Assalamualaikum & Salam Weekend!
Alhamdulillah, dah nak habis bulan March 2021 barulah rasa nak update blog yang sudah mula bersawang ni. Apo? Busy nau nau sgt kan, maklumlah dah nak cuti panjang ni, mmg kena pulun layan kerja ofis la kan.
Now, ibu dah 37weeks plus dah pun. Pejam celik pejam celik xsampai 3minggu lagi inshaaAllah lahirlah baby #ZNIjunior 2.0 nanti. Alhamdulillah, masih lagi sihat, boleh buat kerja ofis buat kerja rumah je kadang² je rajin sebab dah busy #wfh kan 😂😂😂.
Next week ada check-up lagi dengan gynae, plus maybe kena buat covid test dah sbb bila² masa boleh bersalin dh kan even though previous born #ZNIsisters at Week 40 je. So kenalah tunggu apa kata doktor nanti, rahim dah ready to deliver ke belum, but last week baby mmg dh kat bawah cuma rahim belum "matang" lagi katanya. Skrg ni dh start rasa mild contraction kadang² tu tgh tgk tv, buat kerja ofis, tetibe rasa mcm senggugut tu kan..huhu..seriau pulak bila fikirkan sakitnya nak beranak tu kan. Tapi, doa²lah moga Allah bantu kurangkan kesakitan dan permudahkan urusan melahirkan nanti. InshaaAllah🥰🥰🥰.
Persiapan nk sambut baby pulak Alhamdulillah complete dah rasanya. Tapi tula, bila godek² shopee lazada ke lagi² time 1.1 ▶️ 2.2 ▶️ 3.3 ▶️ 4.4 mesti ada je benda ditambah kan. Latest today, saje² je menambah barang walaupun xde direct kaitan utk baby (konon²nya nak bagi present kat kakak² baby nnt lepas lahir). Apa² jela alasan kan, layankan jela bosan² duduk rumah itu jela yang dibuat. Shopping. Makan.
Antara yang awal dibeli sebab belikan botol susu dak Zarin, so beli set newborn je terus. Botol besar Zarin punya, botol kecik baby punya. Puting beli lebih sikit 😊😊😊 |
Dah beli botol semua kenalah beli pencuci jugak kan. Sebelum ni pakai pureen dll tak ingat. Kali ni pakai pigeon je senang, detergent baju pun pakai pigeon. Tapi kocik jo botol tu rupanya🥺🥺🥺 |
Barang² mandian baby pulak. Stick to this nature-based products for now. Ada jugak beli travel set from Joielle and Tropika jugak. Senang pakai yang sama tak macam sebelum ni macam² dibelinya! 😂 |
For bedding and baju² tak banyak sangat beli baru. To recycle yg lama punya je, tambah 3helai baju dan sarung cadar/tilam je bagi refresh sikit view tu (nak jugal beli kan!) |
Hah, sikit je kan baju 3 pasang, mittens 3pasang but leggings/tights berpasang² sebab yg lama dh longgar dilenjan dak Zarin😅😅😅 |
Ini travel kit pulak utk guna time travel. |
Siap pun packing #HospitalBag utk ayah, ibu dan baby. Utk #ZNIsisters belum pack lagi. Nanti pack sekali utk balik kampung berpantang jela. Sekali jalan (penat) konsepnya! |
Last but not least, set pengurusan uri sekali dengan tembikar, dapat free tuam baby. |
Rasanya lengkap dah kot yg essentials. Yang lain² tak berapa nk penting tu xyah ler upload sini. Lagho je tuh! Takyah ikut..beli keperluan shj ya, yang kehendak tu semua ikutlah kemampuan masing² ya.
Doakan #IbuZNI dipermudahkan urusan utk bersalin nnt dan selamat melahirkan baby yang sihat, sempurna dan selamat. Aminnnn..
Till next entry ya...
Daaaaaa...
xoxo,
Ibu ZNI
No comments:
Post a Comment