Amacam?? Sihatkah?? Sibukkah??
Ibu ZNI sekarang ok2 saje..tak sibuk sangat..tak busy sangat..and takdelah sihat sangat..sejak akhir2 ni selalu sangat sakit kepala..especially dekat2 nak datang bulan..opssss π perubahan hormon kot..almaklumlah dah nak 30series kan π
Cerita pasal 30series ni..teringat tentang suatu kisah..yang pada jangkaannya akan bermula pada penghujung Sept'14, sebelum ibu ZNI ni menjangkau umur 30thn..
Kisah "datangnya" adik ZNI π
Yer, mungkin ada yang sudah tau, kisah ibu ZNI serta famili, yang diuji dengan "kehilangan".. Namun, ujian dariNya diterima dengan redha, semoga ada kemanisan disebalik kepahitan tersebut.. InshaaAllah..
21-Dec-2013 merupakan 1st day last period untuk ibu ZNI..so, doc expected the EDD to be 28-Sept-2014 untuk jangkaan kelahiran "My2ndLilKecik" just 2w++ before my 30th birthday..and ibu ZNI pun dah berangan akan berpantang time Hari Raya Aidiladhaπ³
Ceritanya pregnancy ketika tu, memang lain daripada yang sebelumnya.. Start dengan first check bila period lambat, pregnancy test tu macam indicate pregnant sangat lambat..dua-line tu just timbul "malu-malu" je..macam nampak macam tak nampak..
But, mesin tu estimated EDD on 01-Nov-2014 sebab ikut perkiraan mesin, baru 4w++ so, lebih kurang sebulan lewat dr EDD manual la kan..tak kisah sangat pun time tu, sebab previous pregnancy pun memang macam2 EDD ada..hihi..just work-live as normal..
Since, pada masa tu takde rasa sakit/lemah sangat, so, ibu ZNI ni sangatlah cargas berkerja, kehulur-hilir angkat files,
Sehinggalah pada Rabu, 26-Feb-2014, ada blood spot pagi tu..tapi sedapkan hati cakap takpe kot..normal lah kan kadang2 pregnant ladies ada bleeding..so, continue kerja macam biasa..ingat lagi that day, ibu ZNI ni kena arrange one briefing, so, memang sangat ligat hari tu..terus lupa pasal bleeding.. Malangnya, petang lepas briefing, another blood spot keluar..banyak sikit dari pagi tadi.. Time tu, #hatiadasikitgentar bila tengok 2nd bleeding..sebabnya saya tak pernah bleeding time first dulu..huhu.. Balik rumah, non-stop bleeding, pakai pad even tak banyak, tapi non-stop.. Dah start menangis time tu.. Solat, doa banyak2 mohon "diselamatkan"π’
Ikutkan hati yang macam taknak terima kenyataan, nak bertahan je, taknak pergi klinik..tapi atas nasihat famili n kawan2, pergi jugak klinik malam tu..
Pergi satu klinik, doktor cakap "miscarriage" walaupun doktor tu tak scan pun..time tu mmg rasa sakit hati dengan doktor tu sebab "suka-suka je tulis refer letter tu cakap miscarriage".. Atas ketidakpuasan hati tu, kitorg pergi klinik lain pulak.. Kali ni ada scanner tu, doktor (ganti) tu scan, tengok dah "kosong" π© tapi dia tak berani nak buat conclusion macam doktor sebelum tu.. Just tulis "threaten abortion" dalam referral letter tu.. Sejuklah sikit hati ni walaupun sebenarnya dah macam 50-50 je harapan utk "My2ndLilKecik" tu "selamat".. Balik rumah, tenangkan hati yang tak berapa tenang tu..esok pagi Khamis, 27-Feb-2014, lebih kurang pukul 10am, pergi klinik Dr. Ani untuk further confirmation.. Jumpa doktor, cerita kisah bleeding, then doktor scan.. Kosong.
Lepas je kejadian tu, perut saya memang dah kurang sakit..tapi masih rasa nyut-nyut sikit.. So, rehat je dulu kat rumah..sampai petang, memang perut tak sakit, so, takde plan nak ke hospital..
Esoknya, Jumaat, 28-Feb-2014 atas nasihat kenalan rapat, kami pergi check kat hospital jugak.. Then, petang tu, kami ke Hospital Serdang..terus ke ER.. Sebelum jumpa gynae, kena soal siasat dengan doktor biasa dulu..nasib baik tak kena marah sebab datang lambat..huhu.. Lepas sejam menunggu, baru dapat jumpa gynae..lebih kurang pukul 6.30pm.. Doktor scan, memang dah kosong betul..tapi still kena tunggu darah habis keluar..and tak perlu buat D&C.. Syukur that part..just let it go naturally..huhu.. Dengar pulak cakap2 dari doktor dgn anak buah dia, pasal fibroid pulak..hmmmm..ada fibroid yang kecil..tapi tgk gaya doktor tu, i hope yg ia bukanlah hal yang serius..huhu.. Lebih kurang maghrib tu baru selesai..balik rumah, and tunggu my parents datang dari Johor..
Itu adalah kali pertama saya pergi hospital gov, and peliklah jugak sebab walaupun disahkan "miscarriage" tapi saya tak dapat MC pun??? Huhu..so, macam tak tahu perlu berehat & berpantang ke tak kalau keguguran..or dah boleh meneruskan kerja seharian macam biasa.. Bila ditanya kenalan rapat, diorg pun pelik tak dapat MC, selalunya at least 2w MC.. So, kami decide utk buat follow up ke klinik Dr. Ani pada hari Isnin, 03-Mar-2014 utk buat follow-up..bila jumpa Dr. Ani, dia sangat tenang and tenangkan kitorg..scan balik and doktor mmg cakap dah "bersih".. Advised to take "rest" utk 3bulan at least, before nk TTC π.. Pasal fibroid, memang doktor ada detect jugak time scan tu, tapi since saya memang ada previous history waktu first pregnancy (small fibroid), so, doktor advise utk buat follow-up lagi 3bulan
Dapat MC 7hari dari hari kejadian sehingga hari Jumaat, 07-Mar-2014, sehari sebelum terjadinya nahas #MH370 (takziah buat keluarga mangsa MH370).. Ayah ZNI pun selamat berangkat ke China atas urusan kerja pada 05-Mar-2014 tu.. So, berehatlah saya sepanjang seminggu tu dgn dijaga mak-abah dan Zahrah π
Begitulah cerita Kisah "My2ndLilKecik" yang hanya sementara dipinjamkan olehNya.. Ibu ZNI redha dan doakanlah semoga ada hikmah disebaliknya.. Tetap bersyukur kerana diberi kesempatan utk merasa hamil kali ke-2 walaupun hanya untuk 9minggu..
Sekian, terima kasih..
xoxo,
Ibu ZNI
No comments:
Post a Comment