Tuesday, October 13, 2015

Kenaikan Kadar Tol --> Menggalak Rakyat Menggunakan Perkhidmatan Awam? Seriously?

As-Salam dan Selamat Sejahtera!!

Dihari saya dilahirkan 31 tahun yang dulu..
Dihari terakhir pada tahun 1436H..
Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa..

InshaaAllah..

Alhadulillah, kita dah pun berganjak ke bulan Oktober 2015..
Dan pada bulan ini juga, specifically semalam bertarikh 12/10/2015, kite digemparkan dengan berita kadar kenaikan tol dikebanyakan tol2 dalam bandar..

Maklumat tol baru boleh baca kat sini:

Menangiskah kita??
Sedihkah kita??
Semestinya kita bersedih kan..sebagai golongan marhaen yang poketnya tidak sentiasa penuh, pastinya kenaikan harga tol waima 10sen akan memberi kesan kepada kita.. Betul tak? Kalau sepoloh sen satu trip, bila return trip sebulan makan ringgit jugak kan?

Tapi, siapalah kita!!
Cakap macam mana pun, bising macam mana pun, ada ke mereka peduli?

Even takde orang nak ambil tahu, saya tetap nak bagitau..

SAYA TAK PUAS HATI
SAYA KECEWA
SAYA SEDIH

Sebab apa??
Cuba baca artikel dibawah ni:


Pada pendapat saya, alasan tersebut tidak relevan (at least utk keadaan saya dan famili).
Kenapa?

Cuba anda lihat kiraan yang saya dan suami buat pada Nov 2014 dan saya kemaskini mengikut harga semasa.

Calculation if we are driving to workplace..jarak pergi balik lebih kurang 60km, depends on laluan yang kami ambil. Kalau, ikut elite-federal, dekat sikit, tp pakai byk minyak. Kalau ikut mex/skve mmg kurang jem, tapi jauh dan tol, paham2 jela. Yang pasti, laluan mane pun kami ambil, tol tetap kena lalu :-(

If we decided to use public transport, this might be the cost. Higher than if we're driving to office. Kawasan perumahan kami mmg takde public transport. Teksi? Ada!! But, RM30 per trip to office is not relevant and membazir!! Ini belum lagi kira kalau fee public transport naik..hmmmm :-S

(Disclaimer: Kiraan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini sahaja. It may be differ from your calculation.)

Anda nampak tak?
Penggunaan perkhidmatan awam memerlukan lebih banyak kos berbanding drive.

So, kat mane relevannya alasan tersebut?
Adakah rakyat Malaysia semua kaya2 belaka, yang keluarkan duit macam buang air kecik..ops!!

Tapi, itulah hakikatnya..
Kiraan yang saya buat mungkin hanya relevan utk kami sekeluarga.. Mungkin utk anda diluar sana, guna public transport lagi jimat daripada driving. Tapi utk kami, public transport yang terdekat buat masa ni hanya di Subang Jaya ataupun Putrajaya.. Still perlu melalui tol2 untuk mendapatkan public transport tersebut..

Terdengar berita dicorong radio, katanya "..kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol kerana terbeban sebanyak RM1.xxbillion dengan syarikat lebuhraya.." (maafkan saya kiranya maklumat ini salah).

If kita nak tolong kurangkan beban kerajaan, means kita terpaksa membebankan rakyat ke?
Rebat penggunaan touchNgo pun dah dimansuhkan sejak tahun lepas (kalau x silap).
So, kat mana win-win situation nya?

Kalau betul pun nak naikkan harga tol, tolonglah bagi alasan yang lebih bernas dan fit dgn situasi rakyat secara overall.. Kita golongan bawahan ni pun sentiasa diingatkan "jangan beri alasan bodoh" kan, so golongan atasan juga sepatutnya buat benda yang sama lah!

Kalau perkhidmatan awam kita sekarang berada ditahap "dewa-dewi" dan "petik jari" je dapat, mungkin rakyat akan pandang akan solusi ni, tapi hakikaktnya, public transport kita masih lagi terkebelakang. So, macam mana rakyat nak sokong? Cer bagitau :-)

Ok lah..it just my opinion and my bebelan dihari ini.
Hopefully bebelan ni tak menambah "catatan kiri" dalam "Buku 1436H" saya :-(

Sekian, terima kasih...

Daaaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 27, 2015

Cuti1TM ~ Jalan2 Melaka.. Kolam Air Panas

As-salam.
Salam Ahad ;-)

Yuhuuuu..best ke cuti? Rasanya ramai yg tgh menghabiskan cuti hujung minggu yg agak panjang ni kan..dari hari Khamis sampai la hari ni..
Weolss pun sama.. Hari Jumaat lepas kena cuti "paksa" semperna hari raya, so, "terpaksalah" balik kampung lama..hhaha (terpaksa sangat padahal lompat bintang)..

Since Rabu ptg sampai sabtu, weols habiskan masa "family time" kat kota je.. Then, sabtu pagi, gerak ke Muor utk kenduri kahwin sedara.. Lepas wedding terus ke Melaka rumah my sister.. Sukalah bdk kecik Zahrah ni bila dapat jumpa sepupu2 dia :-D

Hari Ahad, kami ke Kolam Air Panas kat Jasin pulak sebelum gerak balik KL/Selangor. Ramai jugak la orang tapi masih ada tempat nak mandi2.. Tempat ni dikategori sebagai bajet place utk mereka2 yang inginkan penjimatan disamping nak bersantai dgn famili. Ok la kan..tiket dewasa pun baru RM6.50 dan kanak2 cuma RM3.50 je.. Murah tak? Hihi.. Ktorg pergi pun lebih kurang sejam je sebab dah lapo masing2..bdk2 mmg tak puas mandi la..tapi org2 tua guna kuasa veto je ajak balik..kahkah.. So, dlm kul1.30 dah balik.. Kawasan luar kolam tu kawasan perumahan, so, byk la kedai2 kecik (gerai sbnrnya) yang jual makanan.. Sempat la jugak singgah beli nugget/hotdog/air sbb masing2 dah lapo kan..

Jom tengok gambo je ;-)






Ok lah, sekian cuti utk kali ini..
Enjoy ur cuti selagi ada cuti..kihkih..
(ayat pengubat utk org yang tinggal 1.5hari je cuti)

Daaaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 1436H

As-salam muslimin dan muslimat..
Selamat Hari Raya Aidiladha :-)

Alhamdulillah..dihari yang penuh keberkatan disebalik kisah pengorbanan si ayah dan anak, hanya kerana menunaikan perintah dariNya..

Maha Suci Allah..
Allah Maha Besar.. Tuhan Sekalian Alam..

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Dugaan yang Allah swt turunkan untuk umatNya adalah suatu rahmat, menunjukkan Dia masih nampak akan hambaNya dan inginkan hambaNya dekat denganNya.. Engkau permudahkanlah urusan haji saudara-saudari kami di bumi MekahMu Ya Allah.. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur.. InshaaAllah..

Dihari penuh keberkatan ini, mohon ampun dan maaf andai atas segala kekhilafan kami, samaada disengajakan ataupun tidak, dalam keadaan kami sedar mahupun tidak. 0-0 yer :'(

Last but not least, memori Aidiladha tahun ini, sudi2 kan menjenguk :-D







Ok lah tu..tak ramai pulak raya kali ni..yang lain2 balik rumah mertua pulak.. Lepas solat dan makan, terus pergi beraya kat tepi laut ;-) amek angin sepoi2 bahasa..hihi..

Ok la..sekian utk kali ini..

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Nota kaki:
Sekali lagi berita sedih diterima dari Mekah semalam.. Lebih 700 jemaah meninggal dunia di Mina akibat rempuhan manusia dan kesesakan. Allahuakbar..
Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. InshaaAllah..

Al-fatihah

Sunday, September 20, 2015

First Time --> Butter Prawn

As-salam. Selamat petang!!
Happy weekend ;-)

Buat ape tu? Bersantai di rumah? Have a good day ya!!

Weols pun duduk rumah je hari ni.. Just keluar beli lauk2 kat Aeon Taman Equine, pastu balik terus masak. Now baru selesai makan..hihi :-) Alhamdulillah..kenyang..

Nak tau ape menu hari ni?
Tadaaaaa!!!


Hmmm..udang tu first time buat sendiri tau..hahaha.. Butter prawn..special udang harimau dari Aeon..kihkih..
Nak tau macam mana resepi tu x? Meh cuba resepi dari Azie Kitchen ni... Senang je uolssss... I pulak improvise sikit resepi tu ikut resepi lain jugak :-D

Sarang telur

1) Pukul 2biji telur kuning
2) Panaskan 1senduk butter dan 1cawan minyak
3) Kacau laju (secara bulatan) campuran minyak dan butter yang telah panas..
4) Masukkan telur kedalam minyak+buttter yang panas sambil kacau dgn laju..
5) Bila telur dan kekuningan keemasan, angkat & toskan minyak..
6) Siap!!

Udang

1) Perapkan udang dengan black pepper, garlic, serbuk perasa
2) Belahkan udang sikit dan selitkan cheese ditengah2..
3) Then, bakar dengan sedikit minyak zaitun
4) Siap!! Gabungkan dua2 dan sedia utk makan :-)

Senang kan?
Dah tgk jela zoom out gambar udang ni yer..kihkih


Daaaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 19, 2015

#Umrah2015 ~ Ujian Dari-Nya

As-salam.
Selamat pagi. Happy weekend.

Alhamdulillah. Syukur.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Segala pujian hanya untukMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Seminggu sudah kejadian kren jatuh di Masjidil Haram berlaku. Tanggal 11/09/2015 pastinya menjadi ingatan buat semua jemaah haji khususnya, dan sekalian umat Islam amnya.. Seramai 111 jemaah haji termasuk 5 org jemaah haji dari Malaysia telah disahkan terkorban dan beratus yang lainnya tercedera akibat kemalangan tersebut. Allahuakbar!! Allah Maha Besar dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala kejadian yang berlaku :-(

Musibah tersebut pastinya mengingatkan kami akan kejadian yang berlaku ke atas kami sekeluarga, 3bulan lepas..di bumi Mekah. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami apa yang berlaku.. Yer, pada 30/05/2015 kami telah dijemput olehNya untuk menunaikan umrah. Sehinggalah pada 09/06/2015, sehari sebelum kami akan berangkat pulang ke Malaysia, kami diuji olehNya.. Ujian yang semestinya tidak terduga, dan kami ibarat tidak bersedia utk melaluinya.. Subhanallah..

Selesai solat subuh, kami bersedia untuk breakfast terakhir di bumi Mekah (semoga kami diberi kesempatan utk berada disana lagi) setelah beberapa hari disana. Ketika breakfast, kami (kecuali along dan hanan) hanya berborak biasa sahaja sehinggalah abah tetiba cakap "abah macam sakit kepala pulak" sambil meneruskan makan seperti biasa.. Tapi kami hanya ingat itu cuma sakit kepala biasa sahaja dan bagitau abah untuk makan ubat selepas breakfast nanti.. Tiba2..dalam beberapa saat ketika makan, abah seperti meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan dan terlentok pengsan ke kanan.. Ketika itu, saya disebelah kiri abah dan uda disebelah kanan abah. Kami panik saat time tu.. Cepat2 buka kopiah abah, loosen butang baju abah dan kipaskan.. Abah nampak seperti ingin terjadi kancing gigi..cepat2 kami ambil garpu utk abah gigit bagi mengelak sebarang perkara lain.. Allahuakbar!! Abah masih kelihatan seperti menggigil dan berpeluh. Masing2 kami yang perempuan dah bergenang airmata. Risau. Takut. Sedih (terasa airmata kembali bergenang saat penceritaan ini :'( Allahuakbar). Mujur ada Ustaz Amir bersama isterinya (sama kumpulan jemaah umrah kami) sedang bersarapan dan kami minta beliau buat sesuatu. Ustaz minta kami berselawat di ubun kepala abah sambil sapu air zamzam dimuka dan badannya.. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian abah tersedar. Syukur. Abah seakan tidak ingat apa yang berlaku. Hanya ingat kepalanya berpusing dan gelap seketika. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Abah sedar kembali. Memang kami belum bersedia andainya "sesuatu" berlaku pada abah dan kami. Yer, semua umat Islam ingin "pengakhiran" disana.. Tapi, hakikatnya kami belum bersedia. Allahuakbar. Dia Maha Besar. Dia Maha Mengetahui akan kelemahan dan keupayaan.

Memandangkan abah kelihatan agak kepenatam, kami usung abah balik ke bilik dgn kerusi roda.. Walaupun abah keberatan nak naik kerusi roda (biasalah kan..abah kami cekal orangnya), tapi kami paksa. Takut anything happen. Pulang ke bilik, kami bersihkan abah dan kerusi (kesian abah, sampai terkencing ketika menahan kesakitan..huhu). Kami perlu bersiap sedia untuk buat tawaf wida' sebelum berangkat pulang. Dan sekali lagi kami "paksa" abah untuk naik wheelchair time buat tawaf wida'. Alhamdulillah, abah akur. Mungkin juga risaukan akan keselamatannya.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpa abah, kami teringat akan sesi taklimat sehari sebelum pulang.


ketika sesi taklimat

Ada sedikit jamuan setelah selesai majlis tahlil kumpulan kami. Menu utama adalah kambing. Yer, abah memang tak pernah makan kambing sebelum ni, tapi ketika jamuan tersebut, dia begitu menikmati lauk kari kambing yang disediakan (memang sedap masakan kambing tu sebenarnya). Dan kami membuat kesimpulan, mungkin kambing tu sebagai asbab, disamping hakikatnya ianya adalah ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah, sekitar jam 10pagi kalau xsilap, kami selesai melakukan tawaf wida' dan bersiap sedia untuk pulang sementara menunggu bas.


bergambar dihadapan Masjidil Haram sebelum melakukan Tawaf Wida'

Bermulalah perjalanan pulang kami ke tanah air, meninggalkan tanah suci, tanah haram, bumi Mekah al-Mukaramah. Alhamdulillah, kami dijemput kesana walaupun dalam tempoh hanya 2minggu.

Tanggal 10/06/2015, sudah lebih 3bulan berlalu..kami selamat sampai di bumi Malaysia. Alhamdulillah :-)





bersama kumpulan kami di Jeddah Airport & KLIA sebelum "berpisah"

Ok lah..nanti sambung lagi cerita di sana yer..
Till then.....

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...