Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Saturday, August 8, 2015

Perginya.. Sekali Lagi

As-salam mommies!!
Jumpa lagi kita dihujung minggu ni..
Alhamdulillah masih berkesempatan..

Actually, sejak dah habis sem ni..terasa banyak pulak masa terluang..rindu pulak saat dan ketika berada dalam keadaan kelam kabut..haru biru..lintang pukang nak siapkan assignments and nak study..memang ni la first time rasa last minute study yang sangat2 last..mane tak nya, weekdays dh kat ofis..kadang2 je dpt masa nak siapkan assignment..tp dah time kritikal tu memang amek masa kat ofis nak siapkan assignment..buat kerja ofis siap2 terus sambung buat assignment.. Minta ampun bos.. Disebabkan ke-kelamkabutan ni la sambutan raya tahun ni kurang meriah sikit..

Ditambah pulak dengan kehilangan yang baru dirasai selepas seminggu berpuasa tempoh hari.. Ingat lagi tak dalam entry saya yang lepas?


Yup, kami baru kehilangan bakal zuriat kami buat kali kedua.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Hanya Dia yang tahu apa yang kami perlukan..bukan apa yang kami inginkan.. Alhamdulillah, kami masih lagi "dipandang" dan diuji oleh-Nya..tanda dia sayang kami..
Alhamdulillah..kami redha akan ketentuan-Nya dan kehendak-Nya.. InshaaAllah..

Mengimbau kembali akan kehadiran "si dia" lebih kurang 4bulan yang lepas.. 18-Apr-2015 merupakan tarikh first day period sebelum kami sahkan akan tanda2 kehadiran "si dia" dikala saya missed next period on 18-Mei-2015.. Yup, tiap2 bulan memang period saya akan konsisten..so, bila lewat period, gerak hati saya kuat akan kehadiran "si dia" di dalam rahim ibunya..

Syukur.. Alhamdulillah diberi rezeki seterusnya.. Walaupun ujian UPT kelihatan samar2 tapi gerak hati ibu ZNI ni kuat..tapi, diuji pula dengan demam sepanjang minggu2 akhir bulan Mei lepas.. Memandangkan kami sekeluarga akan (dan telah) menunaikan umrah pada hujung bulan Mei, so, dikuatkan jugak ke klinik untuk check dengan doktor..and dapatkan nasihat doktor untuk ziarah dan umrah kami nanti.. Then, 26-Mei-2015 lepas kami pergi buat check-up di Klinik Famili Dr. Ani Aizara..macam sebelum ni jugak.. Dan dapat MC 2-hari untuk berehat..betul2 sehari sebelum nak berangkat menunaikan Umrah dan Ziarah, saya masuk jugak ofis untuk settlekan kerja sebelum cuti panjang..badan masih lemah..to digigihkan jugak..

Alhamdulillah, masa yang dinantikan tiba.. 30-Mei-2015 pagi, kami berangkat..seramai 12org bersama-sama 30jemaah lain dari Tiram Travel bergerak ke Tanah Suci Mekah & Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sepanjang 2minggu di tanah suci, saya diuji juga dengan demam.. So, berehat di hotel sahaja..dan famili pun mmg suruh berehat je sebab tengah awal2 preggy lagi time tu, so, takut anything happens.. Alhamdulillah..selamat pulang ke tanah air pada 10-Jun-2015 dan keadaan masih seperti biasa.. Sehinggalah pada hari ke-6 berpuasa, iaitu pada 23-Jun-2015 dah terasa lain macam sebab dah start ada spotting keluar..and time berbuka, terasa seperti ada "air" keluar dgn banyak semasa nak berjalan.. Time tu, memang hati dah start rasa tak sedap..and bleeding pun dah macam nak menunjukkan tanda..huhu.. Sedih sangat time tu..keadaan yang sama terasa 1tahun 6bulan yang lepas.. So, kali ni saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan walaupun dalam hati dan fikiran masih positif.. Esoknya, pagi2 24-Jun-2015 kami ke klinik untuk check-up, dan ketika scan, doktor sahkan memang ada kandungan tapi tak membesar mengikut waktu yang sepatutnya..huhu

Ikut perkiraan, sepatutnya kandungan sudah berusia 9minggu, tetapi kandungan yang saya kandungkan hanya sebesar 4-5minggu.. Redha. Itu yang terbaik. Walaupun diuji sekali lagi, tapi saya tetap mengharapkan keredhaan Allah agar hati saya ikhlas menerima ujian-Nya.. Setelah discan, doktor minta saya ke hospital pakar untuk pengesahan lanjut.. Dan seterusnya, saya ke DEMC di bahagian emergency untuk further check-up.. Memandangkan semua gynae already booked, so, saya kena jumpa on-call gynae.. Dr. Zamri.. Pakar Reproduction.. Dan sekali lagi scan, memang betul kandungan tidak membesar seperti sepatutnya.. So, doktor bagi pilihan samada nak tunggu "si dia" keluar sendiri atau nak proceed d&c..tapi his advice, tunggu dulu sebab kandungan kecil, so, inshaaAllah boleh keluar sendiri.. Next follow-up, a week after..

Balik dari DEMC, bleeding semakin banyak dan berterusan sehinggalah pada 25-Jun-2015 hari Khamis, petang kira2 jam 6petang..sakit pinggang yang teramat sangat dan ketika menahan kesakitan, tiba2.. Done. Its gone. Saya dapat rasakan ada ketulan keluar..ketika tu memang dah nak nak masuk maghrib..masing2 bersiap nak berbuka puasa.. Saya dah dapat rasakan akan "kehilangan si dia" dan hanya berbuka dgn air masak.. Di toilet, mmg sah "si dia" dah keluar.. Alhamdulillah kami "dipertemukan" akhirnya..walaupun dlm keadaan yang teruji.. Malamnya, ayah "si dia" kebumikan "si dia" sendirian ditemani "kakak" Zahrah.. Ibu? Merehatkan dan menenangkan diri..

Then, on 30-Jun-2015 pergi buat check-up lagi untuk sahkan samada "kandungan" dah clear.. Alhamdulillah, memang dah kosong.. Bersih.. Hanya perlu tunggu darah keluar dengan bersih.. Dan doktor minta datang lagi sebulan untuk follow-up.. Apa yang positif tentang doktor Zamri, dia hanya cakap anggaplah kandungan "tak menjadi" sebab tu dia tak nak membesar..tak perlu pikir sebab stress ke, penat ke ape ke..just positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..dan inilah yang terbaik.. Pinjaman-Nya hanya seketika..jadi bersyukurlah kerana Dia masih ingin pinjamkan utk kita dengan kehadiran "si dia" walaupun hanya 9minggu..

Hari demi hari..bulan berganti bulan..hidup diteruskan seperti biasa..dilalui dengan tenang..yang pergi tetap pergi..jangan dikesali..usah ditangisi.. Teruskan berdoa agar kesempatan lain diberikan oleh-Nya dimasa akan datang.. InshaaAllah..

Begitulah kisahnya.. Zahrah Nur Iman juga seakan faham..bila diberitahu "baby" tak sihat, dan dia seakan faham..walaupun hakikatnya dia begitu inginkan teman sepemainan.. InshaaAllah Zahrah, suatu hari nnt yer..

Ok lah..dibulan mulia ni, kita sama2 berdoa semoga diberikan keberkatan dalam hidup kita.. InshaaAllah.. Amin..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 13, 2014

Semalam di Assunta Hospital

As-salam uols..i'm back 😀
Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk blog ni lagi..seperti biasa, setelah sekian lama la kan..hihi

Kali ni, nak bercerita pasal my big baby Zahrah..budak yang sangat becok sekarang ni..entah ikut sape la kebecokkan Zahrah ni..rasanya ibu ayah dia ni pendiam dan pemalu orangnya👌..
Tapi tak kisah la, janji anak ibu bahagia & sihat selalu yer.. Alhamdulillah..

Tapi, sudah ditakdirkan buat anak ibu ni, untuk pertama kalinya sejak lahir dulu, kena tahan ward di Assunta Hospital..akibat muntah2 tanpa henti.. Bayangkan start pukul 3am hari Selasa, 09/09/14, Zahrah start muntah setiap jam..dan tak sampai 12jam masa, lebih kurang 15x dia muntah..daripada keluar isi nasi sampai keluar macam lendir kuning je..menangis ibu tengok Zahrah dah lembik tak bermaya 😢..

Selasa - 09/09/2014

~ 0300am ~
start meragam time tido, sehingga akhirnya muntah dibahu ayah time tgh didukung..

~ 0430am ~
muntah lagi atas katil pulak..

~ 0600am ~
sekali lagi muntah..badan on-off panas, so, kena bagi ubat demam jugak..

Dah bagi ubat tu, baru la dia boleh tidur semula..sampailah pagi..time tu ibu dah rasa lega sikit..syukur.. Tapi...

~ 0900am ~
terjaga dari tidur, minta susu (zahrah still breastfeed till now..alhamdulillah)..tetiba, muntah semula atas tilam (nasib baik alas karpet dgn tilam dia..kalau takkkk..huhu)

~ 1000am ~
Dah siap2 nak pegi klinik, ibu dukung..tapi, sempat lagi Zahrah muntah kali ke-5..so, ibu kena tukar baju dulu, baru pergi klinik..

Sebenarnya, kami ingat klinik buka pukul 10pagi, tu yang tunggu dulu..rupa2nya time register, klinik tu dah start beroperasi 24jam..huhu.. Sementara tunggu doktor, ada 3patients menunggu, Zahrah dah start sakit kepala, sampailah dia muntah lagi kat klinik.. Btw, time nak masuk kereta sebelum gerak ke klinik tu, Zahrah muntah lagi sekali..tapi time tu kami dah sediakan plastik utk dia muntah..bayangkan betapa lepak si kecil Zahrah time tu 😥

~ 1100am ~
Baru dapat jumpa doktor..bila bgtau doktor yang dia dah muntah dekat 10x, and doktor check demam sikit, terus dia buat referral letter ke hospital..time tu Zahrah memang tidur je kat bahu ibu..tak melawan dah time doktor buat checkup..huhu..

~ 1130am ~
Gerak ke SDMC terus..since dulu Zahrah lahir kat situ, and pernah kena tahan dari hari pertama dia lahir sebab demam juga, so, kami fikir better kami ke situ je..

Sampai ke emergency area tu, tak sempat ke kaunter, sekali lagi Zahrah muntah atas baju ibu depan kaunter..nurse nampak, ibu terus passed surat refer dari klinik, then terus ke tandas..

Zahrah muntah lagi, sambil nangis (ibu tak tahan tengok, pun menangis..huhu..


~ 1200pm ~
Jumpa doktor di emergency..and kena soal siasat macam biasa la..so, jawapan dari kami pun sama..

"muntah-muntah lebih kurang 10x"
"takde cirit-birit"
"panas badan on-off"
"takde alergi ubat"


Then doktor bgtau, kat SDMC time tu ward kanak2 sudah penuh..so, kena pergi hospital lain..and doktor cakap dia akan uruskan cari, ikut kat mana kami nak..

Mula2 try KPJ Selangor.. Penuh!
Then, Sunway Medical Center.. Penuh jugak!
Try DEMC.. Sama jugak penuh!
Cuba Pantai Bangsar.. Masih sama.. Penuh!

Doktor kata, selain tu boleh try Ara Damansara (Sime Darby punya hospital jugak), ada ward, tapi Doktor Kanak2 takde sebab kat situ specialist utk neuro and other 2 cases je..kalau ada Paed dari SDMC boleh ke Ara Damansara, boleh la..tapi malangnya, tiada doktor yang available..

Last2, doktor try call Assunta Hospital PJ, kami pun dah tak kisah kat mana, walaupun takde experience kat situ, and tak pernah dpt cerita experience kenalan terdekat (except ayah Zahrah yang lahir kat situ, 29thn dahulu), so kami ikut jela..asalkan Zahrah ok..

Alhamdulillah..ada ward kanak2 yang kosong.. Terus doktor buat referral letter ke Assunta Hospital.. Time tu, ada sorang lagi baby yang tak dapat ward, tapi parents dia nak try hospital lain, taknak ke Assunta tu, so, kami jela yang gerak ke sana..

Sebelum bergerak, Zahrah sempat lagi sekali muntah kat SDMC..huhu.. And, doktor tu tak charge pun kami..kiranya free consultation la.. Alhamdulillah..thanks doctor!!


~ 1230pm ~
Bergerak ke Assunta, syukur tak jem sangat even time tu lunch hour..sampai sana, macam kat SDMC jugak, sampai kaunter, sempat bagi referral letter dari SDMC je, terus berlari ke toilet.. Zahrah muntah lagi..and dia menangis lagi😔

~ 1300pm ~
Dipanggil nurse untuk disoal-siasat lagi..time tu takde demam..and berat Zahrah cuma 9.5kg sahaja..untuk budak umur 2T8B, rasanya macam underweight kan?? Huhu..

Then, 5min kemudian, kena panggil jumpa doktor pulak.. Check macam biasa, then, doktor cakap kena warded sebab dah banyak kali muntah, takut dehydrated😯..

Pergi admission counter pulak, another registration takes time..sbb nak kena deal dgn pmcare utk confirmation GL.. Zahrah sekali lagi muntah sementara menunggu tu..sian dia..memang tak keluar apa pun time tu..just air lendir..huhu..

Settle register utk admit, bergerak ke emergency room pulak utk start drip..menunggu lagi..time tu rasa macam nak marah je lambat and byk sgt procedure..tapi memandangkan hospital should ada procedure (and saya pun dah mmg kerja bergelumang dgn procedure) ditambah inginkan Zahrah ok, sabarkan jela.. Time tu ramai nurse tgh tukar shift, so, tu yang jadi lambat lagi😫

Akhirnya, sampai masa utk drip air..masa yang menyakitkan untuk Zahrah, sakit juga ibu yang melihat si kecil melalak kesakitan..berjujuran airmata ni😭.. Dah ambil darah, ambil sampel hingus..then, masukkan air..duduk atas wheelchair utk dibawa ke ward kanak2 Sang Kancil😓
Alhamdulillah..

~ 1430pm ~
Masuk ward double bedded, sebab single room semua full..time tu katil sebelah belum ada orang.. Sampai bilik, Zahrah terus tidur atas katil..nurse interview lagi, bgtau do's & dont's dalam ward kanak2..barulah kami dapat berehat sekejap..makan & solat..

Paed Dr. Lim datang buat checkup..interview lagi..and cakap Zahrah tak teruk sangat.. Syukur, walaupun bila tengok keadaan Zahrah macam dah teruk je rasa..maybe ramai yang lagi teruk.. Syukur juga, Zahrah tak kena cirit birit..kalau tidak, tak tahu la macam mana keadaan dia😷




~ 1830pm ~
Dr. Lim datang buat checkup condition Zahrah lagi..check air kencing, tapi malangnya Zahrah dah kekurangan air dlm badan sampai tak kencing..kena tunggu air di-topup baru dia boleh kencing..

Sepanjang hari tu memang zahrah tak makan apa2..minum taknak, nyek pun taknak.. Dia cuma nak didukung je..setiap kali sakit, dia akan cakap "sakit kepala" or "sakit perut".. Tapi Dr. Lim kata takpe sebab dah masukkan air dalam badan, jangan paksa dia makan dulu..kalau perut dh ready baru bagi dia makan..

So, sepanjang malam tu memang Zahrah tidur jela..and ibu temankan sorang2 sbb ayah tak dpt teman since masuk double bedded kan.. Jam 930 tu ayah & acu zahrah dah balik.. Tinggallah ibu & Zahrah..bermalam di Assunta Hospital..buat pertama kalinya 😢

Tengah malam tu, Zahrah dah start nak menyusu semula..rasanya Zahrah sudah rasa kelaparan sgt time tu..kesian dia..lepas menyusu, tidur semula.. 2-3x juga la dia bangun menyusu.. kencing pun start banyak malam tu.. Alhamdulillah, recovery stage dah bermula😘

Rabu - 10/09/2014

Seawal jam 0530am Zahrah dah bangun tidur..dengan kesegaran yang tak disangka..dah boleh senyum..tanya ayah mane..then, minta tengok upin-ipin..hihi.. Ibu layankan jela walaupun pagi2 buta.. Lebih kurang kul 0630am tu. Zahrah bgtau ibu, baju dia basah..ibu ingatkn air tumpah..sekali tu lepas buka lampu, rupanya, dia dh "bocor kencing" habis lencun baju-seluar and katil dia..pampers pun macam nak "meletup" dah.. So, panggil nurse utk bukakan baju Zahrah..berdarah sikit bhgn drip jarum tu time nak cabut baju..melalak la dia pagi2 tu..

Dalam pukul 0730am ayah and acu sampai dah..seronok bukan main lagi bdk kecik ni..nurse datang checkup pun terkejut tgk Zahrah time tu bukan Zahrah yang semalam..looks better & healthier.. Siap menyanyi lagi..makan nasi goreng.. Alhamdulillah😀




 Mengharapkan Dr. Lim datang checkup pagi tu and discharge hari tu juga..tapi malangnya, mungkin disebabkan ada case yang perlu di-attend, petang baru doktor sampai.. Sementara tunggu doktor datang check, nurse nak kena ambil sampel air kencing utk test, so, nak dapatkan sampel tu, kena pulak letak plastik utk tadah air kencing Zahrah.. Menangis jugak la Zahrah sepanjang pasang plastik tu..

Lebih kurang pukul 1500pm baru doktor sampai.. Doktor cakap Zahrah ok dah.. Muntah2 mungkin disebabkan virus..ujian darah pun ok..hemoglobin and darah putih ok.. Ujian sampel hingus pun (-)ve influenza.. Air kencing pun ok.. Alhamdulillah😍

Selesai tu, hospital prepare for check-out and billing semua, dalam pukul 1600pm baru Zahrah discharge..tapi bil masih belum settle..so, petang sikit baru ayah Zahrah pergi Assunta Hospital balik..

Alhamdulillah😊
Selamat dan sihat sudah anakku Zahrah Nur Iman.. Sejarah hitam yang terpaksa dialami sepanjang 2H1M itu adalah sebagai salah satu kenangan hidup yang pastinya menguji kesabaran dan ketabahan kami semua.. Alhamdulillah, kami telah melaluinya..

Syukur Ya Allah..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami Ya Allah
Kau kurniakan ketabahan kepada kami dalam menempuh dugaanMu Ya Allah
Kau lindungilah & rahmatilah hidup kami dunia & akhirat Ya Allah..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal'alamin..

Begitulah pengalaman kami ketika Zahrah diuji dengan kesakitan sehingga di-warded.. Walaupun hanya semalaman..tapi saat melaluinya seperti sebulan..huhu😞

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, July 24, 2012

Macam Budak Kecik!!

Saya laparrr!!!

Saya tak larat!!!

Saya nak pengsan??!!

TOLONG!!!!

^ macam budak kecik!! ^

Apela cerita anak ibu yang tak sihat semalam ni..


Semoga adik sihat2 aje yer..

Adik, ibu lapaaarrrr..huhu (pengsan....)

Friday, December 9, 2011

Win-Win Situation

Hai all...

Alhamdulillah, today we've just finished our rounds of negotiation sessions which have started since last week..having 5days sessions with 6companies for each session are very tiring and tough..and the difficult part is to convince others to not exactly follow our goal but able to consider our recommendations..

Huhh!! We're already in the middle..have to follow management rules but at the same time have to also ensure our service provider is able to meet our requirement..everyone will have their own justifications and reasons..and we??? We've tried our level best to have a win-win situation..we tried..many times actually..but some people can't see that..and it was very frustrating..uwaaaaaaaa!!!!

We just hope that this win-win situation really satisfied both parties..

Hopefully :-(

Amiinnn.....

Wednesday, November 30, 2011

Aliza <-- Anda Ada 30 Hari..Sudahkah anda bersedia??!!

Apa?? 30hari???

Yela aliza oi!! Esok dah masuk bulan disember..bermakna anda cuma ada kurang-lebih 30 hari je lagi ok..30hari utk kamu siapkan kerja2 ofis yg masih pending tu semua...

Uwaaaa....tidakkk...camno ni..byk benda lg nk dibuat..masa utk bercuti dh semakin dekat..tambah tolak cuti weken lagi..halfday off nk g checkup every 2 weeks lagi..dgn setan bergayut2 kat mata sebabkan mengantuk kat ofis lagi..adoyai!!!huhu...

So aliza..sila susun jadual anda dgn sempurna yer..pastikan semua kerja2 anda telah settle sblm bercuti-berehat-berpantang..sbbnye takde org yg nak take over kerja anda..diorg pun byk benda lain nk buat..huhu..

Last but not least..
Caiyokkk!!!

Saturday, November 19, 2011

Minggu yang sukar...

Assalamualaikum readers..
Morning!! Awal tak sy online today..hehe..have to la..nk kena buat bfast tuk suami tercinta..sat g beliau nk pegi servis keta..huhu..

Btw, just to share with u all about my hectic week..this week..

Since jumaat lepas dah start serabut dh kepala ni..padahal kalau ikutkn kuantiti kerja sikit je..i cuma ada 2 tender and 1 DP to settle..tapi....tiga2 tu nyusahkn hidup saya (dan bos) sepanjang minggu ni..sampai rasa malas nk keje dh..huhu..

Tapi Alhamdulillah..akhirnya tiga2 paper tu approved..eventhough 'with conditions' bla..bla..bla...i tak kisah la..yg penting approved utk masa sekarang..future baru pk yg lain2 tu..haha..and even ktorg kena hentam gilos2 time meeting approval tu (and mybos sampai menangis kesedihan bila kuar meeting), lantak la kan..its your order and u're the bosses..whose always right (yeke??)..tapi agak2 la kan..are you expecting us to do ground works just to proof everything..come on la..we did our calculation and it shows..so what?? Hmmmm..cuma meluahkan rasa berang dihati..and rasa time meeting tu macam nak kuar terus je kan "dah korg boleh ckp we're not doing our job kan??"..kalau u all kecewa tak bila kita dh macam separuh pengsan buat analisis n they simply say that..and MyLilKechik pun paham..menendang-nendang kat dalam.."sayang ibu nk tolong marah diorg ek..sabar yer"hehe..tapi its ok la..pengalaman mendewasakan kita..BUKAN SENANG NAK SENANG kan??? Baru la ada cabaran..

And finally my bos dgn gembiranya cuti last friday and this monday..melepaskan tension (+) siapkan tesis beliau..kesian..dah byk kali amek cuti tp still kena dtg ofis gak..that was my first lady bos aka AGM..

Selesai dh kerja2 yg memeningkan tu..tinggal nak buat finishing je..at my last day before nk cuti bersalin 2bulan nnt.. Act, my bos mmg dh stop bg i keje yg besar2 sbb nak i settle kan je yg onoing ni..bukan apa..nnt xdela susah2 nk handover keje kan..susah kalau nk sambung2 keje org lain ni..sbb kite kena tau dr awl cerita..xleh nk sambung2 je kan..huhu..

Yang dh lepas biarlah berlalu..yg penting i plak nk cuti next week..khamis MC and jumaat annual leave..best kan..i'm going back to kampung..kenduri kahwin my sister..seronok2 nk balik kampung..walaupun tak membantu sgt kan mak buyung ni..tayang muka and perut jela kan..hehe..

Ok..till here myBEBEL session..masa utk buat mee goreng superPEDAS hingga berapi telinga..khas utk suami tercinta..

Daaa....

Yang di~Intai
~ @Liza ~

Wednesday, November 9, 2011

Wang Besar!! Wang Besar!!

Apakah bunyi itu???? Tolong!!!

(Source: google)

Bergerak
...
Lama
...
Gelongsor
...
Berputar
...
Beroda
...
...
...
Sangat stress yer pagi2 pegi keje dgr bunyi yang sama tapi still takde org dapat teka..huhu..riban2 tu duit tekaan dah naik..kalau menang best gak ni (boleh byr hutang!!)...

So, anyone yang agak2 tau jawapan rajin2 la call Era yer..kot2 rezeki korg..every morning jam 7am and 815am..

Cepat2..kalau tau tp xnak teka boleh bgtau saya je yer jawapannye..hehe..

Monday, October 24, 2011

Current Status: Saya tak paham!!

Hai3...how are u..ok?

Me?? Not so much ok...
Why2??? <-- giler ke?huhu...

Sebenarnya..saya agak pening dan konfius camne nk update blog yg bergambar..very leceh ler sesangat..and rase cam nk campak je laptop tu..sbb nye..jadi lintang pukang je gambar2 tu bile nk tmbh caption..

Akibatnye...macam entry sy yg previous ni..berhari-hari nak update..last2 mls dh nk layan..lantak p la nk jadi ape..huhu..

Sekian luahan untuk masa ini..

Bye~bye.....

Yang di~Intai,
~ @Liza ~

Tuesday, April 26, 2011

Sunday, February 20, 2011

Problems ~ dikala tinggal lagi 2weeks (plus+plus)

huhu..lagi 2 minggu lebih...TAPI....

1) kad belah lelaki belum siap lagi..

2) baju nikah saya xsiap n xdapat lagi..

3) doorgifts x finalize lagi..

4) kek x tempah lagi..

5) cuti belum approve sepenuhnye lagi..

6) lagi...dan lagi...


penat nak pk..relax sudah :-)

^mode: malas di hari minggu...^

Monday, November 8, 2010

"Ish..baru je aku kemas!!" kata minah tu..

-------------------------------------------------------------
Entry ini penuh dgn perasaan & emosional sgt!!!
Harap Maklum...
--------------------------------------------------------------

APakah?? Ada aku kesah ko baru kemas ke hape!!
Aku customer okeh..I'M ALWAYS RIGHT!! (Ayat klise tak??suke aku la kan..)

BTW, am i looks like very "harimau" girl??!! Takut tak??

Mcm mane aku tak hangin..walaupun dh lmbt kan nk hangin kan (kejadian berlaku pada semalam hari..arini baru nak kecoh..lambat kan aku ni!!)..huhu..
Ade ke patut aku p kedai "reben" semalam..and pekerja diorg aka minah sengal tu..ckp "Ish..baru je aku kemas!!" kat aku..even die takdela ckp direct kat aku kan..tp kalau dah aku keluar je dr compartment barang2 tu..die terus p situ and bebel kat belakang aku..apakah???

Suka hati aku la kan nak serak2 kan tempat tu..aku nak cari barang ape!! takkan aku nak amek je ape2 je yg ade depan aku atau atas sekali tanpa perlu menselerakkan tempat tu?? Harus ke??

tapi yg penting..aku tak buat penyepahan pun kat situ, OKKK..aku amek then aku letak la balek kat tempat die..blah la ko perempuan..(dan aku sgt marah..so aku nak panggil minah tu "perempuan" skrg!!)

Naseb baik aku kuar ng org yg penyabar (aka en. tunang :-)..) kalau la aku kuar ngn geng2 yg kaki kutuk cam aku ni..konfem la kena minah tu!!huhhh..x pasal2 aku wat dosa ngumpat arini!!

--------------------------------------------------------
Maaf yer kengkawan atas kebisingin aku!!
--------------------------------------------------------

**Sesungguhnya Sabar Itu Sebahagian Daripada Iman**

Saturday, October 23, 2010

..:: tUkaR anGIn #2 ~ Pusingan Kerja ::..

hai..hai..hai..


new look of my blog!! Ok tak (jika anda sedang melayari blog ini..sila jawab YA!..hehe)??

ni semua gara2 aku xreti nak cari kemana hilangnya aku nye sidebar dlm blog ni..terpakse salin kulit..huhu..anyway..suka kat "rupe" baruku ini..heheh..


"hallu2..ape ni..topik lain citer lain???"


Baeklah..pulang ke pangkai jalan..heehe..
---------------------------------------------------------------------

nak dijadikan cerite..kalau kalian mahu tau..last week..unofficially bos i bgtau yg i akan tukar unit lain..oh no..sedih!!! dh xdapat siapka kerja2 lama ("sape suh xsiapkan..dh kena tukar baru gedik nk siapkan??"..huhu..)..xdapat nk buli kawan2 seperjuangan (^^kami saling buli-membuli ok, bukan i je ^^)..xdapat bos yg baek hati..suke belanja makan (**kami mmg syg bos kami..uwaa**)..


in other word, i'm doing my "job rotation" starting ...... (soon..not yet approved actually..haha)..

^^bersungguh-sungguh tak i berlari membuat pusingan diatas??^^



hopefuly my new bos and new team are better than current ^^even it is the best team i've had :-( ^^..goodluck to me..hoyyeh2..chaiyokk..


"Esok perlu Lebih Baik dari HariIni "

Friday, October 22, 2010

wHat HaPPened??

apakah??? apa jadi kat blog aku ni?? hilang plak sidebar ni kat dlm "umah" baru tu..huhu..kuar la balik wahai sidebar aku..xkan lagu je yg keluar..jgn main sembunyi2..i takuttt..huhu..

p/s: aku yg sgt buta it..huhu..

Wednesday, April 14, 2010

--> atas titi bawah gaung sorg2 :-(

huhu..sgt sedih kan kalau berada dlm situasi camtu..

Assalamualaikum..

emm..rase malas nak menaip..tp xtau cane nk lepaskan..kena gak la lepaskan kt blog yg mmg xde org bace..hehe..

luahan isi hati..

"...susah betul nak puaskan hati sume org kan..nak buat mcm ni..mcm yg si A nak..tapi si B xsetuju plak..nak nego balik ngn si A..emm..masing2 ade justifikasi sendiri..smpi aku pun dah xlarat nk justify..cukup la buat justification tiap2 ari utk keje..xkan utk personal pun kena perah utk nak justify kan..emm..biar jela kot..ikut flow yg dh disuratkan..."

--> kalau dh ditakdirkan aku jatuh kedalam gaung..nak buat cane kan..redha jela..harap2 ade yg dtg selamatkan..

--> pertolongan Yang Maha Esa amat diharapkan..so rujuklah pada Dia..

--> aku dh jauh merapu..nk sambung buat justification plak :-( back to work..

BYE..Assalamualaikum..

Wednesday, January 20, 2010

Adakah aku seorang "lawyer"???huih...

sangat la bosan menjadi seorg lawyer..kerja mengadap kontrak yang ada macam2 clause yang ntah pape aku pun xtau..huhu..tidaaakkkk...smpi bile la nk kena layan benda2 ni sume..haish...stres2..ni yg nak melompat ke tmpt lain ni..tapi takut dpt bos yg x se-sporting bos skrg plak..hhhhhhhhhhmmmmm...

Monday, January 11, 2010

Malas kuasa 2 sama dengan tido...

huhu..malas nye nk keje dah skrg ni..xlarat den nk melayan org2 sengal di sekeliling ni..huhu..rase cam nk tido..xpun g airterjun terjun..


....jom lari ramai2 dari ofis....

Wednesday, November 4, 2009

kembali bekerja..

emmm...agak lama mls bekerja..akhirnye semangat bekerja dtg balik..huhu..

tp ni pun sbb dh ujung tahun..kena la tunjuk rajin..kang KPI teruk..

Chaiyok!!

Dua hari yang malas..

aduh!!! ape la nk jd ngn staff hj naser ni..sungguh malas nk wat keje..menuang je dr smlm..dah la isnin cuti..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...