Friday, October 5, 2018

Baby Bedding Preparation and the Changing Table

Assalamualaikum mummies!
I'm back. 

Kali ni nak sambung cerita pasal preparation nak sambut baby baru baby #ZNIjunior.

Alhamdulillah, by end of September lepas, mostly physically dah sedia semua. And baby bedding ni antara yang awal disediakan. Last few weeks je baru masukkan bedding baby ke bilik master, sebelah katil ibu ayah (dan kakak Zahrah)🤩🤩🤩

Time kakak Zahrah, kami pakai baby cot ikea yang kayu tu, tapi tilam dah tak boleh pakai sebab dah kuning2 lepas 6 tahun kan. So, decide nak cari yang lain yang boleh buka tepi katil, senang kononnya kalau letak tepi katil nanti.

Tapi...

Last2 beli playpen yang tak boleh buka tepi pun..haha..survey sekali je kat warehouse sale, terus beli. Sejenis malas nak survey byk2 takut confuse nak pilih nanti.

Kakak pilihkan untuk kegunaan baby ZNI. Ibu ayah ikutkan jela janji dalam budget..hihi

Ibu dan kakak so excited with this chair, tapi apakan daya, mahal! Kite try test jela kejap..haha..

Selesai misi mencari playpen! Dapatlah Babyhood playpen utk baby ZNI nanti, tapi mcm biasa, kakak rasmikan dulu yer dik!

Kakak nak jugak masuk dlm playpen ni. Layankan jela bagi chance kat kakak. Sedaplah baring2 bagai kan..

By the way, in August, ibu ZNI ada buat booking for preorder set tilam kekabu jugak, sekali dengan baby nest. Lepas raya haji baru siap. So, itu yang dapat siapkan baby bedding ni awal.

Kakak berlakon tido je tu, nak test tilam baby punya pasal..haha

So, disinilah tempat beradu baby ZNI nnt selepas dilahirkan..inshaaAllah..hanya yang terbaik utk anak2 ibu😍😍😍

Selain playpen dan tilam kekabu, ada jugak beli set tilam patchwork kat shoppee, murah2 je buat tambah konon2nya takut kakak berebut dengan baby nanti. And again, kakak rasmikan dulu yer!

Jangan marah dik, kakak try test tengok helok ke x tilam ni. Ok la, lulus utk adik (dan kakak) guling2 nanti😝😝😝

Ok lah, kakak xguna..kakak tolong jagakan tilam baby yer😘😘😘

Since tilam kekabu dah disumbat rapi dalam playpen, so tilam patchwork ni kita guna outside playpen jela nnt. Changing table yang dpt free tu xletak pun kat playpen tu sebab nampak semak, so ibu ZNI letak kat atas changing trolley, buat2 mcm atas sekali tu changing table la..alas dengan selimut patchwork and letak changing mat. Siaplah changing area untuk guna nanti.

Both playpen and changing trolley ni letak kat sebelah katil dlm master bedroom tu je. Senang nak tidurkan baby nak salin baju semua sebelah katil je.

Inilah dia!!


Nampak ke?
Ok lah kalau tak nampak, kita zoom sikit apa yang ada kat changing area tu yer..


Nanti dalam entry lain kita cerita lebih lanjut pasal set berpantang dan supplements tu yer..sebab yang lain dah cerita dah kecuali pasal diapers pun belum lagi. Changing area ni just letak barang2 utk kegunaan harian so xdelah kena mencari kat bilik belakang sentiasa. Dah habis kt area ni, baru topup balik..jimat tenaga (dan lemak) dari kena jalan jauh..hihi..

Rasanya sampai sini dulu la kot nak bercerita. Penat dah menaip (asyik typo je sbb jari dah gemuk)😣😣😣

So, see ya in next entry..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...