Sunday, September 27, 2015

Cuti1TM ~ Jalan2 Melaka.. Kolam Air Panas

As-salam.
Salam Ahad ;-)

Yuhuuuu..best ke cuti? Rasanya ramai yg tgh menghabiskan cuti hujung minggu yg agak panjang ni kan..dari hari Khamis sampai la hari ni..
Weolss pun sama.. Hari Jumaat lepas kena cuti "paksa" semperna hari raya, so, "terpaksalah" balik kampung lama..hhaha (terpaksa sangat padahal lompat bintang)..

Since Rabu ptg sampai sabtu, weols habiskan masa "family time" kat kota je.. Then, sabtu pagi, gerak ke Muor utk kenduri kahwin sedara.. Lepas wedding terus ke Melaka rumah my sister.. Sukalah bdk kecik Zahrah ni bila dapat jumpa sepupu2 dia :-D

Hari Ahad, kami ke Kolam Air Panas kat Jasin pulak sebelum gerak balik KL/Selangor. Ramai jugak la orang tapi masih ada tempat nak mandi2.. Tempat ni dikategori sebagai bajet place utk mereka2 yang inginkan penjimatan disamping nak bersantai dgn famili. Ok la kan..tiket dewasa pun baru RM6.50 dan kanak2 cuma RM3.50 je.. Murah tak? Hihi.. Ktorg pergi pun lebih kurang sejam je sebab dah lapo masing2..bdk2 mmg tak puas mandi la..tapi org2 tua guna kuasa veto je ajak balik..kahkah.. So, dlm kul1.30 dah balik.. Kawasan luar kolam tu kawasan perumahan, so, byk la kedai2 kecik (gerai sbnrnya) yang jual makanan.. Sempat la jugak singgah beli nugget/hotdog/air sbb masing2 dah lapo kan..

Jom tengok gambo je ;-)






Ok lah, sekian cuti utk kali ini..
Enjoy ur cuti selagi ada cuti..kihkih..
(ayat pengubat utk org yang tinggal 1.5hari je cuti)

Daaaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 1436H

As-salam muslimin dan muslimat..
Selamat Hari Raya Aidiladha :-)

Alhamdulillah..dihari yang penuh keberkatan disebalik kisah pengorbanan si ayah dan anak, hanya kerana menunaikan perintah dariNya..

Maha Suci Allah..
Allah Maha Besar.. Tuhan Sekalian Alam..

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Dugaan yang Allah swt turunkan untuk umatNya adalah suatu rahmat, menunjukkan Dia masih nampak akan hambaNya dan inginkan hambaNya dekat denganNya.. Engkau permudahkanlah urusan haji saudara-saudari kami di bumi MekahMu Ya Allah.. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur.. InshaaAllah..

Dihari penuh keberkatan ini, mohon ampun dan maaf andai atas segala kekhilafan kami, samaada disengajakan ataupun tidak, dalam keadaan kami sedar mahupun tidak. 0-0 yer :'(

Last but not least, memori Aidiladha tahun ini, sudi2 kan menjenguk :-D







Ok lah tu..tak ramai pulak raya kali ni..yang lain2 balik rumah mertua pulak.. Lepas solat dan makan, terus pergi beraya kat tepi laut ;-) amek angin sepoi2 bahasa..hihi..

Ok la..sekian utk kali ini..

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Nota kaki:
Sekali lagi berita sedih diterima dari Mekah semalam.. Lebih 700 jemaah meninggal dunia di Mina akibat rempuhan manusia dan kesesakan. Allahuakbar..
Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. InshaaAllah..

Al-fatihah

Sunday, September 20, 2015

First Time --> Butter Prawn

As-salam. Selamat petang!!
Happy weekend ;-)

Buat ape tu? Bersantai di rumah? Have a good day ya!!

Weols pun duduk rumah je hari ni.. Just keluar beli lauk2 kat Aeon Taman Equine, pastu balik terus masak. Now baru selesai makan..hihi :-) Alhamdulillah..kenyang..

Nak tau ape menu hari ni?
Tadaaaaa!!!


Hmmm..udang tu first time buat sendiri tau..hahaha.. Butter prawn..special udang harimau dari Aeon..kihkih..
Nak tau macam mana resepi tu x? Meh cuba resepi dari Azie Kitchen ni... Senang je uolssss... I pulak improvise sikit resepi tu ikut resepi lain jugak :-D

Sarang telur

1) Pukul 2biji telur kuning
2) Panaskan 1senduk butter dan 1cawan minyak
3) Kacau laju (secara bulatan) campuran minyak dan butter yang telah panas..
4) Masukkan telur kedalam minyak+buttter yang panas sambil kacau dgn laju..
5) Bila telur dan kekuningan keemasan, angkat & toskan minyak..
6) Siap!!

Udang

1) Perapkan udang dengan black pepper, garlic, serbuk perasa
2) Belahkan udang sikit dan selitkan cheese ditengah2..
3) Then, bakar dengan sedikit minyak zaitun
4) Siap!! Gabungkan dua2 dan sedia utk makan :-)

Senang kan?
Dah tgk jela zoom out gambar udang ni yer..kihkih


Daaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 19, 2015

#Umrah2015 ~ Ujian Dari-Nya

As-salam.
Selamat pagi. Happy weekend.

Alhamdulillah. Syukur.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Segala pujian hanya untukMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Seminggu sudah kejadian kren jatuh di Masjidil Haram berlaku. Tanggal 11/09/2015 pastinya menjadi ingatan buat semua jemaah haji khususnya, dan sekalian umat Islam amnya.. Seramai 111 jemaah haji termasuk 5 org jemaah haji dari Malaysia telah disahkan terkorban dan beratus yang lainnya tercedera akibat kemalangan tersebut. Allahuakbar!! Allah Maha Besar dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala kejadian yang berlaku :-(

Musibah tersebut pastinya mengingatkan kami akan kejadian yang berlaku ke atas kami sekeluarga, 3bulan lepas..di bumi Mekah. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami apa yang berlaku.. Yer, pada 30/05/2015 kami telah dijemput olehNya untuk menunaikan umrah. Sehinggalah pada 09/06/2015, sehari sebelum kami akan berangkat pulang ke Malaysia, kami diuji olehNya.. Ujian yang semestinya tidak terduga, dan kami ibarat tidak bersedia utk melaluinya.. Subhanallah..

Selesai solat subuh, kami bersedia untuk breakfast terakhir di bumi Mekah (semoga kami diberi kesempatan utk berada disana lagi) setelah beberapa hari disana. Ketika breakfast, kami (kecuali along dan hanan) hanya berborak biasa sahaja sehinggalah abah tetiba cakap "abah macam sakit kepala pulak" sambil meneruskan makan seperti biasa.. Tapi kami hanya ingat itu cuma sakit kepala biasa sahaja dan bagitau abah untuk makan ubat selepas breakfast nanti.. Tiba2..dalam beberapa saat ketika makan, abah seperti meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan dan terlentok pengsan ke kanan.. Ketika itu, saya disebelah kiri abah dan uda disebelah kanan abah. Kami panik saat time tu.. Cepat2 buka kopiah abah, loosen butang baju abah dan kipaskan.. Abah nampak seperti ingin terjadi kancing gigi..cepat2 kami ambil garpu utk abah gigit bagi mengelak sebarang perkara lain.. Allahuakbar!! Abah masih kelihatan seperti menggigil dan berpeluh. Masing2 kami yang perempuan dah bergenang airmata. Risau. Takut. Sedih (terasa airmata kembali bergenang saat penceritaan ini :'( Allahuakbar). Mujur ada Ustaz Amir bersama isterinya (sama kumpulan jemaah umrah kami) sedang bersarapan dan kami minta beliau buat sesuatu. Ustaz minta kami berselawat di ubun kepala abah sambil sapu air zamzam dimuka dan badannya.. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian abah tersedar. Syukur. Abah seakan tidak ingat apa yang berlaku. Hanya ingat kepalanya berpusing dan gelap seketika. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Abah sedar kembali. Memang kami belum bersedia andainya "sesuatu" berlaku pada abah dan kami. Yer, semua umat Islam ingin "pengakhiran" disana.. Tapi, hakikatnya kami belum bersedia. Allahuakbar. Dia Maha Besar. Dia Maha Mengetahui akan kelemahan dan keupayaan.

Memandangkan abah kelihatan agak kepenatam, kami usung abah balik ke bilik dgn kerusi roda.. Walaupun abah keberatan nak naik kerusi roda (biasalah kan..abah kami cekal orangnya), tapi kami paksa. Takut anything happen. Pulang ke bilik, kami bersihkan abah dan kerusi (kesian abah, sampai terkencing ketika menahan kesakitan..huhu). Kami perlu bersiap sedia untuk buat tawaf wida' sebelum berangkat pulang. Dan sekali lagi kami "paksa" abah untuk naik wheelchair time buat tawaf wida'. Alhamdulillah, abah akur. Mungkin juga risaukan akan keselamatannya.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpa abah, kami teringat akan sesi taklimat sehari sebelum pulang.


ketika sesi taklimat

Ada sedikit jamuan setelah selesai majlis tahlil kumpulan kami. Menu utama adalah kambing. Yer, abah memang tak pernah makan kambing sebelum ni, tapi ketika jamuan tersebut, dia begitu menikmati lauk kari kambing yang disediakan (memang sedap masakan kambing tu sebenarnya). Dan kami membuat kesimpulan, mungkin kambing tu sebagai asbab, disamping hakikatnya ianya adalah ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah, sekitar jam 10pagi kalau xsilap, kami selesai melakukan tawaf wida' dan bersiap sedia untuk pulang sementara menunggu bas.


bergambar dihadapan Masjidil Haram sebelum melakukan Tawaf Wida'

Bermulalah perjalanan pulang kami ke tanah air, meninggalkan tanah suci, tanah haram, bumi Mekah al-Mukaramah. Alhamdulillah, kami dijemput kesana walaupun dalam tempoh hanya 2minggu.

Tanggal 10/06/2015, sudah lebih 3bulan berlalu..kami selamat sampai di bumi Malaysia. Alhamdulillah :-)





bersama kumpulan kami di Jeddah Airport & KLIA sebelum "berpisah"

Ok lah..nanti sambung lagi cerita di sana yer..
Till then.....

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 13, 2015

OOTD ~ Sama Tapi Tak Serupa

As-salam semua!! Happy weekend..
Alhamdulillah..dipanjangkan umur utk kite "berjumpe" buat kesekian kalinya :-D

Hari ni saje nak share dgn uols tentang "keterujaan" ibu Zahrah utk sentiasa kelihatan sedondon satu famili.. Poyo tak? Hihi..whatever!! I like that.. AAK? Hahhaa... So, takyah cakap banyak, jom kite review few moments yang kami sedondon.. Let's cekidaut!!


~ Raya 2012 till 2015..mostly plain..senang nak sedondon ~


~ outfit time raya jugak..eh, mcm duplicate je gmbr first tu..org lelaki takyah buat baju melayu byk2..hihi ~


~ time jalan2..dapat sama color pun jadilah ;-) ~


~ ibu <3 anak ~


~ <3 <3 <3 ~

Ok then. Selesai "tugas" untuk hari ni..
Masa untuk cari barang dapur..kihkih..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 12, 2015

Food Hunter..in Actions!!

As-salam semua.. Semoga semua sentiasa dibawah rahmatNya dan diberi kesihatan yang baik.. InshaaAllah..

Alhamdulillah, jumpe lagi dihujung minggu ni..berehat2 dirumah..bila dah xde benda nak buat ni mentang2 kelas belum start..kihkih start la semangat nak main masak2.. Makanya!!!


Nampak tak? Tau tak ape tu?
Hah, tula nama dia Risoles Daging Bercheese.. Yummy!! Resepi asal uols boleh rujuk kat sini yer.. Tenkiu tuan rumah..hihi

Utk resepi dari ibu Zahrah ni, i follow jela dari resepi asal tu.. Tapi tak secantik owner tu buat la..hihi.. Janji puas hati dapat buat kan.. Ok, jom tgk step2 by step resepi ni yer ;-)



1) sediakan risoles..adunan macam buat lempeng je..tp kena buat nipis2 la supaya senang nak gulung nnt..tambahkan santan, telur dan garam untuk bagi rasa yang sedap sikit (tp sy guna susu cair je, santan xde pulak..hihi)

2) sediakan inti..just tumis bawang putih, tambah daging cincang sampai masak, then, letak kentang sampai lembut..letak sikit tepung kastard supaya pekat..dah siap masak tapiskan..

3) masa untuk plating!! Haha.. Letak sikit inti, taburkan mozarella cheese, gulung macam nak buat kuih ketayap, sapukan dengan telur dan taburkan bread grump..lastly, gorengkan!!


Siap!! Senang kan?
Sila try buat yer kawan2 :-)

Alang2 dah buat entry pasal makanan, jom kita throwback citer2 makan pulak la yer.. Senang..3in1 punya entry.. Jom!!


^^ juadah time lunch tadi..buncis goreng, gulai ayam and grill salmon ^^


^^ breakfast few days ago..utk bekalan zahrah dan ayah dia ^^


^^ last weekend..lunch at Papa John, Sunway Pyramid ^^


^^ made today..sebab terlebih masak daging cincang tu ^^

Hmmm..macam dah banyak pulak kan berleter.. Malam pun dah melabuhkan tirai..chewwah!! Mata pun sudah berat.. So, ape lagi..
Selamat Malam!!

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Nota kaki:
Pagi2 lagi kita dah dikejutkan dengan berita insiden kren jatuh di Masjidil Haram, semalam.. Allahuakbar!! Besar sungguh dugaan Allah berikan kepada hambaNya yang sedang beribadah dirumahNya.. InshaaAllah semua jemaah haji yang diuji itu adalah insan terpilih dan disayangiNya kerana itulah mereka diuji disaat berada di rumah Allah..disaat sedang melakukan ibadah..dan di hari Jumaat, penghulu segala hari.. Semoga Jannah untuk mereka.. Aamiin..
AL-FATIHAH

Saturday, September 5, 2015

Weekend ~ Mission Impossible

As-salam semua!! I'm back!!
Hihi..dah masuk bulan Sept 2015 dah ni..cepat je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik..tinggal sebulan je lagi cuti sem..next month dah start kelas balik..uwaaa..

So, weekend terakhir sebelum dipenuhi dengan kelas ni kita penuhi dgn aktiviti yg best sikit la yer..since before this busy dengan macam2 aktiviti..open houses, weddings and majlis pertunangan acu ZahrahNurIman..so, this week kita tengok wayang!!! Yeay, first time tgk wayang lepas dapat anak, dan bawak Zahrah..excited nak tgk mission impossible katanya..buatlah online booking kt gsc..siap dgn set popcorn bagai.. Malangnya!!!












































HALL 6 PROBLEM!!!
Stress!! Terpaksa refund je..tu pun dpt half je..duit tiket je dpt..hmmm, ktorg mmg beli popcorn tu mkn kat rumah je :-/

nampak tak muka excited dua beranak ni?

bapak dan anak dengan "miss rabbit" sementara tunggu wayang start kul4

penghujung cerita mission semalam yang mmg impossible :'(

So, today..kami teruskan misi ni di TGV Sunway Pyramid dengan harapan yang tinggi..haha..
Akhirnya...

gelap2 pun nak selfie jugak..bukti dpt tgk "tv beso"

kihkihkih..sembunyi belakang ibu bila trailer citer hantu keluar

last but not least ;-)

Ok lah..one of wonderful weekend..sudah cukup sudah..esok nak masuk keja sudah..hahhaa..
Alamak, esok ada check-up lagi??!! Suspen :-o

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...