Monday, December 31, 2018

Zahrah Pre-school Memories 2012-2018

Assalamualaikum!

My short entry today, khas utk kakak Zahrah yang bakal ke ke alam persekolahan next 2 days. Ibu nak kongsi memories kakak sepanjang 6 tahun di alam pra-persekolahan..


2019 bakal menjadi tahun yang mencabar buat kakak #ZahrahNurIman..

Harap2 kakak tak stress yer dgn cabaran baru. Kakak mesti kena pandai control diri agar "penyakit" tu tak datang lagi..

Please love ibu, ayah dan adik sepen7h hati ya because we all love you so much!

#countingdays to 7th years old

Ibu dedikasikan kompilasi memories kakak sepanjang 6tahun di Pre-school sebagai post terakhir bagi tauun 2018.

Goodbye 2018!
Welcome 2019!

Semoga hari esok lebih baik dari semalam. InshaaAllah😍😍😍

Till we meet in more stories in 2019!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, December 24, 2018

Zarin 2 months old!

Assalamualaikum. 
Selamat bercuti panjang (Eh, cuti ke?) 

Alhamdulillah, semalam baby #ZarinNurInsyirah sudah 2 months old! 


Happy 2 months old baby! 

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan. Sebulan lagi ibu ZNI dah kena masuk keje..huhu😭😭😭

Perkembangan baby sekarang ni dia dah kenal orang, especially ibu, ayah dan kakak. Tapi siapa2 kalau agah mesti sengih2 tunjuk lesung pipit dia tu. Tapi kalau time bad mood (mengantuk or lapar), memang satu rumah dia jerit. Normally kalau dia tak tido, paling lama sejam setengah, lepas tu dia akan merengek mengantuk sgt. 1-2 jam sekali bangun minta susu. Kalau mlm smpi 2-3 jam jugak baru minta susu. Ikut mood dia la.

Berat semasa dalam 4.90kg, naik 1kg lebih je dlm masa 2bulan ni. Itu pun ibu dah rasa kus semangat nak dukung dia..haha.. Nasiblah Zarin dpt ibu cekeding xleh dukung lama2 πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Habit skrg suka hisap jari, nak kata sbb lapar, yer jugak. Tapi lepas menyusu pun hisap lagi. Nak tido pun hisap jari jugak. Sedap sgt jari tu agaknya. Tu yg jarang pakai mittens, masalahnya kuku pulak panjang, habis digaru muka bercalar bagai🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️.

Injection utk 2bulan dah ambil sekali dgn 1st month injection, kat AzZahra bulan lepas. So bulan ni xyah ambik injection la.

Sebulan lebih aritu baby #Zarin1stHoliday dah jalan2 naik kapal bot semua ikut kakak #ZahrahRevisitLangkawi 4H3M.

Untunglah nak!
😘😘😘

Enjoy the video ya..


Till then. See ya in next entry! 

xoxo, 
Ibu ZNI

Saturday, December 22, 2018

Langkawi Trip 2018

Assalamualaikum semua!
Happy weekend.

Seronok lah kan semua weekend ni boleh cuti panjang jalan2. Ibu ZNI awal2 dah set Sabtu ahad nak pergi mana sebab rasa tepu sgt 5hari duduk dalam rumah je🀭🀭🀭

Tapi sebelum kita keluar, moh ler kita throwback sikit cerita jalan2 ke Langkawi last 2 weeks. Sementara banyak masa ni kan, kalau delay nnt mau bertahun tak habis cerita (macam cerita jalan2 Sabah dan Perth tu) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kisahnya........

Day 1 - Journey to Langkawi

Takde ke mana sgt pun sbb flight kami lain2 semata2 nak dpt kan best ticket prices. So day 1 ni kira travel day jela kecuali trip 1st and 2nd yang sampai awal. Sempatlah diorg jalan2 kejap kat Langkawi tu sementara tunggu complete trip 😁😁😁

1st trip family along, sesudah subuh dah sampai KLIA. Gigih sampai LIA pagi2 terus ambik van sewa (booking awal 2 van) dan pergi homestay. Around pukul 10 pagi dah check in homestay dan beli barang sikit utk guna di homestay. Selain anak sulung, trip ni pun dikira ketua rombongan merangkap financial controller dan tourist guide (nasib baik ada wakil tukang ckp utagha)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


2nd trip family angah anak beranak yang datang naik feri. Gigih drive dari JB sampai Kedah sebelum naik feri. Suka tengok pemandangan jalan raya katanya. Asalkan bahagia la ngah 😜😜😜


3rd trip family uda pulak, mcm biasa family "hah-pening" ni siap kena escort utk check in kat KLIA, first time bwk anak beranak naik flight katanya. Tapi berangan nak pergi KLIA sejam awal mcm org dah biasa travelπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡


4th trip pulak trip "mesra orang tua dan Baby" flight petang kul 4pm. Seram betul naik flight time hujan, siap nampak kilat dari dlm flight. Aduyai, I was so nervous. Tak tau tokmak baca apa time hujan tu, mungkin baca Yasin (macam dulu2.. Naik cable car baca alma'thurat)😬😬😬


Pukul 5ptg lebih baru Complete rombongan AF Generations di Langkawi. Since dah petang, pergi Pasar Malam Kedawang je. Pandai2 la cari makan malam sendiri.. Haha..

Untuk homestay, kami booked sekali dgn 2 van utk muatan 22 org. Total 4H3M Homestay dan 2 Van cuma RM2000. Ok la kan.

Day 2 - Sightseeing, Photography & Shopping di Langkawi

Cuci2 mata di Langkawi, bergambar je banyak dan di lengkapi dengan shopping dan makan malam bersama.

1. Oriental Village - ikut itinerary yg ibu ZNI buat supposedly kami nak pergi Langkawi Duck Tours malangnya kaunter tutup. Tak pastilah wujud lagi ke x tour tu kan. Since dah sampai Oriental Village, kami masuk juga lah ke dalam walaupun xde plan nak naik cable car semua tu. Most of us dah naik cable car, Kanak2 yg lahir lambat selepas previous visit ke Langkawi jela yang belum naik. Plus, ramai gak yg xkuasa nak naik sebab gayat kan. Tapi yg hero2 je semangat nak naik. Tp ada org tu tak baca IC (satu family) so kalau nak naik xdpt tiket warganegara. Fyi, tiket kombo RM40 dapat enjoy Skycab, Skydome dan 3D Art Gallery. Tapi at last, satu pun kami x pergi. Just amek gambar dekat luar pintu 3D Art Gallery je. Itu pun dh 2jam, kalau masuk dlm mau sampai petang🀣🀣🀣.


2. Singgah Telaga Harbour - sebelah Petronas. Ambik gambar kejap dlm 30min, pergi toilet terus gerak ke next destination. Lunch. Actually, kat Petronas tu ada restoran Arab and surau, tapi since kami dtg lebih 20org, so xpe lah, x payah kaya kan pak Arab yg memang dah kaya..haha.. So kami singgah makan di Kafe Simpang Datai je. Gerai biasa je, tapi kenyang dan murah lah kan. Alhamdulillah.


3. Langkawi Craft Complex - Sampai sini dgn niat nak tumpang solat. Sementara menunggu tu cucu2 tokbah tokmak sempatlah mencanting batik. Bayar sorg RM10 je. Dah siap boleh bwk balik. Hadiah disediakan oleh Tokbah (tak pasal2 tokbah yg kena bagi hadiah). Barang2 dlm kompleks tu agak mahal, so tak payah kot beli. Tapi tokbah sempat jugak shopping dlm tu. Bosan menunggu lama2 agaknya 😁😁😁.

4. Singgah tepi pantai Tanjung Rhu minum air kelapa, makan rojak dan pekena cendol. Tapi iols duduk dlm van jela sbb xleh makan cendol lagi. Sedih! πŸ™„πŸ™„πŸ™„.

5. Air Hangat Village - semangat datang sini sebab nak mandi air panas. Malangnya, tempat tu utk berendam kaki je kalau nak mandi kena guna jakuzi dlm bilik dan of course lah mahal kan. Lebih sedih lagi hari hujan.. Haha.. Tapi at last budak2 tu dpt jugaklah mandi kolam (air biasa) dlm 15 min lepas hujan dah berhenti. Nak masuk kolam kena bayar RM5 utk dewasa, dan RM2 utk Kanak2 7-12thn.

6. HIG Mall - Sebelum balik homestay singgah shopping sat. Hari pun hujan so activity in door jela. Lagipun, kalau shopping kali ni ada yg xcukup, esok2 boleh singgah lagi🀭🀭🀭.

7. Dinner di Restoran DSaji Kuah - Terletak di jeti kuah. Asalnya nk cari Restoran Tanjung Tirai View, tapi termasuk situ pulak. Alhamdulillah sedap dan memuaskan. Total kami makan xsampai RM500 pun. Ok la kan.


Sekian, cerita hari ke-2 di Langkawi. Balik homestay simpan barang2 shopping 😜😜😜.

Day 3 - It's outdoor activity

Last trip to Langkawi kami tak buat Island Hopping, so this year is the time. Mak and abah pun join jugak walaupun sakit2 pinggang naik bot. Ibu baru lepas berpantang ni pun sibuk join jugak dengan baby kecik.

Baby #Zarin1stHoliday dah ke pulau ok! Kapal terbang dah naik, boat pun dia layan jugak, walaupun tidur..haha. Mula2 bagitau kakak Zahrah yang kami takkan join Island Hopping takut baby meragam kan, tapi kesian pulak kat kakak, so #ZahrahRevisitLangkawi ni kita bagi chance la join jugak.

Ada 3 stops utk Island Hopping ni:

1. Pulau Beras Basah - mandi manda kat tepi pantai. Memang bersih pantai ni, tapi xde pun kedai2 tepi pantai rasanya sebab monyet bersepah kat situ. Maunya habis semua makanan dikebas monyet tu. Ktorg pun terjerit-jerit lalu situ sbb monyet nak curi makanan. Siapa bawak plastik mknn dia aim dulu. Siap curi dari blkg tu. Pro betul monyet tu 🀣🀣🀣!
2. Eagle Feeding - just stop kejap je, driver boat campak ayam ke laut, pastu burung2 tu semua berebut la tangkap mknn tu. Tapi time ramai org diorg "malu2 Helang" nak ambik mknn, bila dah x ramai baru berduyun turun tangkap mknn.

3. Pulau Dayang Bunting - last stop ni ktorg xnaik pun, tggu yang lain2 mandi2 kat tasik, kami kat jeti je berehat. X kuasa la hai nak mendaki tangga ke tasik tu. Sejam jugak la menunggu diorg settledown🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️. Masa yg driver bagi sejam, tapi lebih sikitlah.

Total Island Hopping utk kami 22org, booked boat besar sikit dapat RM600. Dpt diskaun dari harga asal RM40 per pax. Ok la kan.

Balik dari pulau, hujan sikit, seram jugaklah kan naik boat time hujan, sebab agak berombak la. Alhamdulillah selamat sampai ke darat. Siap kena pau beli "gambar piring". Nasib baiklah ktorg x ikut ckp photographer amek gambar sorg2 πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.


Settle Island hopping terus lunch kat Medan Selera Kuah, then terus shopping kat Idaman Suri dan Langkawi Parade pulak.

Total Lost? Takyah tanya! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Last day #AhsainsOutingDay di Langkawi

Merangkap last #throwback #Zarin1stHoliday dan #ZahrahRevisitLangkawi juga penutup jalan2 2018.

Just amek gambar kan Pantai Chenang dan shopping last minute di HIG Complex juga Nusantara Gamat. Yela, beg utk bwk ke kabin ada 7kg lagi, haruslah digunakan kan??


Kali ni kami xpilih homestay kat Chenang sebab kat situ dah pernah duduk time 2015. Happening mmg happening sampai pening ramai sgt org. So, kami stay di homestay dekat2 dgn airport je senang. Boleh dikatakan central jugak la kan.

Langkawi IDUL Homestay saiz sederhana ni ada 3 bilik, 2 bilik air.. Muatlah utk kami berkoyok ramai2 dlm tu..haha.. Cumanya bila nak balik baru tau check out time pukul 10pagi, kelam kabut jugaklah nak arrange hari last tu sbb trip balik pun lain2 kan. Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€


Sehingga berkesempatan utk next holiday, inshaaAllah!

Next travel maybe kena tunggu sampai baby dah boleh jalan (doakan ibu ZNI mampu bertahan terperuk di rumah dan ofis je) 🀭🀭🀭

OK la, till then..

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, December 21, 2018

It's a teaser! #AhsainsOutingDay deTour Langkawi 2018

Assalamualaikum!
Salam Jumaat!

Short and sweet entry today.
It's a teaser for #AhsainsOutingDay 2018. Tahun ni kami telah memilih Langkawi sebagai lokasi berjalan.

Dah lama tak keluar ramai2, last rasanya ke Sabah 2016 itu pun xcukup quorum. Tahun 2018 ni ke Mersing cukup quorum, itu pun last minute plan. Trip kali ni pun xcukup quorum jugak, cikgu Permata dua org tu busy sungguh cuti sekolah ni. So kena tinggallah jawabnya😁😁😁

Ibu ZNI bagi diskaun kat diri sendiri berpantang 40 hari je sebab plan lari (ingatkan baby keluar awal sempatlah berpantang 44hari, sekali overdue pulak) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

First travel berempat yang sgt mencabar fizikal dan mental, sakit badan bila baby #ZarinNurInsyirah nak berdukung je..nasib baik byk tangan lain boleh tolong dukung juga. Thank u semua!

Kakak #ZahrahNurIman as usual bila berkumpul ramai2 suka lah dia. Tapi selalu menguji kesabaran ibu dia ni..huhu..

Kebanyakan tempat yang di singgah tempat2 yang belum pergi sebelum ni (2011 & 2015) serta perlukan "mesra-orang tua dan Baby" 😁😁😁

🎒 Skycab cukuplah sekali naik, dulu, 6tak kuasa nak bergayat lagi sekali. Datang Oriental Village utk aktiviti lain tapi tak berjaya..haha..

🏝 Island Hopping layan jugak walaupun gigih bawak baby. Sakit pinggang ya amat naik πŸ›₯ tu.. Adoyai..

πŸ›️ Sightseeing Langkawi Craft and Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Chenang

Shopping is "no-need to tell" activities Di Langkawi kan..


Nanti kita cerita lagi yer pasal #ZahrahRevisitLangkawi dan #Zarin1stHoliday kali ni.

Tungguuuu!!!

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, December 14, 2018

#ZarinNurInsyirah 1 Month Old

Assalamualaikum. 
Jumpa lagi! 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis walaupun cerita #throwback je sempena sebulan baby Zarin sebab now she's already 1mo and 3weeks old. Dah lama nak menulis tapi tak berkesempatan je. Ni pun sambil dukung baby je niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebulan yang sgt mencabar, maklumlah dah 6thn tak jaga baby kecik. Mcm org baru nak ada anak je gayanya..

Minggu 1 - Alhamdulillah went well. Duduk hospital semalam je, balik dari Andorra rehat sehari sebelum ibu ZNI ni start berurut 3 hari. Hari ke-3 berurut pagi terus siap2 terus balik kampung nak berpantang kat kampung pulak.



Minggu 2 - Ayah ZNI masih cuti, extend cuti sampai Deepavali. So lebih kurang 2minggu jugaklah ayahnya cuti kan. Lega lah sikit ada bantuan setiap masa.. Kihkih.. Nurse KKM datang check ibu dan baby hari2, and hari ke-10 baby Zarin kena refer ke paed sebab ada blisters kat badan dia. Doktor KKM pun x pasti sbb tu dia refer ke paed. So, minggu kedua ibu ZNI dah "pijak tanah" menapak ke hospital🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️

Minggu 3 - Ayah ZNI dah balik KL. Bermulalah hidup bertiga dulu disamping tokmak dan tokbah. Sudah ditakdirkan, minggu tu kakak #ZahrahNurIman pulak sakit, terketar2 badan kaki tangan dia. Pergi klinik swasta doktor suspect sawan and terus refer ke hospital (lagi). So sekali lagi menapak ke KPJ, nasib baik pakngah baby cuti (Johor cuti Jumaat). So, ada la org nak bwk ke hospital. Mula2 ke KPJ, pastu ke Regency pulak..dan bermalam lah ibu berpantang 4 beranak kat hospital..huhu.. Cerita pasal kakak boleh baca previous entry ya. 

Minggu 4 - Cuti Maulud Nabi, ayah ZNI ambik kami bertiga balik Johor. Weekend tu ada Mcm2 urusan, ibu checkup, kakak konvo dan amek buku sekolah rendah. Dari pagi sampai maghrib baru balik rumah walaupun masih dlm pantang (sila #jangankecam)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…



Alhamdulillah walaupun pelbagai dugaan sepanjang sebulan, baby Zarin tabah menghadapi..haha..padahal berdukung je. Baby gained weight normally, kuning pun takde mcm kakak dulu. Cuma rashes kat muka tu mcm byk jugaklah (janganlah ekzema yer anak ibu)..

Berat semasa lahir - 3.15 kg
Berat hari ke 7 - 3.43 kg
Berat hari ke 21 - 4.00 kg
Berat hari ke 30 - 4.10 kg
Berat semasa - 4.50 kg

Membesar dengan sihat yer #ZarinNurInsyirah sebab kakak #ZahrahNurIman pun tgh gaining weight😘😘😘

ENJOY THE VIDEO YA! 


OK lah, late entry tak payah tulis panjang2 sangat. 

So, till we meet in next entry ya..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...