Saturday, August 16, 2014

Jalan2 Hujung Tahun 2013

As-Salam readers!!
I'm back!! (ampunkan patik penunggu blog..ampunkan patik)

Selamat Hari Raya o_O
Semoga salah silap kami harap dimaafkan..

Btw, walaupun dah setahun tak update blog ni..hati saya masih disini..cuma tangan je tak termampu nak menaip..hikhik..
Since dah dekat setahun punya cerita (tapi gedik nak update jugak), makanya, biar gambar berbicara..haha..

Nak cerita lebih pun dah basi kan..so, kita main upload gambar jela yer :-)

Ceritanya, hujung tahun lepas..biasa lah kan..time hujung tahun mesti semua nak gedik habeskan cuti yang dah "nazak" tu kan..so, i pun gedik la nak bercuti jugekkk..nak tau ke mana????

Tadaaaaaa!!!!

nampak tak?? nampak tak??
Lama giler rasa nak pegi sini..tapi baru tahun lepas baru berkesempatan.. Alhamdulillah..

Kami kan ada "darah keturunan" felda..haruslah pergi sini..ngeh ngeh ngeh..gedik terlebih ibu Zahrah ni..cakap jela nak g jalan2 kan..alasan tak boleh blah!! hehe..

Inilah cerita Jalan2 Hujung Tahun 2013 kami o_O

31 Disember 2013 ~ Perjalanan bermula.. Bismillah

Kami start perjalanan ke arah Utara pagi tu..(kot..sbb tak hengat sangat..hikhik)
Ops lupa, kali ni kami pergi berlima..Zahrah, ibu, ayah, acu & kawan acu.. Lebih kurang pukul 2pm tu kami check-in di Felda Residence Hot Springs, Sg. Trolak, Perak..hoyyeahhhh.. Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya setelah lama kepingin nak pegi :-)


lihat anak daraku?? Dia dah cop katil siap2..over tau anak ibu ni?? huhu..

Lepas check-in tu, kami rehat2 dulu dalam bilik..solat..then, lebih kurang pukul 4 tu, kami start the Adventures of Hot Spring!! 
Poyo!!

So, kita mulakan dengan yang sejuk2 dulu..ala2 taman tema air kat area situ..
So, sape2 yang tak gemar nak mandi air panas..boleh la pergi main2 air kat sini yer..(kalau tak gemar air panas baik takyah pegi kan..pergi air terjun jela..hikhik)

Btw, tempat ni takdelah besar sangat..so, bila pergi time cuti sekolah ni, nampaklah kepenuhan disitu..tapi layankan jela yer :-)





zahrah gembira berendam..makcik2 pun layankan jela..hihi

Sepanjang jalan nak ke taman tema air tu memang penuh dengan kolam2 air panas yer..

** ada yang basuh2 kaki je
** ada yang rendam2 badan
** ada juga yang merebus telur

Kira happening la kat situ walaupun dikelilingi hutan2 & pokok2..hihi

Dah puas berendam kat air sejuk..kami bergerak pulak ke kolam air panas..tapi malas nak try rebus2 telur..sbb macam ngeri je nak duduk dekat2 dgn kolam yang suhunya of course la 100 (degree) Celcius kan.. So, kami jeling2 hai2 bai2 je dekat kolam tu..terus pergi masuk kolam yang agak besar sikit..and tak ramai orang..

Zahrah yang memang 'hantu" main air ni..memang tak dan terus nak masuk kolam..padahal ibu dia yang penakut sbb takut air tu panas..tgk2 dia relax je..siap ikut org2 besar mandi kat tengah2 sikit..huhu..
Suka hati la cik Zahrah :-)

Dalam pukul 6 lebih tu baru ktorg gerak balik bilik semula..cukup la 2jam berendam.. kaki-tangan semua dah kecut2 main air..balik bilik, sambung bilas2 badan..siap2 utk dinner and new year celebration pulak o_O

Malam tu, lepas maghrib, kami pergi dinner di cafe dalam tu je..nak keluar macam jauh kan..so, lepas2 dalam tu jela.. Plus, nak tgk sambutan tahun baru by Felda pulak lepas dinner tu :-)

Then, lepas makan kami terus ke dewan sambutan new year..ramai jugak pengunjung kat situ rupanya..tapi mknn tak banyak sgt pun..huhu..nasib baik kami dh makan..takdelah kebulur sgt nk makan kat situ kan..ops o_O



tengah tunggu fireworks..layankan live band je dulu sambil makan2 o_O

Another thing is, kami menang cabutan bertuah besar2an..believe it?? Dua kali naik stage uolsss..jeles tak??? Hihi..
 
Muka bangga dapat cabutan bertuah..anda jeles?? Nasiblah :-)


Itu jela cerita short vacation kami..2H1M di Hot Springs..di ambang tahun baru 2014.. Walaupun sekejap, at least merasa la jugak ke sana kan.. Alhamdulillah..diberi kesempatan :-)

Sekian, terima kasih..
xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...