Sunday, November 30, 2014

Jalan-Jalan Cuti Sekolah!! Air Papan..Here We Went!!

As-salam semua!!
Happy weekend & happy holiday😀

Wah, best la kan cuti sekolah dah start..ada plan nak pergi holiday mana2 ke uols? We-ols ni time cuti sekolah hujung tahun la time yang dah tak boleh cuti sangat.. Nak tau sebab apa?

...keje banyak, tak boleh cuti? hmmm..takde banyak sgt keje hujung tahun ni..masih boleh handle lagi rasanya..

...tak tau nak pergi mana? bolehlah..bolehlah..tapi banyak je tempat yang belum pegi macam pulau2 kan..

...masalah fulus? mungkin jugak sbb makin lama makin banyak komitmen kan..so, faham2 jela..

...cuti dah abes? ya, tepat sekali!! Masalah utama adalah cuti, tahun ni cuti sipi2 je tinggal, so kena berjimat-cermat..haha😝

Yela, macam mana la cuti tak abes kan..awal-pertengahan tahun dah sakan bercuti, so rasakan la berkerja time org lain bercuti.. But, it's okay!! Yang bestnya cuti time orang lain tak cuti, harga hotel takdelah mahal sgt kan..tiket2 lain pun selalunya murah kalau bukan peak hour.. So, be positive!!

And untuk menceriakan hati yang tak dapat nak cuti lama ni, moh kita #throwback jalan-jalan ke Air Papan, Mersing time cuti sekolah yang lepas.. Kisahnya, time cuti kami tengah ada cuti panjang sebab Hari Malaysia. So, balik kampung tu baru plan dengan famili if ada nak pergi mana-mana. Just quick and ad-hoc plan. Hari Sabtu, 14/09/2014 tu sampai kampung, saya and along tetiba rasa nak pergi laut, tapi tak nak pergi Desaru mahupun Tanjung Balau yang hanya 30min dari rumag.. So, dicadangkan la Air Papan kat Mersing tu. I ni nama je org Johor, tapi hampir separuh dari hidup ni dihabiskan di KL/Selangor, since 2002 lagi kan dah merantau mencari ilmu & rezeki dibandar 😛 (ok dah merepek sila jangan muntah hijau)

Ok, back to story. Secara pantas, kami pun survey2 la resort yang ada sebab skrg cuti sekolah kan, takut semua full. Lastly, dapatlah booked Air Papan Beach Resort dengan rate tak sampai rm400 untuk satu big room dengan 2 double bed, 1 single bed.. Ada satu bilik untuk girls lepak tanpa perlu menutup aurat..haha.. Actually, kitorang pergi seramai 10dewasa, 2kids..cuma mak-abah and kami sisters 4org dengan famili masing2.. Hmmm..rasanya ramai tak yang berkoyok dalam bilik tu? haha.. Ok kot time tu, sebab hall dalam bilik tu pun agak besar dan muat utk 3-4orang lepak2 tidur..just bawak extra "toto" untuk tidur kat lantai..hihi😊

Gambar ihsan dari Google :-)

Hari Ahad, 15/09/2014 pagi kami bergerak ke sana. Since kami cuma nak bermalam sehari je, ok la tu dapat berehat sekejap..kalau nak pergi-balik hari lagi penat kan sebab driving Kota Tinggi - Mersing pun makan 2jam.. Kat situ pun dekat dengan pantai.. Senanglah kalau nak pergi banyak kali pun..hihi.. Yang penting, ada pool jugak..lagi lah bagus untuk kanak-kanak riang tu.. Makanan pula, memang banyak kedai2 kecik yang buka gerai makanan, tp sebab ramai orang, mknn pun cepat habis and tak banyak choice. So, petang tu kami keluar sikit dari kawasan pantai, ada satu kedai makan tepi jalan.. Alhamdulillah, boleh tahan la rasanya..janji kenyang.. Untuk breakfast pulak kami ke gerai tepi pantai je..pergi pagi2 supaya makan banyak lagi..haha..

Sebenarnya, Air Papan ni merupakan kawasan kampung/felda di tepi pantai Laut China Selatan. Memang kawasan dia dalam kampung, so faham2 la jalan nak ke sana macam mana yer.. Tp still ok, cuma most of jalan selorong.. Another thing, kalau nak rasa keropok lekor versi Air Papan, boleh je ke bandar dia, ada jugak 3-4 kedai yang jual..dapat jugak rasa even tak banyak..

So, itu jela kisah cuti sekolah kami yang sangat short tu. Last but not least, jom tengok gambar..

...di tepi pantai...
 





 ...di swimming pool...
 








 
...di dalam bilik...
 



Sebelum gerak balik pada hari Isnin, 16/09/2014 tu sempat lagi mandi kolam. Around 11am barulah checkout. Just short vacation, tapi seronok.

So, kepada anda semua, selamat bercuti yer!!
Berhati-hati walau dimana anda berada..
Ingatlah orang yang tersayang.. Safety first!!

Sekian, terima kasih..
Daaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...