Saturday, September 27, 2014

Makan-Makan Merdeka Raya 2014

As-Salam semua!!
Ok?? Tak Ok?? Hihi..

Hmmm..dah nak abes bulan September ni kan?? Rasa macam baru je masuk tahun 2014, betul tak??

Well, semua tahu bulan September ni bulan Hari Malaysia, last month pulak kita dah sambut Merdeka untuk kali yang ke 57..sebelum tu, kita beraya sakan kan?? Banyak betul sambutan yer dua bulan ni.. Tapi, semuanya kita sambut serba sederhana je..sebabnya, kita satu Malaysia malah satu dunia masih terasa akan keperitan mangsa-mangsa Nahas MH17 kan..

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam yer 😢

Ok lah..back to cerita raya dan merdeka..seperti tahun2 sebelum ni..mesti ada jamuan sikit kan..so, untuk tahun ni, kita rangkumkan jela semua cerita makan-makan yer..sonang keje den 😁

Bermula dgn jamuan raya, tahun ni kami just buat makan2 and jemput jiran2 & kawan2 terdekat je..no khemah, no imported chef..semuanya Made in BSP!! Hikhik..antara makanan yg "mastercep" ni buat dan order adalah mee rebus, roti jala, nasi impit + daging dendeng + kuah lodeh, rojak, cream puff dan kuih2 raya..


Cuba teka mana satu ibu Zahrah buat, mana satu order??? Sape betul dapat hadiah😉

Selain buat jamuan sendiri, tahun ni pun banyak juga pegi makan2 org jemput..jiran2 dan kawan2..tapi xde amek gambar pun..so, tak payah cerita banyak la kan..haha..

Zahrah pun ada Jamuan TMDK pada 21-Aug-2014 di tadika..tapi just utk student & guru2..parents tak dijemput pun..disuruh pakaikan anak masing2 baju cantik je 😒

So, cuma ada gambar Zahrah sebelum beraya jela, dengan "tereta baghu" dia..hikhik..


Then, ada jugak terselit Jamuan Birthday di penghujung bulan, pada 31-Aug-2014 di Seremban..birthday dua pupu Zahrah..tema princess & spiderman.. Let's enjoy the pictures ya😀





Selesai musim raya, sambungan jamuan Merdeka-Raya pula dibuat.. Antara jamuan yang agak meriah adalah di Jamuan Muhibbah 1Malaysia di kawasan kejiranan kami, BSPA yang diadakan pada 06-Sept-2014 lepas..

Jamuan dibuat secara potluck..tiap2 rumah bawak mknn sikit2..bila dah dikumpulkan penuh jugak la meja jamuan tu.. Antara makanan yang dibawa sate, roti jala, Mee hoon goreng, buah-buahan, mee hoon sup, kuih-muih, kek gula hangus, roti + kacang pol, potato Salad, bubur kacang perisa durian, cupcakes, french fries, udang paprika, rojak buah, ice cream, pizza, Puding Castard, aiskrim cup cake, minuman sejuk & panas serta yang disediakan pihak persatuan seekor kambing golek..



Fuhhh, banyak tak?? Sampai ktorg pun tak mampu nak makan semua..mampu tengok je..hihi 😉

Then, di ofis GP pun ada buat jamuan sempena Majlis Persaraan our BIG BOS.. Jamuan serba ringkas tapi bermakna tu dibuat time lunch hour pada 08-Sept-2014 dengan kehadiran lebih kurang 300pax..penuh la dewan tu..makanan pun not bad..kenyang sangat..sampai petang perut penuh mata mengantuk hihi🙆



Begitulah cerita makan2 dari bulan Aug-Sept 2014.. Alhamdulillah..rezeki yang dikongsi bersama jiran-jiran, rakan-rakan pejabat serta saudara mara.. InshaaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa dijamuan lain pulak.. Kalau nak jemput we-ols silalah..jangan malu jangan segan😊

Last but not least, gambar Merdeka 2014 kami😊



Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 13, 2014

Semalam di Assunta Hospital

As-salam uols..i'm back 😀
Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk blog ni lagi..seperti biasa, setelah sekian lama la kan..hihi

Kali ni, nak bercerita pasal my big baby Zahrah..budak yang sangat becok sekarang ni..entah ikut sape la kebecokkan Zahrah ni..rasanya ibu ayah dia ni pendiam dan pemalu orangnya👌..
Tapi tak kisah la, janji anak ibu bahagia & sihat selalu yer.. Alhamdulillah..

Tapi, sudah ditakdirkan buat anak ibu ni, untuk pertama kalinya sejak lahir dulu, kena tahan ward di Assunta Hospital..akibat muntah2 tanpa henti.. Bayangkan start pukul 3am hari Selasa, 09/09/14, Zahrah start muntah setiap jam..dan tak sampai 12jam masa, lebih kurang 15x dia muntah..daripada keluar isi nasi sampai keluar macam lendir kuning je..menangis ibu tengok Zahrah dah lembik tak bermaya 😢..

Selasa - 09/09/2014

~ 0300am ~
start meragam time tido, sehingga akhirnya muntah dibahu ayah time tgh didukung..

~ 0430am ~
muntah lagi atas katil pulak..

~ 0600am ~
sekali lagi muntah..badan on-off panas, so, kena bagi ubat demam jugak..

Dah bagi ubat tu, baru la dia boleh tidur semula..sampailah pagi..time tu ibu dah rasa lega sikit..syukur.. Tapi...

~ 0900am ~
terjaga dari tidur, minta susu (zahrah still breastfeed till now..alhamdulillah)..tetiba, muntah semula atas tilam (nasib baik alas karpet dgn tilam dia..kalau takkkk..huhu)

~ 1000am ~
Dah siap2 nak pegi klinik, ibu dukung..tapi, sempat lagi Zahrah muntah kali ke-5..so, ibu kena tukar baju dulu, baru pergi klinik..

Sebenarnya, kami ingat klinik buka pukul 10pagi, tu yang tunggu dulu..rupa2nya time register, klinik tu dah start beroperasi 24jam..huhu.. Sementara tunggu doktor, ada 3patients menunggu, Zahrah dah start sakit kepala, sampailah dia muntah lagi kat klinik.. Btw, time nak masuk kereta sebelum gerak ke klinik tu, Zahrah muntah lagi sekali..tapi time tu kami dah sediakan plastik utk dia muntah..bayangkan betapa lepak si kecil Zahrah time tu 😥

~ 1100am ~
Baru dapat jumpa doktor..bila bgtau doktor yang dia dah muntah dekat 10x, and doktor check demam sikit, terus dia buat referral letter ke hospital..time tu Zahrah memang tidur je kat bahu ibu..tak melawan dah time doktor buat checkup..huhu..

~ 1130am ~
Gerak ke SDMC terus..since dulu Zahrah lahir kat situ, and pernah kena tahan dari hari pertama dia lahir sebab demam juga, so, kami fikir better kami ke situ je..

Sampai ke emergency area tu, tak sempat ke kaunter, sekali lagi Zahrah muntah atas baju ibu depan kaunter..nurse nampak, ibu terus passed surat refer dari klinik, then terus ke tandas..

Zahrah muntah lagi, sambil nangis (ibu tak tahan tengok, pun menangis..huhu..


~ 1200pm ~
Jumpa doktor di emergency..and kena soal siasat macam biasa la..so, jawapan dari kami pun sama..

"muntah-muntah lebih kurang 10x"
"takde cirit-birit"
"panas badan on-off"
"takde alergi ubat"


Then doktor bgtau, kat SDMC time tu ward kanak2 sudah penuh..so, kena pergi hospital lain..and doktor cakap dia akan uruskan cari, ikut kat mana kami nak..

Mula2 try KPJ Selangor.. Penuh!
Then, Sunway Medical Center.. Penuh jugak!
Try DEMC.. Sama jugak penuh!
Cuba Pantai Bangsar.. Masih sama.. Penuh!

Doktor kata, selain tu boleh try Ara Damansara (Sime Darby punya hospital jugak), ada ward, tapi Doktor Kanak2 takde sebab kat situ specialist utk neuro and other 2 cases je..kalau ada Paed dari SDMC boleh ke Ara Damansara, boleh la..tapi malangnya, tiada doktor yang available..

Last2, doktor try call Assunta Hospital PJ, kami pun dah tak kisah kat mana, walaupun takde experience kat situ, and tak pernah dpt cerita experience kenalan terdekat (except ayah Zahrah yang lahir kat situ, 29thn dahulu), so kami ikut jela..asalkan Zahrah ok..

Alhamdulillah..ada ward kanak2 yang kosong.. Terus doktor buat referral letter ke Assunta Hospital.. Time tu, ada sorang lagi baby yang tak dapat ward, tapi parents dia nak try hospital lain, taknak ke Assunta tu, so, kami jela yang gerak ke sana..

Sebelum bergerak, Zahrah sempat lagi sekali muntah kat SDMC..huhu.. And, doktor tu tak charge pun kami..kiranya free consultation la.. Alhamdulillah..thanks doctor!!


~ 1230pm ~
Bergerak ke Assunta, syukur tak jem sangat even time tu lunch hour..sampai sana, macam kat SDMC jugak, sampai kaunter, sempat bagi referral letter dari SDMC je, terus berlari ke toilet.. Zahrah muntah lagi..and dia menangis lagi😔

~ 1300pm ~
Dipanggil nurse untuk disoal-siasat lagi..time tu takde demam..and berat Zahrah cuma 9.5kg sahaja..untuk budak umur 2T8B, rasanya macam underweight kan?? Huhu..

Then, 5min kemudian, kena panggil jumpa doktor pulak.. Check macam biasa, then, doktor cakap kena warded sebab dah banyak kali muntah, takut dehydrated😯..

Pergi admission counter pulak, another registration takes time..sbb nak kena deal dgn pmcare utk confirmation GL.. Zahrah sekali lagi muntah sementara menunggu tu..sian dia..memang tak keluar apa pun time tu..just air lendir..huhu..

Settle register utk admit, bergerak ke emergency room pulak utk start drip..menunggu lagi..time tu rasa macam nak marah je lambat and byk sgt procedure..tapi memandangkan hospital should ada procedure (and saya pun dah mmg kerja bergelumang dgn procedure) ditambah inginkan Zahrah ok, sabarkan jela.. Time tu ramai nurse tgh tukar shift, so, tu yang jadi lambat lagi😫

Akhirnya, sampai masa utk drip air..masa yang menyakitkan untuk Zahrah, sakit juga ibu yang melihat si kecil melalak kesakitan..berjujuran airmata ni😭.. Dah ambil darah, ambil sampel hingus..then, masukkan air..duduk atas wheelchair utk dibawa ke ward kanak2 Sang Kancil😓
Alhamdulillah..

~ 1430pm ~
Masuk ward double bedded, sebab single room semua full..time tu katil sebelah belum ada orang.. Sampai bilik, Zahrah terus tidur atas katil..nurse interview lagi, bgtau do's & dont's dalam ward kanak2..barulah kami dapat berehat sekejap..makan & solat..

Paed Dr. Lim datang buat checkup..interview lagi..and cakap Zahrah tak teruk sangat.. Syukur, walaupun bila tengok keadaan Zahrah macam dah teruk je rasa..maybe ramai yang lagi teruk.. Syukur juga, Zahrah tak kena cirit birit..kalau tidak, tak tahu la macam mana keadaan dia😷




~ 1830pm ~
Dr. Lim datang buat checkup condition Zahrah lagi..check air kencing, tapi malangnya Zahrah dah kekurangan air dlm badan sampai tak kencing..kena tunggu air di-topup baru dia boleh kencing..

Sepanjang hari tu memang zahrah tak makan apa2..minum taknak, nyek pun taknak.. Dia cuma nak didukung je..setiap kali sakit, dia akan cakap "sakit kepala" or "sakit perut".. Tapi Dr. Lim kata takpe sebab dah masukkan air dalam badan, jangan paksa dia makan dulu..kalau perut dh ready baru bagi dia makan..

So, sepanjang malam tu memang Zahrah tidur jela..and ibu temankan sorang2 sbb ayah tak dpt teman since masuk double bedded kan.. Jam 930 tu ayah & acu zahrah dah balik.. Tinggallah ibu & Zahrah..bermalam di Assunta Hospital..buat pertama kalinya 😢

Tengah malam tu, Zahrah dah start nak menyusu semula..rasanya Zahrah sudah rasa kelaparan sgt time tu..kesian dia..lepas menyusu, tidur semula.. 2-3x juga la dia bangun menyusu.. kencing pun start banyak malam tu.. Alhamdulillah, recovery stage dah bermula😘

Rabu - 10/09/2014

Seawal jam 0530am Zahrah dah bangun tidur..dengan kesegaran yang tak disangka..dah boleh senyum..tanya ayah mane..then, minta tengok upin-ipin..hihi.. Ibu layankan jela walaupun pagi2 buta.. Lebih kurang kul 0630am tu. Zahrah bgtau ibu, baju dia basah..ibu ingatkn air tumpah..sekali tu lepas buka lampu, rupanya, dia dh "bocor kencing" habis lencun baju-seluar and katil dia..pampers pun macam nak "meletup" dah.. So, panggil nurse utk bukakan baju Zahrah..berdarah sikit bhgn drip jarum tu time nak cabut baju..melalak la dia pagi2 tu..

Dalam pukul 0730am ayah and acu sampai dah..seronok bukan main lagi bdk kecik ni..nurse datang checkup pun terkejut tgk Zahrah time tu bukan Zahrah yang semalam..looks better & healthier.. Siap menyanyi lagi..makan nasi goreng.. Alhamdulillah😀




 Mengharapkan Dr. Lim datang checkup pagi tu and discharge hari tu juga..tapi malangnya, mungkin disebabkan ada case yang perlu di-attend, petang baru doktor sampai.. Sementara tunggu doktor datang check, nurse nak kena ambil sampel air kencing utk test, so, nak dapatkan sampel tu, kena pulak letak plastik utk tadah air kencing Zahrah.. Menangis jugak la Zahrah sepanjang pasang plastik tu..

Lebih kurang pukul 1500pm baru doktor sampai.. Doktor cakap Zahrah ok dah.. Muntah2 mungkin disebabkan virus..ujian darah pun ok..hemoglobin and darah putih ok.. Ujian sampel hingus pun (-)ve influenza.. Air kencing pun ok.. Alhamdulillah😍

Selesai tu, hospital prepare for check-out and billing semua, dalam pukul 1600pm baru Zahrah discharge..tapi bil masih belum settle..so, petang sikit baru ayah Zahrah pergi Assunta Hospital balik..

Alhamdulillah😊
Selamat dan sihat sudah anakku Zahrah Nur Iman.. Sejarah hitam yang terpaksa dialami sepanjang 2H1M itu adalah sebagai salah satu kenangan hidup yang pastinya menguji kesabaran dan ketabahan kami semua.. Alhamdulillah, kami telah melaluinya..

Syukur Ya Allah..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami Ya Allah
Kau kurniakan ketabahan kepada kami dalam menempuh dugaanMu Ya Allah
Kau lindungilah & rahmatilah hidup kami dunia & akhirat Ya Allah..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal'alamin..

Begitulah pengalaman kami ketika Zahrah diuji dengan kesakitan sehingga di-warded.. Walaupun hanya semalaman..tapi saat melaluinya seperti sebulan..huhu😞

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, August 18, 2014

Jom Raya!!!

Assalamualaikum!! 
Hai semua!! I'm back!!

SELAMAT HARI RAYA :-)
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Hari ni dah masuk hari ke-22 Syawal..dan ibu Zahrah ni masih lagi belum habis berpuasa..
Setelah 3tahun dapat puasa penuh (tahun lepas kantoi 3hari sbb tak larat sangat..huhu), tahun ni..hah, amek kau!! 10 hari kena ganti puasa u..8 hari sebab bendera merah, balance tu sebab tak sihat :'(

So, sekarang ni pulun ganti puasa..harap2 dapatlah sekali kebaikan puasa sunat Syawal tu kan..inshaaAllah..

Berbalik pada cerita raya kan, tahun ni turn beraya di Johor!! Yeayyyy!!! **lompat bintang**
Hari Jumaat, before raya tu, kami dah gerak balik ke Johor.. Zahrah macam biasa la kan, seronok bukan main kalau cakap nak balik kampung..senang je nak umpan dia, kalau buat hal sikit, kena ugut dgn ibu..dan-dan terus behave..hikhik..

"Adik takyah ikut balik kampung eh??"

So, dapatlah lagi 3hari puasa kat rumah (tapi malangnya i angkat bendera mera time tu pulak) konon2nya..macam budak2 tak..haha..lantak ler..biasalah org di perantauan mestilah ada rindu2an dengan kampung halaman kan..haha..

Then, malam raya tu, semua dah berkumpul kat rumah mak-abah..Alhamdulillah, semua beraya di Johor, except kakcik yang tengah turn raya di Melaka (makanya adalah org yg merajuk sbb sorg2 je takde raya first tu..hihi).. Nak buat camno, dah berkahwin kenalah ada giliran kan???

Malam raya tu macam biasalah, happening dengan bunyi letupan..seksa tau i..stress sgt..tapi yang tak tahan, bapak budak kat rumah ktorg tu pun sibuk nak main bunga api jugak..so, takleh nak marah la kat jiran2 kan..haha..pekakkan telinga jela..

Suasana malam raya..ramai sungguh yang main bunga api & mercun..puasa cukup ke?

malam raya..kanak2 bergembira..

Kalau nak main bunga api or mercun pun, sila2 lah tengok jam pukul berapa..jangan main tibai je pukul 12 mlm, pagi2 buta tu ko "meletupkan" kampung tu..orang nak tido maaaa!!!

28-07-2014 Raya Pertama di Johor!!

Alhamdulillah, berkesempatan sambut raya di Johor lagi untuk kesekian kalinya.. Macam biasa, pagi2 raya tu lepas siap masak2 untuk marhaban dan juga juadah raya, kitorg pun busy la amek2 gambar kan.. Raya kali ni, bertemakan "Plain" dimana kami semua sedondon pakai baju plain, tapi warna terpulang kepada keluarga masing2..

Hijau - Oren - Purple - Coklat - Merah

Meriah tak? Of course la kan..haha
Yang tak tahan tu masing2 sibuk ber-selfie.. Maklumlah, ada orang tu baru beli monopod..

Warna-warni di Aidilfitri :-)

kecoh selfie..

selfie lagi..dan lagi..

keluarga kecil kami..peace yo!!

"ibu, cantik tak adik??" tanya Zahrah

Zahrah and the geng :-)

Macam tula cerita di hari raya pertama..lepas marhaban tu, kami pergi beraya rumah makcik-pakcik area Kota Tinggi..sampailah malam :-)

29-07-2014 Beraya ke Johor Bahru!!

Hari raya kedua, dah sampai turn Angah & keluarga nak balik Labis, and kakcik & famili pun nak balik ke Kota Tinggi..tapi sebelum angah gerak balik, kami sempatlah beraya sama2 ke rumah saudara-mara di kawasan JB, melawat pakcik2 (aka abang2 mak) yang tinggal 3 orang tu je..

Tapi macam biasa la, sebelum beraya, kita selfie lagi!! Dah puas bergambar, barulah berjalan..haha

masing2 yang besar2 tunggu depan rumah..tak sabar nak bergambar..
anak2 pulak dah sibuk dalam kereta tak sabar nak berjalan..hikhik..

takde tema raya untuk hari ke-2..ikut keluarga masing2..
yang belum kawen tu, kenalah join mak-abah :-)

beraya rumah pakcik & satu2nya nenek sedara yang tinggal..
Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk berjumpa..

Simple je cerita raya kedua ni..mula2 nak ajak diorg makan kacang pol..tapi hampeh, semua kepenatan..tak dapat lagi den nk merasa kacang pol asal dari larkin tu..huhu..lenkali ler jawabnya..huhu :'(

30-07-2014 Masa untuk pulang ke KeyEll!!

Wallah..sudah masuk hari ke-3..masa untuk beraya di KL pulak..hmm..bukan KL sangat pun..kampung jugak maa..tapi kampung di Puchong..fefeeling balik kampung jugak la kan..haha..

Nah, gambar tetap kena ambik.walaupun dah hari ke-3

jejaka2 tampan dan wanita2 cun yang sudah bersedia untuk beraya..

dengan famili masing2..yang sorg2 tu paham2 jela yer..single & available..ops o_O

Sempat beraya satu rumah je di Kulai..rumah sepupu abah..lepas tu gerak balik dah..
Selesailah sudah kisah beraya di Johor.. Alhamdulillah :-)

Since beraya di Puchong dah hari raya ke-3, so kami tak sempat la nak mengikut famili Puchong pergi beraya di Rembau dengan Kajang..nak beraya sendiri?? Hmmm..kena tanya En. Suami..i ikut je..hihi..

satu2nya gambar kanak2 bermain di kampung Puchong..malam tu famili Kajang datang beraya..so, dapatlah jumpa diorng :-)

Sedih la jugak sebab takde gambar beraya dengan family Puchong kan..tapi takpe, inshaaAllah raya Aidiladha nanti kita amek gambar banyak2 yer :-)

Sekian, cerita raya kami..untuk cerita open house, mungkin akan ada..mungkin takde (ikutlah sempat update ke tak kan) haha..

So, jumpa lagi!!
Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, August 16, 2014

Jalan2 Hujung Tahun 2013

As-Salam readers!!
I'm back!! (ampunkan patik penunggu blog..ampunkan patik)

Selamat Hari Raya o_O
Semoga salah silap kami harap dimaafkan..

Btw, walaupun dah setahun tak update blog ni..hati saya masih disini..cuma tangan je tak termampu nak menaip..hikhik..
Since dah dekat setahun punya cerita (tapi gedik nak update jugak), makanya, biar gambar berbicara..haha..

Nak cerita lebih pun dah basi kan..so, kita main upload gambar jela yer :-)

Ceritanya, hujung tahun lepas..biasa lah kan..time hujung tahun mesti semua nak gedik habeskan cuti yang dah "nazak" tu kan..so, i pun gedik la nak bercuti jugekkk..nak tau ke mana????

Tadaaaaaa!!!!

nampak tak?? nampak tak??
Lama giler rasa nak pegi sini..tapi baru tahun lepas baru berkesempatan.. Alhamdulillah..

Kami kan ada "darah keturunan" felda..haruslah pergi sini..ngeh ngeh ngeh..gedik terlebih ibu Zahrah ni..cakap jela nak g jalan2 kan..alasan tak boleh blah!! hehe..

Inilah cerita Jalan2 Hujung Tahun 2013 kami o_O

31 Disember 2013 ~ Perjalanan bermula.. Bismillah

Kami start perjalanan ke arah Utara pagi tu..(kot..sbb tak hengat sangat..hikhik)
Ops lupa, kali ni kami pergi berlima..Zahrah, ibu, ayah, acu & kawan acu.. Lebih kurang pukul 2pm tu kami check-in di Felda Residence Hot Springs, Sg. Trolak, Perak..hoyyeahhhh.. Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya setelah lama kepingin nak pegi :-)


lihat anak daraku?? Dia dah cop katil siap2..over tau anak ibu ni?? huhu..

Lepas check-in tu, kami rehat2 dulu dalam bilik..solat..then, lebih kurang pukul 4 tu, kami start the Adventures of Hot Spring!! 
Poyo!!

So, kita mulakan dengan yang sejuk2 dulu..ala2 taman tema air kat area situ..
So, sape2 yang tak gemar nak mandi air panas..boleh la pergi main2 air kat sini yer..(kalau tak gemar air panas baik takyah pegi kan..pergi air terjun jela..hikhik)

Btw, tempat ni takdelah besar sangat..so, bila pergi time cuti sekolah ni, nampaklah kepenuhan disitu..tapi layankan jela yer :-)





zahrah gembira berendam..makcik2 pun layankan jela..hihi

Sepanjang jalan nak ke taman tema air tu memang penuh dengan kolam2 air panas yer..

** ada yang basuh2 kaki je
** ada yang rendam2 badan
** ada juga yang merebus telur

Kira happening la kat situ walaupun dikelilingi hutan2 & pokok2..hihi

Dah puas berendam kat air sejuk..kami bergerak pulak ke kolam air panas..tapi malas nak try rebus2 telur..sbb macam ngeri je nak duduk dekat2 dgn kolam yang suhunya of course la 100 (degree) Celcius kan.. So, kami jeling2 hai2 bai2 je dekat kolam tu..terus pergi masuk kolam yang agak besar sikit..and tak ramai orang..

Zahrah yang memang 'hantu" main air ni..memang tak dan terus nak masuk kolam..padahal ibu dia yang penakut sbb takut air tu panas..tgk2 dia relax je..siap ikut org2 besar mandi kat tengah2 sikit..huhu..
Suka hati la cik Zahrah :-)

Dalam pukul 6 lebih tu baru ktorg gerak balik bilik semula..cukup la 2jam berendam.. kaki-tangan semua dah kecut2 main air..balik bilik, sambung bilas2 badan..siap2 utk dinner and new year celebration pulak o_O

Malam tu, lepas maghrib, kami pergi dinner di cafe dalam tu je..nak keluar macam jauh kan..so, lepas2 dalam tu jela.. Plus, nak tgk sambutan tahun baru by Felda pulak lepas dinner tu :-)

Then, lepas makan kami terus ke dewan sambutan new year..ramai jugak pengunjung kat situ rupanya..tapi mknn tak banyak sgt pun..huhu..nasib baik kami dh makan..takdelah kebulur sgt nk makan kat situ kan..ops o_O



tengah tunggu fireworks..layankan live band je dulu sambil makan2 o_O

Another thing is, kami menang cabutan bertuah besar2an..believe it?? Dua kali naik stage uolsss..jeles tak??? Hihi..
 
Muka bangga dapat cabutan bertuah..anda jeles?? Nasiblah :-)


Itu jela cerita short vacation kami..2H1M di Hot Springs..di ambang tahun baru 2014.. Walaupun sekejap, at least merasa la jugak ke sana kan.. Alhamdulillah..diberi kesempatan :-)

Sekian, terima kasih..
xoxo,
Ibu Zahrah

Thursday, December 26, 2013

Kisah Cuti Sekolah 2013 (Part I)

Assalamualaikum wbrt and Salam Jumaat

Hai!!! Long time no see ha!! Hihi.. So sorry to my blog..lama sungguh "terkubur" ni.. Lately (should be few months ago la kot) saaaaaaangat la busy.. Sbb kat ofis memang tak sempat kan..bila balik rumah, dah sibuk melayan famili pulak..so, tak sempat dah nak hapdet blog ni.. Ooo mak aih!! Bersawang!! o_O

By the way, sebelum cerita panjang, nak promote sikit my FB Page ~ ZNI Selections ni..lately ni I memang byk update kat situ je on my side bussiness :-)

Jom VISIT & LIKE ramai-ramai yer!!

Ok!! Back to my normal life!! Nak start dengan cerita apa yer??? Hmmmm...

Let's start with holiday punya cerita..kisah 6bulan yang lalu..haha (nangis la korang baca cerita 6bulab lepas..basi dah kot) :'(

Sepertimana sediamaklum (kalau rajin baca blog ni la kan), time cuti sekolah adalah masa utk kami satu family jalan2..maklumlah, most of us cikgu..so, beramai-ramailah kami bercuti time cuti sekolah..huhu.. So, this time around, cuti sekolah bulan Mei 2013 hari tu, kami ke CAMERON HIGHLAND & LOST WORLD OF TAMBUN!!

Yeay!! Such a happy (and short) holiday..hihi..

30/05/2013 ~ LOST WORLD OF TAMBUN

At early morning Khamis tu, kami dah bergerak ke utara, menuju ke Perak.. Pagi2 lagi dah terpacak kat LWOT tau..excited sgt nampaknya kan??? Haha..bukan ape, takut kalau lambat nnt ramai org kan..so, bila smpi awal boleh la cop tempat semua kan..boleh?? Mestilah!! Tanpa berlengah lagi, sampai je terus menuju ke theme park dia..agak luas la..tu pun tak abes pegi semua tempat..penat dah..haha..

Zahrah?? Cik kecik ni dah pandai nak main2 time tu..ayah dia bawak masuk kolam pun dah tak takut macam time pegi Melaka Wonderland dulu.. So, puashati la tengok Zahrah gembira..

Lets have a view on our happy moment at LWOT yer!!
(nak citer banyak pun dah tak ingat..hihi)

^ US ~ a small family ^

^ Zahrah with Ibu yang selekeh sangat bajunya..haha ^

"Zahrah, tu ayah!!!"

^ KAMI ~ sebelum pulang, kita posing sikit!! ^

Alamak, sikit je gambar sempat amek!!hihi.. Takpelah, bukan glamor cam retis pun kan.. Lepas penat main-main dlm theme park tu kitorg terus ke homestay di area berdekatan.. Tapi tak dpt nak review homestay tu pun sbb sekejap sgt..dtg utk berehat je pun..so, tak yah review la kot.. Kalau uols nak cari homestay kat tambun senang je, click di SINI yer o_O

A day after, pagi2 lagi kami terus gerak ke Cameron Highland..here we go!!

31/05/2013 ~ CAMERON HIGHLAND

Seawal jam 11 pagi kami sudah sampai.. Alhamdulillah.. Since belum waktu check-in, makanya, kami singgah terus ke ladang teh

Meh layan gambar lagi yer!!





(pssst...sebenarnya gambar dah diedit last few months, tapi tak sempat nak update blog je tau..hihi)

Then, kami ke ladang strawberry pulak..apa guna pergi jalan2 kat CH kalau tak g makan strawberry kan?? Haha..jom layan lagi gambar yer..tapi gambar Zahrah and kak elisya jela..sebab diorg je sibuk main2..yang lain2 sibuk makan..haha (ni belum sempat edit..hihu)






Cukuplah kan gambar2 yang bercerita..it was a very short vacation actually..korum pun tak cukup..just to have our holiday together..as usual kan..sebab masing2 busy berkerja..so time bercuti ni la masanya utk spent masa sama2 kan..
Alhamdulillah kami masih diberi kesempatan untuk bercuti bersama sekali lagi..

Hmmmm..ngantuklah pulak eden ni hai..dari siang buat entry ni sampai ke malan tak habis2 lagi.. Mata pun sudah mengantuk..alahai!! I have to go la..so sleepy.. Daaaa!!!

Good night.. Zahrah cutie pun dah tido dgn nyenyaknya..

Assalamualaikum!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...