Sunday, September 28, 2014

Seketika.. Hanya 9minggu Pinjaman-Nya

As-Salam uols..ibu ZNI is back!! 😁

Amacam?? Sihatkah?? Sibukkah??
Ibu ZNI sekarang ok2 saje..tak sibuk sangat..tak busy sangat..and takdelah sihat sangat..sejak akhir2 ni selalu sangat sakit kepala..especially dekat2 nak datang bulan..opssss 🙇 perubahan hormon kot..almaklumlah dah nak 30series kan 😊

Cerita pasal 30series ni..teringat tentang suatu kisah..yang pada jangkaannya akan bermula pada penghujung Sept'14, sebelum ibu ZNI ni menjangkau umur 30thn..

Kisah "datangnya" adik ZNI 😞

Yer, mungkin ada yang sudah tau, kisah ibu ZNI serta famili, yang diuji dengan "kehilangan".. Namun, ujian dariNya diterima dengan redha, semoga ada kemanisan disebalik kepahitan tersebut.. InshaaAllah..

21-Dec-2013 merupakan 1st day last period untuk ibu ZNI..so, doc expected the EDD to be 28-Sept-2014 untuk jangkaan kelahiran "My2ndLilKecik" just 2w++ before my 30th birthday..and ibu ZNI pun dah berangan akan berpantang time Hari Raya Aidiladha😳
 

Ceritanya pregnancy ketika tu, memang lain daripada yang sebelumnya.. Start dengan first check bila period lambat, pregnancy test tu macam indicate pregnant sangat lambat..dua-line tu just timbul "malu-malu" je..macam nampak macam tak nampak..
 
 
Plus, takde muntah-muntah macam previous pregnancy.. Just mild pening-pening sahaja.. Jumpa doctor utk first checkup dalam 6w lepas missed period on Jan'14..macam biasa, pergi checkup di Klinik Famili USJ, dengan Dr. Ani Aizara.. Bila checkup, test urin, and Dr. Ani cakap, highly positive.. Then, Dr. Ani buat scan, dapat detected pada rahim..Alhamdulillah 😍..

But, mesin tu estimated EDD on 01-Nov-2014 sebab ikut perkiraan mesin, baru 4w++ so, lebih kurang sebulan lewat dr EDD manual la kan..tak kisah sangat pun time tu, sebab previous pregnancy pun memang macam2 EDD ada..hihi..just work-live as normal..

Since, pada masa tu takde rasa sakit/lemah sangat, so, ibu ZNI ni sangatlah cargas berkerja, kehulur-hilir angkat files, (sebab tengah busy dengan kerja time tu) berjalan meeting sana-sini..ditambah pulak stress kerja 😥

Sehinggalah pada Rabu, 26-Feb-2014, ada blood spot pagi tu..tapi sedapkan hati cakap takpe kot..normal lah kan kadang2 pregnant ladies ada bleeding..so, continue kerja macam biasa..ingat lagi that day, ibu ZNI ni kena arrange one briefing, so, memang sangat ligat hari tu..terus lupa pasal bleeding.. Malangnya, petang lepas briefing, another blood spot keluar..banyak sikit dari pagi tadi.. Time tu, #hatiadasikitgentar bila tengok 2nd bleeding..sebabnya saya tak pernah bleeding time first dulu..huhu.. Balik rumah, non-stop bleeding, pakai pad even tak banyak, tapi non-stop.. Dah start menangis time tu.. Solat, doa banyak2 mohon "diselamatkan"😢

Ikutkan hati yang macam taknak terima kenyataan, nak bertahan je, taknak pergi klinik..tapi atas nasihat famili n kawan2, pergi jugak klinik malam tu..

Pergi satu klinik, doktor cakap "miscarriage" walaupun doktor tu tak scan pun..time tu mmg rasa sakit hati dengan doktor tu sebab "suka-suka je tulis refer letter tu cakap miscarriage".. Atas ketidakpuasan hati tu, kitorg pergi klinik lain pulak.. Kali ni ada scanner tu, doktor (ganti) tu scan, tengok dah "kosong" 😩 tapi dia tak berani nak buat conclusion macam doktor sebelum tu.. Just tulis "threaten abortion" dalam referral letter tu.. Sejuklah sikit hati ni walaupun sebenarnya dah macam 50-50 je harapan utk "My2ndLilKecik" tu "selamat".. Balik rumah, tenangkan hati yang tak berapa tenang tu..esok pagi Khamis, 27-Feb-2014, lebih kurang pukul 10am, pergi klinik Dr. Ani untuk further confirmation.. Jumpa doktor, cerita kisah bleeding, then doktor scan.. Kosong.
 
 
Memang dah takde kantung tu..huhu.. Tapi, time tu, saya dah ada kekuatan..dah mula redha jika itu yang ditakdirkan.. Doktor cakap, just tunggu dulu, kalau betul memang dah takde, sepatutnya "ia" akan keluar..tapi time tu memang belum rasa sakit sangat kat perut, mungkin ada harapan lagi..walaupun......

Balik dari klinik, doktor still buat referral letter ke hospital in case emergency..referred as "threaten abortion" jugak.. Then, balik rumah..otw balik dr klinik tu, perut dah start sakit macam period pain..sampai rumah, tak tahan nak buang air kecil, pergi toilet..dannnnnnn.. Akhirnya, "terlepas" "ia" dari rahimku..huhu..sedih sangat time tu.. Ketulan darah sebesar tapak tangan..itulah kali pertama dan terakhir "kami ditemukan" dan saya redha..seikhlas hati..inshaaAllah..

Lepas je kejadian tu, perut saya memang dah kurang sakit..tapi masih rasa nyut-nyut sikit.. So, rehat je dulu kat rumah..sampai petang, memang perut tak sakit, so, takde plan nak ke hospital..

Esoknya, Jumaat, 28-Feb-2014 atas nasihat kenalan rapat, kami pergi check kat hospital jugak.. Then, petang tu, kami ke Hospital Serdang..terus ke ER.. Sebelum jumpa gynae, kena soal siasat dengan doktor biasa dulu..nasib baik tak kena marah sebab datang lambat..huhu.. Lepas sejam menunggu, baru dapat jumpa gynae..lebih kurang pukul 6.30pm.. Doktor scan, memang dah kosong betul..tapi still kena tunggu darah habis keluar..and tak perlu buat D&C.. Syukur that part..just let it go naturally..huhu.. Dengar pulak cakap2 dari doktor dgn anak buah dia, pasal fibroid pulak..hmmmm..ada fibroid yang kecil..tapi tgk gaya doktor tu, i hope yg ia bukanlah hal yang serius..huhu.. Lebih kurang maghrib tu baru selesai..balik rumah, and tunggu my parents datang dari Johor..

Itu adalah kali pertama saya pergi hospital gov, and peliklah jugak sebab walaupun disahkan "miscarriage" tapi saya tak dapat MC pun??? Huhu..so, macam tak tahu perlu berehat & berpantang ke tak kalau keguguran..or dah boleh meneruskan kerja seharian macam biasa.. Bila ditanya kenalan rapat, diorg pun pelik tak dapat MC, selalunya at least 2w MC.. So, kami decide utk buat follow up ke klinik Dr. Ani pada hari Isnin, 03-Mar-2014 utk buat follow-up..bila jumpa Dr. Ani, dia sangat tenang and tenangkan kitorg..scan balik and doktor mmg cakap dah "bersih".. Advised to take "rest" utk 3bulan at least, before nk TTC 😄.. Pasal fibroid, memang doktor ada detect jugak time scan tu, tapi since saya memang ada previous history waktu first pregnancy (small fibroid), so, doktor advise utk buat follow-up lagi 3bulan
(tapi sampai sekarang ibu ZNI ni tak pergi jumpa doktor..huhu)

Dapat MC 7hari dari hari kejadian sehingga hari Jumaat, 07-Mar-2014, sehari sebelum terjadinya nahas #MH370 (takziah buat keluarga mangsa MH370).. Ayah ZNI pun selamat berangkat ke China atas urusan kerja pada 05-Mar-2014 tu.. So, berehatlah saya sepanjang seminggu tu dgn dijaga mak-abah dan Zahrah 😊

Begitulah cerita Kisah "My2ndLilKecik" yang hanya sementara dipinjamkan olehNya.. Ibu ZNI redha dan doakanlah semoga ada hikmah disebaliknya.. Tetap bersyukur kerana diberi kesempatan utk merasa hamil kali ke-2 walaupun hanya untuk 9minggu..

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, September 27, 2014

Makan-Makan Merdeka Raya 2014

As-Salam semua!!
Ok?? Tak Ok?? Hihi..

Hmmm..dah nak abes bulan September ni kan?? Rasa macam baru je masuk tahun 2014, betul tak??

Well, semua tahu bulan September ni bulan Hari Malaysia, last month pulak kita dah sambut Merdeka untuk kali yang ke 57..sebelum tu, kita beraya sakan kan?? Banyak betul sambutan yer dua bulan ni.. Tapi, semuanya kita sambut serba sederhana je..sebabnya, kita satu Malaysia malah satu dunia masih terasa akan keperitan mangsa-mangsa Nahas MH17 kan..

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam yer 😢

Ok lah..back to cerita raya dan merdeka..seperti tahun2 sebelum ni..mesti ada jamuan sikit kan..so, untuk tahun ni, kita rangkumkan jela semua cerita makan-makan yer..sonang keje den 😁

Bermula dgn jamuan raya, tahun ni kami just buat makan2 and jemput jiran2 & kawan2 terdekat je..no khemah, no imported chef..semuanya Made in BSP!! Hikhik..antara makanan yg "mastercep" ni buat dan order adalah mee rebus, roti jala, nasi impit + daging dendeng + kuah lodeh, rojak, cream puff dan kuih2 raya..


Cuba teka mana satu ibu Zahrah buat, mana satu order??? Sape betul dapat hadiah😉

Selain buat jamuan sendiri, tahun ni pun banyak juga pegi makan2 org jemput..jiran2 dan kawan2..tapi xde amek gambar pun..so, tak payah cerita banyak la kan..haha..

Zahrah pun ada Jamuan TMDK pada 21-Aug-2014 di tadika..tapi just utk student & guru2..parents tak dijemput pun..disuruh pakaikan anak masing2 baju cantik je 😒

So, cuma ada gambar Zahrah sebelum beraya jela, dengan "tereta baghu" dia..hikhik..


Then, ada jugak terselit Jamuan Birthday di penghujung bulan, pada 31-Aug-2014 di Seremban..birthday dua pupu Zahrah..tema princess & spiderman.. Let's enjoy the pictures ya😀





Selesai musim raya, sambungan jamuan Merdeka-Raya pula dibuat.. Antara jamuan yang agak meriah adalah di Jamuan Muhibbah 1Malaysia di kawasan kejiranan kami, BSPA yang diadakan pada 06-Sept-2014 lepas..

Jamuan dibuat secara potluck..tiap2 rumah bawak mknn sikit2..bila dah dikumpulkan penuh jugak la meja jamuan tu.. Antara makanan yang dibawa sate, roti jala, Mee hoon goreng, buah-buahan, mee hoon sup, kuih-muih, kek gula hangus, roti + kacang pol, potato Salad, bubur kacang perisa durian, cupcakes, french fries, udang paprika, rojak buah, ice cream, pizza, Puding Castard, aiskrim cup cake, minuman sejuk & panas serta yang disediakan pihak persatuan seekor kambing golek..



Fuhhh, banyak tak?? Sampai ktorg pun tak mampu nak makan semua..mampu tengok je..hihi 😉

Then, di ofis GP pun ada buat jamuan sempena Majlis Persaraan our BIG BOS.. Jamuan serba ringkas tapi bermakna tu dibuat time lunch hour pada 08-Sept-2014 dengan kehadiran lebih kurang 300pax..penuh la dewan tu..makanan pun not bad..kenyang sangat..sampai petang perut penuh mata mengantuk hihi🙆



Begitulah cerita makan2 dari bulan Aug-Sept 2014.. Alhamdulillah..rezeki yang dikongsi bersama jiran-jiran, rakan-rakan pejabat serta saudara mara.. InshaaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa dijamuan lain pulak.. Kalau nak jemput we-ols silalah..jangan malu jangan segan😊

Last but not least, gambar Merdeka 2014 kami😊



Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 13, 2014

Semalam di Assunta Hospital

As-salam uols..i'm back 😀
Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk blog ni lagi..seperti biasa, setelah sekian lama la kan..hihi

Kali ni, nak bercerita pasal my big baby Zahrah..budak yang sangat becok sekarang ni..entah ikut sape la kebecokkan Zahrah ni..rasanya ibu ayah dia ni pendiam dan pemalu orangnya👌..
Tapi tak kisah la, janji anak ibu bahagia & sihat selalu yer.. Alhamdulillah..

Tapi, sudah ditakdirkan buat anak ibu ni, untuk pertama kalinya sejak lahir dulu, kena tahan ward di Assunta Hospital..akibat muntah2 tanpa henti.. Bayangkan start pukul 3am hari Selasa, 09/09/14, Zahrah start muntah setiap jam..dan tak sampai 12jam masa, lebih kurang 15x dia muntah..daripada keluar isi nasi sampai keluar macam lendir kuning je..menangis ibu tengok Zahrah dah lembik tak bermaya 😢..

Selasa - 09/09/2014

~ 0300am ~
start meragam time tido, sehingga akhirnya muntah dibahu ayah time tgh didukung..

~ 0430am ~
muntah lagi atas katil pulak..

~ 0600am ~
sekali lagi muntah..badan on-off panas, so, kena bagi ubat demam jugak..

Dah bagi ubat tu, baru la dia boleh tidur semula..sampailah pagi..time tu ibu dah rasa lega sikit..syukur.. Tapi...

~ 0900am ~
terjaga dari tidur, minta susu (zahrah still breastfeed till now..alhamdulillah)..tetiba, muntah semula atas tilam (nasib baik alas karpet dgn tilam dia..kalau takkkk..huhu)

~ 1000am ~
Dah siap2 nak pegi klinik, ibu dukung..tapi, sempat lagi Zahrah muntah kali ke-5..so, ibu kena tukar baju dulu, baru pergi klinik..

Sebenarnya, kami ingat klinik buka pukul 10pagi, tu yang tunggu dulu..rupa2nya time register, klinik tu dah start beroperasi 24jam..huhu.. Sementara tunggu doktor, ada 3patients menunggu, Zahrah dah start sakit kepala, sampailah dia muntah lagi kat klinik.. Btw, time nak masuk kereta sebelum gerak ke klinik tu, Zahrah muntah lagi sekali..tapi time tu kami dah sediakan plastik utk dia muntah..bayangkan betapa lepak si kecil Zahrah time tu 😥

~ 1100am ~
Baru dapat jumpa doktor..bila bgtau doktor yang dia dah muntah dekat 10x, and doktor check demam sikit, terus dia buat referral letter ke hospital..time tu Zahrah memang tidur je kat bahu ibu..tak melawan dah time doktor buat checkup..huhu..

~ 1130am ~
Gerak ke SDMC terus..since dulu Zahrah lahir kat situ, and pernah kena tahan dari hari pertama dia lahir sebab demam juga, so, kami fikir better kami ke situ je..

Sampai ke emergency area tu, tak sempat ke kaunter, sekali lagi Zahrah muntah atas baju ibu depan kaunter..nurse nampak, ibu terus passed surat refer dari klinik, then terus ke tandas..

Zahrah muntah lagi, sambil nangis (ibu tak tahan tengok, pun menangis..huhu..


~ 1200pm ~
Jumpa doktor di emergency..and kena soal siasat macam biasa la..so, jawapan dari kami pun sama..

"muntah-muntah lebih kurang 10x"
"takde cirit-birit"
"panas badan on-off"
"takde alergi ubat"


Then doktor bgtau, kat SDMC time tu ward kanak2 sudah penuh..so, kena pergi hospital lain..and doktor cakap dia akan uruskan cari, ikut kat mana kami nak..

Mula2 try KPJ Selangor.. Penuh!
Then, Sunway Medical Center.. Penuh jugak!
Try DEMC.. Sama jugak penuh!
Cuba Pantai Bangsar.. Masih sama.. Penuh!

Doktor kata, selain tu boleh try Ara Damansara (Sime Darby punya hospital jugak), ada ward, tapi Doktor Kanak2 takde sebab kat situ specialist utk neuro and other 2 cases je..kalau ada Paed dari SDMC boleh ke Ara Damansara, boleh la..tapi malangnya, tiada doktor yang available..

Last2, doktor try call Assunta Hospital PJ, kami pun dah tak kisah kat mana, walaupun takde experience kat situ, and tak pernah dpt cerita experience kenalan terdekat (except ayah Zahrah yang lahir kat situ, 29thn dahulu), so kami ikut jela..asalkan Zahrah ok..

Alhamdulillah..ada ward kanak2 yang kosong.. Terus doktor buat referral letter ke Assunta Hospital.. Time tu, ada sorang lagi baby yang tak dapat ward, tapi parents dia nak try hospital lain, taknak ke Assunta tu, so, kami jela yang gerak ke sana..

Sebelum bergerak, Zahrah sempat lagi sekali muntah kat SDMC..huhu.. And, doktor tu tak charge pun kami..kiranya free consultation la.. Alhamdulillah..thanks doctor!!


~ 1230pm ~
Bergerak ke Assunta, syukur tak jem sangat even time tu lunch hour..sampai sana, macam kat SDMC jugak, sampai kaunter, sempat bagi referral letter dari SDMC je, terus berlari ke toilet.. Zahrah muntah lagi..and dia menangis lagi😔

~ 1300pm ~
Dipanggil nurse untuk disoal-siasat lagi..time tu takde demam..and berat Zahrah cuma 9.5kg sahaja..untuk budak umur 2T8B, rasanya macam underweight kan?? Huhu..

Then, 5min kemudian, kena panggil jumpa doktor pulak.. Check macam biasa, then, doktor cakap kena warded sebab dah banyak kali muntah, takut dehydrated😯..

Pergi admission counter pulak, another registration takes time..sbb nak kena deal dgn pmcare utk confirmation GL.. Zahrah sekali lagi muntah sementara menunggu tu..sian dia..memang tak keluar apa pun time tu..just air lendir..huhu..

Settle register utk admit, bergerak ke emergency room pulak utk start drip..menunggu lagi..time tu rasa macam nak marah je lambat and byk sgt procedure..tapi memandangkan hospital should ada procedure (and saya pun dah mmg kerja bergelumang dgn procedure) ditambah inginkan Zahrah ok, sabarkan jela.. Time tu ramai nurse tgh tukar shift, so, tu yang jadi lambat lagi😫

Akhirnya, sampai masa utk drip air..masa yang menyakitkan untuk Zahrah, sakit juga ibu yang melihat si kecil melalak kesakitan..berjujuran airmata ni😭.. Dah ambil darah, ambil sampel hingus..then, masukkan air..duduk atas wheelchair utk dibawa ke ward kanak2 Sang Kancil😓
Alhamdulillah..

~ 1430pm ~
Masuk ward double bedded, sebab single room semua full..time tu katil sebelah belum ada orang.. Sampai bilik, Zahrah terus tidur atas katil..nurse interview lagi, bgtau do's & dont's dalam ward kanak2..barulah kami dapat berehat sekejap..makan & solat..

Paed Dr. Lim datang buat checkup..interview lagi..and cakap Zahrah tak teruk sangat.. Syukur, walaupun bila tengok keadaan Zahrah macam dah teruk je rasa..maybe ramai yang lagi teruk.. Syukur juga, Zahrah tak kena cirit birit..kalau tidak, tak tahu la macam mana keadaan dia😷




~ 1830pm ~
Dr. Lim datang buat checkup condition Zahrah lagi..check air kencing, tapi malangnya Zahrah dah kekurangan air dlm badan sampai tak kencing..kena tunggu air di-topup baru dia boleh kencing..

Sepanjang hari tu memang zahrah tak makan apa2..minum taknak, nyek pun taknak.. Dia cuma nak didukung je..setiap kali sakit, dia akan cakap "sakit kepala" or "sakit perut".. Tapi Dr. Lim kata takpe sebab dah masukkan air dalam badan, jangan paksa dia makan dulu..kalau perut dh ready baru bagi dia makan..

So, sepanjang malam tu memang Zahrah tidur jela..and ibu temankan sorang2 sbb ayah tak dpt teman since masuk double bedded kan.. Jam 930 tu ayah & acu zahrah dah balik.. Tinggallah ibu & Zahrah..bermalam di Assunta Hospital..buat pertama kalinya 😢

Tengah malam tu, Zahrah dah start nak menyusu semula..rasanya Zahrah sudah rasa kelaparan sgt time tu..kesian dia..lepas menyusu, tidur semula.. 2-3x juga la dia bangun menyusu.. kencing pun start banyak malam tu.. Alhamdulillah, recovery stage dah bermula😘

Rabu - 10/09/2014

Seawal jam 0530am Zahrah dah bangun tidur..dengan kesegaran yang tak disangka..dah boleh senyum..tanya ayah mane..then, minta tengok upin-ipin..hihi.. Ibu layankan jela walaupun pagi2 buta.. Lebih kurang kul 0630am tu. Zahrah bgtau ibu, baju dia basah..ibu ingatkn air tumpah..sekali tu lepas buka lampu, rupanya, dia dh "bocor kencing" habis lencun baju-seluar and katil dia..pampers pun macam nak "meletup" dah.. So, panggil nurse utk bukakan baju Zahrah..berdarah sikit bhgn drip jarum tu time nak cabut baju..melalak la dia pagi2 tu..

Dalam pukul 0730am ayah and acu sampai dah..seronok bukan main lagi bdk kecik ni..nurse datang checkup pun terkejut tgk Zahrah time tu bukan Zahrah yang semalam..looks better & healthier.. Siap menyanyi lagi..makan nasi goreng.. Alhamdulillah😀




 Mengharapkan Dr. Lim datang checkup pagi tu and discharge hari tu juga..tapi malangnya, mungkin disebabkan ada case yang perlu di-attend, petang baru doktor sampai.. Sementara tunggu doktor datang check, nurse nak kena ambil sampel air kencing utk test, so, nak dapatkan sampel tu, kena pulak letak plastik utk tadah air kencing Zahrah.. Menangis jugak la Zahrah sepanjang pasang plastik tu..

Lebih kurang pukul 1500pm baru doktor sampai.. Doktor cakap Zahrah ok dah.. Muntah2 mungkin disebabkan virus..ujian darah pun ok..hemoglobin and darah putih ok.. Ujian sampel hingus pun (-)ve influenza.. Air kencing pun ok.. Alhamdulillah😍

Selesai tu, hospital prepare for check-out and billing semua, dalam pukul 1600pm baru Zahrah discharge..tapi bil masih belum settle..so, petang sikit baru ayah Zahrah pergi Assunta Hospital balik..

Alhamdulillah😊
Selamat dan sihat sudah anakku Zahrah Nur Iman.. Sejarah hitam yang terpaksa dialami sepanjang 2H1M itu adalah sebagai salah satu kenangan hidup yang pastinya menguji kesabaran dan ketabahan kami semua.. Alhamdulillah, kami telah melaluinya..

Syukur Ya Allah..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami Ya Allah
Kau kurniakan ketabahan kepada kami dalam menempuh dugaanMu Ya Allah
Kau lindungilah & rahmatilah hidup kami dunia & akhirat Ya Allah..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal'alamin..

Begitulah pengalaman kami ketika Zahrah diuji dengan kesakitan sehingga di-warded.. Walaupun hanya semalaman..tapi saat melaluinya seperti sebulan..huhu😞

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...