Sunday, November 30, 2014

Jalan-Jalan Cuti Sekolah!! Air Papan..Here We Went!!

As-salam semua!!
Happy weekend & happy holiday😀

Wah, best la kan cuti sekolah dah start..ada plan nak pergi holiday mana2 ke uols? We-ols ni time cuti sekolah hujung tahun la time yang dah tak boleh cuti sangat.. Nak tau sebab apa?

...keje banyak, tak boleh cuti? hmmm..takde banyak sgt keje hujung tahun ni..masih boleh handle lagi rasanya..

...tak tau nak pergi mana? bolehlah..bolehlah..tapi banyak je tempat yang belum pegi macam pulau2 kan..

...masalah fulus? mungkin jugak sbb makin lama makin banyak komitmen kan..so, faham2 jela..

...cuti dah abes? ya, tepat sekali!! Masalah utama adalah cuti, tahun ni cuti sipi2 je tinggal, so kena berjimat-cermat..haha😝

Yela, macam mana la cuti tak abes kan..awal-pertengahan tahun dah sakan bercuti, so rasakan la berkerja time org lain bercuti.. But, it's okay!! Yang bestnya cuti time orang lain tak cuti, harga hotel takdelah mahal sgt kan..tiket2 lain pun selalunya murah kalau bukan peak hour.. So, be positive!!

And untuk menceriakan hati yang tak dapat nak cuti lama ni, moh kita #throwback jalan-jalan ke Air Papan, Mersing time cuti sekolah yang lepas.. Kisahnya, time cuti kami tengah ada cuti panjang sebab Hari Malaysia. So, balik kampung tu baru plan dengan famili if ada nak pergi mana-mana. Just quick and ad-hoc plan. Hari Sabtu, 14/09/2014 tu sampai kampung, saya and along tetiba rasa nak pergi laut, tapi tak nak pergi Desaru mahupun Tanjung Balau yang hanya 30min dari rumag.. So, dicadangkan la Air Papan kat Mersing tu. I ni nama je org Johor, tapi hampir separuh dari hidup ni dihabiskan di KL/Selangor, since 2002 lagi kan dah merantau mencari ilmu & rezeki dibandar 😛 (ok dah merepek sila jangan muntah hijau)

Ok, back to story. Secara pantas, kami pun survey2 la resort yang ada sebab skrg cuti sekolah kan, takut semua full. Lastly, dapatlah booked Air Papan Beach Resort dengan rate tak sampai rm400 untuk satu big room dengan 2 double bed, 1 single bed.. Ada satu bilik untuk girls lepak tanpa perlu menutup aurat..haha.. Actually, kitorang pergi seramai 10dewasa, 2kids..cuma mak-abah and kami sisters 4org dengan famili masing2.. Hmmm..rasanya ramai tak yang berkoyok dalam bilik tu? haha.. Ok kot time tu, sebab hall dalam bilik tu pun agak besar dan muat utk 3-4orang lepak2 tidur..just bawak extra "toto" untuk tidur kat lantai..hihi😊

Gambar ihsan dari Google :-)

Hari Ahad, 15/09/2014 pagi kami bergerak ke sana. Since kami cuma nak bermalam sehari je, ok la tu dapat berehat sekejap..kalau nak pergi-balik hari lagi penat kan sebab driving Kota Tinggi - Mersing pun makan 2jam.. Kat situ pun dekat dengan pantai.. Senanglah kalau nak pergi banyak kali pun..hihi.. Yang penting, ada pool jugak..lagi lah bagus untuk kanak-kanak riang tu.. Makanan pula, memang banyak kedai2 kecik yang buka gerai makanan, tp sebab ramai orang, mknn pun cepat habis and tak banyak choice. So, petang tu kami keluar sikit dari kawasan pantai, ada satu kedai makan tepi jalan.. Alhamdulillah, boleh tahan la rasanya..janji kenyang.. Untuk breakfast pulak kami ke gerai tepi pantai je..pergi pagi2 supaya makan banyak lagi..haha..

Sebenarnya, Air Papan ni merupakan kawasan kampung/felda di tepi pantai Laut China Selatan. Memang kawasan dia dalam kampung, so faham2 la jalan nak ke sana macam mana yer.. Tp still ok, cuma most of jalan selorong.. Another thing, kalau nak rasa keropok lekor versi Air Papan, boleh je ke bandar dia, ada jugak 3-4 kedai yang jual..dapat jugak rasa even tak banyak..

So, itu jela kisah cuti sekolah kami yang sangat short tu. Last but not least, jom tengok gambar..

...di tepi pantai...
 





 ...di swimming pool...
 








 
...di dalam bilik...
 



Sebelum gerak balik pada hari Isnin, 16/09/2014 tu sempat lagi mandi kolam. Around 11am barulah checkout. Just short vacation, tapi seronok.

So, kepada anda semua, selamat bercuti yer!!
Berhati-hati walau dimana anda berada..
Ingatlah orang yang tersayang.. Safety first!!

Sekian, terima kasih..
Daaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, November 24, 2014

Upin Ipin Vs IOI City Mall

As-salam semua!! Hello Monday!!
Cerita tak ibu Zahrah hari ni?
Hihi..biasalah..mestilah ceria, no more Monday Blues skrg ni kan 😁

Cerita weekend lepas..semua tahu last week ada Karnival Upin Ipin & Ultraman kat PICC..
 

Kami pun teruja nak pergi juga since Upin Ipin adalah peminat Zahrah Nur Iman..hahaha.. So, petang Sabtu tu kami pun bergerak dari rumah.. Walaupun dekat je, tapi perjalanan sangat jauh dirasai.. Kenapa??? Apa lagi, sesak la!! Jem nak ke parking uolss.. And the worst thing is, parking kat PICC dah FULL!! So, semua parking kat tepi jalan je..then mendaki naik ke PICC.. Jauh yang amat.. Lastly, kami decided ke IOI CITY MALL sahaja..

Tapi!!

PENUH JUGAK!! Haishhh..even baru buka, semua orang nak datang hari tu jugak kan? Perlu ke?
(soalan untuk diri sendiri jugak..hihi)

Kemungkinan yang ada:
1. Semua yang datang ke IOI tu asalnya dari PICC yang tak dapat parking
2. Semua nak jadi orang pertama ke IOI City Mall

Whatever it is, teruskan!! Haha..
Sampai je terus cari foodcourt.. Malangnya!!
Tak buka lagi.. And another bad story, semua kedai makan penuh dengan customer and awaiting customer.. Aduyai..semualah ramai orang kan.. Tawaf dari satu hujung sampai another hujung, then, patah balik sampai tgh..barulah dapat masuk kedai..itu pun kena tunggu lebih kurang 15min sebab meja penuh lagi..

Akhirnya, kami disini..
ABSOLUTE THAI, IOI MALL PUTRAJAYA

Alhamdulillah..dapat masuk kedai. Then, cepat2 order makanan berlauk.. Nasib baik sampai makanan pun cepat. Yes!! Finally, good news!!





Lepas makan, pusing sekejap je kat IOI tu, jumpa pulak sotong besar ni.. So, Zahrah ambil gambar sekejap la dengan si sotong..


Plan asal nak cari ice skating nak tengok orang tergolek dok tapi tak jumpa pulak.. Last2, balik jela :-(

Tapi, sebelum balik, kita singgah dulu
KARNIVAL UPIN IPIN & ULTRAMAN

Dapatlah parking bila sampai dalam jam4 lebih tu.. Tapi, parking tepi jalan je..and menapak la kami nak naik atas tu. Fuh, gigih uolssss.. Zahrah pun bersemangat nak jumpa Upin Ipin, tapi bila tengok ramai orang, start la dia minta dukung.. Nasib baiklah dh sampai atas baru nak dukung..kalau time mendaki, mahu terberak ibu dia nak mendaki sambil dukung!! Hihi
 

Since kat dalam PICC tu dah macam ulat, kitorg jalan sekejap jela..amek gambar dgn backdrop Upin Ipin, Aiman je.. Lepas tu, terus balik..sakit kepala tengok orang ramai sangat..huhu.. Yang penting dah tunaikan janji nak bawak situ even tak jumpa langsung si kembar tu 😥





Turun dari PICC, budak kecik memang nak berdukung je.. Sebab bad mood kena balik..dah separuh jalan baru ibu sambung dukung pulak..tapi sepanjang jalan dia membebel nak pergi upin ipin lagi..ibu pun layankan jela..as long as tak menangis..tapi layan cakap je..sampailah menuju ke kereta..hihi 😉

Begitulah cerita weekend kami..
Menarik kan? Haha..

Oh ok!! Just my 2cents tentang program Upin Ipin ni.. Pleaseee..buatlah kat tempat yang lebih besar jika tidak, anda bukan sahaja mengecewakan anak2 kecil yang teruja nak jumpa Upin Ipin, malah mengecewakan ibubapa yang nak menunaikan hasrat anak2 dikala cuti sekolah👌

Sekian, terima kasih..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, November 16, 2014

Kegilaanku.. Makan..makan..dan Makan

Assalam semua!!
Ibu Zahrah is back!! After long time (la sangat) kan😊

Straight to the point..nak tahu apa yang menjadi kegilaan ibu Zahrah sejak akhir2 ni??? Ahhaaaa..cer teka!! Haha..dah obvious sangat tajuk tu kan..apa lagi, makan lah!!

Hmmm..tengah mengidam ke? Yer betul!! Tapi bukan sebab tgh pregnant, hanyalah kerana tuntutan nafsu makan yang tinggi sekarang ni.. Boleh ke??? Mestilah boleh!!😝

So, jom tengok gambar2 makanan we-ols..
(sila tutup mata kalau anda tengah kebulur kerana ianya akan menyebabkan anda tertekan)

Kentang Bakar / Baked Potato

hmmmm..ni semua gara2 nampak gambar kentang bakar kat wall FB kawan2..terus membuak-buak rasa nak makan..google resepi, jumpa yang simple kat blog Lady Ell teruslah buat weekend lepas..

Simple by me:
1. Rebus / bakar kentang yang besar separa masak..
2. Potong 2/3 kentang yang siap direbus/dibakar..
3. Masak inti daging cincang dengan bawang putih/merah dan pati ayam (ikut macam masak kuah spageti bolognese pun sodap..kalau rajinlah😝)..
4. Sumbat inti kedalam kentang, dan taburkan cheese dipermukaan atas kentang..
5. Bakar dalam ketuhar pada 180(degree)Celcius selama 15-20minit..
6. Siap!!

Lauk Kasih Sayang

weekend lepas ada rajin sikit untuk masak..lauk biasa2 je pun..sup kentang+telur, sambal sardin dan ayam bakar.. Rasa?? Bolehlah..bolehlah😉

Restoran Tam Nasi Ayam

Asalnya mengidam Pisang Cheese Jakarta tapi at last sampai restoran ni, terus makan nasi ayam sekali.. Sedap weh..sila datang lain kali yer.. Lokasi.. Seksyen 23, Shah Alam

Mini Cheesecake

Ini pun gara-gara gambar kat wall FB.. Sangat mencabar nafsu tekakku ini..sampailah google jumpa blog ~ Happy Me ~ maka terhasillah seperti yang diidamkan..

Simple by me:


1. Hancurkan beberapa keping biskut marie dan gaul rata dengan sesudu butter..then, letakkan dalam papercup sebagai lapisan bawah..

2. Satukan 200-250g cream cheese dengan 2/3 whipping cream, sesudu kecil vanilla dan sebiji telur..

3. Letak adunan tersebut diatas biskut dalam papercup dan bakar selama 20minit pada suhu 180(degree)Celcius..

4. Hiaskan dengan blueberry/strawberry jem dan buah-buahan dan biarkan sejuk dalam fridge selama beberapa jam..

Siap!!
Lagi sejuk lagi sedap!!

PizzaHut Delivery

ini pula dikala malas nak masak, kita order je online, dalam 1/2jam siap!!😉

First time order set BigBox and its yummy sebab dapat variety of food.. Dalam set tu, ada soup 2bekas, spageti bolognese, chicken drummet, garlic bread dan pizza.. Puas hati!! (sebenarnya nak test try PHD baru kat kawasan rumah kami tu)


Sekian cerita pasal makanan..
Terliur??? Sila masak sendiri!!

Daaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Wednesday, November 5, 2014

[ WORDLESS WEDNESDAY] Pai Kentang-Daging

As-Salam semua!! 
Have a good day ya!!

Macam biasa, hari Rabu, kita cerita pasal Wordless Wednesday jela yer.. At least blog ni takdelah bersarang senyap sepi kan..hihi..

So, hari ni, kita cuci mata dengan......

Pai Kentang-Daging

gara-gara termakan pai yang dijual kat ofis, terus google cari resepi..

Resepi asal diambil dari blog Cik Epal kemudian di-modified sedikit ikut bahan2 yang ada kat rumah :-)

Senang je nak buat dia..

(1) Masak daging bersama dengan tomato puree (pes pasta prego pun ok) bersama dengan beberapa ulas bawang besar dan putih, oregano, daun sup, carrot, cendawan dan apa2 yang anda suka.. Sama macam nak masak kuah spageti la senang kata :-)

(2) Rebus beberapa biji kentang (lebih kurang 4-7biji ikut nak banyak mana la kan, lagi banyak lagi tebal pai tu), dan lenyekkan kentang yang telah direbus dengan susu segar (1/4 - 1/2 cawan, sepotong kecil butter, dan letak sedikit garam and lada sulah untuk tambah perasa..

(3) Susun masakan (2) dibahagian bawah dulang, diikuti bahagian (1) dan (2) semula.. Saya letak cheddar cheese antara 3 lapisan tu because i like cheese.. Pastu, taburkan parmesan cheese kat bahagian atas sekali..

Dah siap!!


Selamat mencuba!!

Daaa....
Sekian terima kasih :-)

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, November 3, 2014

[ #throwback ] the Day of Zahrah Turns 2!!

As-salam mummies!!
Hai..hai..ibu Zahrah kembali😉

Today, genap anakku Zahrah Nur Iman menjangkau usia 2 tahun 10 bulan.. Alhamdulillah.. Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat walafiat disamping ayah, ibu dan keluarga.. dan Semoga anak ibu menjadi muslimat yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat.. InshaaAllah😘

Masih teringat lagi kisah 10bulan lepas, dimana anak ibu sambut kelahiran yang ke-2 di "sekolah" dia.. Actually, that time adalah minggu pertama Zahrah di kelas 2 tahun..tapi kebanyakkan geng2 lama ZNI dari kelas baby lagi..so, dah biasalah dengan kawan2..cuma yang dia tak biasa adalah cikgu2 sebab kelas baru, cikgu pun baru..so, paham2 jela, berbulan jugak la dia meragam time hantar pergi kelas pagi2😭

Berbalik pada cerita sambutan birthday ZNI yang ke-2, ibu zahrah plan baik punya dengan mama nufael.. Ingat lagi tak nufael? Kembar lain mak lain bapa pada Zahrah..lahir hari yang sama, tahun yang sama..cuma lebih awal 11jam..so, kira kembar jugalah kan..hihi..

Lets enjoy the pictures ya!!

 persediaan di bilik makan..ibu zahrah n mama nufael masing-masing bawak goodies bag dgn mknn sikit2

 dua-dua birthday girl-boy ni tak sabar-sabar nak potong kek..masing2 dah tau nak sambut birthday kan
 
kawan2 kat kelas pun dah duduk beratur menunggu depan kek
 
kek birthday pororo theme..yes, kembar 2orang ni memang peminat pororo ok..same fav😍
 
hadiah dari ibu (dress princess) dan ayah (basikal)
 
dapat hadiah patung princess dari aunty Erin..tq auntie😊

Begitulah ceritanya sambutan birthday di school ZNI..first time buat kat situ, tapi yang sedihnya esok hari tu, kami dapat berita budak2 nursery ada yang sakit2 perut muntah bagai..tapi tak tau lah punca dari goodies yang kami sediakan ke apa..actually, salah satu mknn dalam goodies tu ada calci-yum, so, maybe budak2 yang tak tahan perut, tu yang punca sakit.. Mula2 rasa bersalah la jugak kan, walaupun pada logiknya, mak bapa yg dpt goodie tu sepatutnya boleh "scan" la mane2 yang anak boleh makan dan yang tak boleh..tapi, bila tanya salah sorg "cikgu besar" kat situ, dia kata kes budak2 masuk hospital tu bukan sebab goodies ke apa, so lega lah sikit.. Tapi, dah nekad, next year taknak dah sambut birthday Zahrah kat nursery😛

Just to updare Zahrah's stories sekarang ni, memang dah macam orang tua gayanya..macam2 hal, macam2 perangai, mulut pun..haishh..macam bertih jagung..
 
hadiah sepanjang tahun..pantang nampak benda menarik kat kedai, semua nak..basikal (lagi), beg, kolam dll..hmmm😥
 
macam2 perangai dah sekarang..

~ melaram..hari2 nk baju raya seluar jeans
~ buli ayah..time nk main je baik2 dgn ayah
~ mandi kolam..hari2 nk main kolam
~ menyanyi & berjoget je dgn ipad
~ dah ada baby kecik


Tapi semua tu memang salah satu kegembiraan dalam hidup kami..kegembiraan melihat membesarnya MyLilKecik yang dulunya sgt kecik😊

Ok lah, sekian untuk kali ni..

Happy 2Y 10M My baby besar
Love u..muahhh..muahhh😘

Daaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, November 2, 2014

Saya Anak JDT .. Kenali Kami :-)

As-salam friendssss
Happy weekend uols..

Macamana bola Piala Malaysia malam tadi? Pasukan kegemaran anda menang ke kalah? Well, i support JDT, walaupun kalah, i tetap sokong ok.. Anak Johor sejati la katakan..hihi😍

Hmmm, cakap pasal Johor ni, rasanya dah jadi fenomena sekarang, semua #haters diluar sana secara terang2an mahupun sindiran, sentiasa lemparkan kata2 negatif pasal Johor.. Sebagai org JDT, ofcourse la i sentap kan.. Yela, cubit peha kiri terasa peha kanan.. So, hari ni, ibu Zahrah nak share sikit pasal orang Johor, semoga saudara2 saudari2 diluar sana lebih mengenali kami secara personal, bukan kerana bola semata-mata😉

=================================
FAKTA MENGENAI JOHOR & RAKYATNYA
=================================


Sejarah di/dari Johor

|| Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

keluarga diRaja Johor.. Daulat Tuanku!!
(Gambar: Google.com)

|| Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.


|| Penulis asal Sejarah, TUN SRI LANANG merupakan orang Johor.

|| Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.

|| Stadium Johor antara yang terbaik di asia.


"...it was named after the former Menteri Besar of Johor, Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus. The stadium has also been used for the FIFA U-20 World Cup and Sukma Games..."
 (rekod tanpa kalah bagi game "Home" Piala Malaysia 2014👌)

Dialek orang Johor

|| Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.

|| Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.

|| Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.

|| Huruf 'R' seperti silent untuk orang Johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.

|| Orang Johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak.

|| Bila Orang Johor sebut:

"menguap" ≈ "sangap" atau mengantuk
"kememeh" ≈ "gembeng" / kuat menangis
"sarap" ≈ "breakfast"
"berendut" ≈ "dating"
"jajan" ≈ "cikedis"
"gebor" ≈ selimut
"gobok" ≈ almari

|| Bila orang Johor kata nak pergi "Johor" maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.

|| Kebanyakan oang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. "Anu" bukan perkataan lucah jika anda selalu dengar orang Johor cakap😝

=================================

So, dah kenal orang JDT?
Kita semua kan satu Malaysia, tak perlulah nak bergaduh disebabkan sebiji bola yang bulat.. Mane2 fans yang sangat taksub dan bermulut "takde insurans" tu, ingatlah, setiap kata2 kita akan dihitung oleh malaikat.. So, jaga perbuatan, jaga perkataan..

(Gambar: FB SweetMuslimah.Com)

Jangan benci2 orang Johor yer..takut nanti tersangkut😉

Dalam famili saya pun, ada org Johor, orang Kelantan, orang Melaka dan juga orang Selangor.. Sebab kita 1Malaysia, so semoga kita dapat duduk dibawah 1bumbung.. InshaaAllah👍
 
#elakprovokasi
 #tingkatintegriti
 
 Daaaa....
 Sekian, terima kasih😘
 
xoxo,
IBU ZAHRAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...