Wednesday, October 15, 2014

[ WORDLESS WEDNESDAY ] Yummy Bread Puding

As-salam semua!!
Macam dah lama je tak buat entry pasal "Wordless Wednesday" ni kan..

Nah, tanpa banyak bicara, tengok ni, salah satu "kegilaan" ambo pabila kelaparan😀



Sedap.. Manissss.. Yummmyyyyyhhh!!😱

Senang je buat dia..macam dalam gambar tu la kan..
Cuma kalau nak berkuah, boleh buat macam ni:

1. Campurkan susu cair - 1 tin bersama-sama dengan air - 1/4 tin dan juga tepung kastard & gula - masing2 dengan 2 sudu dan kacau sebati..

2. Panaskan dalam periuk pada api kecil sehingga sedikit pekat..

3. Siap!!😉

Sedap dimakan panas2..
Selamat menjamu selera!!

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, October 12, 2014

[ IKLAN ] Mi Power Bank 10400mAh

Power Bank Mampu Milik!!
Hanya RM50 (tidak termasuk pos)
COD available di:
#BandarSaujanaPutra
#PutraHeight
#MenaraTM #LRTKerinchi

Mi Power Bank 10400mAh
==================================

Model: NDY-02-AD
Battery type: Lithium-ion rechargeable cell
Power source: DC 5V
Input voltage: DC 5.1V
Input current: 2.0A(TYP)
Output current: 2.1A(TYP)
Charging time:
~ 5.5 hrs with 5V/2A plug and standard cable
~ 12 hrs with 5V/1A plug and standard cable
Size: 90.5*77*21.6mm
Weight: 250g

Contact Aliza Ahsain / Fazreen Rosdei @ 0192210830 untuk maklumat lanjut 😁

(ready stock - 2 unit)
(preorder - 4 unit, ETA 1week)

Siapa cepat dia dapat😊

Sunday, October 5, 2014

Cerita Aidiladha 1435H

As-salam semua!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

How's ur raya??
Mesti kenyang makan daging kan?? Alhamdulillah..rezeki masing-masing kan..ada yang masak kari..ada yang buat sup..ada yang masak, kicap, rendang dll..apa pun yang kita makan, still kena beringat yer..makan secukupnya (makan sebelum kenyang) dan jangan sampai kita pulak terkorban sebab terlampau makan😜

Aidiladha kali ni, kami beraya di Puchong pulak..sistem gilir-gilir raya masih lagi diikuti tanpa dilanggar..hihi.. So, kalau raya kat Puchong takdelah nak kena pack barang kan..sebab "balik hari" je..


Zahrah gedixxx..suka sangat kan pakai baju raya😝

Pagi-pagi lepas solat raya tu, baru gerak balik kampung (yang beza satu exit je tu).. 10minit dah sampai uols..jeles tak😉
Tapi sebelum gerak balik kampung, sempatlah jugak masak ala kadar..simple je pun..

Nasi impit + kuah lodeh + ayam masak merah + rendang daging



Alhamdulillah..balik kampung ada lagi juadah-juadah lain..memang kenyang la perut i kan..tapi kenyang2 pun, tengahari buka tudung saji lagi..haha😊

kami sebelum makan..ni jela gambar raya yang ada😍

Petang raya tu sempat pergi beraya rumah Wan kat Kajang..she's quite old..80+ kalau tak silap..tapi masih kuat yer puasa time Ramadhan lepas..
Alhamdulillah..

Famili kat kampung pun beraya sakan nampaknya..bukan main ceria lagi..bagus..bagus👍

famili di johor..beraya bersama..tapi tak cukup ahli

mak abah dengan anak bongsu yang gedik layankan jela yer

empat beradik..tanpa angah dan uteh yang beraya kat segamat & selangor

angah & famili di segamat..oren makngah
 (curik gambo kt fb kak siah😁)

Balik dari Kajang, kami terus balik rumah berehat sementara nak tunggu AF.. Esok cuti lagi!! Yeay!!

So, begitulah cerita raya kali ni..simple je..lagipun cuti sehari je kan..esok lusa dah nak kena settlekan kerja yang dah 7bulan tak settle tu..start dari mengandung, sampai miscarriage😞 and skrg ni pun masih tak settle lagi..apalah nasib ibu Zahrah ni kena pegang te***r tu dari 3thn lepas and skrg pun kena jugak..takpelah dah tanggungjawab i kan..kena lah settlekan jugak..hmmm, ke nak kena mengandung balik ni baru settle kot😘

Ok lah, till then..inshaaAllah jumpa lagi naaaa

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

Friday, October 3, 2014

Salam Aidiladha 1435H

As-salam semua!!
Kaifa halukuma?? Sihat??

Hopefully semua sihat2 yer.. Yela, lagi 2hari, kita (di Malaysia) akan sama2 menyambut Aidiladha..so, hopefully kita semua sihat2 sahaja untuk menyambut hari raya nnt yer..inshaaAllah..

Didoakan juga semoga para jemaah haji di Mekah sana berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan bagi menjalani dan menunaikan fardhu haji.. Semoga dikurniakan haji yang mabrur..inshaaAllah..

One of my colleague, which is my bos pun sedang mengerjakan haji.. Semoga ok yer bos!! Kami disini?? Doakanlah juga agar ok sentiasa😊

Since bos pergi haji tengah bulan lepas (Sept'14), i memang sedikit tak keruan bila fikirkan hal kerja..maklumlah, baru lagi pegang tanggungjawab ni, ada pulak paper2 penting nak kena dapatkan approval management, memang berpoluh la den kat ofis..tapi still manageable la.. Alhamdulillah👌

Plan for hari raya??
As to date, baru sempat pilih baju raya je..tu pun just pakai baju raya 2 bulan lepas sebab tak sempat nak pakai lagi..ter-over prepare baju time tu, so raya haji ni kita consume baju2 tu jela yer.. Ayah zahrah pun recycle baju raya tahun2 lepas.. Zahrah pulak dapat jubah baru walaupun baju raya ada yang tak pakai lagi..sebab ape taknak guna je baju yang belum pakai tu??? Hmmm, sbb ibu dia dah kemaruk tgk anak sendiri sangat comel pakai jubah😁

Well, weekend sudah sampai..so, hari raya pun dah dekat.. So, kita lupakan sekejap haru-biru di ofis, have a good weekend & holiday ya!! Manfaatkan cuti selama 3hari ni dengan sebaiknya yer kawan-kawan😉

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!
Selamat menjalankan ibadah korban kepada yang terlibat!!

Next week kita sambung buat kerja pulak ok!!

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu Zahrah

psssttt.. We ols raya kat kampung puchong je uols..so, takdelah nak kena feeling2 balik kampung-jem musim raya kali ni😀

Sunday, September 28, 2014

Seketika.. Hanya 9minggu Pinjaman-Nya

As-Salam uols..ibu ZNI is back!! 😁

Amacam?? Sihatkah?? Sibukkah??
Ibu ZNI sekarang ok2 saje..tak sibuk sangat..tak busy sangat..and takdelah sihat sangat..sejak akhir2 ni selalu sangat sakit kepala..especially dekat2 nak datang bulan..opssss 🙇 perubahan hormon kot..almaklumlah dah nak 30series kan 😊

Cerita pasal 30series ni..teringat tentang suatu kisah..yang pada jangkaannya akan bermula pada penghujung Sept'14, sebelum ibu ZNI ni menjangkau umur 30thn..

Kisah "datangnya" adik ZNI 😞

Yer, mungkin ada yang sudah tau, kisah ibu ZNI serta famili, yang diuji dengan "kehilangan".. Namun, ujian dariNya diterima dengan redha, semoga ada kemanisan disebalik kepahitan tersebut.. InshaaAllah..

21-Dec-2013 merupakan 1st day last period untuk ibu ZNI..so, doc expected the EDD to be 28-Sept-2014 untuk jangkaan kelahiran "My2ndLilKecik" just 2w++ before my 30th birthday..and ibu ZNI pun dah berangan akan berpantang time Hari Raya Aidiladha😳
 

Ceritanya pregnancy ketika tu, memang lain daripada yang sebelumnya.. Start dengan first check bila period lambat, pregnancy test tu macam indicate pregnant sangat lambat..dua-line tu just timbul "malu-malu" je..macam nampak macam tak nampak..
 
 
Plus, takde muntah-muntah macam previous pregnancy.. Just mild pening-pening sahaja.. Jumpa doctor utk first checkup dalam 6w lepas missed period on Jan'14..macam biasa, pergi checkup di Klinik Famili USJ, dengan Dr. Ani Aizara.. Bila checkup, test urin, and Dr. Ani cakap, highly positive.. Then, Dr. Ani buat scan, dapat detected pada rahim..Alhamdulillah 😍..

But, mesin tu estimated EDD on 01-Nov-2014 sebab ikut perkiraan mesin, baru 4w++ so, lebih kurang sebulan lewat dr EDD manual la kan..tak kisah sangat pun time tu, sebab previous pregnancy pun memang macam2 EDD ada..hihi..just work-live as normal..

Since, pada masa tu takde rasa sakit/lemah sangat, so, ibu ZNI ni sangatlah cargas berkerja, kehulur-hilir angkat files, (sebab tengah busy dengan kerja time tu) berjalan meeting sana-sini..ditambah pulak stress kerja 😥

Sehinggalah pada Rabu, 26-Feb-2014, ada blood spot pagi tu..tapi sedapkan hati cakap takpe kot..normal lah kan kadang2 pregnant ladies ada bleeding..so, continue kerja macam biasa..ingat lagi that day, ibu ZNI ni kena arrange one briefing, so, memang sangat ligat hari tu..terus lupa pasal bleeding.. Malangnya, petang lepas briefing, another blood spot keluar..banyak sikit dari pagi tadi.. Time tu, #hatiadasikitgentar bila tengok 2nd bleeding..sebabnya saya tak pernah bleeding time first dulu..huhu.. Balik rumah, non-stop bleeding, pakai pad even tak banyak, tapi non-stop.. Dah start menangis time tu.. Solat, doa banyak2 mohon "diselamatkan"😢

Ikutkan hati yang macam taknak terima kenyataan, nak bertahan je, taknak pergi klinik..tapi atas nasihat famili n kawan2, pergi jugak klinik malam tu..

Pergi satu klinik, doktor cakap "miscarriage" walaupun doktor tu tak scan pun..time tu mmg rasa sakit hati dengan doktor tu sebab "suka-suka je tulis refer letter tu cakap miscarriage".. Atas ketidakpuasan hati tu, kitorg pergi klinik lain pulak.. Kali ni ada scanner tu, doktor (ganti) tu scan, tengok dah "kosong" 😩 tapi dia tak berani nak buat conclusion macam doktor sebelum tu.. Just tulis "threaten abortion" dalam referral letter tu.. Sejuklah sikit hati ni walaupun sebenarnya dah macam 50-50 je harapan utk "My2ndLilKecik" tu "selamat".. Balik rumah, tenangkan hati yang tak berapa tenang tu..esok pagi Khamis, 27-Feb-2014, lebih kurang pukul 10am, pergi klinik Dr. Ani untuk further confirmation.. Jumpa doktor, cerita kisah bleeding, then doktor scan.. Kosong.
 
 
Memang dah takde kantung tu..huhu.. Tapi, time tu, saya dah ada kekuatan..dah mula redha jika itu yang ditakdirkan.. Doktor cakap, just tunggu dulu, kalau betul memang dah takde, sepatutnya "ia" akan keluar..tapi time tu memang belum rasa sakit sangat kat perut, mungkin ada harapan lagi..walaupun......

Balik dari klinik, doktor still buat referral letter ke hospital in case emergency..referred as "threaten abortion" jugak.. Then, balik rumah..otw balik dr klinik tu, perut dah start sakit macam period pain..sampai rumah, tak tahan nak buang air kecil, pergi toilet..dannnnnnn.. Akhirnya, "terlepas" "ia" dari rahimku..huhu..sedih sangat time tu.. Ketulan darah sebesar tapak tangan..itulah kali pertama dan terakhir "kami ditemukan" dan saya redha..seikhlas hati..inshaaAllah..

Lepas je kejadian tu, perut saya memang dah kurang sakit..tapi masih rasa nyut-nyut sikit.. So, rehat je dulu kat rumah..sampai petang, memang perut tak sakit, so, takde plan nak ke hospital..

Esoknya, Jumaat, 28-Feb-2014 atas nasihat kenalan rapat, kami pergi check kat hospital jugak.. Then, petang tu, kami ke Hospital Serdang..terus ke ER.. Sebelum jumpa gynae, kena soal siasat dengan doktor biasa dulu..nasib baik tak kena marah sebab datang lambat..huhu.. Lepas sejam menunggu, baru dapat jumpa gynae..lebih kurang pukul 6.30pm.. Doktor scan, memang dah kosong betul..tapi still kena tunggu darah habis keluar..and tak perlu buat D&C.. Syukur that part..just let it go naturally..huhu.. Dengar pulak cakap2 dari doktor dgn anak buah dia, pasal fibroid pulak..hmmmm..ada fibroid yang kecil..tapi tgk gaya doktor tu, i hope yg ia bukanlah hal yang serius..huhu.. Lebih kurang maghrib tu baru selesai..balik rumah, and tunggu my parents datang dari Johor..

Itu adalah kali pertama saya pergi hospital gov, and peliklah jugak sebab walaupun disahkan "miscarriage" tapi saya tak dapat MC pun??? Huhu..so, macam tak tahu perlu berehat & berpantang ke tak kalau keguguran..or dah boleh meneruskan kerja seharian macam biasa.. Bila ditanya kenalan rapat, diorg pun pelik tak dapat MC, selalunya at least 2w MC.. So, kami decide utk buat follow up ke klinik Dr. Ani pada hari Isnin, 03-Mar-2014 utk buat follow-up..bila jumpa Dr. Ani, dia sangat tenang and tenangkan kitorg..scan balik and doktor mmg cakap dah "bersih".. Advised to take "rest" utk 3bulan at least, before nk TTC 😄.. Pasal fibroid, memang doktor ada detect jugak time scan tu, tapi since saya memang ada previous history waktu first pregnancy (small fibroid), so, doktor advise utk buat follow-up lagi 3bulan
(tapi sampai sekarang ibu ZNI ni tak pergi jumpa doktor..huhu)

Dapat MC 7hari dari hari kejadian sehingga hari Jumaat, 07-Mar-2014, sehari sebelum terjadinya nahas #MH370 (takziah buat keluarga mangsa MH370).. Ayah ZNI pun selamat berangkat ke China atas urusan kerja pada 05-Mar-2014 tu.. So, berehatlah saya sepanjang seminggu tu dgn dijaga mak-abah dan Zahrah 😊

Begitulah cerita Kisah "My2ndLilKecik" yang hanya sementara dipinjamkan olehNya.. Ibu ZNI redha dan doakanlah semoga ada hikmah disebaliknya.. Tetap bersyukur kerana diberi kesempatan utk merasa hamil kali ke-2 walaupun hanya untuk 9minggu..

Sekian, terima kasih..

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...