Jumpa lagi kita dihujung minggu ni..
Alhamdulillah masih berkesempatan..
Actually, sejak dah habis sem ni..terasa banyak pulak masa terluang..rindu pulak saat dan ketika berada dalam keadaan kelam kabut..haru biru..lintang pukang nak siapkan assignments and nak study..memang ni la first time rasa last minute study yang sangat2 last..mane tak nya, weekdays dh kat ofis..kadang2 je dpt masa nak siapkan assignment..tp dah time kritikal tu memang amek masa kat ofis nak siapkan assignment..buat kerja ofis siap2 terus sambung buat assignment.. Minta ampun bos.. Disebabkan ke-kelamkabutan ni la sambutan raya tahun ni kurang meriah sikit..
Ditambah pulak dengan kehilangan yang baru dirasai selepas seminggu berpuasa tempoh hari.. Ingat lagi tak dalam entry saya yang lepas?
Yup, kami baru kehilangan bakal zuriat kami buat kali kedua.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Hanya Dia yang tahu apa yang kami perlukan..bukan apa yang kami inginkan.. Alhamdulillah, kami masih lagi "dipandang" dan diuji oleh-Nya..tanda dia sayang kami..
Alhamdulillah..kami redha akan ketentuan-Nya dan kehendak-Nya.. InshaaAllah..
Mengimbau kembali akan kehadiran "si dia" lebih kurang 4bulan yang lepas.. 18-Apr-2015 merupakan tarikh first day period sebelum kami sahkan akan tanda2 kehadiran "si dia" dikala saya missed next period on 18-Mei-2015.. Yup, tiap2 bulan memang period saya akan konsisten..so, bila lewat period, gerak hati saya kuat akan kehadiran "si dia" di dalam rahim ibunya..
Syukur.. Alhamdulillah diberi rezeki seterusnya.. Walaupun ujian UPT kelihatan samar2 tapi gerak hati ibu ZNI ni kuat..tapi, diuji pula dengan demam sepanjang minggu2 akhir bulan Mei lepas.. Memandangkan kami sekeluarga akan
Alhamdulillah, masa yang dinantikan tiba.. 30-Mei-2015 pagi, kami berangkat..seramai 12org bersama-sama 30jemaah lain dari Tiram Travel bergerak ke Tanah Suci Mekah & Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sepanjang 2minggu di tanah suci, saya diuji juga dengan demam.. So, berehat di hotel sahaja..dan famili pun mmg suruh berehat je sebab tengah awal2 preggy lagi time tu, so, takut anything happens.. Alhamdulillah..selamat pulang ke tanah air pada 10-Jun-2015 dan keadaan masih seperti biasa.. Sehinggalah pada hari ke-6 berpuasa, iaitu pada 23-Jun-2015 dah terasa lain macam sebab dah start ada spotting keluar..and time berbuka, terasa seperti ada "air" keluar dgn banyak semasa nak berjalan.. Time tu, memang hati dah start rasa tak sedap..and bleeding pun dah macam nak menunjukkan tanda..huhu.. Sedih sangat time tu..keadaan yang sama terasa 1tahun 6bulan yang lepas.. So, kali ni saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan walaupun dalam hati dan fikiran masih positif.. Esoknya, pagi2 24-Jun-2015 kami ke klinik untuk check-up, dan ketika scan, doktor sahkan memang ada kandungan tapi tak membesar mengikut waktu yang sepatutnya..huhu
Ikut perkiraan, sepatutnya kandungan sudah berusia 9minggu, tetapi kandungan yang saya kandungkan hanya sebesar 4-5minggu.. Redha. Itu yang terbaik. Walaupun diuji sekali lagi, tapi saya tetap mengharapkan keredhaan Allah agar hati saya ikhlas menerima ujian-Nya.. Setelah discan, doktor minta saya ke hospital pakar untuk pengesahan lanjut.. Dan seterusnya, saya ke DEMC di bahagian emergency untuk further check-up.. Memandangkan semua gynae already booked, so, saya kena jumpa on-call gynae.. Dr. Zamri.. Pakar Reproduction.. Dan sekali lagi scan, memang betul kandungan tidak membesar seperti sepatutnya.. So, doktor bagi pilihan samada nak tunggu "si dia" keluar sendiri atau nak proceed d&c..tapi his advice, tunggu dulu sebab kandungan kecil, so, inshaaAllah boleh keluar sendiri.. Next follow-up, a week after..
Balik dari DEMC, bleeding semakin banyak dan berterusan sehinggalah pada 25-Jun-2015 hari Khamis, petang kira2 jam 6petang..sakit pinggang yang teramat sangat dan ketika menahan kesakitan, tiba2.. Done. Its gone. Saya dapat rasakan ada ketulan keluar..ketika tu memang dah nak nak masuk maghrib..masing2 bersiap nak berbuka puasa.. Saya dah dapat rasakan akan "kehilangan si dia" dan hanya berbuka dgn air masak.. Di toilet, mmg sah "si dia" dah keluar.. Alhamdulillah kami "dipertemukan" akhirnya..walaupun dlm keadaan yang teruji.. Malamnya, ayah "si dia" kebumikan "si dia" sendirian ditemani "kakak" Zahrah.. Ibu? Merehatkan dan menenangkan diri..
Then, on 30-Jun-2015 pergi buat check-up lagi untuk sahkan samada "kandungan" dah clear.. Alhamdulillah, memang dah kosong.. Bersih.. Hanya perlu tunggu darah keluar dengan bersih.. Dan doktor minta datang lagi sebulan untuk follow-up.. Apa yang positif tentang doktor Zamri, dia hanya cakap anggaplah kandungan "tak menjadi" sebab tu dia tak nak membesar..tak perlu pikir sebab stress ke, penat ke ape ke..just positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..dan inilah yang terbaik.. Pinjaman-Nya hanya seketika..jadi bersyukurlah kerana Dia masih ingin pinjamkan utk kita dengan kehadiran "si dia" walaupun hanya 9minggu..
Hari demi hari..bulan berganti bulan..hidup diteruskan seperti biasa..dilalui dengan tenang..yang pergi tetap pergi..jangan dikesali..usah ditangisi.. Teruskan berdoa agar kesempatan lain diberikan oleh-Nya dimasa akan datang.. InshaaAllah..
Begitulah kisahnya.. Zahrah Nur Iman juga seakan faham..bila diberitahu "baby" tak sihat, dan dia seakan faham..walaupun hakikatnya dia begitu inginkan teman sepemainan.. InshaaAllah Zahrah, suatu hari nnt yer..
Ok lah..dibulan mulia ni, kita sama2 berdoa semoga diberikan keberkatan dalam hidup kita.. InshaaAllah.. Amin..
xoxo,
Ibu Zahrah
No comments:
Post a Comment