Wednesday, October 31, 2018

Delivery of Baby Zarin at Andorra

Assalamualaikum!

Since semua dah tau akan kelahiran Baby #ZarinNurInsyirah last week, so jom la ibu ZNI share sikit pengalaman bersalin di Andorra. 

Ceritanya, last check up dekat Andorra pada Minggu ke-40 iaitu pada EDD on 22 Oct 2018, dapat jumpa Dr. Khamsiah. Risau jugak kalau time check up tu cuma ada doctor ganti. Appointment pukul 4pm, and dapat jumpa doctor around 5pm la. Masa check up tu, doctor acknowledged yang ibu ZNI dah cukup 40 minggu, and mula2, doctor cakap its ok to wait for another a week untuk bersalin normal. Alhamdulillah, semua ok, BP, air kencing, berat (maintain mcm previous week at 62.5kg), air ketuban pun ok, tapi berat baby dah lebih 3kg..uwàa..seminggu je awak naik lebih 3kg yer dik..hihi..

Then, doctor buat VE pulak and nak "stimulate" bagi cepatkan bukaan. Masa check tu, baru 1cm, so bila doctor start stimulate tu omakaihhhh sakitnya walaupun konon2 dah ready and set mindset, doctor seluk je tarik nafas dalam2..sudahnya sakit jugak..haha..and berdarah lah kan. Doctor cakap if ada darah keluar lagi lepas tu, tak perlu risau tapi kalau ada leaking or contraction kerap, boleh terus ke emergency. Tapi, doctor cuma bagi masa sampai 8pagi esoknya sahaja utk tunggu, esok dah kena admit. Sebab apa? Sebab doctor tengok my history, pregnancy gap of 6 years from my previous labour (of kakak Zahrah), and also sejarah 2x keguguran. So, doctor taknak amek risk, kenalah menyerah esok hari nanti.

Malam tu, memang darah keluar je, so kenalah pakai pad kan. Awal2 tu only mild contraction every 15-30 minutes and sempat lagi makan McD, tapi menjelang tengah malam tu contraction start every 10minutes and less..and langsung xdapat tidur menahan sakit. Sudahnya pukul 3.30 pagi kejut husband ajak ke hospital. Kakak Zahrah tinggal dengan tokmak dulu kat rumah takut lama pulak kena tunggu nanti. Kemas sikit2 rumah tu, dalam pukul 3.55 pagi heading to Andorra.

Around pukul 4.15 pagi sampai hospital emergency area and check with emergency doctor pagi tu.. Sekali lagi check bukaan baru 3cm dan doctor "tolong" stimulate lagi nak cepatkan bukaan. While waiting, doctor admitted to ward dulu. Around 4.45 pagi lepas settlekan admission with PM Care, barulah dapat warded di Single room. Semalaman tak tidur, lepas subuh pukul 6.00 pagi tu sakit dah kurang pulak, so dapatlah tidur kejap.

Sementara tunggu Dr. Kham check, dapatlah menjamah breakfast bubur pagi tu. Tapi selera sudah kurang sebab nervous nak bersalin..hihi..

Menu breakfast before deliver baby Zarin..
Bubur nasi + muffin + blueberry pastry + cocoa malt + fresh orange

Around pukul 9.05 pagi Dr. Kham came check and buat VE lagi tapi baru 4cm bukaan. Patutlah kurang rasa contraction lepas check in tu. Tapi doctor cadangkan untuk ke labour room and pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses bersalin. Before ke labour room, nurse masukkn ubat lawas utk kosongkan perut supaya tak berak time meneran nanti. Lepas tu, Mak Yam, midwife yang jaga bahagian penyusuan datang ward, bacakan doa2 sikit, advise dll. Alhamdullillah, very islamic kat Andorra ni.

Dalam pukul 9.50 pagi bergeraklah ke labour room naik wheelchair. Pasang mesin utk ctg. Bacaan kurang cantik kata nurse sebab tak consistent contraction tu. Oh ya, di labour room, kami disambut Makcik Rahmah dan assistant dia. Makcik memang bahasakan diri dia makcik dengan semua pesakit dan nurses. Baik sungguh macam mak2 kita dia bagi nasihat. Siap ckp, nak bersalin memang sakit, kalau tak bukanlah bersalin namanya kan. Tapi jangan fikir sgt pasal sakit tu, banyakkn berzikir. Siap ajak baca yassin sementara menunggu tu.

Around pukul 10.45 pagi tu Dr. Kham datang labour room dan pecahkan air ketuban. Time tu progress contraction slow so doctor kata lagi sejam contraction still tak cantik (kata lain tak kerap dan konsisten), so kena kena start drip Pitocin untuk kuatkan contraction. Sebelum drip tu masih steady lagi layan telefon, update blog (post ni) dan mesej2 semua. Pukul 12.00 tghari doctor bagi arahan kat nurse utk start drip tu lepas nurse bagitau contraction masih tak consistent. Makanya bermulalah kesakitan sebenar😅😅😅

Time ni masih mild contraction and tgh baca mcm mana contraction tu. Pukul 12 lebih baru "terangkat" sakitnya..huhu 😂😂😂

Sementara tunggu nak deliver tu ingatkan dah xdpt lunch, tapi dapat jugak. Mula2 risau gak nak makan takut terberak time nak meneran tu, tp nurse bagi je mkn supaya ada tenaga nnt. Tp time tu dh start sakit, so nak telan pun tak larat. Makan sesudu dua je. Tp tgk mknn tu Adoyai sedapnya lah!

Menu utk ibu tapi rezeki ayahnya la dpt habiskan. Ibu dah melayan sakit je time tu..huhu..
Nasi goreng (kot) + (macam) satay + telur dadar + papadom + salad + buah2an + fresh orange

Setengah jam pertama tu ok lagi. Siap dengar jiran bilik sebelah selamat bersalin, makcik kata dia amek epidural..sempat lagi berborak dgn makcik. Siap dpt pujian lagi dari makcik, "bagus awak sakit2 pun boleh senyum" masa minta nurse nak buang air. Tapi since dah pakai drip tu, kenalah pasang tube nak kencing tu. Oh my, sakitnya! Rasanya nurse tu xjumpa "jalan" nak kencingkan iols, sesat dlm pencarian agaknya, sudahnya makcik tolong buatkan, kejap je..and kurang sikit sakitnya..lega!!

Menjelang Zuhur tu sakit contraction mmg tak dpt digambarkan. Selain katil tempat menahan sakit, tangan husband pun jadi tempat utk ditarik saat contraction. Siap tgk mesin, bila graf tunjuk nak sampai 100% je terus tarik nafas (dan tangan husband).. Tapi! Hati ni berbulu je tengok org sebelah tu siap boleh tersengguk mengantuk sambil kita tarik tangan dia kan🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

At last, iols surrender, minta pain killer dari nurse. Memandangkan epidural mahal (RM1.2k), so dpt amek  pain killer (i.e. Pethidine injection) pun jadilah. Katanya dpt kurangkan 30% kesakitan dan bantu cepatkan bukaan, berbanding epidural boleh kurangkan sakit almost 100% katanya. Tak pastilah pukul berapa mcm tu ada sorg nurse datang (baju merah) and tolong urutkan iols sepanjang sakit yang amat tu.. Digenyehnya belakang iols ni utk hilangkan (kurangkan) sakit belakang akibat contraction yg kuat.. Sambil urut nurse tu berzikir. Very helpful! Thank u so much nurse!

Sejam sebelum melahirkan, around pukul 2pm tu, nurse buat VE and dah 7cm bukaan, lepas tu progress bukaan sgt cepat, bila iols cakap dah nak bersalin dah ni, nurse buat VE lagi, mmg dah fully dilated, nurses semua busy siapkan katil and medical equipment sementara menunggu doctor. Time tunggu doctor tula kita memang rasa tak tahan sangat nak meneran dah, nurse siap suruh tahan lagi, tp iols xingat dah mcm mane nak tahan, tahu nak teran je..huhu.. Akhirnya saat ditunggu tiba, nampak doctor dah sampai, semua dah bersedia (nurses pom pom girl tunggu bagi semangat kat hujung katil), time utk meneran je semua nurses cakap "ok puan, teran lagi..lagi..good...ok dah tu" fuhhhh tarik nafas dulu penat teran.. Ulang lagi tak pasti berapa kali agaknya, kalau x silap 3x teran jugaklah kot..tak sempat nak kira dah time tu🤣🤣🤣

Finally, baby Zarin selamat dilahirkan.

Syukur, Alhamdulillah.

I didn't expect baby Zarin seberat 3.15kg, sebab scan sehari sebelum dlm 3.06kg je.. Semangat sungguh anak ibu ni, kakak dulu 2.75kg je dik. Kiranya seiring lah dgn kenaikan berat ibu sampai 62.5kg berbanding 57kg time beranakkan kakak dulu..kihkih🤭🤭🤭

Sambungan cerita di labour room, saat doctor tgh jahit tu, terasa macam nak bersalin lagi je sbb mcm ditolak2 je dlm rahim ni, lepas tu baru teringat uri belum keluar lagi, so, bila uri keluar baru iols tau kenapa rasa nak berak tu kan (ingatkan nak lahirkan Baby twin)..hihi..

Ooh ya.. Ibu ZNI kena jahit jugak yer sebab doctor ada gunting sikit since Baby semangat kan. Lepas settle jahit semua, Dr. Khamsiah came to me, congratulates me and bagitau yang iols lahirkan secara SVD Episiotomy means kena gunting lah. Reason being, doctor tak nak serviks tu koyak sebab kalau koyak lagi sakit and tak cantik nnt (yela kalau koyak mesti menggerutu dan susah nak jahit kan). Ibu ZNI ok je doctor, janji baby keluar dgn selamat. Sebelum doctor keluar, sempat lagi dia peluk dan cium dahi ibu.

Thank u so much doctor (and all nurses)
😥😥😥

Dalam sibuk nak keluarkan baby tu, doctor sempat suruh suami amek video baby keluar so dapatlah ibu tgk mcm mane doctor tarik baby keluar dari rahim ibu kan. Muncung je anak ibu tu kan mcm time scan jugak. Then, ayah ZNI pun merasa lah potong tali pusat dgn kebenaran doctor. Baby keluar je terus nurse tunjuk kat ibu and tunjuk jantina baby. Alhamdulillah hilang segala sakit nak bersalin tu bila tgk baby. Lepas bersalin merasa sakit lain pulak kan, sakit utk recovery pulak lah yer. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Aroung pukul 330pm macam tu selesai urusan di labour room, uri pun nurse dah tlg basuh dan bungkuskan, tinggal nak tanam je. Turun masuk bilik ward, husband keluar utk solat dan amek kakak Zahrah dgn tokmak kat rumah. Time tu, ibu mertua pulak tlg jaga ibu ZNI. Time tu mmg lalok je rasa, turun ward, nurse bagi baby (dah siap pakai baju and sikat rambut belah tepi lagi) and ummi tlg tgk kan baby Zarin. Ibu kepenatan dan ketiduran.

Sedar2 pukul 5 pm dah. Borak2 dgn ummi, sementara tunggu ayah, kakak dan tokmak baby Zarin. Pukul 5.30 pm mcm tu barulah kakak sampai dgn tokmak dan ayah, excited nak jumpa baby!
Around pukul 6 pm dapat dinner, terus makan. Lapar sungguh rasa sebab lunch pun mcm sesudu dua je nasi. Dapat nasi dgn salmon, sedapnya!! Ni la mknn yang iols dapat sepanjang kat Andorra..

My 1st #MenuBerpantang di Andorra. Makan sorg sebab lapar sgt. Ayah zahrah tapau nasi goreng je. Zahrah dan tokmak ummi makan kan Cafe Andorra by chef Zubir. 
Nasi putih + salmon + mix vege + puding + fresh orange

Ni mknn utk bfast the next day. Since kena pilih, iols x pasti nak order apa. Last2 order wantan mee tapi bila dpt baru teringat, eh boleh ke makan meee.. So jamah sesudu jela. Makan sawi tu je dgn muffin..huhu..

Last menu lunch sebelum check out. The crepe was very nice ok, dalam tu ada ayam. Makan dengan cod fish yg sedap jugak. Time ni kiranya kita cheat day la before Berpantang betul2. Oh ya, ada bread pudding jugak! 😋😋😋

Before check out Andorra keesokan harinya, sempat jugak merasa dimanjakan lagi nurse kat sana. Pakej delivery yang kami ambil termasuk segala Postnatal care i.e. dimandikan (ibu dan anak), diurut dan segala keperluan ibu dan anak la kiranya. Plus, akan ada nurse yang akan melawat buat final checking lepas keluar ward. Nurse dtg utk check baby and ibu selepas delivery.

Ini latest delivery package di Andorra. I believed ini antara yang murah berbanding Other private hospitals. Untuk baby Zarin, total cost ibu dan baby lebih kurang RM4.7k with additional RM700 from single room package. Lebihan cost tu termasuk additional meals sebab admitted awal kan, induction labour, pain killer dan ubat ubatan selepas bersalin. Juga sunat Baby Zarin cost at RM70.

Sebelum balik pun dapat jugak gift utk ibu dan anak. Baju2 baby pun diorg sediakan utk 2hari tu, tapi tak boleh bwk balik yer, nak check out baru tukar baju baby sendiri. So, kalau nak bersalin Andorra, tak perlu bwk baju baby banyak2 lah. Banyak jugaklah barang dalam Hospital Bag iols yang tak digunakan..hihi..

Once warded, Ibu2 akan dibekalkan dengan Toiletries, Pad (ikat tali tu) dan tuala mandi. 

Before check out, nurse bagi gift set ni pulak, ada Diaper Bag, susu Friso and anmum, travel kit sebamed, sample Diapers dan juga ubat tali pusat. Mula2 tak tau pun ada ubat tali pusat tu, bila nurse dtg rumah baru tau and letak kat pusat baby 🤭🤭🤭

OK lah, panjang sgt dah rasa entry ni.

I just want to extend my sincere appreciation to Dr. Kham and all staff and nurses at Andorra for the hospitality. Really appreciate the helps and kindness throughout our experience in there. Mana yang kurang tu kira 0-0 jela yer..

Harapnya bermanfaat la yer utk Ibu2 sekalian.

Till then..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, October 30, 2018

Assalamualaikum Dunia!

Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Long time no see Ya???

Alhamdulillah kita jumpa lagi kali ni. Masih berkesempatan untuk menulis. Kalau anda tertanya-tanya ke mana hilangnya ibu ZNI dua minggu ni, itulah nak kobar ni, ibu ZNI busy sikit.. Busy apa? Busy dengan baby baru! Yeayyyy!!!

Alhamdulillah!!
Akhirnya, tanggal 23 October 2018 pada jam 2:54 pm ibu ZNI selamat melahirkan baby #ZNIjunior seberat 3.15kg.. Syukur Ya Rabb!!

Hari ni sudah hari ke-7 baby ZNI bernafas di dunia yang nyata. Alhamdulillah, Baby is doing well, also Ibu ZNI.. Walaupun masih baru lagi kami mengharungi hari2 baru ni, syukur semuanya dipermudahkanNya.. Mane2 yang kita rasa sukar tu, anggaplah sebagai dugaan ya😍😍😍

Introducing baby ZNI!


Nama : Zarin Nur Insyirah Mohd Fazreen
DOB : 23 October 2018 @ 2.54 pm
POB : Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan
Weight : 3.15 kg
Length : 50 cm

Alhamdulillah baby dilahirkan secara normal SVD Episiotomy dengan bantuan Induction Labour (Pitocin). Baby disambut oleh Dr. Khamsiah di Andorra.

Enjoy the video ya!


Next entry, I'll share my experience on delivery of Baby Zarin ya.

Till then, see Ya in next entry. 

Daaa... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Wednesday, October 17, 2018

39th week now.. Are you ready baby ZNI?

Assalamualaikum!
I'm back again.

Alhamdulillah, ibu ZNI dah 39w3d pregnancy today. Masih lagi menunggu masa utk melahirkan baby #ZNIjunior yang nampak seronok bergolek dlm rahim ibu ni.

Semalam checkup dengan Dr. Rohani lagi sekali. Berat ibu naik 0.5kg je dari last week, and berat baby pun dianggarkan xsampai 2.7kg pulak.. Hihi.. Check up kali ni dah kena Check kat bawah.. Ibu ZNI mmg dah expect but still nervous sebab tau sakit kan. So, bila doktor check, masih belum ada bukaan, cuma baby memang dah engage sgt dah.

Doktor check jugak baby movement chart yang dia bagi last 2 weeks. Bila doktor tgk trend movement, doktor kata Ibu ZNI salah kira. Sebab dia ckp baby nampak aktif especially time scan baby..if by 9pm baru cukup 10x pergerakan, it shows slow movement. Supposedly by 3pm dah complete 10x movements tu. So today, ibu ZNI kira balik ikut cara doktor tu bgtau, by 215pm dah complete 10x. Tapi rasanya lebih 10x dah, cuma tak catit kot.

Ini chart yang ibu ZNI kira tapi kena reject dgn doctor🤭🤭🤭

Tapi yang bestnya checkup semalam sebab masa menunggu sekejap je. Appointment sepatutnya pukul 310ptg tapi dalam pukul 230ptg dah kena panggil, belum pukul 3ptg dah settle jumpa doktor. Ambil MC, serahkan GL, terus balik. Tapi Xdelah balik rumah terus, singgah Pkns Bangi Konon2 nak bagi cepatkan bukaan. Tapi nampaknya belum berjaya lagi..yang berjaya makan satay kajang je.. Kenyang perut senang hati.. Hihi..

Kalau ikutkan kakak #ZahrahNurIman dulu lahir 6hari sebelum due. Petang Isnin jalan2 beli barang rumah, malam dah start sakit then Kul4 pagi bangun pergi toilet ada bloody show. Kul9 pagi pergi hospital, jumpa doktor, Kul10 pagi masuk labour room, kul5 petang bersalin. Alhamdulillah mudah dan lancar walaupun sakit yang amat. Harap2nya kali ni ibu pun dipermudahkan lah urusan nak melahirkan baby #ZNIjunior pulak. Doakan kami berdua selamat dan sihat yer😘😘😘

Ibu ZNI pulak skrg ni mmg rasa sgt susah nak jalan tidur dan sebagainya. Yela, Baby dh kat bawah kan, tapi kuatkan jugaklah nak bagi cepat sikit bukaan and hopefully dapatlah deliver baby by this week, dengan selamat, InshaaAllah. 

Tak tau nak cerita apa dah.. Haha.. 

So, till we meet again yaaa..

Doakan saya cepat bersalin!

Daaaa.... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Monday, October 15, 2018

#ZahrahNurIman 1st Experience ~ Cabut Gigi

Assalamualaikum and good morning semua!
Happy working peeps😜😜😜

Ibu ZNI masih lagi menunggu baby #ZNIjunior bila nak keluar ni. Duduk lepak di rumah sahaja, sampai xtau nak buat apa dah..haha.. So, kenalah update blog lagi (tu pun xtau nak tulis apa?)

Kali ni nak cerita pasal kakak #ZahrahNurIman 1st Experience cabut gigi pulak lah. Lama tak cerita pasal kakak kan.. 

Ini gigi pertama kakak yang tercabut sepanjang 6thn ni. Sejak seminggu dua ni gigi tu dh goyang2, sibuk suruh cabut tapi ibu cakap biar dia tercabut sendiri. Last2 semalam 14/10/2018 at her 6 years 9 months old, time nak makan kopok losong, dia tergigit part gigi tu, sampai berdarah, hah, menangis lah dia kan bagai nak rak..nak bwk jumpa doktor pun takut, padahal dia yg beria sebelum ni🤷🤷🤷

Tapi ckplah nnt doktor letak ubat utk bagi sejuk, so xrasa sakit pun. So dia pun ok la..

Pergi Klinik Pergigian Dr. Smile. I've good experience dengan Klinik Pergigian Dr. Smile Shah Alam (kalau xsilap) so kali ni bwk zahrah ke klinik Dr. Smile area Taman Equiene pulak. Nasib baik takde org ramai walaupun kami walk in je. Tak sampai 5min tunggu, doktor panggil masuk, check2 gigi..ada beberapa gigi yang berlubang, tapi kena buat appointment lain sebab ada org yang dh buat appointment tgh tunggu. So, cabut jela gigi yg mmg dah nak tercabut tu.

1min siap semua!
Zahrah pun mcm x percaya kejap je..hahah..

Paling seronok dpt gigi dia balik nak tunjuk family, siap dpt dalam bekas pink..haha..

So, iols recommend uols pergi klinik ni, 2nd time pergi even branch lain, servis tetap tiptop.

Enjoy the video!
😍😍😍


Dah siap menulis.. Kihkih..
Punya lah malas nak tulis byk2 kan. Ni pun edit sikit2 je dari insta feed punya post🤣🤣🤣

OK lah, uols tolong doakan iols selamat bersalin sehari dua ni yer.

Till then...

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, October 14, 2018

Ibu and Baby Hospital Bag

Assalamualaikum mommies!

I'm here! Masih berlepak-lepak di rumah menunggu hari untuk bersalin. Baby #ZNIjunior masih seronok duduk dlm rahim ibu ni, belum ada tanda2 kuat nak bersalin ni. So, sempatlah ibu nak update blog kan.

Rasanya kebanyakan cerita pasal #BabyStuff dah cover, so ni yg last sebelum cerita pasal set berpantang ibu ZNI dan next cerita pasal anak2 ibu nnt la yer. Kalau nak tengok cerita2 baby stuff yang lain boleh ke sini yer:


So, back to Hospital Bag ni, ibu ZNI sediakan dua beg asing untuk kegunaan di Labour Room dan juga di Ward Room. Both bags campur je barang2 ibu dan baby. Mana2 barang yang lepas guna kat labour room boleh guna juga kat ward. So, iols xdelah bwk barang yang sama contohnya toiletries kan. Once settle kat labour room, transfer ward, guna jela lagi kan. 

Ini list yang ibu ZNI bawak utk both hospital bags. But, breastpump tu last minute rasa macam tak perlu bawak kot. Hopefully, baby ZNI nnt pandai latch macam kakak Zahrah la yer. So, boleh direct feeding je nnt. InshaaAllah..

Disinilah letaknya barang2 ibu dan baby utk kegunaan awal di labour room ni. Beli beg ni kat shoppee je (Babyworld.my @ RM44) senang and murah. Besar capacity beg ni, muatlah letak semua barang2 yang dinyatakan diatas 😉😉😉

Inilah isi kandungan beg tu. Tisu, charger powerbank semua tak masuk lagi sbb masih dalam handbag. Nanti boleh transfer kemudian (harap2 ingatlah kan)😎😎😎

Ini antara yang sempat snap, yang xde dlm gambar, tisu, termos, socks, snacks. Masukkan dalam beg last minute so tak sempat nak snap picture..

Both bags now dah dalam boot kereta, standby since 37 weeks lepas. Harap2nya takdelah barang yang tertinggal kan. 

Kalau uols nak tgk mommies lain lain punya bag, google jela. Iols pun byk google, pastu sort la mana yang perlu untuk uols. Pada iols, tak perlu bawak banyak2 sgt sebab normally kita stay 1 night je kat hospital kan, dan mengharap sgt proses delivery tu tak lama, so xperlulah sampai kena warded before deliver kan. InshaaAllah.

So, mummies out there, be prepared yer. Buat slow2 pun xpe..janji siap awal. If uols rasa akan akan bersalin awal, so awal sikitlah kena prepare tu.

Till we meet again ya.
Jgn lupa doakan ibu ZNI ni cepat bersalin dalam 1-2 hari ni yer😍😍😍

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, October 13, 2018

Happy 34th birthday to me!

Assalamualaikum. 

Happy birthday to me!
😊😊😊

Alhamdulillah! I'm entering 34th years in this beautiful world.

Thank you Allah for the sweet and sour and allowing me to be in this world being a daughter, wife and mother..

Thank you husband for all that we went thru for the 7 years plus and future years (and also for the birthday treat(s))..

Thank you mak abah for the whole of my life and for the time here waiting for the baby #ZNIjunior.. 

Thank you anakku #ZahrahNurIman for your sweet birthday card..

Thank you @azuraahsain sending mak abah.. 

Thank you @nurulezzahahsain for the cheesetart.. 

Thank you all for the wishes and doa..

and THANK YOU ALL FOR ACCEPTING ME REGARDLESS I'M IN GOOD OR BAD TIME..

and THANK YOU ALLAH for all that I've!!

Alhamdulillah, hari ni husband belanja makan kat @sukasucrebistro..

Ini kali kedua kami kami makan kat sini. Before this bertiga, kali ni bawak famili.

Sementara tunggu makanan sampai, makan dessert dulu

Sebelum melantak, wajib wefie dulu..

Cheesetart

Appetiser makan kulit tauhu je uols. Kalau uols xsuka tauhu pun, makan ni tak rasa sgt tauhunya sebab kulit tauhu je kan. Rangup!😋😋😋

Main dish, Nasi Minang Set for 2..tapi kalau sejenis yg kurang makan, boleh kongsi 3org ni, kami pun jenuh nak abeskan. Tapi puas hatilah rasa semua sedap. Kalau nak masakan lain pun ada. Tapi kami aamek ni since dlm set ni dah siap2 ada 10 lauk, rasa sikit2 pun ok dari makan byk tapi habis kan.

Kakak makan dessert macam birthday dia je kan.. kek coklat dengan cebisan strawberry, little bit manis, tapi makan slow2 abes jugak akhirnya..l

Konyang aih..moh ler kiter exercise kat mall pulak..hihi

Last but not least..yours truly ibu ZNI at her 34th birthday😍😍😍

Lepas makan, ingatnya nak balik terus, tapi alang2 dah sampai Cheras, kita ppergilah singgah Ikea pulak cuci mata (dan duit) pulak😎😎😎

Now, i feel so tired. Harap2nya senanglah nak bersalin kan lepas ni sebab dah banyak jalan (dan makan)..hihi..

Doakan saya selamat melahirkan baby dengan selamat dan sihat dalam masa terdekat ni yer😍😍😍

Till then, see ya!

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zn

Thursday, October 11, 2018

Diapers and Baby Wipes..Offspring vs Applecrumby

Assalamualaikum ibu2 semua!

Sedang berkerja ke berehat di rumah??
Ibu ZNI sedang berehat2 sahaja, bak kata kakak #ZahrahNurIman "best lah ibu tengok tv je kat rumah"..hakikatnya ibu kebosanan🤣🤣🤣

Ok lah, since masa ada kan, kita nak cerita sikit pasal persediaan diapering baby #ZNIjunior nanti. Beli newborn punya diapers brand petpet dengan pureen baby wipes sikit untuk standby. Plus warna oren tu menarik sangat utk dibeli..hihi..

Macam yang ibu ZNI bagitau sebelum ni, this time around, as much as possible, i look for natural or organic products. So, nak try la 2 brands yang agak menarik untuk dicuba.

Offsprings Printed Diapers and Baby Wipes

I choose the diapers masa nampak kat insta Stacy Anam. Nampak so natural sebab color hijau kan. Alang2 nak beli tu, terus ambil Bundle deal which consists of:

– 4 packs of soft and super absorbent diapers
– 3 packs 80ct plant-based wipes
– 4 packs 20ct plant-based wipes

See! Kotak delivery pun nampak exclusive kan???

Tapi, nak kata betul best ke x, ibu ZNI tak dapat nak pastikan sebab belum guna kan. Tapi menurut yang diclaim dalam dalam website diorg, fashion diapers Offspring menjanjikan perkara2 berikut:

Eco-friendly, ultra-soft diapers with designer prints
Super absorbency – Great for day and night use
Fashionable designer prints - created with ink that’s free of lead and heavy metal
Ultra-Breathable inner and outer layer - made with chlorine-free woodpulp
Wear without worry – Completely free of dyes, fragrances, lotions, chloride, phthalates, optical brighteners and latex.
Chlorine-free fluffpulp & Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Premium Ultra-Soft Eco Friendly Wipes
Strong but soft – Towel-like material for gentle cleansing on baby’s delicate skin
Mindfully made – Infused with organic aloe vera & organic chamomile to support healthy skin
Extra Soft, Extra Gentle – Made for gentle cleansing from head to toe, suitable for baby’s mouth and hands
Chemical Free – Made without fragrances, alcohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, chlorine processing, parabens, SLS, lanolin or other harmful chemicals.
Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Made with FSC certified plant-cellulose material – Biodegradable; dispose without worry!

Akibat terpengaruh, maka dapatlah 4 packs diapers tu, i chose 4 packs size S and 1 pack for pants size M. Lepas tu, ada jugak baby Wipes 80pc and 20pc yang dibeli. Boleh pakai lama ni kan, tapi macam sayang pulak mahal2 kan..hihi🤭🤭🤭

Yang size M letak bawah katil dulu sebab dh penuh rak tu..hihi.. Baby Wipes 20pc tu yg kecik sikit tu, boleh lah masukkan dlm handbag kalau nipis mcm tu kan.. 

Applecrumby & Fish Diapers and Baby Wipes

Yang ni akibat dia lalu lalang kat insta sampai iols ter'click' insta dia. Maka, terjatuh cinta pulak dgn yang ni. Sebabnya it looks so simple yet adorable..kihkih..over tak???

Memang fikir banyak kali nak beli ke x. Makan hari jugaklah buka website dia, lagi2 bila ada promo.

Chlorine Free Premium Baby Diaper Bundle
(S24 - Buy 10 FREE 2 Pack) With FREE Bunny Cassidy (Grey)
Processed Chlorine Free Plant Derived Super Soft Air Plus Fluff Pulp from USA's Weyerhaeuser
Simply pure - made without latex, fragrances, toxic dye or lotions
Fragrance Free, Dye Free
Wetness Indicator Strips tell you when your baby needs a change of diaper!
Ultra Comfy stretch side panels and waist band
Dye free, refastenable perforated tabs for perfect fit!
Ultra-soft plant-based (PLA) top and beehive textured back sheets — gentle on your baby’s bottom
Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs for the perfect leak protection. Dye free protects your baby from getting nasty rashes on skin contact areas.
Japan Imported Sumitomo SAP
Super absorbent and soft
Premium quality and non-premium pricing

Extra Thick Premium Baby Wipes Bundle 2x (3 PACK BUNDLE, 80 Sheets) With FREE Bunny Emma (Cream) 
Processed Chlorine Free
Paraben Free, SLS Free, Phthalate Free
Fragrance Free, Alcohol Free
Methylisothiazolinone Free
Formaldehyde Free, Lanolin Free
No petrochemicals or harsh chemicals
Infused with a botanical blend of Aloe Vera Extract (to moisturize) and Chamomile Extract (antibacterial and soothing properties) 
Gentle, Soft yet ultra effective ingredients gently cleanse and soothe your baby's sensitive skin with plant extracts that keep skin healthy
Ultra thick and strong at 60gms
Extra big at 17cm x 20cm
Super absorbent and soft
Embossed and Interlocked Spun Surface for extra loft and softness, plus easy use with friction
Easy dispensing
Premium quality and non-premium pricing
MSDS approved

Akhirnya beli jugak bundle sets diapers and baby wipes. Jangan cakap iols tamak yer! Saya cuma mudah terpengaruh..haha..

Hah, tengok tu, siap dpt free bunny uols. Satu utk kakak, satu untuk baby. So memang kena beli diapers dan baby wipes la kan, kalau x dpt satu bunny je😂😂😂

Kite zoom sikit apa yang dah dibeli.. 

Kakak promote sikit apa yang dia dapat.. Kakak memang suka buat video uols.. 

Plannya, kita guna yg Offsprings tu, lepas tu baru yang Applecrumby. Then, barulah ibu ZNI boleh bagi full review..hihi..

So, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik yer😍😍😍

Jumpa in next entry ya!
Doakan ibu ZNI dapat melahirkan baby #ZNIjunior dalam seminggu yer. Amiinn, inshaaAllah.

Till then.

Daaaaa......

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, October 10, 2018

38th week pregnancy.. Still waiting..

Assalamualaikum mommies! 
Jumpa lagi kita..Alhamdulillah..

Semalam hari checkup selepas seminggu lepas jumpa doktor. Today dah 38w3d pregnancy. Makin nervous pulak rasa bila dah 38minggu ni kan. Kalau ikut kakak zahrah dulu, seminggu sebelum due date dah bersalin. So dlm 39th week la kan. 

Skrg masih belum tunjuk tanda2 lagi, just back pain, sakit kat bawah tu, susah sikit nak jalan, nak tidur semua kan. Posisi paling best tido bila dalam kereta, sebab rasa mcm dibuai je. Tidur atas katil pun tak seselesa masa kereta bergerak😜😜😜

Rasa contraction pun dh start terasa skrg ni, tapi tidaklah kerap. Sejam dua jam sekali rasa. Tapi kadang2 confuse jugak betul ke contraction rasa mcm tu..haha..so, selagi masih boleh bertahan kita buat relax jela kan, kalau fikir sgt pasal sakit, nnt mmg sakit jadinya. So, be positive Aliza!

Cerita semalam, dapat jumpa Dr. Khamsiah, alhamdulillah. Masuk2 klinik doktor ckp "mama nampak kuat lagi berjalan" eh, bangga iols doktor nmpk I masih steady, walaupun hakikatnya Allah sahaja yang tahu, bila susah nak jalan, nak duduk lama, nak tidur semua. Tapi, xpe, demi mu anak..

Doktor check semua ok, alhamdulillah. Bila2 boleh bersalin nampaknya. Scan baby, nampak muncung aih anak ibu kat dlm tu, sabar naaa.. Dah sampai masa nnt baby keluar yer, skrg ni main2 dulu dlm tu, InshaaAllah xlama lagi kita jumpa yer baby #ZNIjunior😘😘😘

Berat ibu naik 1kg lagi dalam masa seminggu ni. Rupanya anak ibu kat dalam pun sama naik. Last week 2.27kg, smlm check 2.77kg sudah. Means, separuh kenaikan ibu ni sbb berat baby naik 500g, so ibu 500g naik..hihi.. Takpelah dik, janji sihat yer.

Baby #ZNIjunior at 38weeks now. Muncung sgt mulut tu, marah ke doktor pegang2 perut ibu time scan😍😍😍

Since ibu dah x larat nak bergerak sana sini sgt, so doktor bagi lah rest kat rumah seminggu ni, kalau baby belum lahir dlm masa seminggu ni, next checkup next Selasa pula..

So, marilah kita list kan apa nak buat kat rumah ni kan. Barang baby InshaaAllah semua dah ready, kemas rumah jela nampaknya ni🙄🙄🙄

OK la, till we meet again in next entry ya..

Daaa...

XOXO,
Ibu ZNI

Saturday, October 6, 2018

#throwback Perth Discovery ~ Mandurah & Rockingham

Assalamualaikum & Happy weekend semua!

What's your plan this plan?
We ols duduk rumah jela nampaknya, keadaan badan yang membuyut tak mengizinkan untuk ronda2 KL skrg, tapi kita tgk la esok Kot2 bosan kita keluar la kejap kot..hihi..

So, today, lepak2 rumah, kita throwback jalan2 oversea last year ke Perth jela yer. Lepas ni nak ke mana Pulak, tengok lah rezeki ke mana nnt.. InshaaAllah kalau diizinkanNya untuk travel oversea lagi, adalah peluang nnt kan.. 

So, back to Perth Discovery.. 

Day 2 ~ 9 March 2017

Kami start pengembaraan seawal 9 pagi. Awal ke? Haha.. Sebenarnya tu dah dikira lambat. Sebab sana cepat siang kan, so patutnya awal lagi dah gerak. Plan that day nak singgah sedikit ke selatan Perth, dapat sampai ke Mandurah pun ok la kan.

Oh ya, pagi tu kami bfast sendiri je, makan roti dengan baked bean dll. Since kat hotel tu ada microwave boleh lah panaskan mana2 yang ada bwk tu kan. 

Sempat jugak goreng jemput2 segera uols. Dapat alas perut sikit ok la kan.. Sementara nak bergerak nnt, kalau jumpa kedai yang boleh singgah, kita singgah lah nnt kan.. 

Wefie dulu buat kenangan kononnya. Zahrah dah masuk kereta tak sabo.. 

Budak kena duduk dalam car seat. Ingat lagi perbualan dalam kereta bila dia tak nak duduk dalam car seat tu... 

Ibu: Zahrah pakai seat belt betul2..nnt ada polis..
Zahrah: Alaaa..adik sakit perut ni..
Ibu: Ape kaitan sakit perut dgn pakai seat belt.. 
Ayah: Nnt polis tanya english "zahrah, why u did not fasten the seat belt" hah mcm mane nak jawab?" 
Zahrah: Alaaa..adik jawab la "my tummy is ouchhh"
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

View sepanjang perjalanan kami, tapi sikit jela. Nampak tak langit yang clear nan biru tu. Sejuk je mata tengok kan. Indah betul ciptaan Allah. 

Around 9.30 pagi, kami sampai di Raeburn Orchards, sebuah ladang buah yang besar tepi jalan je. Tapi kat sini x boleh petik buah2 tu semua..bawak beg pun xboleh sebab dia takut kita petik masukkan dlm beg kan..so, bawak handfon/kamera je boleh untuk ambik gambar. Masuk bayar aud7 per adult. Budak2 tak kena bayar if not mistaken. Tp dlm tu ada jual2 juga, so Selamatlah melayan anak yang nak beli macam2. Terpaksa ckp banyak xboleh makan, harammmm
😌😌😌

Nak upoad banyak2 malas pulak, buat simple collage jela yer.. 


Nampak luas kan kebun ni, so memang tak larat lah nak explore semua. Lagipun buah yang memang tgh ada buah epal tu jela. Lain2 belum berbuah lagi nampaknya.. 


Nah, zoom sikit buah epal ni. Besar kan?? 

Then, kami singgah ke Araluen Botanic Park around 11.30 pagi mcm tu. Tapi benti kat Parking je pastu xmasuk sebab nampak sgt besar taman tu, takut xsempat nak melawat, so cancel visit😂

Plan asal nak ke Rockingham dulu, tapi bila tgk masa macam tak sempat. Takut nak ke Mandurah nnt dah gelap. So, plan ke Rockingham nak tengok 🐧🐧🐧 postpone keesokan hari. Direct ke Mandurah Dolphin Cruise tengah hari tu.

Apa entah nama benda alah ni..haha.. Lupa! Google pun xjumpa.. 

Ni view area port dalam pukul 12noon. Tak panas terik sangat pun walaupun matahari terpacak kan.. 

Sementara menunggu 🛥 nak bergerak kita Pusing2 Port dulu ambik scenery

 Then, naik 🛥 dalam pukul 1215 pm dengan harga tiket AUD25 per adult. Pusing2 tasik keliling kawasan rumah orang2 kaya uols. Most of the houses Ada private boat park belakang rumah diorg dan belakang rumah diorg xnmpk macam blkg rumah kita pun.. Masih cantik mcm view depan rumah. Kagum sgt!

See! Besar2 kan rumah diorg..huhu..menangis tengok! 


Foreigners aka pelancong2 lain pun ada. Kami selfie sambil menikmati angin sepoi2 bahasa tasik..




Alhamdulillah, rezeki kami nampak dolphin melintas tasik main sembunyi2.. First time tgk dolphin uols, excited!

Last but not least, before balik, wefie dengan kapten Boat dulu, dan amek gambar depan boat2 mahal.. 


Aroun kul3 petang jugak lah baru kami lunch hari tu. Memang kebulur. Bila cari2 kedai mostly tgh "rest" sebab diorg tgh prepare utk buka dinner punya slot. Kat sana lunch buka sampai 2 or 2.30 petang je, then utk dinner start dlm kul5 till 9mlm plg lewat..kiranya kami dah terlepas Lunch time la.. Huhu..

Lastly, kami makan pizza at Coastal Kebab je, but it was delicious and recommended places for eat.. Ke sebab tengah lapar, tak pastilah.. Haha..

Muka lapo tak sabo nak makan nampak! 

Steady walaupun lapo tak hengat.. 

Pizza ni sedap makan panas uols.. 

Done makan! Plan nak ke Abingdon Miniature, tapi tutup pulak! My bad tak check rupanya buka Fri-Sun je! 🙃

Oh ya, sempat jugak singgah kat taman sebab xtau nak ke mana. Bagi la zahrah main buai kejap, pastu gerak.


Since dah petang pun, kami direct check in di Mandurah Foreshore Motel (kat Mandurah hotel mahal..tu kawasan org kaya2..kita yg "kayap" ni cuci mata jela tengok, motel je mampu😄)

OK la kan utk tidur semalam je. 1 queen 1 single bed. Tapi ada microwave je yg xboleh masak. Nama pun motel kan.. Haha.. 

Malam tu, dinner awal sikit sebab lapo ptg mkn pizza je kan. Dinner pun kat sebelah motel je kat Warung Ade Restaurant. Halal 🇮🇩 restaurant, menu pun ala2 Melayu, so bolehlah makan nasi.. Kenyang sikit.. Tapi tak sempat nak amek gambo, kebulur sangat.. Haha..

Done dinner, balik motel, berehat dan tidur...

Kepenatan nampaknya..

Saya pun dah penat nak menulis.. So, jumpa lagi in next entry ya..

Daaa....

XOXO,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...