Monday, August 18, 2014

Jom Raya!!!

Assalamualaikum!! 
Hai semua!! I'm back!!

SELAMAT HARI RAYA :-)
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Hari ni dah masuk hari ke-22 Syawal..dan ibu Zahrah ni masih lagi belum habis berpuasa..
Setelah 3tahun dapat puasa penuh (tahun lepas kantoi 3hari sbb tak larat sangat..huhu), tahun ni..hah, amek kau!! 10 hari kena ganti puasa u..8 hari sebab bendera merah, balance tu sebab tak sihat :'(

So, sekarang ni pulun ganti puasa..harap2 dapatlah sekali kebaikan puasa sunat Syawal tu kan..inshaaAllah..

Berbalik pada cerita raya kan, tahun ni turn beraya di Johor!! Yeayyyy!!! **lompat bintang**
Hari Jumaat, before raya tu, kami dah gerak balik ke Johor.. Zahrah macam biasa la kan, seronok bukan main kalau cakap nak balik kampung..senang je nak umpan dia, kalau buat hal sikit, kena ugut dgn ibu..dan-dan terus behave..hikhik..

"Adik takyah ikut balik kampung eh??"

So, dapatlah lagi 3hari puasa kat rumah (tapi malangnya i angkat bendera mera time tu pulak) konon2nya..macam budak2 tak..haha..lantak ler..biasalah org di perantauan mestilah ada rindu2an dengan kampung halaman kan..haha..

Then, malam raya tu, semua dah berkumpul kat rumah mak-abah..Alhamdulillah, semua beraya di Johor, except kakcik yang tengah turn raya di Melaka (makanya adalah org yg merajuk sbb sorg2 je takde raya first tu..hihi).. Nak buat camno, dah berkahwin kenalah ada giliran kan???

Malam raya tu macam biasalah, happening dengan bunyi letupan..seksa tau i..stress sgt..tapi yang tak tahan, bapak budak kat rumah ktorg tu pun sibuk nak main bunga api jugak..so, takleh nak marah la kat jiran2 kan..haha..pekakkan telinga jela..

Suasana malam raya..ramai sungguh yang main bunga api & mercun..puasa cukup ke?

malam raya..kanak2 bergembira..

Kalau nak main bunga api or mercun pun, sila2 lah tengok jam pukul berapa..jangan main tibai je pukul 12 mlm, pagi2 buta tu ko "meletupkan" kampung tu..orang nak tido maaaa!!!

28-07-2014 Raya Pertama di Johor!!

Alhamdulillah, berkesempatan sambut raya di Johor lagi untuk kesekian kalinya.. Macam biasa, pagi2 raya tu lepas siap masak2 untuk marhaban dan juga juadah raya, kitorg pun busy la amek2 gambar kan.. Raya kali ni, bertemakan "Plain" dimana kami semua sedondon pakai baju plain, tapi warna terpulang kepada keluarga masing2..

Hijau - Oren - Purple - Coklat - Merah

Meriah tak? Of course la kan..haha
Yang tak tahan tu masing2 sibuk ber-selfie.. Maklumlah, ada orang tu baru beli monopod..

Warna-warni di Aidilfitri :-)

kecoh selfie..

selfie lagi..dan lagi..

keluarga kecil kami..peace yo!!

"ibu, cantik tak adik??" tanya Zahrah

Zahrah and the geng :-)

Macam tula cerita di hari raya pertama..lepas marhaban tu, kami pergi beraya rumah makcik-pakcik area Kota Tinggi..sampailah malam :-)

29-07-2014 Beraya ke Johor Bahru!!

Hari raya kedua, dah sampai turn Angah & keluarga nak balik Labis, and kakcik & famili pun nak balik ke Kota Tinggi..tapi sebelum angah gerak balik, kami sempatlah beraya sama2 ke rumah saudara-mara di kawasan JB, melawat pakcik2 (aka abang2 mak) yang tinggal 3 orang tu je..

Tapi macam biasa la, sebelum beraya, kita selfie lagi!! Dah puas bergambar, barulah berjalan..haha

masing2 yang besar2 tunggu depan rumah..tak sabar nak bergambar..
anak2 pulak dah sibuk dalam kereta tak sabar nak berjalan..hikhik..

takde tema raya untuk hari ke-2..ikut keluarga masing2..
yang belum kawen tu, kenalah join mak-abah :-)

beraya rumah pakcik & satu2nya nenek sedara yang tinggal..
Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk berjumpa..

Simple je cerita raya kedua ni..mula2 nak ajak diorg makan kacang pol..tapi hampeh, semua kepenatan..tak dapat lagi den nk merasa kacang pol asal dari larkin tu..huhu..lenkali ler jawabnya..huhu :'(

30-07-2014 Masa untuk pulang ke KeyEll!!

Wallah..sudah masuk hari ke-3..masa untuk beraya di KL pulak..hmm..bukan KL sangat pun..kampung jugak maa..tapi kampung di Puchong..fefeeling balik kampung jugak la kan..haha..

Nah, gambar tetap kena ambik.walaupun dah hari ke-3

jejaka2 tampan dan wanita2 cun yang sudah bersedia untuk beraya..

dengan famili masing2..yang sorg2 tu paham2 jela yer..single & available..ops o_O

Sempat beraya satu rumah je di Kulai..rumah sepupu abah..lepas tu gerak balik dah..
Selesailah sudah kisah beraya di Johor.. Alhamdulillah :-)

Since beraya di Puchong dah hari raya ke-3, so kami tak sempat la nak mengikut famili Puchong pergi beraya di Rembau dengan Kajang..nak beraya sendiri?? Hmmm..kena tanya En. Suami..i ikut je..hihi..

satu2nya gambar kanak2 bermain di kampung Puchong..malam tu famili Kajang datang beraya..so, dapatlah jumpa diorng :-)

Sedih la jugak sebab takde gambar beraya dengan family Puchong kan..tapi takpe, inshaaAllah raya Aidiladha nanti kita amek gambar banyak2 yer :-)

Sekian, cerita raya kami..untuk cerita open house, mungkin akan ada..mungkin takde (ikutlah sempat update ke tak kan) haha..

So, jumpa lagi!!
Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...