Monday, November 24, 2014

Upin Ipin Vs IOI City Mall

As-salam semua!! Hello Monday!!
Cerita tak ibu Zahrah hari ni?
Hihi..biasalah..mestilah ceria, no more Monday Blues skrg ni kan ๐Ÿ˜

Cerita weekend lepas..semua tahu last week ada Karnival Upin Ipin & Ultraman kat PICC..
 

Kami pun teruja nak pergi juga since Upin Ipin adalah peminat Zahrah Nur Iman..hahaha.. So, petang Sabtu tu kami pun bergerak dari rumah.. Walaupun dekat je, tapi perjalanan sangat jauh dirasai.. Kenapa??? Apa lagi, sesak la!! Jem nak ke parking uolss.. And the worst thing is, parking kat PICC dah FULL!! So, semua parking kat tepi jalan je..then mendaki naik ke PICC.. Jauh yang amat.. Lastly, kami decided ke IOI CITY MALL sahaja..

Tapi!!

PENUH JUGAK!! Haishhh..even baru buka, semua orang nak datang hari tu jugak kan? Perlu ke?
(soalan untuk diri sendiri jugak..hihi)

Kemungkinan yang ada:
1. Semua yang datang ke IOI tu asalnya dari PICC yang tak dapat parking
2. Semua nak jadi orang pertama ke IOI City Mall

Whatever it is, teruskan!! Haha..
Sampai je terus cari foodcourt.. Malangnya!!
Tak buka lagi.. And another bad story, semua kedai makan penuh dengan customer and awaiting customer.. Aduyai..semualah ramai orang kan.. Tawaf dari satu hujung sampai another hujung, then, patah balik sampai tgh..barulah dapat masuk kedai..itu pun kena tunggu lebih kurang 15min sebab meja penuh lagi..

Akhirnya, kami disini..
ABSOLUTE THAI, IOI MALL PUTRAJAYA

Alhamdulillah..dapat masuk kedai. Then, cepat2 order makanan berlauk.. Nasib baik sampai makanan pun cepat. Yes!! Finally, good news!!





Lepas makan, pusing sekejap je kat IOI tu, jumpa pulak sotong besar ni.. So, Zahrah ambil gambar sekejap la dengan si sotong..


Plan asal nak cari ice skating nak tengok orang tergolek dok tapi tak jumpa pulak.. Last2, balik jela :-(

Tapi, sebelum balik, kita singgah dulu
KARNIVAL UPIN IPIN & ULTRAMAN

Dapatlah parking bila sampai dalam jam4 lebih tu.. Tapi, parking tepi jalan je..and menapak la kami nak naik atas tu. Fuh, gigih uolssss.. Zahrah pun bersemangat nak jumpa Upin Ipin, tapi bila tengok ramai orang, start la dia minta dukung.. Nasib baiklah dh sampai atas baru nak dukung..kalau time mendaki, mahu terberak ibu dia nak mendaki sambil dukung!! Hihi
 

Since kat dalam PICC tu dah macam ulat, kitorg jalan sekejap jela..amek gambar dgn backdrop Upin Ipin, Aiman je.. Lepas tu, terus balik..sakit kepala tengok orang ramai sangat..huhu.. Yang penting dah tunaikan janji nak bawak situ even tak jumpa langsung si kembar tu ๐Ÿ˜ฅ





Turun dari PICC, budak kecik memang nak berdukung je.. Sebab bad mood kena balik..dah separuh jalan baru ibu sambung dukung pulak..tapi sepanjang jalan dia membebel nak pergi upin ipin lagi..ibu pun layankan jela..as long as tak menangis..tapi layan cakap je..sampailah menuju ke kereta..hihi ๐Ÿ˜‰

Begitulah cerita weekend kami..
Menarik kan? Haha..

Oh ok!! Just my 2cents tentang program Upin Ipin ni.. Pleaseee..buatlah kat tempat yang lebih besar jika tidak, anda bukan sahaja mengecewakan anak2 kecil yang teruja nak jumpa Upin Ipin, malah mengecewakan ibubapa yang nak menunaikan hasrat anak2 dikala cuti sekolah๐Ÿ‘Œ

Sekian, terima kasih..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...