Sunday, February 1, 2015

[ RESEPI ] Cheesekut in da House

As-salam mommies!! Happy weekend!!
Salam Februari 2015 semua.. Alhamdulillah..masih berkesempatan utk kita berjumpa lagi..

Dah masak ke ibu2 semua?? Ibu zahrah belum start masak lagi..haha..kul12 kang baru kita start yer..ayam keras lagi dalam sinki tu..hikhik..
Sebenarnya nak berehat jap sebab baru lepas buat ** Cheesekut ** lepas breakfast tadi.. Sat ni nak amek nafas sikit sebelum berperang kat dapur lagi..hihi

Jom layan sikit cheesekut made by ibu Zahrah ni..
 
Okeh, ni bahan2 yang diperlukan..

1. Sebungkus cream cheese Philadelphia..
2. Setengah tin (atau 3/4 tin kalau suka manis) susu pekat..
3. Susu dutchlady fullcream 3-4 sudu besar..
4. Biskut luxury original..
5. Biskut oreo (tanpa krim)..
 
Camno nak buek tuh?
Sonang yo..

1st layer - biskut luxury ori rendam susu dutchlady 1saat..susun je..
2nd layer - cream cheese philadepxx ape tah nak eja susah..blend dgn susu dutch lady 3-4sudu besar, susu pekat 1/2tin
3rd layer - biskut oreo, buang cream, blend smpi haluuussss

Pastu ulang je susun ikut layer dlm bekas. Atas sekali oreo.
Siap!!! Simpan dalam petiais beberapa jam sebelum makan.. Baru lagi yummmyyyyhh!!

Terima kasih pada Namee Roslan atas resepi yang dikongsikan.. Arigato!!

Selamat mencuba!!
Daaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, January 31, 2015

[ Review ] Sahara Tent, Plaza Masalam

Alhamdulillah..jumpa lagi kita hari ni..
Excited nak cer citer pasal makanan ni..haha..

Uols pernah makan nasi arab tak?
Uols suka makan nasi arab ke?
Uols nak makan nasi arab lagi?

Ahha!! Apa kata uols try makan di SAHARA TENT bertempat di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam (GPS 3.084280, 101.523300)

First time sampai plaza ni, and i is jakun..sebab banyak kedai (butik) jual baju..sangat best kalau ada duit nak shopping..hihi.. Tapi, target kami hanyalah nak makan, so, kedai2 lain tu kita jeling2 jela uols..

Berbalik kepada cerita makan, sampai2 je restoran tu orang tak ramai sangat..ada la dalam 3-4meja yang berpenghuni..tapi lepas beberapa minit ktorg masuk, ramai pulak orang..hihi.. Tapi, masih tak full house la.. Meh tengok suasana dalam restoran ni..
 
Jangan risau, tak panas dalam tu walaupun nama "sahara" kan..hikhikkkk..

Now, kita layan makanan pulak yer..
Kami order nasi kabsah chicken, riyash, mushroom soup, watermelon juice and hot latte..
 
 ** kabsah chicken **
normal menu di kedai nasi arab kan..tapi selalu makan mandy, kali ni try kabsah pulak.. Kongsi2 je makan bertiga..sebab tu amek side dish..lagipun jimat sikit..hihi.. Rasa? Ok la..cuma agak hangus ayam tu, and perisa kuat sikit.. Tapi, masih boleh diterima tekak..hihi
(Harga ~ RM20.00++)
** riyash (lamb) **
our fav ofcourse lah kambing..haha..rusuk kambing yang dipanggang..zahrah pun suka, tapi macam biasa, lepas makan (hisap je sbnrnya) terus buang..kena marah ngn ibu..sebab rugi je..mahal tu nak oiii..haha.. Ada sekeping roti bawah lamb tu, agak layu sikit..tapi still licin ditelan..kikikikikikikiki
(Harga ~ RM20.00++)

** mushroom soup **
hmmm..sup ni kureng sikit..sebab cair sikit..tapi ok lah!! Zahrah makan macam tu and buat cicah roti naan..
(Harga ~ RM8.00++)

** roti naan + daal **
actually kitorang tak pasti roti ni termasuk dalan dish riyash tu ke memang complimentary dish.. Sebabnya, dihidangkan secara asing, tapi kitorg assume sekali dgn riyash tu.. Dipenghujung makan, minta tambah lagi satu roti, sebab dak kecik tu nak lagi..lagipun garlic sauce memang sedap..hihiiiiiiiii
 
** drinks **
 

Banyak tak?
Hmmm, ada 3orang kan, ok la tu kuantitinya..hihi..
Total semua ni tak lebih RM70 yer.. Ok la kot utk kedai arab kan.. Alhamdulillah, memang kenyang..
 So, uols try la yer.. Sedap hingga menjilat jari..
 

xoxo,
Ibu Zahrah

January Babies >:D<

As-salam & good day all!!
Happy weekend!!

Alhamdulillah..lengkap sudah 31hari dibulan Januari 2015. Pejam celik dah masuk bulan kedua tahun 2015..semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari2 sebelum ini.. InshaaAllah..

Sebelum kita melangkah ke bulan Februari 2015, jom kita #throwback semula "baby" yang lahir pada bulan ni yer.. Started dengan my baby Zahrah yang lahir awal tahun 2012 lepas..now she's THREE years old dah uols..
Besar dah anak ibu ni..nak jadi baby kakak dah katanya..hihi.. Nak tau cerita birthday celebration Zahrah yang ketiga pada 03/01/2015 yang lepas? Hah, uols boleh ke entry sebelum ni yer😍

Actually, a day before zahrah, cukuplah umur makngah gedik yang ke-35 pada 02/01/2015.. Ops..tercakap pulak dah tua!! Haha😂 im sorry makngah!! 2hari lepas birthday Zahrah i.e. pada 05/01/2015 birthday uncleG pulak.. Happy birthday jugak uncleG!!

Then, on 18/01/2015, Zahrah dapat baby girl!! Yeay!! Baby ke-2 auntie..adik Erin, sepupu Zahrah.. Welcome to world baby Naurah!!


A day after iaitu pada 19/01/2015, pokde pulak sambut birthday yang ke-36!! Masing2 dah tua..opss!! Terlebih sudah..haha.. Then, tokmak pulak sambut birthday pada 22/01/2015 lepas.. 
 
Sweet 63 tokmak!
 

Wah, ramainya sambut birthday bulan Januari ni.. Meriah kan uolssss!! Last but not least, birthday ayah Zahrah yang ke???? Teka!!! My dear husband..muda lagi uolsss..baru masuk 30tahun pada 28/01/2015 **muda sangat** kan??? Haha.. Semperna birthday ayah aritu, we-ols pergi makan2 je..macam biasa..happy tummy means happy day kan.. Plan asal nak ke restoran arab, malangnya tutup pulak.. So, kami ke Manhattan Fish Market jela..janji perut kenyang..hihi.. So uols tengok gambar jela yer..


HAPPY BIRTHDAY SEMUA!!

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, January 26, 2015

(^) Happy Birthday My Zahrah (^)

As-salam uolssss..
Happy Monday.. Happy new year.. and Happy alwaysss😉

Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk menulis ditahun 2015.. Walaupun dah agak lambat untuk wish happy new year..tapi nak jugak wish.. So..

HAPPY NEW YEAR 2015!!

Alhamdulillah..dapat jugak kita berjumpa dengan 2015..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Februari pun kan..rasa macam baru je masuk tahun 2015.. Sebabnya, rasa macam baru je sambut birthday si anak kecil Zahrah Nur Iman yang ke 3 tahun😁
 

Alhamdulillah..anak ibu dah semakin membesar.. Dah 3tahun 3minggu pun hari ini.. Rasanya, masih jugak belum terlambat untuk ibu catatkan memori ulangtahun kelahiran Zahrah yang ke-3 ni kan.. But, let me wish you first yer sayang..

 HAPPY 3rd BIRTHDAY ZAHRAH 😘

 Mengimbau kembali, memori 3minggu lepas..
Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat anak ibu nak naik aeroplane "biru" (untuk makluman, anak ibu ni apa2 benda pun nak yang warna biru..obsesi kepada warna biru sangat).. Tapi sebelum kita cerita lebih panjang tentang "aeroplane biru", jom kita layan dulu cerita Birthday Celebration Zahrah dengan family.. Since birthday yang ke-3 ni jatuh pada hari Sabtu, so kita celebrate dengan famili jela yer.. Lagipun, tahun lepas dah celebrate dengan kawan2 kan..hihi😜

Hari tu, 03-01-2015, hari Zahrah start dengan pergi kenduri kahwin di Melaka, rumah nenek ayin (panggilan Erin, sepupu zahrah, ayin).. Dalam masa yang sama, nak bawak tokmak, tokbah & kak nan datang rumah Zahrah, nak sama2 sambut birthday and naik aeroplane :-o hihi.. Balik dari Melaka, terus ke Alamanda, Putrajaya.. Nak cari kek birthday and "hadiah birthday" ibu pulak.. Ops, hadiah ibu? Haha..takdelah..ibu tumpang semangkuk je..konon2 nak buat spec baru sbb asyik pening je.. Boleh?? 😜
 


Selesai urusan kat Alamanda, terus pergi Serai Restaurant, Shaftbury Square, Cyberjaya.. Booking utk birthday dinner kononny, dapatlah complimentary Private Room and macaroon 6pcs.. Boleh la kan..tapi kalau dapat kek free lagi best👌
 
 
 




 
Makan sampai maghrib, terus balik rumah, nak potong kek dengan pakngah & family pulak.. Busy betul birthday girl hari tu..hihi😍
 



Hah, itulah ceritanya.. Hari ulangtahun kelahiran Zahrah yang ketiga.. Fully occupied and tired :-) and to bro Nufael, Happy birthdaY to you to!!😊



Last but not least, ini dia sneak peak 1st vacation for 2015 😊

 

Nanti ibu sambung cerita jalan2 naik aeroplane biru pulak yer.. Sekarang ni, kita work dulu!!

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, November 30, 2014

Jalan-Jalan Cuti Sekolah!! Air Papan..Here We Went!!

As-salam semua!!
Happy weekend & happy holiday😀

Wah, best la kan cuti sekolah dah start..ada plan nak pergi holiday mana2 ke uols? We-ols ni time cuti sekolah hujung tahun la time yang dah tak boleh cuti sangat.. Nak tau sebab apa?

...keje banyak, tak boleh cuti? hmmm..takde banyak sgt keje hujung tahun ni..masih boleh handle lagi rasanya..

...tak tau nak pergi mana? bolehlah..bolehlah..tapi banyak je tempat yang belum pegi macam pulau2 kan..

...masalah fulus? mungkin jugak sbb makin lama makin banyak komitmen kan..so, faham2 jela..

...cuti dah abes? ya, tepat sekali!! Masalah utama adalah cuti, tahun ni cuti sipi2 je tinggal, so kena berjimat-cermat..haha😝

Yela, macam mana la cuti tak abes kan..awal-pertengahan tahun dah sakan bercuti, so rasakan la berkerja time org lain bercuti.. But, it's okay!! Yang bestnya cuti time orang lain tak cuti, harga hotel takdelah mahal sgt kan..tiket2 lain pun selalunya murah kalau bukan peak hour.. So, be positive!!

And untuk menceriakan hati yang tak dapat nak cuti lama ni, moh kita #throwback jalan-jalan ke Air Papan, Mersing time cuti sekolah yang lepas.. Kisahnya, time cuti kami tengah ada cuti panjang sebab Hari Malaysia. So, balik kampung tu baru plan dengan famili if ada nak pergi mana-mana. Just quick and ad-hoc plan. Hari Sabtu, 14/09/2014 tu sampai kampung, saya and along tetiba rasa nak pergi laut, tapi tak nak pergi Desaru mahupun Tanjung Balau yang hanya 30min dari rumag.. So, dicadangkan la Air Papan kat Mersing tu. I ni nama je org Johor, tapi hampir separuh dari hidup ni dihabiskan di KL/Selangor, since 2002 lagi kan dah merantau mencari ilmu & rezeki dibandar 😛 (ok dah merepek sila jangan muntah hijau)

Ok, back to story. Secara pantas, kami pun survey2 la resort yang ada sebab skrg cuti sekolah kan, takut semua full. Lastly, dapatlah booked Air Papan Beach Resort dengan rate tak sampai rm400 untuk satu big room dengan 2 double bed, 1 single bed.. Ada satu bilik untuk girls lepak tanpa perlu menutup aurat..haha.. Actually, kitorang pergi seramai 10dewasa, 2kids..cuma mak-abah and kami sisters 4org dengan famili masing2.. Hmmm..rasanya ramai tak yang berkoyok dalam bilik tu? haha.. Ok kot time tu, sebab hall dalam bilik tu pun agak besar dan muat utk 3-4orang lepak2 tidur..just bawak extra "toto" untuk tidur kat lantai..hihi😊

Gambar ihsan dari Google :-)

Hari Ahad, 15/09/2014 pagi kami bergerak ke sana. Since kami cuma nak bermalam sehari je, ok la tu dapat berehat sekejap..kalau nak pergi-balik hari lagi penat kan sebab driving Kota Tinggi - Mersing pun makan 2jam.. Kat situ pun dekat dengan pantai.. Senanglah kalau nak pergi banyak kali pun..hihi.. Yang penting, ada pool jugak..lagi lah bagus untuk kanak-kanak riang tu.. Makanan pula, memang banyak kedai2 kecik yang buka gerai makanan, tp sebab ramai orang, mknn pun cepat habis and tak banyak choice. So, petang tu kami keluar sikit dari kawasan pantai, ada satu kedai makan tepi jalan.. Alhamdulillah, boleh tahan la rasanya..janji kenyang.. Untuk breakfast pulak kami ke gerai tepi pantai je..pergi pagi2 supaya makan banyak lagi..haha..

Sebenarnya, Air Papan ni merupakan kawasan kampung/felda di tepi pantai Laut China Selatan. Memang kawasan dia dalam kampung, so faham2 la jalan nak ke sana macam mana yer.. Tp still ok, cuma most of jalan selorong.. Another thing, kalau nak rasa keropok lekor versi Air Papan, boleh je ke bandar dia, ada jugak 3-4 kedai yang jual..dapat jugak rasa even tak banyak..

So, itu jela kisah cuti sekolah kami yang sangat short tu. Last but not least, jom tengok gambar..

...di tepi pantai...
 





 ...di swimming pool...
 








 
...di dalam bilik...
 



Sebelum gerak balik pada hari Isnin, 16/09/2014 tu sempat lagi mandi kolam. Around 11am barulah checkout. Just short vacation, tapi seronok.

So, kepada anda semua, selamat bercuti yer!!
Berhati-hati walau dimana anda berada..
Ingatlah orang yang tersayang.. Safety first!!

Sekian, terima kasih..
Daaa..

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...