Saturday, March 24, 2012

CH#3 ~ Rama2 and the geng!!

Salam 1Malaysia and Happy weekend!!

And for my 3rd update..just have a quick one..less words..

Lets pictures talking2 to you hah :-)

^ Entrance..kena turun tangga..huhu ^

 
Ayah..let me get out from here...haishhh :-(

 
Ibu pun nak enterframe :-)

^ Si Rama-rama Yang Cantik ^

^ Kaktus Yang Besar ^

^ Sang Kumbang Yang Menarik ^

and.....

Masa untuk pulang berehat!!!



Daa...

Mode: bermalasan dihujung minggu..mau istirehat saja..

Thursday, March 22, 2012

Perodua MyVI 1.3 EZi Auto (Premium) Facelift for sale



Price: RM38,700.00
Reg. Year: 2009
Mileage: 55 000 - 59 999
Transmission: Auto
Engine Capacity: 1298 cc
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Alarm, Central lock, Adjustable steering

Good condition
Accident-free

Call 019-2210830 (Fazreen)
Price negotiable

Wednesday, March 21, 2012

CH#2 ~ Strawberry hunting!!

Hai..hai..hai..
Welcome to my 2nd update on Cameron Highland trip!! Hoyyeh!!

Ahad pagi start with breakfast dulu..kul930 macam tu baru siap turun bfast sblm nak keluar jalan2..tapi makan sikit je sbb ramai org and dak kecik ni meragam pulak..nak buat macam mana, dia selsema kan, so mmg tak selesa la..huhu..

Around 10.30 macam tu baru ktorg gerak..jem jugak la bandar tanah rata tu..cuti kan..mmg beratur la atas jalan tu..nasib baik la strawberry farm yang kami nak pegi tu dekat je..so xdela lama sgt kena layan jem tu..tapi sampai2 Big Red Strawberry Farm tu bukan main susah nak cari parking..even belum kul11 pun dah ramai org..sabar jela..last2 dapat parking kat atas bukit nun hah..jenuh nak turn ke farm dia lepas park kereta tu..dgn Zahrah yang amat selesa dan nyenyak tido..krem tgn ibu dia ni dukung je sepanjang jalan tu..huhu..

Dah penat jalan2 tu, baru lah beli strawberry..malas nak petik sendiri, sbb ramai sgt org kan..so, beli dah siap2 dipetik je..bungkusan kecik RM5 sebungkus..yang besar sikit RM10 sebungkus..and kalau nak self pluck, 1/2kg RM25.00..agak mahal la kan..tp puashati la dapat pilih sendiri buah2 tu kan..

Ini dia strawberry yang dibeli..gambar diambil dr FB my BIL..hehe..i tak sempat nak amek gmbr..
I'm sorry!!

And ada jugak beli kaktus utk MIL..ktorg beli yang kecik2 tu je..RM10/6bekas..macam2 jenis kaktus ada..yang ada bunga pun ado!! Ini dia!!


Dalam pada shopping kat farm tu, haruslah amek gmbr jugak kan?
Layankan jela yer..hehe..







Lepas dari farm tu, ktorg gerak ke Butterfly Park pulak..macam dijangka, jalan jem memang tak hengat la..mana taknya, sepanjang jalan tu mmg ada byk strawberry farm, so ramai la org parking kat tepi2 jalan (yang sememangnya kecik) tu kan..dgn cuti sekolah lg..so, kena byk2 sabar la kan..huhu :-(

Baiklah, dekat Butterfly Park tu takde la ramai org..sbb kt tempat lain pun ada butterfly park kan..so org tak heran sgt kot..hehe..btw, nak masuk sila byr RM5/adult yer :-)

Nantikan cerita selanjutnya di Butterfly Park!!

Daaaa....

mode: penat ulang-alikke toilet dr malam td..gara2 CB, terpaksa EL lagi today..huhu :-(

Sunday, March 18, 2012

Four.Six.Five

Hollah!!

Remember this entry?
Yang pasal kaki i membengkak tu..huhu..sekarang tidak lagi!! (ofcourse la aliza oi..anak ko dah 2bulan lebih kot, xkan bengkak lg kan)..hehe..

Time kaki bengkak tu mmg tak dapat nak selamatkn dah kasut2 i..yg size 5 pun dah tak muat, lagi yg saiz 4 tu kan..so dat time beli sepasang sandal size 6..tapi dpt pakai sebulan je..huhu..

So, terpaksa lah beli sandal lain pulak..
Ini dia!!

Motif?? (lu pikirlah sendiri..haha)

mode: mengantuk yang amat..plus penat iron utk 8hari..tido dulu!!

Friday, March 16, 2012

CH#1 ~ Pendakian Bermula...

Salam readers!!

I'm back..haha..setelah hampir seminggu tak cuci blog ni..at last smlm baru dpt start menulis..tu pun sbb amek EL..so ada la jugak masa nak menulis kan..tapi sy bukan amek EL semata-mata nak update blog yer..semalam agak tak sihat..sakit kepala..bersin2 (macam biasa) and sakit2 badan..macam org tua dah rasa (tula..sapa suruh tak berpantang betul2)..huhu.. Tak kisah la kan pasal sakit tu..ujian sikit je tu..terima la seikhlas hati..pencuci dosa la kan..

Baiklah..

Back to cerita pendakian kami ke Cameron Highland..sangat2 la menggerunkan..huhu.. Actually sblm nak start trip tu mmg dah survey la nak ikut jalan mana yang lg best (best ke kena mendaki??huhu..) and selamat kan..so, survey mengatakan ikut Spg. Pulai lg sesuai..walaupun jauh, tapi jalan kat situ ok lagi dr ikut Tapah.. So, kitorg pun decide ikut Spg. Pulai..plus, En. GPS pun setuju ikut situ :-)

lagi 2km yer :-)

Kami keluar rumah around 9.30am macam tu, berhenti makan/rest kejap kat R&R Tapah..then around 1.00pm macam tu sampai exit Spg. Pulai..dari exit tula bermulanya pendakian yang menggerunkan..huhu..

^ Zahrah & Ibu...sebelum berlepas ke pendakian ^

Perjalanan dari Spg. Pulai ke 'exit' Cameron Highland (CH) around 57km macam tulah..jalan ke arah CH dah start bengkang-bengkok..macam ular kena palu uols...seriau sgt..nasib baik la bukan i yang drive kan..dgn en. husband yang tak habis2 menguap2 time drive..aduyaiii..mengucap jela den sepanjang perjalanan tu..huhu..tapi nasib baik la jalan tu besar la jugak, sbb masih ada emergency lane kan..kira ok lah..kalau ikut Tapah maybe kecik sikit jalan dia..huhu..

And then, after mengharungi 57km tu, nak kena mendaki lagi lebih kurang 20km sebelum sampai ke destinasi..this time jalan dia mmg horror..takuttt!!! Jalan kecik, kereta banyak pulak..sbb cuti sekolah kan..dgn selekoh tak hengat punya bahaya..hujan pulak tuh...uwaaa...seriously kecut perut..budak kecik ni pulak makin nyenyak dia tidur atas pangkuan ibu dia..yang ibu n ayah dah senget2 badan time lalu selekoh tu..sabar jela ini budak..huhu..

see..horror kan??huhu...

Alhamdulillah, after 70km plus mendaki, akhirnya sampai la ke Strawberry Park Resort..and fyi, resort ni dok atas sekali dr resort2 or hotel2 lain yer..nak naik ke hotel ni pun sgt sakit..selekoh bentuk "V" paling best tuh..and jalan sgt2 la kecik..huhu..gerun mak!!

and....

Kat atas tu sangat la sejuk..lg sejuk dr aircond kereta..maka bermulalah episod selsema anakku..huhu..sian anak ibu selsema kat cameron tu..sorry yer dik!!

Petang sabtu tu ktorg just keluar pegi makan je..sbb dh petang xleh nak pegi jalan smpi malam..tak biasa lg jalan kat situ kan..just keluar makan and singgah kedai cenderahati..belum apa2 dh shopping kan??haha..

Last but not least!!

Three of Us!!!

^ Ayah..Ibu..Zahrah ^

Zahrah & hidung yang merah :-(

p/s: nantikan sambungan yer :-)

Thursday, March 15, 2012

Happy 1st Anniversary!!!

Date ~ 12 March 2012
Day ~ Monday
Location ~ Cameron Highland


p/s: sila nantikan cerita cinta kami di Cameron Highland ya!!!

Saturday, March 10, 2012

Heading there!!

Yes, we are heading there..

Where?? It's called Cameron Highland!!
Doakan perjalanan kami dan percutian selamat dari pegi hinggalah pulang ke KL yer...

Daaaaa....


Thursday, March 8, 2012

^ Putri Yang Ditukar ^

Salam all..

Akhirnya setelah 2bulan 2hari bercuti, bermulalah kembali cerita kerja ku..huhu..sungguh tak best saat2 awal kerja bila dah lama sgt bercuti..tapi Alhamdulillah ibu baru ni cekal di ofis dan tidak terlalu ingat2kan si kecil..bukan tak ingat langsung, tapi sekadar menjadikan puteriku seorang yang juga cekal & tabah hatinya..

Wahai puteriku sayang!!!!!

Ahhaaaa, cakap pasal puteri ni teringat cerita 'Putri Yang Ditukar' yang selalu tengok time cuti tu..sekarang dah xdpt tgk lagi..kalau nak tgk pun kena online..huhu..

Adakah kalian pernah menonton cerita itu? Tidak? Let me story2..nak tak???

Baiklah..alkisahnya (saya tengok start episod 70++..so awal2 tu xtau cerita..haha..)

'Putri Yang Ditukar' mengisahkan tentang kehidupan Amira yang merupakan anak kepada seorang usahawan terkenal bernama Prabu Wijaya telah ditukarkan dgn Zahira, anak gadis kepada Utari & Ihsan..seingga dewasa kedua2 anak gadis ini tidak pernah tahu yang sebenarnya seorang lelaki bernama Wisnu telah menjadikan kehidupan 2 keluarga berlainan darjat ini menjadi huru-hara..

Walaupun Prabu Wijaya sayangkan 'anak kandungnya' Zahira, namun jauh disudut hatinya, dia sangat menyanyangi Amira..dan Wisnu pula akan sentiasa mencari helah dan taktik bagi menyakiti Amira demi membalas dendam kepada Prabu Wijaya yang menyebabkan beliau menjadi tempang.. Utari dan Ihsan pula masih belum sedar bahawa insan yang duduk sebumbung dgn mereka adalah duri dalam daging yang sentiasa menikam2 keluarga mereka secara diam2...

Persengketaan antara 2 keluarga tersebut semakin menjadi2 semenjak Prabu Wijaya mencuba untuk membunuh Ihsan, dan dalam masa yang sama, Prabu Wijaya sering menggunakan kekayaannya untuk memporak-perandakan keluarga naif Utari & Ihsan..hakikatnya Prabu Wijaya berbuat demikian demi menyelamatkan si gadis Amira dari penyeksaan Wisnu..kasih sayang Prabu Wijaya kepada Amira sehingga ingin meng-adopsi Amira sebagai anaknya menimbulkan rasa tidak senang hati Zahira serta ibunya, Aini..dalam masa yang sama Meisya serta ibunya (isteri kedua Prabu Wijaya) sering menhasut Zahira & Aini akan ketidak-adilan yang ditunjukkan Prabu Wijaya kepada mereka berdua..walaumacamana baik pun si Zahira, kadangkala dia juga termakan dgn hasutan kakak tirinya itu..tetapi kebaikan Amira juga seringkali melembutkan semula hati Zahira yang sedang dalam kesedihan..

Selain kasih sayang seorang bapa, Zahira juga merasa kesedihan apabila lelaki yang dipujanya, Rizky begitu menyukai Amira..walaupun dengan bantuan Arman, pemandu Zahira yang juga sgt mencintai Zahira, ia masih belum dapat membuka hati Rizki utk menyayangi Zahira..bagi Rizki, Amira adalah insan yang sgt spesial untuknya..walaupun ditentang hebat oleh Prabu Wijaya..ke'blur'an Amira dgn tumpuan dan kesukaan yang ditunjukkan Rizki kepadanya membuatkan si teruna begitu susah hati..apatah lagi dgn kedegilan Prabu Wijaya untuk menerima kehadiran Rizki dalam hidup Amira..

Sampai bilakah rahsia Wisnu akan terbongkar??
Bilakah Prabu Wijaya dapat memiliki Amira sepenuhnya??
Adakah Rizky berjaya memiliki hati Amira??
Dapatkah Zahira menerima Arman dalam hidupnya??
Akan berdamaikah Prabu Wijaya dgn Utari & Ihsan??

Saksikan kesudahannya di TV3..setiap hari Isnin- Khamis..jam 2 petang..dibawakan oleh Daia..
Kalau tidak berkesempatan silalah menonton di TONTON...

Selamat menonton!!!

p/s: saya suka sound track cerita ini..jom layan!!




Source: Youtube

Daaa...

Tuesday, March 6, 2012

Dari DIA Kita Datang.. Kepada-NYA Jua Kita Kembali

Al-Fatihah

(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang (4) Yang berkuasa pada hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja tempat kami memohon pertolongan (6) Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tanggal 5 Mac 2012, perginya seorang insan bergelar emak, wan dan onyang, mengadap Yang Maha Esa, selama-lamanya..pemergian arwah merupakan satu kehilangan yang pastinya dirasai dan diratapi oleh anak, cucu cicit serta ahli keluarga & rakan2nya..tiada apa yang mampu dibekalkan untuk arwah di alam sana melainkan doa2 serta amal jariah..kenangan suka-duka pahit-manis bersama arwah pastinya akan dikenang..

Semoga rohmu tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan bertakwa..

Aminnn..

Aku hanya mampu merasai kasih sayang seorang nenek selama setahun setelah berbelas tahun tidak merasainya..Al-Fatihah untuk Atuk-atuk, tokmak, tok piah & wan..serta mereka yang telah meninggalkan kite..

Monday, March 5, 2012

Satu Minggu Lagi!!

Salam readers!!

Lagi SATU minggu Insya-Allah genaplah SATU tahun usia perkahwinan kami..dengan kehadiran SATU lagi khalifah Allah didalam keluarga kecil kami, sambutan pastinya akan menjadi lebih bermakna..

Syukur pada-Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..

Insya-Allah , jika dengan izin-Nya, kami bertiga akan meraikan ulangtahun perkahwinan pertama ini di SATU tempat yang tidak asing lagi bg rakyat Malaysia..di mana?? Adalah!!heheh..

Tapi...

Sebagai persediaan untuk si kecil, ibu telah menempah satu set cardigan, booties dan cap dari Knit-Wie khas untuk si kecil..and hasilnya sangat comel baby set tu..

Suka sangat..tak sabar ibu nak tengok adik pakai..teruja!!
Gambar dari sini

Selain tu, ibu pun ada belikan 2lagi sweater utk adik pakai time2 sejuk kt sana nnt..remember this entry?


Both sweater ibu beli kat expo di KLCC tu..tapi satu tu agak besar sikit, maybe gedoboh kalau adik pakai sekarang..so nnt adik pakai yang orange colour jela yer..hehe..

Untuk ibu dgn ayah takde ke??

Sepatutnya ada..tapi tak tau la jadi ke tak..so tunggu jela yer, kalau ada akan di-update kemudian.. Tungguuu!!!

Sekian saja review utk kali ini..adakah anda sudah agak dimana destinasinya?? Cer teka!!hehe..

Utk surprise lagi..inilah bilik hotel yang telah dibook..kalau terror tekalah nama hotel tu..hahaha..

Studio Suite
Gambar dari Google

Daaa....

p/s: ini adalah entry berjadual..dibuat bagi mengelakkan dari blog ini bersawang terlalu cepat :-)

Sunday, March 4, 2012

Bekalan untuk MyGegirl!!

Tadaaa....
^ hasil perahan 07.02.2012 ~ 02.03.2012 ^

Alhamdulillah..

Hasil perahan selama sebulan khas untuk anakku sayang, Zahrah..stock EBM yang berjaya ibu simpan untuk Zahrah minum di nursery nanti..ada la dalam 120oz untuk stock setakat ni..nanti dekat ofis ibu pam lagi yer sayang..

Cerita pasal pam-mengepam ni, lately ni susu ibu semakin bertambah..syukur sangat..seronok je time pam bila tgk botol tu penuh je..kalau Zahrah ada dgn ibu (xpergi nursery) selalunya ibu tak pam, biar Zahrah je yang jadi tukang sedut..suka sgt2 time adik bergantung tu..seriously feeling sayang2 sgt kuat that time..tapi kalau adik byk tido, terpaksa juga lah ibu pam sbb takut penuh sgt nnt mengeras lagi..huhu..

Untuk dekat ofis nnt, ibu plan jadual pam 3x sehari..pagi2 lepas breakfast dlm kul8 tu, lepas lunch dalam kul2 camtu, dengan before balik around kul5..harap2 la ibu ada masa nak pam kat ofis..sbb kat ofis ni bukan tentu, time2 lunch pun sibuk nak meeting lagi..huhu..

Semoga ibu dapat sediakan bekalan susu untuk Zahrah sayang selama yang boleh..and semoga rezeki susu ibu semakin bertambah la hendaknya..

Aminnnn...

mode: sedih dah nak start keje esok..mesti awal2 ni blur lagi..huhu..

********************************** Birthday Wish **********************************

Happy Birthday Tok Bah!!

******************************************************dari Zahrah, Ibu & Ayah******

Saturday, March 3, 2012

I'm 2month old chubby girl!!

Yeay!!! Kite dah 2bulan!!

Happy 2 months old Zahrah!!

Ibu mesti suka...

~ Kite dah semakin membesar dgn jayanya...
~ Kite dah semakin comel & gebu (serta memberat)...
~ Kite dah kurang menangis (tapi waktu siang je..malam kite masih menangis2 lagi..hehe..)...
~ Kite dah paham sikit2 bila ibu cakap (bebel) dgn kite...
~ Kite dah boleh senyum & ketawa2 dgn ibu (tapi ayah tak pandai ketawakan kite lagi..huhu)...

Kite Sayang Ayah & Ibu!! 

Current Weight ~ 4.75kg
Current Height ~ 57cm

Achievement ~ Smile!!

Ayah & Ibu pun Sayang Adik!!!

Friday, March 2, 2012

@Liza ~ Cuti anda telah tamat!!!

Dengan sedihnya sy ingin mengaku bahawa tempoh bercuti & bergumbira saya akan tamat pada hari ini..

Uwaaa...sedihnya...kena mengadap balik kerja yang byk itu...keluar rumah pagi2..balik rumah dah malam..huhu..

Cuti yang sangat lama ni memang best sebabnya:

1) dapat bersama berkepit bersuka-ria dgn Zahrah darling..
2) dapat tengok tv siang2 hari samai dah tak tau nak tgk citer ape (sbb astro asyik ulang citer yg sama jer..huhu)
3) dapat update blog selalu..
4) dapat buat custom album dgn jayanya..
5) dapat habiskan duit dgn shopping online (astaghfirullah..ini pembaziran!!huhu..)

Hmmm..sudah2 ler tu aliza oi..kembalilah kamu ke alam realiti..ke dunia pekerjaan..huhu..

To me <-- please enjoy your life as an executive (nak muntah!!!hahah..)

p/s: lepas ni nampaknya blog saya akan kembali bersawang la gamaknya..huhu..

Thursday, March 1, 2012

Teaser ~ Our First Anniversary

Salam all...

FYI, we've planned something for our 1st anniversary..so, for an introduction, here is part of the celebration!!

Yeehaa!!!
Just wait for another update ya!!

Daaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...