Sunday, August 9, 2015

[ RESEPI ] EasyMizzy Puding Trifle

As-salam mommies semua!!
Ape khabar? Sihatkah?
Masih "berperang" di dapur? Hihi..

Biasalah kan..semua mak2 pasti akan rasa saat berperanv kat dapur..masaknya berjam, tapi tak sampai 15min selamat semua masuk perut.. Tapi, kepuasan tgk hasil tangan mak sendiri masak memang takde nilainya kan? Betul tak? Mestilah betul :-p

So, hari ni topik kita pasal makanan yer..disebabkan ada jamuan "farewell" perpecahaan unit kami kepada 2-bahagian, juga sempena Aidilfitri dan juga perletakan jawatan rakan sepejabat, so, dirajinkan diri untuk menyumbang sedikit desert..jarang2 ni ibu Zahrah nak memasak, selalu "hulur" je and lets kakak2 yang uruskan semua..tapi kali ni..i rajin sikit uolsss..

So, nak tengok hasil ** Puding Trifle ** ibu Zahrah ni???
Tadaaaaaa...


Ahha!! Menarik tak? Gojes tak? Terliur tak??
Hahahahha.. Well, ni resepi yang sangat2 mudah yer..

1) Susun swiss roll yang dipotong/dihiris atas bekas/mangkuk lutsinar..susun biar mampat yer :-)

2) Lapiskan dengan adunan puding kastard (secawan) bersama gula (1/2 cawan), susu cair (1 tin) dan air (1 tin).. Uols mesti tau kan macam mane nak buat kastard..hihi..

3) Susun buah (koktail) atau fresh fruit atas lapisan puding tadi..tekan2 sikit supaya tak bergerak nanti ;-)

4) Siram lapisan atas dengan jeli / agar-agar untuk bagi effect colour yang pelbagai..hahaha..

Hah, senang kan? Memang senang je..tak perlu nak baking bagai..paling susah pun nak kena potong2 buah (kalau beli yg fresh la) dengan nak masak kastard and jeli tu.. Tapi masih boleh diterima lagi tahap "difficulty" puding ni..

Untuk ibu Zahrah ni, resepi diambil dari blog Lina Pg dan di-inovasi sikit mengikut keadaan..ape yg i buat? Cuma tambah buah kiwi dilapisan atas roti sebelum puding kastard tu je..haha..
 
 Kasi zooooooommmm sikit!!😉


So, ape lagi??
Selamat mencuba!!

Daaaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah😘

Saturday, August 8, 2015

Perginya.. Sekali Lagi

As-salam mommies!!
Jumpa lagi kita dihujung minggu ni..
Alhamdulillah masih berkesempatan..

Actually, sejak dah habis sem ni..terasa banyak pulak masa terluang..rindu pulak saat dan ketika berada dalam keadaan kelam kabut..haru biru..lintang pukang nak siapkan assignments and nak study..memang ni la first time rasa last minute study yang sangat2 last..mane tak nya, weekdays dh kat ofis..kadang2 je dpt masa nak siapkan assignment..tp dah time kritikal tu memang amek masa kat ofis nak siapkan assignment..buat kerja ofis siap2 terus sambung buat assignment.. Minta ampun bos.. Disebabkan ke-kelamkabutan ni la sambutan raya tahun ni kurang meriah sikit..

Ditambah pulak dengan kehilangan yang baru dirasai selepas seminggu berpuasa tempoh hari.. Ingat lagi tak dalam entry saya yang lepas?


Yup, kami baru kehilangan bakal zuriat kami buat kali kedua.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Hanya Dia yang tahu apa yang kami perlukan..bukan apa yang kami inginkan.. Alhamdulillah, kami masih lagi "dipandang" dan diuji oleh-Nya..tanda dia sayang kami..
Alhamdulillah..kami redha akan ketentuan-Nya dan kehendak-Nya.. InshaaAllah..

Mengimbau kembali akan kehadiran "si dia" lebih kurang 4bulan yang lepas.. 18-Apr-2015 merupakan tarikh first day period sebelum kami sahkan akan tanda2 kehadiran "si dia" dikala saya missed next period on 18-Mei-2015.. Yup, tiap2 bulan memang period saya akan konsisten..so, bila lewat period, gerak hati saya kuat akan kehadiran "si dia" di dalam rahim ibunya..

Syukur.. Alhamdulillah diberi rezeki seterusnya.. Walaupun ujian UPT kelihatan samar2 tapi gerak hati ibu ZNI ni kuat..tapi, diuji pula dengan demam sepanjang minggu2 akhir bulan Mei lepas.. Memandangkan kami sekeluarga akan (dan telah) menunaikan umrah pada hujung bulan Mei, so, dikuatkan jugak ke klinik untuk check dengan doktor..and dapatkan nasihat doktor untuk ziarah dan umrah kami nanti.. Then, 26-Mei-2015 lepas kami pergi buat check-up di Klinik Famili Dr. Ani Aizara..macam sebelum ni jugak.. Dan dapat MC 2-hari untuk berehat..betul2 sehari sebelum nak berangkat menunaikan Umrah dan Ziarah, saya masuk jugak ofis untuk settlekan kerja sebelum cuti panjang..badan masih lemah..to digigihkan jugak..

Alhamdulillah, masa yang dinantikan tiba.. 30-Mei-2015 pagi, kami berangkat..seramai 12org bersama-sama 30jemaah lain dari Tiram Travel bergerak ke Tanah Suci Mekah & Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sepanjang 2minggu di tanah suci, saya diuji juga dengan demam.. So, berehat di hotel sahaja..dan famili pun mmg suruh berehat je sebab tengah awal2 preggy lagi time tu, so, takut anything happens.. Alhamdulillah..selamat pulang ke tanah air pada 10-Jun-2015 dan keadaan masih seperti biasa.. Sehinggalah pada hari ke-6 berpuasa, iaitu pada 23-Jun-2015 dah terasa lain macam sebab dah start ada spotting keluar..and time berbuka, terasa seperti ada "air" keluar dgn banyak semasa nak berjalan.. Time tu, memang hati dah start rasa tak sedap..and bleeding pun dah macam nak menunjukkan tanda..huhu.. Sedih sangat time tu..keadaan yang sama terasa 1tahun 6bulan yang lepas.. So, kali ni saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan walaupun dalam hati dan fikiran masih positif.. Esoknya, pagi2 24-Jun-2015 kami ke klinik untuk check-up, dan ketika scan, doktor sahkan memang ada kandungan tapi tak membesar mengikut waktu yang sepatutnya..huhu

Ikut perkiraan, sepatutnya kandungan sudah berusia 9minggu, tetapi kandungan yang saya kandungkan hanya sebesar 4-5minggu.. Redha. Itu yang terbaik. Walaupun diuji sekali lagi, tapi saya tetap mengharapkan keredhaan Allah agar hati saya ikhlas menerima ujian-Nya.. Setelah discan, doktor minta saya ke hospital pakar untuk pengesahan lanjut.. Dan seterusnya, saya ke DEMC di bahagian emergency untuk further check-up.. Memandangkan semua gynae already booked, so, saya kena jumpa on-call gynae.. Dr. Zamri.. Pakar Reproduction.. Dan sekali lagi scan, memang betul kandungan tidak membesar seperti sepatutnya.. So, doktor bagi pilihan samada nak tunggu "si dia" keluar sendiri atau nak proceed d&c..tapi his advice, tunggu dulu sebab kandungan kecil, so, inshaaAllah boleh keluar sendiri.. Next follow-up, a week after..

Balik dari DEMC, bleeding semakin banyak dan berterusan sehinggalah pada 25-Jun-2015 hari Khamis, petang kira2 jam 6petang..sakit pinggang yang teramat sangat dan ketika menahan kesakitan, tiba2.. Done. Its gone. Saya dapat rasakan ada ketulan keluar..ketika tu memang dah nak nak masuk maghrib..masing2 bersiap nak berbuka puasa.. Saya dah dapat rasakan akan "kehilangan si dia" dan hanya berbuka dgn air masak.. Di toilet, mmg sah "si dia" dah keluar.. Alhamdulillah kami "dipertemukan" akhirnya..walaupun dlm keadaan yang teruji.. Malamnya, ayah "si dia" kebumikan "si dia" sendirian ditemani "kakak" Zahrah.. Ibu? Merehatkan dan menenangkan diri..

Then, on 30-Jun-2015 pergi buat check-up lagi untuk sahkan samada "kandungan" dah clear.. Alhamdulillah, memang dah kosong.. Bersih.. Hanya perlu tunggu darah keluar dengan bersih.. Dan doktor minta datang lagi sebulan untuk follow-up.. Apa yang positif tentang doktor Zamri, dia hanya cakap anggaplah kandungan "tak menjadi" sebab tu dia tak nak membesar..tak perlu pikir sebab stress ke, penat ke ape ke..just positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..dan inilah yang terbaik.. Pinjaman-Nya hanya seketika..jadi bersyukurlah kerana Dia masih ingin pinjamkan utk kita dengan kehadiran "si dia" walaupun hanya 9minggu..

Hari demi hari..bulan berganti bulan..hidup diteruskan seperti biasa..dilalui dengan tenang..yang pergi tetap pergi..jangan dikesali..usah ditangisi.. Teruskan berdoa agar kesempatan lain diberikan oleh-Nya dimasa akan datang.. InshaaAllah..

Begitulah kisahnya.. Zahrah Nur Iman juga seakan faham..bila diberitahu "baby" tak sihat, dan dia seakan faham..walaupun hakikatnya dia begitu inginkan teman sepemainan.. InshaaAllah Zahrah, suatu hari nnt yer..

Ok lah..dibulan mulia ni, kita sama2 berdoa semoga diberikan keberkatan dalam hidup kita.. InshaaAllah.. Amin..

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, August 2, 2015

Merdeka Raya!! Yeay!!

As-salam & happy weekend semua!!

How's ur raya? Mesti happening kan.. Alhamdulillah.. Ibu Zahrah ni baru nak beraya betul..sebab apa? Sebab baru habis exam.. Yeay!!!! Ho ho horehhhh.. Walaupun jawab exam macam nak nangis, tapi let gone bygone kan..hikhik.. Berdoa semoga dilembutkan hati lecturer yang tanda kertas tu, semoga mereka bermurah hati dalam menanda dan bagi markah..dan semoga ibu Zahrah lulus dengan cemerlang (at least lulus la :')..hihi). InshaaAllah..
 

^^belajar time raya😂^^
 
Berbalik kepada cerita raya, actually xde la tak raya sangat pun walaupun tgh exam week, raya still raya cuma feel kureng sikitlah..huhu.. Masih balik kampung di Selangor dan Johor, tapi cuti sekejap je sebab cuti dah "nazak" sangat ni..kena simpan cuti utk lain2 masa akan dtg..bayangkanlah, tinggal 5.5hari je cuti ibu Zahrah ni..hihi.. So, kita throwback semula cerita raya 2minggu lepas jom :-)

^^ early breakfast before raya ^^

^^ abah, mak dan 6 beradik beraya..jauh tapi dekat ^^

^^ pagi raya pertama di Puchong..Zahrah dengan atuk & umi, nanny and uncle G ^^

^^ famili di Johor in action ^^

^^ Zahrah & umi ^^

^^ yang bujang dan bukan bujang ^^

^^ generasi awal..anak2 arwah  hj.wahid dan hjh apiah ^^

^^ cucu2 kecil tokmak & tokbah ^^

^^ Zahrah di rombau ^^

^^ raya ke-2 masih di Johor ^^

^^ merahbpulak kite ^^

^^ tokmak, tokbah & cucu2 ^^

^^ sebelum beraya kita pose dulu ^^

^^ memang suka bergambar..dari yg muda hingga veteran ^^


^^ raya ketiga..biru pulak ^^

^^ selfie ^^

^^ gegirl ^^

^^ pi open house MB Johor before going back to home sweet home ^^

^^ dalam kereta pun boleh selfie ape ^^
^^ zahrah nur iman..kebosanan nampaknya ^^

^^ sahabat lama beraya bersama ^^

^^ penyumbang sakit tekak akibat tidak mampu menahan tahap melantak rambutan ^^

Begitulah ceritanya raya tahun ni..dah 2 minggu pun kita beraya kan.. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan beraya bersama famili tersayang pada tahun ini.. Walaupun masih terasa akan kehilangan "dia" ketika kita genap seminggu berpuasa, namun redha Allah yang kami harapkan.. Ujian di bulan puasa lalu ditempuhi dengan ikhlas..semoga "dia" akan menjadi "penyelamat" kami di "sana" nanti.. InshaaAllah😭

Kemeriahan raya tahun ni kelihatan agak kurang berbanding yang lepas..mungkinkah disebabkan GST..kihkih.. Apa2 pun, kepada yang buat open house dan datang ke open house, sila bersederhana dan jgn membazir yer😀
 
 Ok, then..till we meet again in next entry yer..
 Last but not least...
 
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 Maaf Zahir dan Batin
 

xoxo,
 Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...