Showing posts with label 7th Anniversary. Show all posts
Showing posts with label 7th Anniversary. Show all posts

Thursday, August 2, 2018

Last Day at Gili Trawangan and Lombok

Assalamualaikum. 
Hebat kan 3hari berturut buat post👏👏👏

Ni janji last entry pasal Lombok ni. Ibu Zahrah pun dah tak larat nak cerita.. So, kita throwback sikit lagi yer. 

It's time to go back to 🇲🇾 after 4d3n of #ZahrahVisitLombok ni. Should be my last post for #7thAnniversaryLombok2018 😊

Kami bukan peminat water activities sgt, just peminat menikmati keindahan alam (dan ambil gambar). Pergi pulau mana2 pun setakat ni kami 👨‍👩‍👧 memang xpernah pun snorkeling. Main tepi2 laut je. Maklumlah ibu #ZahrahNurIman ni trauma air sikit🙄

1st day kat Gili tu hujan petang, so sekali lagi xdpt nak tgk sunset. Lepas asar tu even nmpk mendung sikit, kami amek 1 Cidomo utk Pusing2 🏝. Since xdpt nak tgk 🌇 and main kat buaian viral Ombak Sunset tu, so singgah dinner je kat one of the resorts kat sana. Dekat 20min jugak naik Cidomo baru sampai, jenuh menahan sakit terhentak dlm Cidomo. Lepas makan pun masih ☔ lagi, so plan nak ke pasar tepi pantai pun terpaksa cancel. Kepala pun dah weng sbb kena hujan. Sampai bilik, solat, 😴! (boring kannnn 🤣)

Esoknya bangun dgn harapan dpt tgk sunrise. Alhamdulillah. Tengok 🌅 dalam kul 640am. Such a beautiful view w/pun matahari dah naik tinggi sikit. Settle tgk ☀ terus bfast. Lepas bfast, zahrah nak naik basikal, so ayah dia layankan jela. Ibu x sanggup nak 🚴‍♂️ so duduk bilik kemas2 utk checkout. 15min ride ke Ombak Sunset tu, sejam lepas tu baru dua beranak balik dari naik buaian viral. Ibu jugak xdpt pergi situ. Nasiblah, siapa suruh malas kan 😁

Lepas tu terus siap2 utk checkout sbb janji dgn boat pukul 11am mcm tu. Tapi boat sampai lewat sikit, so kami singgah lunch dulu. Kul1130 baru boat sampai. Hari pun nmpk dh start mendung. Rasa mcm nak pecutkan 🛥 tu cepat2 sampai darat😔

Sampai darat, Adi n Caweng bawak ke Sasaku Gift 🏪, one stop centre utk beli souvenirs Lombok. Senang, sekali jalan beli semua souvenirs yg nak. Mostly ada situ, yang xde budget yg cukup je. Lepas shopping situ, kami dibawa ke Amelia Rumpai Laut 🏪 utk beli kepek2 pulak. Byk kepek yg sedap, so byk jugaklah kami beli. Siap 📦 siap2 utk masuk kargo. Then, diorg nak bwk tmpt kain Tenun pulak, tapi disebabkan 💵 dah abes, so terus cancel 🛒 , pergi makan sebelum ke airport.

Oh ya, before departure, kami singgah makan dulu di Warung Sate Rumbiga. Lumayan dan sedap sungguh. Sate kat sana mmg xde kuah kacang mcm kita, tapi sate dah siap diperap dgn kuah yang sedap (dan sangat pedas). Balik 🇲🇾 rindu sate ni lagi, so minta kawan yang baik hati tapau kan time dia ke Lombok. So dapatlah lepas ngidam.. Kihkih.. 

Nah last video utk tatapan uols..


Short and sweet vacation despite jutaan rupiah dikeluarkan.. Hihi.  Ke mana kita for next Anniversary?? Wallahuálam. As to date, belum book mane2 tiket lagi.. Hihi.. 

Nak tau berapa byk keluar sepanjang Day 3&4 ni, here you goes..

Total Lost ~ IDR2.041.000
😭😭😭

Basikal - IDR75.000 (24hours 3 seater)
Lunch - IDR120.000 (x2) 
Sate - IDR145.000
Sasaku - IDR813.000
Amelia - IDR105.000

Spec at Villa Hantu - IDR60.000
Pringles at Scallywags - IDR35.000
Cidomo - IDR350.000 (2trip)
Ombak Sunset Dinner - IDR218.000

Kesimpulannya, untuk percutian 4H3M kami selamat "melabur" lebih kurang IDR 15mil (~RM4.2k) for 3 pax. 

Makan ~ RM350
Penginapan ~ RM770
Flight ~ RM1350
Tour Guide ~ RM1050
Others ~ RM680

Obviously over our budget😒😒😒

Actually uols can have lower than this depending on your plan n budget la. Kami banyak yang beli adhoc je xde dalam plan, tu yang over spent. Sampai kena draw duit kat sana.. Huhu..

So kalau uols nak budget trip, merancanglah dan banyakkan membaca dan survey. Kami mmg xsempat nak buat semua tu. Sudahnya terlebih spending. Balik Malaysia ada tinggal balance dlm RM100 je lepas change from rupiah..Hihi..

But, pengalaman dan memories yang penting kan.

So, whatever it is we enjoyed there even cuma 4H3M..

So u should have your too...

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, August 1, 2018

Scallywags Resort Gili Trawangan, Lombok

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan

Eh, tetiba?! 
Maklumlah, bulan Ogos kan sinonim dengan bulan Merdeka kan. Ok la tu. 

Nak perabih cerita hat ke Lombok aritu aih, penat dah nak menulis ni. So, this might be my 2nd last review for Lombok trip yer. 

Our last night in Lombok masa #7thAnniversaryLombok2018 lepas, we took a night stay di Scallywags Resort, Gili Trawangan. This time around, #ZahrahVisitLombok area pulau pulak, tapi semalam jela..

Janji dah sampai kan😂😂😂

Uruskan utk check in. Since bilik belum ready, layan welcome drink dgn Pringles dulu la.. 

As we know ramai pelancong yang datang ke Gili ni especially foreigners. So, most of resorts yang kat tepi pantai ni lebih ramai foreigners, dan harga utk resort belah tepi laut ni agak mahal sikit berbanding yang bahagian dalam. Tapi walaupun iols bukan foreigner, iols tetap pilih resort tepi pantai sebab malas nak menapak ke resort bahagian dalam. Kalau rajin, uols boleh survey lagi, byk je yang murah2 belah dalam2 yang jauh dari jeti. Iols pemalas! 😅 😅 😅 

Well, kat Gili memang transportation either 🏍, 🚲 or Cidomo (🐴). Mengikut kata Adi, kat sana diorg buat konsep sama rata, yang kaya tak perlu tunjuk kaya dgn pakai kereta mewah dsb, so semua sama je transport. Lagipun jalan kat sana kecik and berlubang2. So rather than naik tu semua, baik jalan kaki kan.. Konon nak exercise semampu boleh. Bukan tak suka naik tu, tapi iols terpaksa "memanjakan" diri yang tak boleh nak terlalu "berkeras" dengan badan iols. Nak naik Cidomo pun terhentak2 badan tu iols dah risau. Naik basikal memang tak la time tu, sebab x selesa utk kondisi badan (jgn salah anggap yer, bukan x suka naik, tapi nak kurangkan risiko je)..

Maklumlah kan (u know what I meant??)
😅😅😅

Kuda yang gagah dan gigih membawa kami yang comeyyy

Harga Cidomo. Nampak tak?
😂😂😂

2trip = IDR350.000 utk satu cidomo

Well, kuda ni dia main langgar je tau segala apa yang dia lalui, so it's depending on how driver bagi arahan kat Cidomo ni. Lupa dah mcm mane driver buat kalau nak suruh slow or berhenti. Even lopak pun kadang2 dia harung je, so dpt bayangkan lah kan kelompatan duduk dlm tu. Mengucap panjang la dlm tu.. Hihi.. 

So back to this resort, kalau x silap ada 2 tingkat je resort ni, and kami dpt tingkat bawah. Alhamdulillah. Senang nk bergerak sebab semalaman je kan. Nak ke pool pun dekat je. Tmpt makan pun kat area pool tu..

But..
This resort not so Shariah compliance.

Why??
1. Byk arak dlm fridge dia🙄🙄🙄

See! Penuh kan?? Kalau minum confirm kena charge dan dapat dosa! So, jauhi arak! 

2. Breakfast ada non-halal food😔😔😔

Ni je yang lalu nak makan dengan minum air.. Hehe.. 

Memang dh cakap siap2 dgn Zahrah jangan buka peti ais.. Harooommm.. Nasib baik dia faham 😁😁😁

Time breakfast tu baru tau ada non-halal food sbb staff situ bagitau. Dia tutup siap2 mknn tu (letak pun kt hujung meja) and bagitau ktorg diorg masak asing utk those non-halal food.

So, kita tawakal jela yang mampu. Mkn pun sikit je.. Huhu..

Pool ok, macam biasa #ZahrahNurIman memang pantang nmpk pool kan, so memanjang ajak ke pool. Ayah dia layan kan jela. Ibu duduk tepi je, bukan "peminat air" kan. So tengok jela org berenang. Mmg x ramai org time tu, so diorg berdua conquer pool la. Foreigners and other pelancong ramai pergi snorkeling kat laut I think, sebab tu diorg tak mandi pool. Tapi Zahrah tak suka air masin, so mandi pool jela😎😎😎

Harga semalam (include breakfast x2) = RM230 (~IDR820.000)

Ni harga Agoda yer. Pandai2 lah uols survey. My tips, booked awal yang free cancellation (mahal sikit rate dia). Rajin check waktu2 lain guna other platform (Trivago kan ada!), so kalau jumpa yg lagi murah, booked yg lesser price la.. Hihi.. 

Bilik quite comfortable for 3 of us.
Toilet pun ok.

Takde balkoni, just tingkap yang nmpk pokok je.. Huhu

TV pun x byk Channel, masuk bilik terus zzzz... 

Zahrah tertarik dgn botol air dia, tapi idok ler dapat. Kena bayo kannnn... 

Katil muat tido bertiga. Kalau uols kuruih2 boleh muat empat gamaknya🙂🙂🙂

Semua tak ambil/guna kecuali heater utk masak air je. Dgn mineral water, tu pun check dulu charge lain ke tak.. Kalau complimentary, baru amek yer uols🤣🤣🤣

OK la kot, sebab duduk semalaman je so nak cerita lebih takde lah. 

Sekian dulu... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Tuesday, July 31, 2018

Bye Senggigi, Hello Gili

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum bercerita panjang, saya nak ucapkan Salam Takziah pada warga Lombok atas kejadian Gempa Bumi baru2 ni, dan pada mangsa2 kejadian sama da cedera ataupun kematian, semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi ujian dariNya.. InshaaAllah...

So, berbalik kepada cerita #7thAnniversaryLombok2018 kami 4 bulan lepas, ada 2hari je lagi cerita #ZahrahVisitLombok ni, i.e. on our last day at Senggigi and last day at Gili, before back to Malaysia.

Hari ke-3 lepas checkout Svarga Resort, Senggigi, kami singgah tengok view dari Nipah Hill and Setangi Hill. Both otw ke jeti Bangsal Harbour which is ke arah utara Lombok. View sangat awesome, boleh tgk laut nan biru tenang je, sesuai utk org2 yang suka ambil gambar mcm we ols. Time kami tgh nak tgk view tu ada org tgh prepare nak naik payung terjun, so, tunggu sat tgk diorg berlepas. Ya ampun, rupanya dalam beg org yang bwk pelancong utk terbang tu penuh dgn muatan nak bagi berat.

Siap batu segala bagai dlm tu. Kalau ibu Zahrah yang nak terbang confirm lagi byk batu kena bawak
😂😂😂

Lepas dh puas tgk org terbang, kami bergerak ke Villa Hantu👻👻👻

Takut tak? Actually, nama je Villa Hantu sebab situ merupakan rumah tinggal, seperti diceritakan dulu ada foreigner nak buat villa sebagai rumah pelancongan diorg, tapi tak dapat nak siapkan atas faktor2 apa iols tak ingat.. Kihkih.. So, kat situ just bentuk bangunan tak berdinding je, and ramai datang utk ambil view bergambar. Tapi seriau jugak lah nak ambik gambar tepi bangunan tu sebab memang takde dinding kan. Budak kecik ni relax je dia duduk tepi tu suruh ambil gambar dia, ibu dah gayat memang duduk tgh jela.. Haha..


Disamping tu, seperti biasa ada penduduk tempatan yang berniaga..macam biasa #ZahrahNurIman pantang nmpk org berniaga, mesti nak beli! Di paw nya spec mata hitam berharga IDR60.000 satu. Pakai ya sekejap je
🙄🙄🙄

Settle ambik gambar, terus bergerak ke jeti, private speedboat dah tunggu. Perjalanan ke Gili Trawangan dgn private speedboat dalam 10min je, tapi kena ready dgn fulus jela. Kalau naik public boat, murah lagi tapi ramai org dan lambat sampai. Harga boat exactly berapa x pasti sbb dah masuk dlm supir punya rate, but around IDR500k jugak lah. Tapi selesa dan cepat yang pasti. Takut memang takut nak naik boat, tapi tawakal dan doa sahaja mampu dilakukan. Mabuk laut xde (maybe sbb laju dan kejap je kot) tapi mmg dh standby siap2 segala jenis ubat termasuk ubat mabuk. Alhamdulillah dipermudahkan, selamat pergi dan kembali😍😍😍

Sampai Gili Trawangan, awal lagi nak check in, so kena tggu dulu. Pusing2 tepi pantai dulu, konon nak carik mknn tepi2 jalan, jumpa gerai jual nasi berlauk, so hadap jela sbb dah lapar kan. Not bad la mknn dia, boleh diterima tekak. Gambar xde sbb dah kebulur, ngap terus.. Haha.. 

Around kul2 jugak la baru dpt masuk bilik, nnt kita sambung review pasal bilik in separate entry yer. Duduk bilik lepas kejap, lepas asar Zahrah dah x sabo nak ke kolam, so, ke kolam lah kita.

So, sambungan cerita di Gili di post akan datang yer. Penat dah nak recall balik cerita ni. 

You all tgk je video ni yer. Enjoy!! 
🙂🙂🙂


Nak tau berapa total lost? Pun tggu next entry ya.. 

Till we meet again. 

xoxo, 
Ibu ZNI

Sunday, July 29, 2018

Lombok Day 2.. Exploring Senggigi

Assalamualaikum semua!

How's ur weekend? Santai2 ni kita cerita balik la kisah anniversary kali ni. Izinkan ya
😝😝😝

Day-2 Pusing2 Senggigi, Lombok

Lama pulak tinggalkan cerita #7thAnniversaryLombok2018 ni kan. Last update before raya hari tu. Since raya dah habis, kita sambunglah #throwback #ZahrahVisitLombok pulak..

Pagi2 tu Caweng ambik kami dari resort dalam  pukul 9.30am lepas breakfast di resort. Terus ke Monkey Forest bagi monkey makan. 30min jugaklah perjalanan nak ke kawasan tu, naik bukit sikit. Monyet2 tu semua monyet liar ok, ibu Zahrah (yang penakut lagi menakutkan) ni konon2 takut keselamatan anak, keluar kejap je, pastu tgk dari dalam kereta, siap tutup tingkap ok sebab takut monyet masuk kereta. Ibu paranoid (dettol) la katakan😝😝😝

Tak sampai sejam pun kat situ, sbb kacang dah abes. So, berangkat ke next destination i.e. ke salah satu temple kat Lombok, Pura Lingsar Temple. Malas nak masuk, kami amek gambar jela buat kenangan. Kat situ xberapa byk sgt pun area nak ambik gambar, so kejap jela. But still have to pay trip pada tour guide kat situ. So, even though dah ada supir and guide, still kena bagi tips pada penduduk tempatan yang explain/guide kat tmpt tu yer. Anggaplah sedekah yer.. 

Next, ke Taman Mata Air Narmada.. Nak masuk taman ni ada Entrance fee, tapi kami tak tau la berapa sebab dah termasuk dalam supir punya fee, so tggu dia bayar je, kami masuk jela. Cumanya kat exit keluar Taman ada tempat penduduk tempatan berjual beli, so kalau rasa anak2 jenis yang pantang nampak kedai, sediakan jela duit yer..

Dalam taman ni ada tempat sejarah i.e. tempat berendam dayang2 zaman dulu. Tapi tinggal tasik jela, dayangnya takde😛😛😛

Dalam tu jugak ada temple (kena naik bukit) tapi kami xpergi pun. Terus ke "pili air" yang ya ampun pancit mokcik nak menuju ke pili air ni. Jauh kat hujung taman. Kat situ ada pulak makcik cuci baju kat tasik area pili tu. Gigih tau dia basuh baju manual pastu panjat pili nak naik rumah. Kalau mokcik mmg tak mampu lah..🤨🤨🤨

Penat "mendaki", kami terus lunch di Taliwang Alam Nyaman, makan ayam taliwang pulak. Review makanan dah bagi before this, so uols cekidaut sendiri la yer. Lepas makan, pergi Masjid Ubud untuk solat. Pasal masjid ni pun iols dah bagi review before this, so kalau nak tau check post sebelum ni yer.. 

Sambung jalan2 ke Banyumulek Pottery Village pulak, tempat pembuatan pasu dan boleh jugak nak beli yang ready made. Sementara tunggu barang belian siap dibungkus, kami dibawa ke "kilang pembuatan" kat area belakang kedai. #ZahrahNurIman pun sempat buat satu pen holder bentuk kucing, action je lebih mcm dia buat kan, tapi makcik tu yang byk buat. Bayaran ikut kita nak bagi berapa dekat makcik tu, seikhlas hati😍😍😍

Selesai di Banyumulek terus balik. Around kul4 dah selamat masuk resort balik..hihi..

Cuaca kat Senggigi time ni tak berapa panas, lebih kepada mendung lah. By petang tu hujan lagi. So impian nak tengok sunset kat Senggigi tak berjaya nampaknya😄😌😌

So, check it out the video ya!


Since malam tu hujan, so keluar makan jela. Kami makan seafood kat Warung Menega Batu Layar Beach. Review or gambar click kat link atas yer.

Overall, total lost utk Day 2 lebih kurang

IDR424.000
(tak termasuk dinner.. Lupa berapa) 

Temple Pendaftaran+Tip - IDR30.000
Air Minuman - IDR21.000
Ayam Taliwang - IDR248.000
Menara Masjid - IDR40.000
Banyumulek - IDR570.000
Chip - IDR8.000
Kacang - IDR7.500

😌😌😌

OK lah for Day 2, setengah juta rupiah ok sehari.. Haha..

Till we meet again..

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, June 10, 2018

Svarga Resort, Senggigi Beach, Lombok

Assalamualaikum & Salam Ramadhan! 

Jumpa lagi kita di keluaran terbaru.. Haha.. 
Sementara lepak depan TV kita #throwback sikit la time jalan2 #ZahrahVisitLombok sempena #7thAnniversaryLombok2018 hari tu...

Kita bagi review sikit pasal penginapan kami di Svarga Resort kat Senggigi Beach ni.. Sampai Lombok kami ambil 3d2n di resort ni. Mostly harga kat lombok lebih kurang jela, so boleh pilih ape yg menjadi idaman hati. Ada yang lagi murah, tapi sebab dah terpikat yang ni, so we chose this resort la.. 

Overall, best la duduk sini sbb rate dia agak reasonable dgn suasana kat sana.. Aman, x dekat sgt dgn Beach pun xpe sebab kalau dekat mesti bising jugak kan.. Cuma kalau rasa nak jalan kaki ke Beach tgk sunset agak jauh la nak jalan.. 

Caweng n adi ada offer nak tgk sunset kat Senggigi Beach and plan diorg amek lepas maghrib, tapi takde rezeki nak tgk sunset kat lombok sebab hujan pulak malam tu.. Tambah penat lagi, so duduk bilik and keluar makan jela malam kedua tu.. 

Staff peramah and soft spoken. Ni time nak check out.. Tgh check extra kena bayar sbb bilik dah bayar🙄🙄🙄

Selepas checkout sebelum nak ke Gili. Amek gambar kat entrance dulu buat kenangan.. 

View dari lobby registration. Atas tu bilik2 & Cafe.. 

Pool resort di Level 2, sebelah Cafe. Ape kehey nakandi sini depan org makan kan.. Hilang selera org nak makan😅😅😅.. Tapi view nampak hutan2 dan Bukit je dari sini. Laut tak nampak.. 


Budak pose sementara tunggu lif yang sopan santun.. Layan kan jela budak ni.. Haha

Pose lagi, depan bilik ktorg pulak siap dgn payung🤣🤣🤣



So, untuk bilik, kami ambik Deluxe Pool Terrace sebab nak dapatkan pool private tu. Maklumlah zahrah lagi suka pool dari laut.. Masin katanya.. So, layan kan jela (ayah dia yang layan sebenarnya) 😁😁😁


For 2 days, kena lebih kurang RM540.00, lebih kurang IDR1.9mil la.. Jutawan kan ktorg.. Kahkahkah🤣🤣🤣

OK la kan bawah RM300 semalam..
Siap ada lif ok sbb dia tinggi bilik2 and Cafe, cuma ya bilik ktorg kat bawah, aritu kenalah menapak naik tangga sbb lif is so lambat!

Dari dalam lif nmpk luar. Ko rasa ah kak yg gayat ni mmg sereeemmm la kan naik lif ni...

See! Where is my hand??? 

Luar lif kat tingkat 2..acah2 berani kononnya😉😉😉

Makan kat Cafe.. Beria tapi makan cocoa crunch je pun

View dari Cafe ke bawah kawasan bilik2

Tempat ambek makanan.. 

OK lah!!
Last but not least, our last pic kat lif.. Haha..

Sekian untuk hari ni😃😃😃
BTW, jgn lupa kalau amek jaja dalam bilik kena charge! Kalau bawak anak, sila sembunyikan siap2.. Haha..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, May 29, 2018

Masjid Ubud..One of Masjid di Lombok

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan!
Selamat berpuasa semua..

Alhamdulillah.. Entry kedua untuk bulan Mei😎😎😎

Btw, di bulan puasa ni, kita throwback tema islamic sikit la kot.. Saje nak cerita masa jalan2 #7thAnniversaryLombok2018 bulan Mac lepas.. Kite semua tau masjid dan Lombok sangat sinonim.. Boleh dikatakan sepanjang jalan kat sana, tak pernah xde surau/masjid di tepi jalan.

Tapi masjid/surau kat sana takde lah besar dan nmpk "gah" sebab kat sana kebanyakan area kampung kan, so surau pun Kecik2. But still, bagus utk mengingatkan jemaah kat sana supaya solat berjemaah kan.. Alhamdulillah.. 

Antara masjid yang kami sempat singgah dan melawat time tu ialah Masjid Ubud ataupun Islamic Centre yang terletak di bandar Mataram, Lombok.. Kat area situ traffic agak padat sbb dekat dgn bangunan2 dan sekolah.. Tapi xde lah sampai jem kan time kami datang tu..

2x kami singgah, hari kedua dan hari last di Lombok. First time datang kami melawat sekali menara masjid yang dibuka utk lawatan kepada pelancong. Fee utk ke menara kami bertiga IDR40.000 untuk naik ke dua level utk dilawati, tertutup dan terbuka.

Tempat tertutup tu tingkat 13 kalau x silap, since tinggi sbb tu dia tutupkan dgn tingkap cermin, nmpk luar tapi tak cantik sgt view sbb xnmpk sgt la kan.. Then ke tingkat 9 utk open space. Area sini mmg utk amek gambar la senang.. Tapi still ada palang, so utk golongan pendek memang terseksa sikit nak amek gambar😁😁😁

Budak kecik zahrah ni pun bersemangat amek gambar.. Dia siap keluarkan kamera luar palang tu utk amek gambar, kite yg risau kamera tu jatuh, Last2 ayah dia jugak la kena dukung.. Haha..


Alhamdulillah..
Walaupun gayat di tingkat yang terbuka tu, tapi dapat jugak naik ke menara masjid..

Enjoy the video!

Sekian, short entry for today ya😍😍😍

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, May 2, 2018

JJCM di Lombok

Assalamualaikum semua! 
I'm back! Hebat kan??? Haha.. Kite tengok kan aje pencapaian nak menulis ni yer.. Kihkih.. 

Tengah lapar2 ni terasa nak #throwback makan2 masa #ZahrahVisitLombok sempena #7thAnniversaryLombok2018 yang lepas pulak lah yer😋😋😋

Ini koleksi yang kami sempat makan, dibawa oleh  Mas Adi dan Mas Caweng...

Start JJCM di Lombok dengan Nasi Balap Puyung.. Awal2 lagi adi dah bagitau, makanan ni agak pedas, tapi pasti disukai abang dan kakak!! 😅 😅 😅 

Set Nasi Balap Puyung...

Awalnya kami sangka ni burung puyuh sbb kecik bangat size ya.. Mmg seorang seetor ayam ni dia bagi. Tapi rupanya kat sana memang diorg masak ayam time Kecik2 lagi.. So ayam besar selalunya untuk lauk2 tertentu jela.. Btw yang pedas sangat sebelah kiri tu yer. Macam sambal la tu.. Pedas gilos 🌶️🌶️🌶️

Kalau nak cari kedai ni, boleh cari signboard ni yer. Kedai yang saya makan sebelah kedai ni.. Haha.. 


Ini pulak another port untuk lunch jugak. Kami dibawa oleh Caweng hari ke-2 di Lombok.. Caweng bawak kami ke Nasi Ayam Taliwang di kedai Taliwang Ayam Nyaman, area bandar Mataram if not mistaken (u all double check dgn Pak Google or Uncle Waze la yer) 

Kat sini kena order sendiri lauk2 yang nak, tapi signature dish Ayam Taliwang tula.. Sos dia pedas jugak, tapi still under control la🤣🤣🤣

Set Lunch yang kami order...siap dgn telur dadar.. 

Ayam Taliwang 2 ekoq

Terung Pelecing.. Terung dia pun Kecik2 je size ya.. 

Day 3 & 4 kami makan di Gili Trawangan je.. Makan nasi berlauk yang ada kat area pulau.. Lauk2 lebih kurang dgn Msia je.. Ktorg pun makan lauk sama je dua hari tu.. Tekak tak berapa nak makan Western ke ape, nak cari nasi je.. And nak jalan jauh x larat, so pergi kedai yang sama je.. 

Boring kan??? Haha🙄🙄🙄

OK lah, kasi best sikit, hari last before departure, kami singgah makan Sate Rembiga di warung Ibu Sinnaseh.. Segala jenis sate ada tapi xsempat snap gambar sbb kelaparan dan kepedasan.. 

Gambar ni je yang ada..

Kami rasa sate Rembiga (lembu) dengan sate hati je. Amek sekali nasi Impit untuk hilangkan rasa pedas berdesing tu. Serius pedas u all! Tapi sedap, janji! Sate pun size Kecik2 je senang nak ngap..

Ni contoh gambar sate kat sana, my office mate belikan I masa dia ke Lombok, even dari kedai lain tapi lebih kurang sama je rasa dia.. Dapatlah lepaskan rindu mknn sana😋😋😋

Tinggal sikit je bagi kawan2 ofis rasa jugak sikit.. 
Korang kena cuba tau kalau ke Lombok.. 

OK, then.. Dinner pulak.. Pun boring jugak nak citer sebab ktorg ni sejenis yang malas nak cari sendiri makanan.. I ols malam2 mmg x lalu makan sbb dah penat sgt siang tu berjalan kan.. 

So first night di Senggigi tu kami amek hotel room service je..memang penat x larat nak keluar.. So makanlah kami Maggie dan Pizza je.. Janji kenyang sikit nak tido kan.. Gambar xde.. Kihkih.. 

Tapi, malam kedua Caweng bwk kami makan seafood kat area Senggigi. Asalnya nak makan jagung bakar sambil tgk 🌇 tapi tak bernasib baik sebab hujan, since Sunset pun x nmpk, so makan dalam restoran jela.. 

Ni nama kedai kalau u all nak cari yer.. Cari sendiri dlm waze😜😜😜

Sampai je org tak ramai lagi, Pilih2 fresh seafood, so ini makan dia! 

Sotong bakar macam sate kan.. 

Udang bakar pulak.. 

Rasanya ada amek ikan bakar tapi x jumpa pulak gambar.. Haha.. Korang bayangkan jela yer rupa ikan bakar yang dilapah tu.. Kihkih.. 

Kangkung Pelecing.. Ok la not bad rasa dia, tapi awas pedas yer.. 

Ini kuah2 sos utk segala yang dibakar tu.. Memang kat sana diasingkan setiap jenis 🆘 tu.. Ada kicap, garlic, chili and satu lagi x sure/ingat😌😌😌


Saje je amek gambar air mineral ni.. Sebab kalau korg nak tau, kat sana memang air mineral Narmada je yang ktorg jumpa.. Hihi.. 

Malam last di Lombok, tak makan! Eh, xmakan time malam, tapi petang.. After asar tu kami keluar jalan2 kat Gili Trawangan tapi hujan lebat pulak, so naik kuda pergi resort sebelah (jauh jugak lah sebenarnya) makan kat resort je sementara tunggu hujan reda nak balik bilik semula.. 

Dah pening kena hujan dgn naik kereta kuda, so nak amek gambar mknn pun x larat, gambar air je ada 😂 😂 😂 

See! Narmada in different packaging😌😌😌

Plan asal lepas maghrib kat bilik nak keluar balik and pergi tgk pasar tepi pantai Gili ni, tapi Zahrah macam dedar sikit maybe sbb kena hujan kot. So duduk bilik jela tido. Takde rezeki nak try jagung bakar di Lombok.. Huhu😣😣😣

Begitulah cerita JJCM kami di Lombok. Breakfast taklah consider JJCM sbb makanan mmg disediakan hotel je.. Haha.. 

2pagi di Senggigi and 1pagi ni Gili.. 
Breakfast not so much or varieties of food pun yang ada. So mostly dapat rasa lah makanan yang ada..

Mem Kecik tengah makan cereal.. Tu jela yang dia nak makan.. Mane lah tak cekeding badan🙄🙄🙄

Tengok mak dia menikmati makanan.. Haha.. 

Ni antara makanan yang Ibu zahrah amek di senggigi.. Tunjuk sepinggang jela. Lain2 buah, air kuih2 mcm biasa.. Janji kenyang sebelum sambung jalan kan.. 

Ni pulak mknn kat Gili, lagi sikit mknn dia ada.. Plus, ada bhgn non-halal and according to staff there, diorg masak asing. So, kita husnuzon la yer. Tawakal jela.. InshaaAllah dijauhkan dari yang haram.. 

Last but not least, our welcome fruits di Senggigi on our first day kat Lombok, dapat makan manggis! Yeay!! 

Ni je yang free (selain mineral water) kat bilik hotel tu yer, lain2 semua kena bayar including cekedis. Bayangkan bwk anak kecik yang pantang tgk jajan, beribu rupiah jugak lah abes beli jajan kat hotel je pun🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

So nak tau total lost utk makan di Lombok.. 
Here u go! 

1. Welcome drink n food by hotel - free
2. Jajan2 di hotel - IDR58.000
3. Pizza Room Service - IDR93.000
4. Seafood Bakar Warung Menega - lupa pulak😎😎😎
5. Dinner at Ombak Sunset, Gili - IDR218.000

6. Bihun Goreng + Nasi Goreng + Telur + Ayam Goreng + Sosej - Room package
7. Kueh Teow Goreng + Baked bean + hashbrown - Room package

8. Nasi Balap Puyung - IDR72.000
9. Sate Rembiga Ibu Sinnaseh - IDR145.000
10. Nasi Ayam Taliwang - IDR248.000
11. Lunch at Gili Trawangan (2x) - IDR240.000

TOTAL COST - IDR 1.2million

Awas! Again!

Nasi Balap Puyung dan Sate Rembiga super pedas! Berdesing 👂 makan pedas 🌶 okey! Tapi tu yang sedap, berpeluh makan.. Haha😉😉😉

OK now, saya lapar!
Chow dulu🤣🤣🤣

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, April 22, 2018

7th Anniversary Lombok There we go!

Assalamualaikum and good day uolss!!

Mak aih, lamanya tak hapdet blog ni.. Bersawang berlalang dah ni (jangan dah ada penunggu lain sudah😎😎😎)

So, kita nak start dengan cerita apa ek?

OK lah kita throwback sikitlah jalan2 tahun ni (walaupun cerita jalan2 dua tahun lepas masih pending).. Kihkih🤣🤣🤣

Kalau nak tgk gambar boleh guna hash tag #7thAnniversaryLombok2018 or #ZahrahVisitLombok ya😜😜😜

Day 1 - Kuta Lombok

11.30 pagi - Tiba di LIA agak awal dari Schedule, maybe pilot merempit di awangan maklumlah tak jem. Dalam flight ramai jugak Malaysian and also Indonesian, agak penuh jugak lah. Alhamdulillah safe and smooth journey😍

12.30 - Settle at Imigresen even though lama jugak menunggu urusan kat kaunter ni sbb queue panjang, ambik beg, then pick up by @adibetet di LIA.

12.45 - Since sampai time tengah kebulur (sbb x lalu nak makan mknn dlm flight.. Rugi.. Rugi..), so kita singgah makan di Nasi Balap Puyung Rinjani. Sedap but so hot berapi 🌶 nya..haha..berpeluh nak habes kan..

1.30 - Done "isi minyak" terus ke arah selatan Lombok, menuju ke Sasak Village SADE. Actually byk kampung2 kaum Sasak yang lain, tapi kami singgah di "ibu kampung Sasak" jela.. Ada lebih kurang 100++ keluarga asli di situ, and most of org2 lama dlm kampung tu xpandai cakap bahasa 🇮🇩 lagikan English, so kita ada tour guide utk cerita pasal kaum asli Sasak ni..kiranya generasi muda kat kampung tu la. Oh ya, kaum ni dikenali dengan "culik anak dara" ya, sebab tu mmg tradisi di situ, nak kawen kena culik dulu baru minta izin nak nikah. But don't worry, InshaaAllah selamat je kita2 nak melawat disitu😄😄😄

2.00 - Selesai melawat (dan shopping kain Tenun), kami ke area Kuta, nak tengok2 pantai. Tapi singgah solat dulu di masjid baru dibina, katanya baru je launching by Pak Jokowi.. Masjid Nurul Bilad.. Kawasan parking agak jauh dari entrance masjid tapi kalau dh ada wuduk, besar pahala berjalan dari kereta ke masjid😊😊😊

2.30 - Selesai solat, singgah The Mandalika, area pantai dekat2 dengan masjid. Kat sini ramai org jual2 tepi pantai and dinasihatkan supaya tak payah beli pape sbb once kita beli dari seorang, maybe kita akan dipaksa beli dengan org lain pulak. Konsep "share of wallet" maybe.. BTW, anjing pun byk, so buat lah acah2 berani yer 🤣🤣🤣

Dari pantai tu boleh nampak batu Payung, tapi kami xpegi sbb nak ke situ agak mencabar katanya sbb kena naik bot and kawasan nak turun ke pantai situ x sesuai utk family beranak kecik.

Then, ke pantai Tanjung Aan pulak bergambar sambil naik buai je kejap.. Nak mandi-manda mmg xnmpk org mandi pun.. Haha..

Lepas tu terus ke Mesere Hill, time tu mendaki bukit. Memang pancit lah nak naik even x tinggi mane pun.. Tapi bila dah sampai atas tu, fewwwww nice view! Tenang rasa.. Done amek2 gambar, terus turun sbb dah penat sgt rasa.. Tgk lembu/kerbau mendaki bukit tu time ktorg nak turun rasa macam, adoi, lagi laju lembu/kerbau ni naik.. Haha..

OK lah perjalanan day 1, terus menuju ke Senggigi, Lombok pulak for next journey. Sejam lebih perjalanan dari Kuta, so, see ya! (as usual tido dalam kereta kepenatan) 😅😅😅

So, enjoy the full 📹 ya.. 




Total Lost ~IDR1.9MIL🙄🙄🙄

Till we meet again in next entry.. InshaaAllah 😍😍😍
(doakan iols gigih nak menaip lagi)

xoxo, 
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...