Wednesday, March 31, 2021

Awaiting for #ZNIjunior 2.0

 Assalamualaikum & Salam Weekend!

Alhamdulillah, dah nak habis bulan March 2021 barulah rasa nak update blog yang sudah mula bersawang ni. Apo? Busy nau nau sgt kan, maklumlah dah nak cuti panjang ni, mmg kena pulun layan kerja ofis la kan.

Now, ibu dah 37weeks plus dah pun. Pejam celik pejam celik xsampai 3minggu lagi inshaaAllah lahirlah baby #ZNIjunior 2.0 nanti. Alhamdulillah, masih lagi sihat, boleh buat kerja ofis buat kerja rumah je kadang² je rajin sebab dah busy #wfh kan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Next week ada check-up lagi dengan gynae, plus maybe kena buat covid test dah sbb bila² masa boleh bersalin dh kan even though previous born #ZNIsisters at Week 40 je. So kenalah tunggu apa kata doktor nanti, rahim dah ready to deliver ke belum, but last week baby mmg dh kat bawah cuma rahim belum "matang" lagi katanya. Skrg ni dh start rasa mild contraction kadang² tu tgh tgk tv, buat kerja ofis, tetibe rasa mcm senggugut tu kan..huhu..seriau pulak bila fikirkan sakitnya nak beranak tu kan. Tapi, doa²lah moga Allah bantu kurangkan kesakitan dan permudahkan urusan melahirkan nanti. InshaaAllahπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°.

Persiapan nk sambut baby pulak Alhamdulillah complete dah rasanya. Tapi tula, bila godek² shopee lazada ke lagi² time 1.1 ▶️ 2.2 ▶️ 3.3 ▶️ 4.4 mesti ada je benda ditambah kan. Latest today, saje² je menambah barang walaupun xde direct kaitan utk baby (konon²nya nak bagi present kat kakak² baby nnt lepas lahir). Apa² jela alasan kan, layankan jela bosan² duduk rumah itu jela yang dibuat. Shopping. Makan. 

Antara yang awal dibeli sebab belikan botol susu dak Zarin, so beli set newborn je terus. Botol besar Zarin punya, botol kecik baby punya. Puting beli lebih sikit
😊😊😊

Set breastfeeding ni semua recycle dak Zarin punya. Alhamdulillah breastpump and botol² tu semua okay lagi, "cantik" lagilah rupanya sebab baru 3thn kan. So beli b/milk storage bag jela buat tambahan stok susu utk baby nanti. Hopefully boleh fully breastfeed baby at least sampai 2 tahun la kan. Aminnn.

Dah beli botol semua kenalah beli pencuci jugak kan. Sebelum ni pakai pureen dll tak ingat. Kali ni pakai pigeon je senang, detergent baju pun pakai pigeon. Tapi kocik jo botol tu rupanyaπŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ₯Ί

Ini pun antara yang awal beli dan banyak pulak jadinya..beli konon²nya sikit² tp byk brands, sudahnya ada 25pcs wet wipes yg 80-100sheets tu, selain yang kecik² 10-30sheets. Tapi xpelah, memang guna banyak pun nnt, so xyahlah selalu jenguk shopee tu (tapi jgn percaya iols x jenguk yerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

Barang² mandian baby pulak. Stick to this nature-based products for now. Ada jugak beli travel set from Joielle and Tropika jugak. Senang pakai yang sama tak macam sebelum ni macam² dibelinya! πŸ˜‚

For bedding and baju² tak banyak sangat beli baru. To recycle yg lama punya je, tambah 3helai baju dan sarung cadar/tilam je bagi refresh sikit view tu (nak jugal beli kan!)

Hah, sikit je kan baju 3 pasang, mittens 3pasang but leggings/tights berpasang² sebab yg lama dh longgar dilenjan dak ZarinπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Minyak² angin utk ibu pulak. Segala jenis minyak dibelinya dgn harapan #RoadTo40kg konon²nya. Semua dh masuk beg/kotak konon² dah siap packing nak sambut baby, tapi now lenguh² kaki dh xde minyak. Adoyai!😊😊

Ini travel kit pulak utk guna time travel.

Siap pun packing #HospitalBag utk ayah, ibu dan baby. Utk #ZNIsisters belum pack lagi. Nanti pack sekali utk balik kampung berpantang jela. Sekali jalan (penat) konsepnya!

Last but not least, set pengurusan uri sekali dengan tembikar, dapat free tuam baby. 

Rasanya lengkap dah kot yg essentials. Yang lain² tak berapa nk penting tu xyah ler upload sini. Lagho je tuh! Takyah ikut..beli keperluan shj ya, yang kehendak tu semua ikutlah kemampuan masing² ya.

Doakan #IbuZNI dipermudahkan urusan utk bersalin nnt dan selamat melahirkan baby yang sihat, sempurna dan selamat. Aminnnn..

 Till next entry ya...

Daaaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, February 7, 2021

#ZahrahAtSchool - Our 1st experiences on OnlineClass & HomeSchool

 Assalamualaikum!

Hai, see ya! Cuti² weekend ni, nak keluar ke mana tak boleh kan. Duduk rumah, makan tengok tv jela nampaknya. Nak buka kerja cuti² ni tak berapa nak rajinlah kan😝😝😝.

.

So, kali ni nak cerita pasal #ZahrahAtSchool walaupun hanyalah #HomeSchooling aka #OnlineClass sahaja. Since 1st week of April 2020 #ZahrahNurIman dah start Online Class, so Muallim/Muallimah #ZahrahAtSchool akan upload video P&P di FB utk pembelajaran anak² di rumah.

Alhamdulillah, ada la jugak aktiviti kakak kat rumah bila ayah ibu sibuk #WFH kan. Tp kelas dia sekejap je pun. Pagi satu subjek, petang satu subjek. Takdelah stress mcm pakcik viral marah anak dia byk homework tu. Haish la pakcik, kalau xnk homework, buatlah homeschooling, sukahati pakciklah nak bg homework byk ke sikit ke kan 🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️








Alhamdulillah, lepas beberapa bulan ber-online, akhirnya boleh balik ke sekolah semula dengan beberapa SOP baru diperkenalkan. Antaranya, sistem kad matrik ni la. 


Konon²nya buat byk copy sebab senang in case tercicir ke tertinggal ke (kalau tertingal kira absent), so letaklah kt dlm kereta, handbag, bag sekolah standby selain yang ada kat landyard. Malangnya, rupanya barcode tu xbagi access on utk photocopied card, so kenalah beli asing original kad (membazir dah gambar² tu..huhu). Xpelah, nk buat macam mana kan, dah itu rules sekolah kan. Follow jela!

Back to ZahrahAtSchool story, selain tugas²an Muallim/Muallimah, ada jugak tugasan dari CikguIbu jugak.

Hafazan: Sifir 1-5.

Setiap kali nk call sepupu, kakak #ZahrahNurIman kena hafal sifir dulu ya. Ingat walaupun homework #ZahrahAtSchool on daily basis, buat kuiz je, masih still kena homescho dgn ibu musim #ZNI_PerintahKawalanPergerakan ni ya. Nasiblah ibumu obses dgn MatematikπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ

Bila kena PKPB2.0 in Oct20 lepas, maka kena lah sambung online class lagi utk the remaining months in 2020. Actually for Oct20 jela sbb Nov20 tu dah start latihan pengukuhan utk compilation markah anak² sekolah utk tahun 2020.


Antara tugasan² di akhir tahun 2020. Muallim suruh cari makanan/minuman yang ada kat rumah, dan jawikan ejaan barang² tu semua. Rather than amek gambar barang je, ibu suruh Zahrah melaram sekali so xdelah boring sgt kan.


So ini hasilnya! Bila hantar di FB kelas, tulis nama siap² on doc yang dak Zahrah dah siapkan😊😊😊

Alhamdulillah!
Settled persekolahan Tahun 2 ZahrahNurIman pada tahun 2020 lepas. Ada la peningkatan dari tahun lepas (maybe sebab xde exam betul² kot😝).

Tahun 2021 ni pulak, dah Tahun 3 dah. Last year for Tahap 1. Tahun depan dah masuk Tahap 2, no more main² yer. Harap² boleh lah fokus sesi PdP kat sekolah nanti.

Preparation for #ZahrahAtSchool Tahun 3 pulak, biasa² je sebab Covid19.masih lagi melanda kan. Sampai sekarang kasut semua tak beli lagi. Tunggulah betul² masuk sekolah nnt baru beli kasut dll yang masih pending tu. Beg and stationaries pun tersimpan rapi dalam box lagi. Baju² pun masih dlm storage, lepas basuh aritu lipat je malas nak iron dulu. Kang penat iron xdpt pakai lagi jugak kan

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



✅ Sampul buku² done. Pakai sticker nama lama jela.

✅ Baju uniform sekolah done, tggu nk singkatkan sikit.

✅ Beg sekolah hadiah birthday je.

❌ Kasut sekolah tggu dekat² nk sekolah baru beli.

❌ Tambahan tudung, track suit and stokin kemudian.

.

Apalah nasib sekolah tahun 2021 ni kan..sama²lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan utk anak², cikgu² dan ibubapa² semua.

Last but not least, keep on fighting against Covid19 ya. Semoga kita dan anak² serta family kita dpt melalui kehidupan normal seperti selalu. Amin.

Till next entry ya...

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Saturday, February 6, 2021

January 2021 - pantas sebulan berlalu

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah, dah sebulan pun kita melepasi 2021 dan hampir sebulan jugak kita melalui PKP2.0 kan.

Bulan Januari is #birthdayMonth for us. Ramai sungguh yang sambut birthday bulan ni kan. 

Start dengan birthday kakak ipar on 2nd dan diakhiri dengan birthday #AyahZNI on 28th.

Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kita semua!

Just throwback birthday TokMak on 22nd aritu, since tgh PKP so xde siapa kat rumah yg boleh celebrate sama² kan. Jadinya kami adik beradik plan buat surprise delivery utk birthday TokMak.






Alhamdulillah!

Bulan Februari 2021 dah seminggu pun, masih lagi #wfh dan jugak #onlineclass utk ZahrahNurIman, walaupun dak ZarinNurInsyirah ponteng kelas sebulan yg lepas

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nampaknya bulan 2 ni dak Zarin dah kena g sekolah jugak ni, lemak sgt dah ni 3bulan xpergi school kan. Harap²nya sop kat taska tu nnt baguslah yer, takdelah risau sgt nak hantar musim² covid19 masih belum reda ni kan. Semoga anak ibu baik² aje bila ke sekolah nnt ya. Sekarang ni paling susah nk suruh dia duduk carseat, sblm ni ok je hari² pergi school duduk carseat, sejak PKPB2.0 tahun lepas mmg dia xnak duduk carseat dah. Dengan perut #IbuZNI tgh memboyot ni, adoyai semput rasa nk melayan dia punya kerenah dalam kereta, xreti duduk diam sungguh!




Tengoklah muka tak bersalah dia tu. Sedap je menyandar kat baby kan. Marah baby kat dalam tu dik! 😎😎😎

Xpelah dik, slow² kita try duduk carseat balik yer. Nanti dah ada baby kecik nnt dia ada kawanlah duduk carseat berdua ni (adoi, muat ke kereta nk letak 2 carseat nntπŸ€”πŸ€”πŸ€”)

Cakap pasal baby, hari tu 1st checkup dgn Gynae dia Hospital Annur selepas sebulan. Kiranya first checkup utk 2021 dan jugak dgn specialist.

Alhamdulillah!

Baby is doing well dalam tu. Bergembira je menendang perut ibu kan dia tu! Xpelah baby, aktif lah bagus kan. Baby sihat² je yer kat dalam tu.

Say hi to baby!

"Adik sayang baby!" 😊😊😊

Ok la, sekian recap on January 2021, syukur!

Semoga tahun 2021 mendatang membawa hikmah utk kita semua! Aminnn...

Till next entry ya....

Daaaaaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI


Thursday, January 28, 2021

Happy 36th Birthday, #AyahZNI

 Assalamualaikum!

Happy 36th Birthday #AyahZNI😍😍😍

Semoga dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, diberikan kesihatan dan kesejahteraan, dilindungi dan dirahmati dunia akhirat serta tenang bahagia disamping ZNI dan ibunya!

Love,

Ibu & #ZNIsistersπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Hari ni off-day utk #IbuZNImasak dan juga #wfh sebab konon²nya nak study. Tapi, disebabkan overloaded dengan makanan yang dibeli, makanya study pun entah ke mana! 

Lunch #GrabFood, Teatime #RotiJalaRose sempena birthday #AyahZNI jugak la kan.






So lambakan makanan utk tontonan bersama, esok kena habiskan mana yg tak habis lagi. Selagi tak habis #IbuZNImasak akan off duty ya!πŸ€“πŸ€“πŸ€“


Last but not least, simple birthday present for #AyahZNI this year, Samsonite bags πŸ€“πŸ€“πŸ€“

Sekian, cerita kali ini..till next entry ya!

Daaaaaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, January 27, 2021

#throwback2020 (Dec'20) - #ZNITravelLog 2020 ~ New Normal Travel Journey

 #ZNIsisters on #ZNITravelLog 2020.

Our last getaway for 2020 dimusim pandemik covid19. Bukan nak berbangga keluar time penularan wabak tengah naik, tapi just nk kongsi pengalaman menikmati keindahan bumi Tuhan di negeri Pahang Darul Makmur.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar, cuma hari terakhir kat Kuantan tu memang hujan je setiap masa i.e. pada 1 Jan 2021. Duduk hotel tingkat 22 malam tu mmg angin kuat dengar dr bilik. Seram jugaklah! Kami balik KL memang just before banjir melanda negeri Pahang. Syukur tak stranded utk mulakan kerja tahun 2021. 

Memori ni harus disimpan utk rujukan #ZahrahNurIman dan #ZarinNurInsyirah dimasa hadapan. InshaaAllah

😍😍😍



Geram je tengok budak 2orang ni kalau amek gambar.

...sorang tak reti duduk diam, asyik nak berlari je #ZahrahNurIman. 

...sorang tak reti bagi kerjasama, asyik buat muka je #ZarinNurInsyirah. 


Pape la nak, janji bahagia! 😚😚😚

InshaaAllah, kalau diizinkan Allah, tahun ni kita jalan² lagi ya kalau covid19 dah reda. Harap²nya sebelum bersalin cum anniversary 10years nnt dapatlah kita travel lagi kan.

Amiiinnnn.

Till next entry ya! Daaaaa..

xoxo,

Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...