Sunday, May 6, 2012

Susu Berkurang??? Argghhh :`(

Assalamualaikum ibu2 diluar sana...

Photobucket
Sehingga ke hari ini..saya sudah mencecah hampir 4bulan menyusukan baby Zahrah..even not fully direct feeding, tapi still EBM yang saya bekalkan utk Zahrah setiap hari di nursery termasuk dalam perjalanan BF ibu & anak..syukur sangat atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemurah...
Alhamdulillah...

Tapi semenjak 2-3hari ni, sedikit rasa bimbang bila tengok dalam freezer tu, jumlah EBM yang agak merudum..actually, i think jumlah tu nampak berkurang bukan sbb susu semakin berkurang saja, tapi ditambahkan pulak sekarang ni baby Zahrah semakin 'berselera' minum susu ibu dia di nursery..almost 20oz jugalah sehari untuk bekalan di nursery..1st month keje tu masih boleh supply utk next month punya keperluan, tapi EBM yang di-pump bulan April pulak dah digunakan seawal bulan April jugak..so nampak la kat situ yang kegunaan bulan Mei telah 'dicantas'..hehe..

So, sebagai langkah persediaan bagi mengelakkan 'dry period', ibu start google kat internet cara2 untuk menambahkan susu badan..so that, bekalan untuk Zahrah diharap takkan terputus..huhu..
And, searching from the internet, apa yang dapat disimpulkan adalah:

(1) Tambahkan kekerapan mengepam...
Rata-rata ibu2 diluar sana banyak sarankan yang utk dapatkan kuantiti susu yang lebih, ibu2 kenalah rajin mengepam..ini kerana semakin banyak kita pam, semakin kerap B kita kosong, maka semakin banyak la susu dapat dihasilkan..sama juga lah dgn bagi Direct Feeding..so, kalau kita ada dgn baby, bagilah sekerap mungkin DF pada baby..and kalau rajin and ada masa, boleh lah pam lagi selepas bg DF tu..

And for me, saya dah try teknik kekerapan mengepam ni kat ofis..and nampaknya berjaya..even setiap kali kita pump tu kemungkinan utk dapat jumlah yang banyak agak susah, tapi still bila di-totalkan jumpah hasil perahan sepanjang hari tu lebih banyak dari jumlah sebelum ni..sebelum ni saya cuma pump 2x je sehari, tapi sekarang try pump at least 3x..and hope for good news la yer :-)

(2) Pemakanan...
Ibu2 yang menyusukan anak pastinya kerap berasa lapar kan?? So, pastikan kita ambil makanan yang berkhasiat dan yang dapat merangsang penambahan susu..antaranya seperti betik, kurma, kismis, jantung pisang, lobak putih & halba..and ofcourse kena banyakkan minum air, especially air masak yer..saya pulak, setakat ni, saya try banyakkan minum air bali..ibu2 diluar sana bolehlah mencuba yer..

(3) Jangan terlalu stress...Ibu pasti boleh!!
Yer, saya faham..disaat anda tengok anak anda yang sering memberikan senyuman pengubat hati, tentu terdetik rasa bimbang dan stress bila memikirkan jumlah penghasilan susu yang semakin berkurang..tapi ingatlah, dgn keadaan yang stress pastinya akan memburukkan lagi keadaan..teruskan usaha anda..buat semampu yang boleh untuk memberikan yang terbaik utk anak anda..dan seterusnya berdoalah kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan rezeki susu yang lebih untuk anak anda..

Keep it up, Mum!!!
I support You!!
and follow me to support BreastFeeding!!
Photobucket
Pictures from here :-)

2 comments:

  1. Thanks nureen..tula, risau ni baru 4bulan..tapi setakat ni bila aku kerapkan pam mmg dpt lebih sikit la..aku pun pam kat workstation jugak..padahal tmpt aku tu area mesin fotostat..selamba je..haha..

    ReplyDelete
  2. Bagus cadangan ni. Betul. kalau stress, mmg lagi merudum, juga boleh cuba powerpumping =) http://www.surijunior.com/2011/12/power-pumping.html

    ~Making the best of everything we have~
    www.surijunior.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...