tu kan..huhu..seriau pulak bila fikirkan sakitnya nak beranak tu kan. Tapi, doa²lah moga Allah bantu kurangkan kesakitan dan permudahkan urusan melahirkan nanti. InshaaAllah๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ.

Persiapan nk sambut baby pulak Alhamdulillah complete dah rasanya. Tapi tula, bila godek² shopee lazada ke lagi² time 1.1 ▶️ 2.2 ▶️ 3.3 ▶️ 4.4 mesti ada je benda ditambah kan. Latest today, saje² je menambah barang walaupun xde direct kaitan utk baby (konon²nya nak bagi present kat kakak² baby nnt lepas lahir). Apa² jela alasan kan, layankan jela bosan² duduk rumah itu jela yang dibuat. Shopping. Makan. 

Antara yang awal dibeli sebab belikan botol susu dak Zarin, so beli set newborn je terus. Botol besar Zarin punya, botol kecik baby punya. Puting beli lebih sikit
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Set breastfeeding ni semua recycle dak Zarin punya. Alhamdulillah breastpump and botol² tu semua okay lagi, "cantik" lagilah rupanya sebab baru 3thn kan. So beli b/milk storage bag jela buat tambahan stok susu utk baby nanti. Hopefully boleh fully breastfeed baby at least sampai 2 tahun la kan. Aminnn.

Dah beli botol semua kenalah beli pencuci jugak kan. Sebelum ni pakai pureen dll tak ingat. Kali ni pakai pigeon je senang, detergent baju pun pakai pigeon. Tapi kocik jo botol tu rupanya๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Ini pun antara yang awal beli dan banyak pulak jadinya..beli konon²nya sikit² tp byk brands, sudahnya ada 25pcs wet wipes yg 80-100sheets tu, selain yang kecik² 10-30sheets. Tapi xpelah, memang guna banyak pun nnt, so xyahlah selalu jenguk shopee tu (tapi jgn percaya iols x jenguk yer๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)

Barang² mandian baby pulak. Stick to this nature-based products for now. Ada jugak beli travel set from Joielle and Tropika jugak. Senang pakai yang sama tak macam sebelum ni macam² dibelinya! ๐Ÿ˜‚

For bedding and baju² tak banyak sangat beli baru. To recycle yg lama punya je, tambah 3helai baju dan sarung cadar/tilam je bagi refresh sikit view tu (nak jugal beli kan!)

Hah, sikit je kan baju 3 pasang, mittens 3pasang but leggings/tights berpasang² sebab yg lama dh longgar dilenjan dak Zarin๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Minyak² angin utk ibu pulak. Segala jenis minyak dibelinya dgn harapan #RoadTo40kg konon²nya. Semua dh masuk beg/kotak konon² dah siap packing nak sambut baby, tapi now lenguh² kaki dh xde minyak. Adoyai!๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ini travel kit pulak utk guna time travel.

Siap pun packing #HospitalBag utk ayah, ibu dan baby. Utk #ZNIsisters belum pack lagi. Nanti pack sekali utk balik kampung berpantang jela. Sekali jalan (penat) konsepnya!

Last but not least, set pengurusan uri sekali dengan tembikar, dapat free tuam baby. 

Rasanya lengkap dah kot yg essentials. Yang lain² tak berapa nk penting tu xyah ler upload sini. Lagho je tuh! Takyah ikut..beli keperluan shj ya, yang kehendak tu semua ikutlah kemampuan masing² ya.

Doakan #IbuZNI dipermudahkan urusan utk bersalin nnt dan selamat melahirkan baby yang sihat, sempurna dan selamat. Aminnnn..

 Till next entry ya...

Daaaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI

Tuesday, January 19, 2021

#throwback2020 (Aug'20) - Good News during PKP

 Assalamualaikum!

Hello mummies. How was your PKP2.0 life?

During PKP1.0 macam² #hashtag yang #viral kan.

Gardenia. Dalgona. Online Class. Work From Home.

Termasuklah jugak #babyPKP #IbuZNI pun taknak terlepas jugak nak join those #hashtag yang viral tu.

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah!

14.Aug.2020 ~ My period didn't come after a week, hence tested using this pregnancy test kit.

Yes, #ZNIJunior2.0 is currently in my womb.

Syukur, rezeki awal Allah bagi kali ni disaat dak #ZarinNurInsyirah baru 1y9m old. Kecik lagi masih belum 2thn dan masih belum wean-off breastfeeding, so terpaksalah slow² minta dak kecik tu "cerai susu" kan. Nasib baik dia mmg dah ok minum guna botol susu kat taska, so senanglah sikit. Kalau dia minta nak nyek je disuakan botol, lama² dia ok, xnak dah nyek.

Syukur, dipermudahkan๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Awal² kehamilan tu macam previous pregnany during Zarin, I've experienced evening sickness instead of morning sickness. Malam² memang xlalu nak makan malam, mostly mmg xmakan or makan sikit² je bagi alas perut. So, pagi breakfast memang melantak like a queen la, nasi lemak, roti canai dll. Tghari pun selera boleh tahan jugak, so dapatlah cover perut sbb mlm dah xlalu nak makan. But Alhamdulillah, throughout my pregnancy kali ni baru 3x je kot muntah, itu pun malam jela.

Since awal² pregnancy tu baru start masuk ofis balik, so awal² back2office tu jela iols naik komuter/lrt. Selebihnya, minta sang suami tolong hantar cum masuk ofis sekali (sepatutnya kami punya sistem giliran masuk ofis 2x wio 2x wfh). Dengan musim pandemik, bawak perut lagi, memang malas ler nk bersusah payah naik ktm/lrt kan..hihi.. Alhamdulillah!


Baby bump di awal kehamilan. Masuk office memang org xperasan sgt pun sbb pakai baju longgar² sikit kan. 

Ini pulak rupa ketika hari terakhir 2020 @ 25 week

Alhamdulillah!

Ibu and baby is doing well and we love the time together. On 3/1/2021 lepas, dah buat detailed scan di Poliklinik Ken Rimba, dengan harga RM150 per session. Tapi jauh sikitlah kena ke Shah Alam nak buat scan ni. InshaaAllah, semuanya ok, baby ok. Alhamdulillah, kakak #ZahrahNurIman for the first time "jumpa" baby time scan. Ayah dengan dak Zarin masih belum berkesempatan nak jumpa live dgn #ZNIjunior lagi sebab checkup sebelum² ni memang ibu sorg² je jumpa doktor. So kakak Zahrah excited la dpt tgk adik dia ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Syukur, sekarang ni dh nak masuk 7th month dah. Dah 7bulan nanti boleh la start shopping mana yang patut kan. Baju² baby mostly pakai kakak² ZNI punya dulu jela kot, beli yang lain² mcm toiletries, minyak², pampers, tisu, dll yang masih belum finalize checklist lagi. Nanti dh check satu² barang kakak² boleh la finalize checklist kan. Tasabar!

Ok lah, setakat ni dulu utk 1st story of baby #ZNIJunior2.0, till we meet again in next entry ya.

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Wednesday, October 17, 2018

39th week now.. Are you ready baby ZNI?

Assalamualaikum!
I'm back again.

Alhamdulillah, ibu ZNI dah 39w3d pregnancy today. Masih lagi menunggu masa utk melahirkan baby #ZNIjunior yang nampak seronok bergolek dlm rahim ibu ni.

Semalam checkup dengan Dr. Rohani lagi sekali. Berat ibu naik 0.5kg je dari last week, and berat baby pun dianggarkan xsampai 2.7kg pulak.. Hihi.. Check up kali ni dah kena Check kat bawah.. Ibu ZNI mmg dah expect but still nervous sebab tau sakit kan. So, bila doktor check, masih belum ada bukaan, cuma baby memang dah engage sgt dah.

Doktor check jugak baby movement chart yang dia bagi last 2 weeks. Bila doktor tgk trend movement, doktor kata Ibu ZNI salah kira. Sebab dia ckp baby nampak aktif especially time scan baby..if by 9pm baru cukup 10x pergerakan, it shows slow movement. Supposedly by 3pm dah complete 10x movements tu. So today, ibu ZNI kira balik ikut cara doktor tu bgtau, by 215pm dah complete 10x. Tapi rasanya lebih 10x dah, cuma tak catit kot.

Ini chart yang ibu ZNI kira tapi kena reject dgn doctor๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Tapi yang bestnya checkup semalam sebab masa menunggu sekejap je. Appointment sepatutnya pukul 310ptg tapi dalam pukul 230ptg dah kena panggil, belum pukul 3ptg dah settle jumpa doktor. Ambil MC, serahkan GL, terus balik. Tapi Xdelah balik rumah terus, singgah Pkns Bangi Konon2 nak bagi cepatkan bukaan. Tapi nampaknya belum berjaya lagi..yang berjaya makan satay kajang je.. Kenyang perut senang hati.. Hihi..

Kalau ikutkan kakak #ZahrahNurIman dulu lahir 6hari sebelum due. Petang Isnin jalan2 beli barang rumah, malam dah start sakit then Kul4 pagi bangun pergi toilet ada bloody show. Kul9 pagi pergi hospital, jumpa doktor, Kul10 pagi masuk labour room, kul5 petang bersalin. Alhamdulillah mudah dan lancar walaupun sakit yang amat. Harap2nya kali ni ibu pun dipermudahkan lah urusan nak melahirkan baby #ZNIjunior pulak. Doakan kami berdua selamat dan sihat yer๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Ibu ZNI pulak skrg ni mmg rasa sgt susah nak jalan tidur dan sebagainya. Yela, Baby dh kat bawah kan, tapi kuatkan jugaklah nak bagi cepat sikit bukaan and hopefully dapatlah deliver baby by this week, dengan selamat, InshaaAllah. 

Tak tau nak cerita apa dah.. Haha.. 

So, till we meet again yaaa..

Doakan saya cepat bersalin!

Daaaa.... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Thursday, October 11, 2018

Diapers and Baby Wipes..Offspring vs Applecrumby

Assalamualaikum ibu2 semua!

Sedang berkerja ke berehat di rumah??
Ibu ZNI sedang berehat2 sahaja, bak kata kakak #ZahrahNurIman "best lah ibu tengok tv je kat rumah"..hakikatnya ibu kebosanan๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Ok lah, since masa ada kan, kita nak cerita sikit pasal persediaan diapering baby #ZNIjunior nanti. Beli newborn punya diapers brand petpet dengan pureen baby wipes sikit untuk standby. Plus warna oren tu menarik sangat utk dibeli..hihi..

Macam yang ibu ZNI bagitau sebelum ni, this time around, as much as possible, i look for natural or organic products. So, nak try la 2 brands yang agak menarik untuk dicuba.

Offsprings Printed Diapers and Baby Wipes

I choose the diapers masa nampak kat insta Stacy Anam. Nampak so natural sebab color hijau kan. Alang2 nak beli tu, terus ambil Bundle deal which consists of:

– 4 packs of soft and super absorbent diapers
– 3 packs 80ct plant-based wipes
– 4 packs 20ct plant-based wipes

See! Kotak delivery pun nampak exclusive kan???

Tapi, nak kata betul best ke x, ibu ZNI tak dapat nak pastikan sebab belum guna kan. Tapi menurut yang diclaim dalam dalam website diorg, fashion diapers Offspring menjanjikan perkara2 berikut:

Eco-friendly, ultra-soft diapers with designer prints
Super absorbency – Great for day and night use
Fashionable designer prints - created with ink that’s free of lead and heavy metal
Ultra-Breathable inner and outer layer - made with chlorine-free woodpulp
Wear without worry – Completely free of dyes, fragrances, lotions, chloride, phthalates, optical brighteners and latex.
Chlorine-free fluffpulp & Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Premium Ultra-Soft Eco Friendly Wipes
Strong but soft – Towel-like material for gentle cleansing on baby’s delicate skin
Mindfully made – Infused with organic aloe vera & organic chamomile to support healthy skin
Extra Soft, Extra Gentle – Made for gentle cleansing from head to toe, suitable for baby’s mouth and hands
Chemical Free – Made without fragrances, alcohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, chlorine processing, parabens, SLS, lanolin or other harmful chemicals.
Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Made with FSC certified plant-cellulose material – Biodegradable; dispose without worry!

Akibat terpengaruh, maka dapatlah 4 packs diapers tu, i chose 4 packs size S and 1 pack for pants size M. Lepas tu, ada jugak baby Wipes 80pc and 20pc yang dibeli. Boleh pakai lama ni kan, tapi macam sayang pulak mahal2 kan..hihi๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Yang size M letak bawah katil dulu sebab dh penuh rak tu..hihi.. Baby Wipes 20pc tu yg kecik sikit tu, boleh lah masukkan dlm handbag kalau nipis mcm tu kan.. 

Applecrumby & Fish Diapers and Baby Wipes

Yang ni akibat dia lalu lalang kat insta sampai iols ter'click' insta dia. Maka, terjatuh cinta pulak dgn yang ni. Sebabnya it looks so simple yet adorable..kihkih..over tak???

Memang fikir banyak kali nak beli ke x. Makan hari jugaklah buka website dia, lagi2 bila ada promo.

Chlorine Free Premium Baby Diaper Bundle
(S24 - Buy 10 FREE 2 Pack) With FREE Bunny Cassidy (Grey)
Processed Chlorine Free Plant Derived Super Soft Air Plus Fluff Pulp from USA's Weyerhaeuser
Simply pure - made without latex, fragrances, toxic dye or lotions
Fragrance Free, Dye Free
Wetness Indicator Strips tell you when your baby needs a change of diaper!
Ultra Comfy stretch side panels and waist band
Dye free, refastenable perforated tabs for perfect fit!
Ultra-soft plant-based (PLA) top and beehive textured back sheets — gentle on your baby’s bottom
Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs for the perfect leak protection. Dye free protects your baby from getting nasty rashes on skin contact areas.
Japan Imported Sumitomo SAP
Super absorbent and soft
Premium quality and non-premium pricing

Extra Thick Premium Baby Wipes Bundle 2x (3 PACK BUNDLE, 80 Sheets) With FREE Bunny Emma (Cream) 
Processed Chlorine Free
Paraben Free, SLS Free, Phthalate Free
Fragrance Free, Alcohol Free
Methylisothiazolinone Free
Formaldehyde Free, Lanolin Free
No petrochemicals or harsh chemicals
Infused with a botanical blend of Aloe Vera Extract (to moisturize) and Chamomile Extract (antibacterial and soothing properties) 
Gentle, Soft yet ultra effective ingredients gently cleanse and soothe your baby's sensitive skin with plant extracts that keep skin healthy
Ultra thick and strong at 60gms
Extra big at 17cm x 20cm
Super absorbent and soft
Embossed and Interlocked Spun Surface for extra loft and softness, plus easy use with friction
Easy dispensing
Premium quality and non-premium pricing
MSDS approved

Akhirnya beli jugak bundle sets diapers and baby wipes. Jangan cakap iols tamak yer! Saya cuma mudah terpengaruh..haha..

Hah, tengok tu, siap dpt free bunny uols. Satu utk kakak, satu untuk baby. So memang kena beli diapers dan baby wipes la kan, kalau x dpt satu bunny je๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kite zoom sikit apa yang dah dibeli.. 

Kakak promote sikit apa yang dia dapat.. Kakak memang suka buat video uols.. 

Plannya, kita guna yg Offsprings tu, lepas tu baru yang Applecrumby. Then, barulah ibu ZNI boleh bagi full review..hihi..

So, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik yer๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jumpa in next entry ya!
Doakan ibu ZNI dapat melahirkan baby #ZNIjunior dalam seminggu yer. Amiinn, inshaaAllah.

Till then.

Daaaaa......

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, October 10, 2018

38th week pregnancy.. Still waiting..

Assalamualaikum mommies! 
Jumpa lagi kita..Alhamdulillah..

Semalam hari checkup selepas seminggu lepas jumpa doktor. Today dah 38w3d pregnancy. Makin nervous pulak rasa bila dah 38minggu ni kan. Kalau ikut kakak zahrah dulu, seminggu sebelum due date dah bersalin. So dlm 39th week la kan. 

Skrg masih belum tunjuk tanda2 lagi, just back pain, sakit kat bawah tu, susah sikit nak jalan, nak tidur semua kan. Posisi paling best tido bila dalam kereta, sebab rasa mcm dibuai je. Tidur atas katil pun tak seselesa masa kereta bergerak๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Rasa contraction pun dh start terasa skrg ni, tapi tidaklah kerap. Sejam dua jam sekali rasa. Tapi kadang2 confuse jugak betul ke contraction rasa mcm tu..haha..so, selagi masih boleh bertahan kita buat relax jela kan, kalau fikir sgt pasal sakit, nnt mmg sakit jadinya. So, be positive Aliza!

Cerita semalam, dapat jumpa Dr. Khamsiah, alhamdulillah. Masuk2 klinik doktor ckp "mama nampak kuat lagi berjalan" eh, bangga iols doktor nmpk I masih steady, walaupun hakikatnya Allah sahaja yang tahu, bila susah nak jalan, nak duduk lama, nak tidur semua. Tapi, xpe, demi mu anak..

Doktor check semua ok, alhamdulillah. Bila2 boleh bersalin nampaknya. Scan baby, nampak muncung aih anak ibu kat dlm tu, sabar naaa.. Dah sampai masa nnt baby keluar yer, skrg ni main2 dulu dlm tu, InshaaAllah xlama lagi kita jumpa yer baby #ZNIjunior๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Berat ibu naik 1kg lagi dalam masa seminggu ni. Rupanya anak ibu kat dalam pun sama naik. Last week 2.27kg, smlm check 2.77kg sudah. Means, separuh kenaikan ibu ni sbb berat baby naik 500g, so ibu 500g naik..hihi.. Takpelah dik, janji sihat yer.

Baby #ZNIjunior at 38weeks now. Muncung sgt mulut tu, marah ke doktor pegang2 perut ibu time scan๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Since ibu dah x larat nak bergerak sana sini sgt, so doktor bagi lah rest kat rumah seminggu ni, kalau baby belum lahir dlm masa seminggu ni, next checkup next Selasa pula..

So, marilah kita list kan apa nak buat kat rumah ni kan. Barang baby InshaaAllah semua dah ready, kemas rumah jela nampaknya ni๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„

OK la, till we meet again in next entry ya..

Daaa...

XOXO,
Ibu ZNI

Friday, October 5, 2018

Baby Bedding Preparation and the Changing Table

Assalamualaikum mummies!
I'm back. 

Kali ni nak sambung cerita pasal preparation nak sambut baby baru baby #ZNIjunior.

Alhamdulillah, by end of September lepas, mostly physically dah sedia semua. And baby bedding ni antara yang awal disediakan. Last few weeks je baru masukkan bedding baby ke bilik master, sebelah katil ibu ayah (dan kakak Zahrah)๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Time kakak Zahrah, kami pakai baby cot ikea yang kayu tu, tapi tilam dah tak boleh pakai sebab dah kuning2 lepas 6 tahun kan. So, decide nak cari yang lain yang boleh buka tepi katil, senang kononnya kalau letak tepi katil nanti.

Tapi...

Last2 beli playpen yang tak boleh buka tepi pun..haha..survey sekali je kat warehouse sale, terus beli. Sejenis malas nak survey byk2 takut confuse nak pilih nanti.

Kakak pilihkan untuk kegunaan baby ZNI. Ibu ayah ikutkan jela janji dalam budget..hihi

Ibu dan kakak so excited with this chair, tapi apakan daya, mahal! Kite try test jela kejap..haha..

Selesai misi mencari playpen! Dapatlah Babyhood playpen utk baby ZNI nanti, tapi mcm biasa, kakak rasmikan dulu yer dik!

Kakak nak jugak masuk dlm playpen ni. Layankan jela bagi chance kat kakak. Sedaplah baring2 bagai kan..

By the way, in August, ibu ZNI ada buat booking for preorder set tilam kekabu jugak, sekali dengan baby nest. Lepas raya haji baru siap. So, itu yang dapat siapkan baby bedding ni awal.

Kakak berlakon tido je tu, nak test tilam baby punya pasal..haha

So, disinilah tempat beradu baby ZNI nnt selepas dilahirkan..inshaaAllah..hanya yang terbaik utk anak2 ibu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Selain playpen dan tilam kekabu, ada jugak beli set tilam patchwork kat shoppee, murah2 je buat tambah konon2nya takut kakak berebut dengan baby nanti. And again, kakak rasmikan dulu yer!

Jangan marah dik, kakak try test tengok helok ke x tilam ni. Ok la, lulus utk adik (dan kakak) guling2 nanti๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ok lah, kakak xguna..kakak tolong jagakan tilam baby yer๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Since tilam kekabu dah disumbat rapi dalam playpen, so tilam patchwork ni kita guna outside playpen jela nnt. Changing table yang dpt free tu xletak pun kat playpen tu sebab nampak semak, so ibu ZNI letak kat atas changing trolley, buat2 mcm atas sekali tu changing table la..alas dengan selimut patchwork and letak changing mat. Siaplah changing area untuk guna nanti.

Both playpen and changing trolley ni letak kat sebelah katil dlm master bedroom tu je. Senang nak tidurkan baby nak salin baju semua sebelah katil je.

Inilah dia!!


Nampak ke?
Ok lah kalau tak nampak, kita zoom sikit apa yang ada kat changing area tu yer..


Nanti dalam entry lain kita cerita lebih lanjut pasal set berpantang dan supplements tu yer..sebab yang lain dah cerita dah kecuali pasal diapers pun belum lagi. Changing area ni just letak barang2 utk kegunaan harian so xdelah kena mencari kat bilik belakang sentiasa. Dah habis kt area ni, baru topup balik..jimat tenaga (dan lemak) dari kena jalan jauh..hihi..

Rasanya sampai sini dulu la kot nak bercerita. Penat dah menaip (asyik typo je sbb jari dah gemuk)๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ

So, see ya in next entry..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, October 4, 2018

37th week pregnancy..waiting time!

Assalamualaikum!
Hello October babies๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

This month must be waiting for right, especially untuk semua yang bakal menyambut birthday bulan ni.

Same goes to me, my birthday will be in next 10 days..syukur, dah nak masuk 34 tahun dah pun ibu ZNI ni. Dalam masa yang sama, ibu, ayah dan kakak ZNI pun berdebar menunggu kehadiran baby #ZNIjunior, juga inshaaAllah di bulan October. Kakak Zahrah sama bulan dengan ayah, baby ZNI ikut sama bulan dengan ibu pulak la yer..inshaAllah..

Well, i'm 37 weeks plus pregnancy now. Dah check up dengan doktor pun on Selasa petang, and Alhamdulillah, semuanya ok. Baby aktif and dah "masuk" katanya. So ibu ZNI assumed doktor means that baby ZNI dah "engage" sekarang ni. Fuh, nervous! This week inshaaAllah masih kerja, nak siapkan mana2 yang sempat disiapkan, next week kalau boleh lepas checkup 38 week nk start cuti dah. Tak larat dah rasa nak menapak kat ofis tu. Officemate tengok iols pun mcm seriau je kan sbb nampak sarat..hihi.. So, kita tengok la beberapa hari ni mcm mana yer.

Nak cerita pasal pregnancy kali ni dengan masa mengandungkan kakak Zahrah dulu, banyak juga bezanya. Tapi sebab malas nak cerita, kita simpulkan jela yer..


Wuhuuu..for the first time in my life ibu ZNI ni cecah berat lebih 60kg. Penangan makan tak hengat la ni..hihi..latest checkup naik 2.5kg dalam tempoh 2minggu. Patutlah rasa berat je nak bawak badan ni. Pergi ofis ke hulur ke hilir pun terkedek-kedek je jalan. Ibarat muatan berat disebelah kiri la kaedahnya, semua bagi laluan..haha..


Sementara menunggu turn nak jumpa doktor, ayah ZNI tu mcm dia yang mengandung kan. Yela, dh mcm burung hantu stay up hari2 main game, memanglah begitu jadinya๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Jumpa Doktor selasa lepas, first time jumpa Dr. Rohani. Sebelum ni Dr. Khamsiah dan Dr. Haliza. Alhamdulillah, semua doktor kat Andorra very friendly and helpful. Bersyukur sangat. First time jumpa Dr. Rohani pun dia sgt membantu.

✔️ Baby in good conditions

✔️ Air ketuban cukup

✔️ Baby engaged, tapi doktor tak check bukaan lagi sebab baru 37 weeks

✔️ Dapat Admission Form yang menggerunkan sebab terasa dah semakin dekat nak bersalin ni. Doktor pesan anytime kalau ada terasa leaking or blood discharge, terus ke emergency. Oh my, ibu ZNI sangat nervous skrg..


Borang ni memang dah bawak sentiasa dalam kereta, sekali dengan buku checkup. Anytime pergi hospital senang dah ready semua.

Alhamdulillah, sekarang ni semua berjalan lancar. Yang tak lancar kerja2 kat ofis yang tak habis2 tu. Aduyai, ikutkan badan ni rasa nak cuti awal, tapi apakan daya, masih perlu settlekan kerja2 tu sebelum cuti 3 bulan. Tak sampai hati nak bebankan org lain dengan kerja sendiri, tapi tula, setelah bertahun tunggu for our 2nd baby, I hope rakan2 sekerja faham yer, mana yang sempat i siapkan before cuti yer.
TQ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ok la, entry ni dah 2 hari draft, so hari ni kasi settle lah..haha..malas nak tulis panjang2..nanti bila ada masa weekend, iols update pasal preparation nak sambut baby ZNI yer.

Till then...

Daaaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, September 27, 2018

Antenatal Class at Andorra @ 35th Week

Assalamualaikum mommies!

Alhamdulillah..jumpa lagi kita di new post ni.

This week ibu ZNI dah masuk 36 weeks pregnancy and less than 30 days from today, inshaaAllah baby ZNI akan dilahirkan..inshaaAllah..

Last weekend, ibu, ayah dan kakak ZNI joined Antenatal Class kat Andorra WCH dari pagi sampai ke petang. Maklumlah dah lama x bersalin kan, so, kenalah refresh sikit kan. Kakak Zahrah pun ikut ok walhal org lain xbwk anak pun. Yela, most of the participants are new mom2be or dad2be compared to us yg tengah menunggu baby kedua kan. Since tempat limited, so kakak Zahrah duduk dgn ibu dan ayah jela, kadang2 dia duduk lantai. Kesian anak ibu! Takpelah dik, demi adik baby kan, kakak Zahrah sanggup..hihi..

Sementara menunggu session start, perut pun dah kenyang, selfie la dulu jawabnya๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Antenatal Class di AWCH ni boleh booking bila dah 28 wรฉeks above. Max booking dalam 100 pax (i.e. utk max 50 couples la). Time session kami, almost full house, ada 96 org in total, so, 48 couples la. Yuran cuma RM100 per couple, fee included breakfast, lunch and free gift. Plus, ada juga cabutan bertuah worth RM1k and below. Grand prize time session kami is car seat. Tapi, biasalah kan, kami2 ni mmg jarang nk dpt cabutan bertuah ni..sudahnya kakak Zahrah yang kecewa xdpt hadiah..huhu..

Class start with introduction on delivery packages at AWCH and also facilities di sana lah. Then, followed by Taklimat Kesihatan Wanita daripada Konsultan Psikologi Klinikal yang merangkumi taklimat kesihatan, kemurungan dan penjagaan diri dari stress dan sebagainya untuk ibu2 yang baru lepas bersalin.

Pn. Hajah Azlina.. Clinical Psychology Consultant

Lepas tu, ada sedikit talk dari salah seorg gynae kat AWCH i.e. Dr. Lily on Pregnancy & Labour. Slot ni dalam 30 min je, but i believed kalau nak further info boleh tanya gynae masing2 kan..hihi..

Lepas taklimat dari Dr. Lily, sambung terus taklimat berkaitan Stem Cell dari Cycrocod. Nampak menarik, yela, banyak kan benefits dari Stem Cell ni, tapi tula, belum tergerak lagi nak discuss dgn ayah Zahrah samada nak amek ke x. Offer utk participants Andorra Antenatal Class ni masih dibuka with free storage of a year. Kalau tak, fee utk simpanan Stem Cell ni dalam RM250 setahun.

Korang baca ni je aci kan? Iols nak cerita lebih pun x pandai sangat๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Done with stem cell, terus cepat2 ke taklimat berkaitan First Aid for Chocking Baby by Staff Nurse Andorra. Lebih kepada teori and praktikal, tapi dalam 30min jela sbb tak banyak masa dah. Ibu2 mengandung semua dah kebuluran tak lunch lagi..hehe.. Once sorg dah buat amali, maka selesailah sesi pagi kelas antenatal ni.

Cepat2 terus beratur lunch! Tapi lunch session bahagi dua sebab dia pecahkan kumpulan utk makan dengan tour de Andorra. Nasib baik iols golongan makan dulu..haha..

Cerita pasal makanan, as expected, makanan standard Celebrity Chef la kan. Nama pun Andorra by Chef Zubir kan. Tapi tak sempat nak ambik gambar, makan lebih penting dari gambar masa tu..dari breakfast sampai lunch, iols kejar makan dulu..kihkih..

Breakfast ada bihun goreng singapore, karipap, croissant, buah2an, sosej puff dll. Air pulak fresh orange and coffee. Lunch, ada nasi putih, lauk ayam masak apa entah tak ingat tapi sedap, sayur sawi, spageti bolognese, desserts yang banyak, buah2an dan air macam breakfast. Dah kenyang makan, baru weols joined the tour. Balik tour, solat, sambung makan desserts sebelum start afternoon session..hehe..

Dah tak hirau anak dan suami. Iols serbu makanan dulu.. Kihkih.. 


4-bedded room, diasingkan dengan langsir je, toilet kongsi utk 4org. Bahagian ni kosong xde orang, nampak diorg dah siapkan gift travel kit utk mummy dengan tuala utk guna after delivered.. 

Sesi petang focus on preparation for delivery of baby by midwife Mdm Jennifer. Sejam lebih yang pertama tu, dia banyak bagi teori pasal labour and delivery, dos and donts time delivery. Lepas tu sambung praktikal utk bagi relax masa contraction dan mcm mane nak push bagai. Kind of pain management la. Masa sesi ni, memang semua duduk kat atas yoga mat or any mats yang masing2 kena bawak lah. So, bayangkanlah duduk bawah dekat 3 jam memang sgt tak selesa ya..huhu..



Bila ayah kena jadi sofa utk ibu sandar, Zahrah nak sandar kat ibu pulak. Pastu xpuas hati ibu sandar kat ayah, dia cakap ibu dah tak sayang dia..aduyai๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Nak macam ninja katanya..janji bahagia la kakak..

Finally, mengantuk menunggu nak exercise..tidur sambil cium baby..


Free gift provided by Andorra..samples of mum and baby's stuffs

Around kul5 lebih settle la, kemas2 terus diorg announce pemenang cabutan bertuah. Settle semua, balik tu singgah shell beli jajan pastu singgah kedai tepi jalan beli putu piring juga. Iols lapar petang2 tu.. Hihi..

OK la kan bayar RM100 utk 3org..haha..orang lain utk 2org, we ols datang bertiga. Suka hati je kan.

Till then, jumpa in next entry..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 18, 2018

Organic vs Non-Organic Baby Care Essentials

Assalamualaikum mommies!

Dah start keje semula ke today? Ibu ZNI masih cuti hari ni, ada check up pulak. Selalu check up weekend, tapi kali ni weekend penuh pulak. So, terpaksalah ambil cuti nak pergi check up kan.

Well, like usual, sementara ada byk masa menunggu giliran nak jumpa Doktor kejap lagi, kita update blog kejap la kalau sempat.

Hari ni nak cerita pasal Baby Care Essentials untuk Baby ZNI nanti. Kalau dulu2 time kakak Zahrah, awal2 tu memang guna Pureen je sebab itu je yang tau dan glamor kan. Tapi since kali ni banyak brands yang keluarkan segala jenis products utk mandian dan sebagainya, ditambah pula dengan sejarah ekzema kakak Zahrah Nur Iman, so ibu pun terasa nak bertukar kepada organic products product, or at least less chemical products la.

I'm not sure which one is better, but have to "try and error" dulu la kot. Need to put extra money on this sebab price organic products ni memang lebih mahal dari normal products, selain tests, certificate dan ingredients yang digunakan, normally organic products ni based in overseas.

So, ini antara products yang akan digunakan nanti. Mostly beli online either via official websites or shoppee ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Barang Mandian Baby - Offsprings and Joielle Baby
Baby Balm - Set Tasneem Nature (plus Body Wash)
Others - Chomel Cleansers/Sanitiser, Mukmin Junior, Minyak Yu Yee and Sterimar Nasal Hygiene


Jom kita tengok secara dekat.

JOIELLE Baby Essential

I bought this set thru shoppee (ms baby shop) at total of  around Rm140 including for Mama Nipple Balm. Kalau set newborn ada baby cream sekali, tapi iols ambil nappy cream instead. Tapi ni bukan actually jual dalam set, beli loose items, pilih2 masuk shopping cart from same shop, senang sikit. Mostly harga memang murah dari Normal Price (above RM30 each). Dapatlah jimat sikit walaupun xbanyak kan. 

Why I chose Joielle? 
Thru pakcik Google, and finally I found this in Mummy Blog that Joielle Baby products are:

  1. KKM Approved
  2. Certified by HALAL JAKIM
  3. Dermatologist Tested ~ Lab Tested from SWISS LAB saying that all of the ingredients used are safe and suitable for babies.
  4. Hypoallergenic (referring to all ingredients used in producing Joielle Baby products are rarely associated with allergic reactions, this is based on a test which was conducted by Joielle Baby where the results shown 92% babies are suitable with Joielle Baby). 

BTW, this product produced in Malaysia sahaja ya. Nothing much I can say Sebab iols Belum try lagi products ni kan. Nanti bila dah guna pada Baby ZNI, iols inform in other post yer. And kalau sesuai, nanti boleh beli Travel Set punya juga utk jalan2 or balik kampung kan. 

Kalau uols nak tau lebih lanjut boleh direct dengan Mummy ni yer, sbb I noted that she is one of Joielle Baby products' agent.

OFFSPRINGS BABY ESSENTIAL

I chose to buy Baby Essentials Bundle for better price, bought directly from Offsprings Website. This set consists of Head-to-Toe Wash (250ml), Baby Lotion (100ml) and Nappy Balm (75ml). Tapi nampak banyak kan?? Actually nampak banyak sebab beli 2x bundle set ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Mula2 berjinak2 dengan Offsprings ni bila iols nampak dalam insta Stacy Anam (Ibu ZNI memang suka stalk insta artis ok!).. So, first time beli tu amek bundle Diapers and Baby wipes (nnt kita share dalam lain post yer), Baby Essential Trial Set @RM50 (yang dalam kotak kecik tu), The Three Essentials Bundle @ RM123 (consists of Baby Lotion, Nappy Balm and Chestrub Balm). Then, rasa nak try baby wash pulak, so, next purchase tu ambil Basic Essentials Bundle @ RM183 (incl. Head2Toe, Nappy Balm and Baby Lotion). Jadinya, ada 2 la both Lotion and nappy balm tu. Since beli bundle ni ada discount, compared to loose items, tu yang mudah terpengaruh tu sampai 2x beli๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Why I choose Offsprings in the first place? 
Basically, from the website, they claimed that Basic Essentials Bundle offers the followings:

  1. Resized & repackaged for your convenience. 
  2. Safe for sensitive skin and eczema.
  3. Certified Organic by Ecocert Cosmos.
  4. Certified Australian-Made.
  5. Certified Cruelty-Free, and completely vegan. 

Like I said earlier, later nanti ibu ZNI share ya how it goes with Baby ZNI. Hopefully this products brand can help Baby ZNI in future. Semoga anak ibu nanti sesuai dengan product ni. InshaaAllah๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Set Newborn Tasneem Naturel


Lately ni selalu pulak nampak promo Tasneem Naturel kat FB. Since iols xboleh nampak perkataan "natural" tu, so terpaksalah jugak survey pasal produk ni. Aunty Zahrah yang baru lepas bersalin pun pakai ni untuk baby Nafhah, positive comments and recommended. So i dealt directly dengan TN HQ even ramai je agent ada kat insta, FB mahupun shoppee. I prefer deal dengan official kedai senang nak tanya.

Ada byk set diorg offer, and their main products are baby balm. Ada 5 jenis balms semuanya, each bottle harganya RM49 yer, tapi kalau beli banyak dapatlah diskaun. Since ada Set Newborn, so ibu ZNI ambik set ni for trial. Ada 3 Balms i.e. Calm Time, T-rub and CF- rub which have different usages. Plus, ibu ZNI macam tertarik dengan yang Color purple tu, so tambah la Set Dream Away. Dalam set ni pulak ada Sleep Time body wash, Sleep Time roll on and Sleep Time balm. 

Apa fungsi produk Tasneem Natural ni? 
Sepertimana yang dimaklumkan oleh seller TN ni, berikut adalah fungsi setiap balms:

  1. Calm time - Membantu anak lebih tenang dan tidak meragam serta Mengurangkan tekanan dan keletihan.
  2. Coughflu (CF-RUB) - Membantu mencairkan kahak, Mengurangkan selesema, dan Membantu melegakan athma.
  3. Tummy (T-RUB) - Untuk bayi yang cirit-birit dan sembelit serta Melegakan kembung perut & membuang angin. 
  4. Sleep time - Membantu anak mudah tidur & tidur lebih lena dan  Memberi tidur yang lebih berkualiti.
  5. Skeenz - Dirumus khas untuk masalah kulit dan ekzema.

In total I took 4 out of 5 balms except yang Skeenz Balm which produced specifically for eczema. Nampak cantik kan warna warni Balms ni. Kena jimat2 sikit guna time perlu jela jawabnya sebab harga boleh tahan ni. At total for Set Newborn (3balms) and Set Dream Away ni sebanyak RM256 and dapatlah free gift sabun seketul and pouch TN color pink. Kalau uols nak cuba, cari je kat insta/FB guna #TasneemNaturel confirm jumpa banyak..hihi๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

MUKMIN Junior for Kakak Zahrah


Mukmin Junior ni beli time singgah di Motherhood Warehouse Sale ada booth Mukmin. Since kakak asyik merungut beli barang baby je, so ibu belikan lah Mukmin Junior ni utk kakak. At total of RM20, ada bedak susu, body wash and head2toe wash and 2 toothpastes. Ok la kan.. Khas untuk kakak Zahrah tu..hihi..

Untuk cleansers pulak, this time I chose ChomelBaby products. Previously guna Pureen untuk bottle cleanser tu kan, yang lain2 tak pernah guna pun before this. So, nak buat kelainan, so I chose ChomelBaby instead of Pureen or other brands. Banyak jugak organic brands yang ada, tapi since those cleanser xde direct contact dengan baby skin, so I choose ChomelBaby which more on natural based, not organic based. 

What differs ChomelBaby from others?
As promised by ChomelBaby, the products are Safe and Effective Promise which guarantees:

  1. No harsh or harmful chemicals
  2. Readilly Biodegradable in 28days
  3. Hypoallergenic - will not cause allergic reaction

So, dalam mencari yang terbaik, kenalah juga tengok kemampuan kan. Since ChomelBaby products agak affordable, so bolehlah nak cuba kan. Kita tgk hasilnya nanti. Setakat ni dah guna time basuh botol2 baru hari tu. I think baunya harum! 

Uols boleh beli direct dekat their website or thru motherhood, babydash.my or shoppee. Harga memang lain2 la. Yang dari website ChomelBaby ni ibu ZNI beli 2x ChomelBaby Hand Sanitizer 55ml, 1 ChomelBaby Toy & Surface Cleaner 500ml dan 1 ChomelBaby Travel & Highchair Cleaner 100ml, in total RM61. ChomelBaby Breastpump & Bottle Cleanser 500ml tu beli kat shoppee je, dapatlah kurang RM2 dari harga biasa, so amek dua botol dari shopper shulammite at RM35 (sbb dah tolak point and free shipping, boleh dpt lagi murah di shoppee ya) ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Sterimar Nasal Hygiene & Minyak Yu Yee


These items are an optional items to use sebab set2 yang dah beli sebelum ni dah complete dengan minyak dan balms kan. Tapi saje nak tambah minyak yu yee ni in case nak guna nanti kan.

Sterimar Nasal Hygiene ni pulak i beli sebab terbaca dalam insta imanabdulrahim since she used it for her baby utk releasekan nose blockage. So if perlu nnt kita guna sekali dengan Tollyjoy punya Nasal Aspirator ya.

Fuh, terasa panjang pulak type, dari hospital sampai dah balik rumah, tak habis menulis lagi..kihkih..

So dipendekkan cerita (pendeklah sgt!) kita tunggu dan lihat lah mane yang worth to be used utk baby ZNI nanti.

Ok la, till we meet again in next post.

Daaร ...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 11, 2018

Rak Kecil Si Kecil BabyZNI vs HelloKitty theme for Kakak ZNI

Assalamualaikum Mommies!

Salam 1 Muharram 1430H semua!
Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru Islam.

InshaaAllah lagi 16hari ibu ZNI masuk 35 tahun ikut kalendar Islam, tapi kalau ikut kalendar Masihi, sebulan lagi baru masuk 34 tahun. Whatever number it is, percayalah sesungguhnya kita semakin tua bukan semakin muda๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Sebenarnya topik utama nak cerita pasal rak baju si kecil BabyZNI nanti. Baju yang beli tak banyak, tapi bila di combine dengan baju kakak #ZahrahNurIman memang banyak la. Itu pun baju kakak ada yg dah buang or donate or bagi sepupu2 dia.

Bila dah masukkan dalam rak, penuh jugak. Kalau nak beli lagi macam mana ni? Hihi..

So macam biasa rak ni dipilih kakak Zahrah sendiri ikut citarasa dia (btw, nak beli barang adik, kena beli jiwa kakak dulu la kan). So, pink la jadinya. Kalau si kakak yang pilih, kalau bukan pink, mesti purple. Warna lain jangan harap (kecuali ibu guna kuasa veto)!๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Beli rak kat ikea sekali dengan partitions untuk letak dalam dan atas rak. Senang nak susun baju2 tu semua (dan senanglah ayah ZNI nak cari nnt kalau dh siap asingkan..kalau tidak..faham2 jela kan org laki kalau cari barang..haha)


Asalnya nak letak kat bilik ke-2 tapi bila susun2 macam leceh pulak kalau letak situ. Takut jugak kakak ingat itu almari dia, so transfer masuk bilik utama jela..terus susun baju baby dalam tu. Untuk kakak ibu setup lain pulak (nak beli jiwa lagi la ni..haha). Labeling dengan kartun baby tu saje letak utk senang cari dan bagi kakak excited sikit nak ada adik. Maklumlah budak dah biasa bermanja sorg2 6tahun ni.

So, kita zoom sikit apa yang ada kat rak ni jom.


Nampak banyak kan? Sebenarnya baju2 baru memang sikit, setiap jenis tu ada 2 je yang baru, lain2 semua kakak punya. Baju kurung and leggingsbsemua kakak punya. Macam iols bagitau, hats, barut and blanket/swaddle je yang beli baru sebab xjumpa kakak punya. Tapi bila kemas2 rasa macam mittend xcukup pulak. Kena beli baru ke ni???๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Takpelah, nnt masa2 terluang time cuti berpantang confirm banyak kali poslaju datang hantar barang ni, so kita tunggu!!!

Ok la, pendek je cerita rak baju ni.
Baju2 baru akan di pack masuk hospital bag, utk menyambut baby baru kita pakai baju baru la to welcome the little one๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

"Beli Jiwa" Kakak #ZahrahNurIman

Lately ni memang ibu banyak shopping barang baby #ZNIjunior je, so si kakak pun asyik claimed yang ibu asyik beli barang baby je๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Untuk berlaku adil (walaupun dia tak makan pujuk bila ibu ckp dah 6thn beli barang Zahrah), so ibu pun belikan lah jugak barang utk si kakak..

Siap dengan tema #HelloKitty ok! (ok lah dari dia mintak nak bela kucing kat rumah kan)


Basikal tu dia yang cari sendiri kat shoppee, bila nak bayar baru panggil ibu. Suka hati je kan browse sendiri kat shoppee. Adoyai..

Sekarang ni itulah transport si kakak dari rumah ke tempat parking kereta. Dimintanya nak bwk ke sekolah..huhu..idoklah kan!

Lepas tu, ibu pun start la cari barang lain bertemakan hello kitty utk setup bilik kakak. Beli cadar single, beg sekolah, towel, penyidai, sikat dan bekas berus gigi je. Semua beli kat shoppee. Time beli memang tak bagitau dia pun, sebab kalau bagitau confirm tiap2 hari tanya bila nak sampai..huhu..bila dah sampai barang baru bagitau dia "Zahrah, surprise!"
๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Bekas letak baju tu ikea jela, color je ikut tema. Asalnya letak kat bekas putih bawah katil tu, tapi alahai 10x minta dia amek baju sendiri, 10x jugak ibu kena kemas balik. Sudahnya ibu jugak yang penat. So letak baju2 yg frequently used dalam bekas kat tepi katil je, senang dia nak amek (hopefully!)

So, kita tengok sampai bila tema ni mampu bertahan (at least sampai hujung tahun please!)๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Last but not least, ini setup bilik kakak pulak..

Tema hello kitty pulak dia nak..layankan jela yer dik...



Finally..

Tapi jangan tertipu dengan kekemasan bilik ni. Sekejap je tu..5 minit kemudian dah bersepah balik๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Ok la cerita kali ni, masa utk ke dapur (eh, ibu ZNI memang suka masak lambat2 tau..kihkih)

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...