Wednesday, October 31, 2018

Delivery of Baby Zarin at Andorra

Assalamualaikum!

Since semua dah tau akan kelahiran Baby #ZarinNurInsyirah last week, so jom la ibu ZNI share sikit pengalaman bersalin di Andorra. 

Ceritanya, last check up dekat Andorra pada Minggu ke-40 iaitu pada EDD on 22 Oct 2018, dapat jumpa Dr. Khamsiah. Risau jugak kalau time check up tu cuma ada doctor ganti. Appointment pukul 4pm, and dapat jumpa doctor around 5pm la. Masa check up tu, doctor acknowledged yang ibu ZNI dah cukup 40 minggu, and mula2, doctor cakap its ok to wait for another a week untuk bersalin normal. Alhamdulillah, semua ok, BP, air kencing, berat (maintain mcm previous week at 62.5kg), air ketuban pun ok, tapi berat baby dah lebih 3kg..uwàa..seminggu je awak naik lebih 3kg yer dik..hihi..

Then, doctor buat VE pulak and nak "stimulate" bagi cepatkan bukaan. Masa check tu, baru 1cm, so bila doctor start stimulate tu omakaihhhh sakitnya walaupun konon2 dah ready and set mindset, doctor seluk je tarik nafas dalam2..sudahnya sakit jugak..haha..and berdarah lah kan. Doctor cakap if ada darah keluar lagi lepas tu, tak perlu risau tapi kalau ada leaking or contraction kerap, boleh terus ke emergency. Tapi, doctor cuma bagi masa sampai 8pagi esoknya sahaja utk tunggu, esok dah kena admit. Sebab apa? Sebab doctor tengok my history, pregnancy gap of 6 years from my previous labour (of kakak Zahrah), and also sejarah 2x keguguran. So, doctor taknak amek risk, kenalah menyerah esok hari nanti.

Malam tu, memang darah keluar je, so kenalah pakai pad kan. Awal2 tu only mild contraction every 15-30 minutes and sempat lagi makan McD, tapi menjelang tengah malam tu contraction start every 10minutes and less..and langsung xdapat tidur menahan sakit. Sudahnya pukul 3.30 pagi kejut husband ajak ke hospital. Kakak Zahrah tinggal dengan tokmak dulu kat rumah takut lama pulak kena tunggu nanti. Kemas sikit2 rumah tu, dalam pukul 3.55 pagi heading to Andorra.

Around pukul 4.15 pagi sampai hospital emergency area and check with emergency doctor pagi tu.. Sekali lagi check bukaan baru 3cm dan doctor "tolong" stimulate lagi nak cepatkan bukaan. While waiting, doctor admitted to ward dulu. Around 4.45 pagi lepas settlekan admission with PM Care, barulah dapat warded di Single room. Semalaman tak tidur, lepas subuh pukul 6.00 pagi tu sakit dah kurang pulak, so dapatlah tidur kejap.

Sementara tunggu Dr. Kham check, dapatlah menjamah breakfast bubur pagi tu. Tapi selera sudah kurang sebab nervous nak bersalin..hihi..

Menu breakfast before deliver baby Zarin..
Bubur nasi + muffin + blueberry pastry + cocoa malt + fresh orange

Around pukul 9.05 pagi Dr. Kham came check and buat VE lagi tapi baru 4cm bukaan. Patutlah kurang rasa contraction lepas check in tu. Tapi doctor cadangkan untuk ke labour room and pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses bersalin. Before ke labour room, nurse masukkn ubat lawas utk kosongkan perut supaya tak berak time meneran nanti. Lepas tu, Mak Yam, midwife yang jaga bahagian penyusuan datang ward, bacakan doa2 sikit, advise dll. Alhamdullillah, very islamic kat Andorra ni.

Dalam pukul 9.50 pagi bergeraklah ke labour room naik wheelchair. Pasang mesin utk ctg. Bacaan kurang cantik kata nurse sebab tak consistent contraction tu. Oh ya, di labour room, kami disambut Makcik Rahmah dan assistant dia. Makcik memang bahasakan diri dia makcik dengan semua pesakit dan nurses. Baik sungguh macam mak2 kita dia bagi nasihat. Siap ckp, nak bersalin memang sakit, kalau tak bukanlah bersalin namanya kan. Tapi jangan fikir sgt pasal sakit tu, banyakkn berzikir. Siap ajak baca yassin sementara menunggu tu.

Around pukul 10.45 pagi tu Dr. Kham datang labour room dan pecahkan air ketuban. Time tu progress contraction slow so doctor kata lagi sejam contraction still tak cantik (kata lain tak kerap dan konsisten), so kena kena start drip Pitocin untuk kuatkan contraction. Sebelum drip tu masih steady lagi layan telefon, update blog (post ni) dan mesej2 semua. Pukul 12.00 tghari doctor bagi arahan kat nurse utk start drip tu lepas nurse bagitau contraction masih tak consistent. Makanya bermulalah kesakitan sebenar😅😅😅

Time ni masih mild contraction and tgh baca mcm mana contraction tu. Pukul 12 lebih baru "terangkat" sakitnya..huhu 😂😂😂

Sementara tunggu nak deliver tu ingatkan dah xdpt lunch, tapi dapat jugak. Mula2 risau gak nak makan takut terberak time nak meneran tu, tp nurse bagi je mkn supaya ada tenaga nnt. Tp time tu dh start sakit, so nak telan pun tak larat. Makan sesudu dua je. Tp tgk mknn tu Adoyai sedapnya lah!

Menu utk ibu tapi rezeki ayahnya la dpt habiskan. Ibu dah melayan sakit je time tu..huhu..
Nasi goreng (kot) + (macam) satay + telur dadar + papadom + salad + buah2an + fresh orange

Setengah jam pertama tu ok lagi. Siap dengar jiran bilik sebelah selamat bersalin, makcik kata dia amek epidural..sempat lagi berborak dgn makcik. Siap dpt pujian lagi dari makcik, "bagus awak sakit2 pun boleh senyum" masa minta nurse nak buang air. Tapi since dah pakai drip tu, kenalah pasang tube nak kencing tu. Oh my, sakitnya! Rasanya nurse tu xjumpa "jalan" nak kencingkan iols, sesat dlm pencarian agaknya, sudahnya makcik tolong buatkan, kejap je..and kurang sikit sakitnya..lega!!

Menjelang Zuhur tu sakit contraction mmg tak dpt digambarkan. Selain katil tempat menahan sakit, tangan husband pun jadi tempat utk ditarik saat contraction. Siap tgk mesin, bila graf tunjuk nak sampai 100% je terus tarik nafas (dan tangan husband).. Tapi! Hati ni berbulu je tengok org sebelah tu siap boleh tersengguk mengantuk sambil kita tarik tangan dia kan🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

At last, iols surrender, minta pain killer dari nurse. Memandangkan epidural mahal (RM1.2k), so dpt amek  pain killer (i.e. Pethidine injection) pun jadilah. Katanya dpt kurangkan 30% kesakitan dan bantu cepatkan bukaan, berbanding epidural boleh kurangkan sakit almost 100% katanya. Tak pastilah pukul berapa mcm tu ada sorg nurse datang (baju merah) and tolong urutkan iols sepanjang sakit yang amat tu.. Digenyehnya belakang iols ni utk hilangkan (kurangkan) sakit belakang akibat contraction yg kuat.. Sambil urut nurse tu berzikir. Very helpful! Thank u so much nurse!

Sejam sebelum melahirkan, around pukul 2pm tu, nurse buat VE and dah 7cm bukaan, lepas tu progress bukaan sgt cepat, bila iols cakap dah nak bersalin dah ni, nurse buat VE lagi, mmg dah fully dilated, nurses semua busy siapkan katil and medical equipment sementara menunggu doctor. Time tunggu doctor tula kita memang rasa tak tahan sangat nak meneran dah, nurse siap suruh tahan lagi, tp iols xingat dah mcm mane nak tahan, tahu nak teran je..huhu.. Akhirnya saat ditunggu tiba, nampak doctor dah sampai, semua dah bersedia (nurses pom pom girl tunggu bagi semangat kat hujung katil), time utk meneran je semua nurses cakap "ok puan, teran lagi..lagi..good...ok dah tu" fuhhhh tarik nafas dulu penat teran.. Ulang lagi tak pasti berapa kali agaknya, kalau x silap 3x teran jugaklah kot..tak sempat nak kira dah time tu🤣🤣🤣

Finally, baby Zarin selamat dilahirkan.

Syukur, Alhamdulillah.

I didn't expect baby Zarin seberat 3.15kg, sebab scan sehari sebelum dlm 3.06kg je.. Semangat sungguh anak ibu ni, kakak dulu 2.75kg je dik. Kiranya seiring lah dgn kenaikan berat ibu sampai 62.5kg berbanding 57kg time beranakkan kakak dulu..kihkih🤭🤭🤭

Sambungan cerita di labour room, saat doctor tgh jahit tu, terasa macam nak bersalin lagi je sbb mcm ditolak2 je dlm rahim ni, lepas tu baru teringat uri belum keluar lagi, so, bila uri keluar baru iols tau kenapa rasa nak berak tu kan (ingatkan nak lahirkan Baby twin)..hihi..

Ooh ya.. Ibu ZNI kena jahit jugak yer sebab doctor ada gunting sikit since Baby semangat kan. Lepas settle jahit semua, Dr. Khamsiah came to me, congratulates me and bagitau yang iols lahirkan secara SVD Episiotomy means kena gunting lah. Reason being, doctor tak nak serviks tu koyak sebab kalau koyak lagi sakit and tak cantik nnt (yela kalau koyak mesti menggerutu dan susah nak jahit kan). Ibu ZNI ok je doctor, janji baby keluar dgn selamat. Sebelum doctor keluar, sempat lagi dia peluk dan cium dahi ibu.

Thank u so much doctor (and all nurses)
😥😥😥

Dalam sibuk nak keluarkan baby tu, doctor sempat suruh suami amek video baby keluar so dapatlah ibu tgk mcm mane doctor tarik baby keluar dari rahim ibu kan. Muncung je anak ibu tu kan mcm time scan jugak. Then, ayah ZNI pun merasa lah potong tali pusat dgn kebenaran doctor. Baby keluar je terus nurse tunjuk kat ibu and tunjuk jantina baby. Alhamdulillah hilang segala sakit nak bersalin tu bila tgk baby. Lepas bersalin merasa sakit lain pulak kan, sakit utk recovery pulak lah yer. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Aroung pukul 330pm macam tu selesai urusan di labour room, uri pun nurse dah tlg basuh dan bungkuskan, tinggal nak tanam je. Turun masuk bilik ward, husband keluar utk solat dan amek kakak Zahrah dgn tokmak kat rumah. Time tu, ibu mertua pulak tlg jaga ibu ZNI. Time tu mmg lalok je rasa, turun ward, nurse bagi baby (dah siap pakai baju and sikat rambut belah tepi lagi) and ummi tlg tgk kan baby Zarin. Ibu kepenatan dan ketiduran.

Sedar2 pukul 5 pm dah. Borak2 dgn ummi, sementara tunggu ayah, kakak dan tokmak baby Zarin. Pukul 5.30 pm mcm tu barulah kakak sampai dgn tokmak dan ayah, excited nak jumpa baby!
Around pukul 6 pm dapat dinner, terus makan. Lapar sungguh rasa sebab lunch pun mcm sesudu dua je nasi. Dapat nasi dgn salmon, sedapnya!! Ni la mknn yang iols dapat sepanjang kat Andorra..

My 1st #MenuBerpantang di Andorra. Makan sorg sebab lapar sgt. Ayah zahrah tapau nasi goreng je. Zahrah dan tokmak ummi makan kan Cafe Andorra by chef Zubir. 
Nasi putih + salmon + mix vege + puding + fresh orange

Ni mknn utk bfast the next day. Since kena pilih, iols x pasti nak order apa. Last2 order wantan mee tapi bila dpt baru teringat, eh boleh ke makan meee.. So jamah sesudu jela. Makan sawi tu je dgn muffin..huhu..

Last menu lunch sebelum check out. The crepe was very nice ok, dalam tu ada ayam. Makan dengan cod fish yg sedap jugak. Time ni kiranya kita cheat day la before Berpantang betul2. Oh ya, ada bread pudding jugak! 😋😋😋

Before check out Andorra keesokan harinya, sempat jugak merasa dimanjakan lagi nurse kat sana. Pakej delivery yang kami ambil termasuk segala Postnatal care i.e. dimandikan (ibu dan anak), diurut dan segala keperluan ibu dan anak la kiranya. Plus, akan ada nurse yang akan melawat buat final checking lepas keluar ward. Nurse dtg utk check baby and ibu selepas delivery.

Ini latest delivery package di Andorra. I believed ini antara yang murah berbanding Other private hospitals. Untuk baby Zarin, total cost ibu dan baby lebih kurang RM4.7k with additional RM700 from single room package. Lebihan cost tu termasuk additional meals sebab admitted awal kan, induction labour, pain killer dan ubat ubatan selepas bersalin. Juga sunat Baby Zarin cost at RM70.

Sebelum balik pun dapat jugak gift utk ibu dan anak. Baju2 baby pun diorg sediakan utk 2hari tu, tapi tak boleh bwk balik yer, nak check out baru tukar baju baby sendiri. So, kalau nak bersalin Andorra, tak perlu bwk baju baby banyak2 lah. Banyak jugaklah barang dalam Hospital Bag iols yang tak digunakan..hihi..

Once warded, Ibu2 akan dibekalkan dengan Toiletries, Pad (ikat tali tu) dan tuala mandi. 

Before check out, nurse bagi gift set ni pulak, ada Diaper Bag, susu Friso and anmum, travel kit sebamed, sample Diapers dan juga ubat tali pusat. Mula2 tak tau pun ada ubat tali pusat tu, bila nurse dtg rumah baru tau and letak kat pusat baby 🤭🤭🤭

OK lah, panjang sgt dah rasa entry ni.

I just want to extend my sincere appreciation to Dr. Kham and all staff and nurses at Andorra for the hospitality. Really appreciate the helps and kindness throughout our experience in there. Mana yang kurang tu kira 0-0 jela yer..

Harapnya bermanfaat la yer utk Ibu2 sekalian.

Till then..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

8 comments:

  1. Salam..congrats dapat new baby..nak tanya kalau ambik pakej 4-bedded, agak2 husband boleh teman bermalam tak? & family boleh dtg melawat bila2 masa ke?

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Kalau x silap only single room boleh ada org teman bermalam. 2 or 4-bedded tak boleh bermalam tapi boleh melawat 10pagi to 10malam.

    ReplyDelete
  3. Awak, andorra kalau kita guna GL untuk bersalin, kena buat apa2 bayaran untuk booking x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu saya booked kena RM500 instead RM1k.. Since GL tak cover full amount, so duit deposit tu kira bayar ansuran lebihan amount yg GL tak cover la😊

      Delete
  4. salam, sy nak tny..4.7k tu include semua ke?single bed ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ya, include semua. Package delivery single bed rm3999, extra meal dgn baby itu yang yang kena rm4.7k.

      Delete
  5. nk tny pmcare x cover epidural eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak cover, tp depends on ur company policy jugaklah kot.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...