Showing posts with label Umrah2015. Show all posts
Showing posts with label Umrah2015. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

#Umrah2015 ~ Ujian Dari-Nya

As-salam.
Selamat pagi. Happy weekend.

Alhamdulillah. Syukur.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Segala pujian hanya untukMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Seminggu sudah kejadian kren jatuh di Masjidil Haram berlaku. Tanggal 11/09/2015 pastinya menjadi ingatan buat semua jemaah haji khususnya, dan sekalian umat Islam amnya.. Seramai 111 jemaah haji termasuk 5 org jemaah haji dari Malaysia telah disahkan terkorban dan beratus yang lainnya tercedera akibat kemalangan tersebut. Allahuakbar!! Allah Maha Besar dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala kejadian yang berlaku :-(

Musibah tersebut pastinya mengingatkan kami akan kejadian yang berlaku ke atas kami sekeluarga, 3bulan lepas..di bumi Mekah. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami apa yang berlaku.. Yer, pada 30/05/2015 kami telah dijemput olehNya untuk menunaikan umrah. Sehinggalah pada 09/06/2015, sehari sebelum kami akan berangkat pulang ke Malaysia, kami diuji olehNya.. Ujian yang semestinya tidak terduga, dan kami ibarat tidak bersedia utk melaluinya.. Subhanallah..

Selesai solat subuh, kami bersedia untuk breakfast terakhir di bumi Mekah (semoga kami diberi kesempatan utk berada disana lagi) setelah beberapa hari disana. Ketika breakfast, kami (kecuali along dan hanan) hanya berborak biasa sahaja sehinggalah abah tetiba cakap "abah macam sakit kepala pulak" sambil meneruskan makan seperti biasa.. Tapi kami hanya ingat itu cuma sakit kepala biasa sahaja dan bagitau abah untuk makan ubat selepas breakfast nanti.. Tiba2..dalam beberapa saat ketika makan, abah seperti meletakkan sudu dan garpu diatas pinggan dan terlentok pengsan ke kanan.. Ketika itu, saya disebelah kiri abah dan uda disebelah kanan abah. Kami panik saat time tu.. Cepat2 buka kopiah abah, loosen butang baju abah dan kipaskan.. Abah nampak seperti ingin terjadi kancing gigi..cepat2 kami ambil garpu utk abah gigit bagi mengelak sebarang perkara lain.. Allahuakbar!! Abah masih kelihatan seperti menggigil dan berpeluh. Masing2 kami yang perempuan dah bergenang airmata. Risau. Takut. Sedih (terasa airmata kembali bergenang saat penceritaan ini :'( Allahuakbar). Mujur ada Ustaz Amir bersama isterinya (sama kumpulan jemaah umrah kami) sedang bersarapan dan kami minta beliau buat sesuatu. Ustaz minta kami berselawat di ubun kepala abah sambil sapu air zamzam dimuka dan badannya.. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian abah tersedar. Syukur. Abah seakan tidak ingat apa yang berlaku. Hanya ingat kepalanya berpusing dan gelap seketika. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Abah sedar kembali. Memang kami belum bersedia andainya "sesuatu" berlaku pada abah dan kami. Yer, semua umat Islam ingin "pengakhiran" disana.. Tapi, hakikatnya kami belum bersedia. Allahuakbar. Dia Maha Besar. Dia Maha Mengetahui akan kelemahan dan keupayaan.

Memandangkan abah kelihatan agak kepenatam, kami usung abah balik ke bilik dgn kerusi roda.. Walaupun abah keberatan nak naik kerusi roda (biasalah kan..abah kami cekal orangnya), tapi kami paksa. Takut anything happen. Pulang ke bilik, kami bersihkan abah dan kerusi (kesian abah, sampai terkencing ketika menahan kesakitan..huhu). Kami perlu bersiap sedia untuk buat tawaf wida' sebelum berangkat pulang. Dan sekali lagi kami "paksa" abah untuk naik wheelchair time buat tawaf wida'. Alhamdulillah, abah akur. Mungkin juga risaukan akan keselamatannya.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpa abah, kami teringat akan sesi taklimat sehari sebelum pulang.


ketika sesi taklimat

Ada sedikit jamuan setelah selesai majlis tahlil kumpulan kami. Menu utama adalah kambing. Yer, abah memang tak pernah makan kambing sebelum ni, tapi ketika jamuan tersebut, dia begitu menikmati lauk kari kambing yang disediakan (memang sedap masakan kambing tu sebenarnya). Dan kami membuat kesimpulan, mungkin kambing tu sebagai asbab, disamping hakikatnya ianya adalah ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah, sekitar jam 10pagi kalau xsilap, kami selesai melakukan tawaf wida' dan bersiap sedia untuk pulang sementara menunggu bas.


bergambar dihadapan Masjidil Haram sebelum melakukan Tawaf Wida'

Bermulalah perjalanan pulang kami ke tanah air, meninggalkan tanah suci, tanah haram, bumi Mekah al-Mukaramah. Alhamdulillah, kami dijemput kesana walaupun dalam tempoh hanya 2minggu.

Tanggal 10/06/2015, sudah lebih 3bulan berlalu..kami selamat sampai di bumi Malaysia. Alhamdulillah :-)





bersama kumpulan kami di Jeddah Airport & KLIA sebelum "berpisah"

Ok lah..nanti sambung lagi cerita di sana yer..
Till then.....

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, February 2, 2015

Checklist!! First Checked and Unchecked Lists ;-)

As-salam semua!! Happy holiday!!
Best betul cuti lama kan..hihi.. Selalunya cuti 2hari rasa sekejap je..tp dis week dpt extra 2hari cutu..yeay!!

Since semalam wilayah cuti (ganti), dapatlah kami settlekan urusan untuk permohonan Visa.. Hah, nak tau tak visa utk apa?? Cer teka..cer teka.. Sebelum kita rungkaikan urusan Visa bagi tujuan apa, jom kita buat checklist apa yang kena ada dulu :-D

[ CHECKED ] Passport Antarabangsa - 22/01/2015

[ CHECKED ] 4x Gambar (background putih) - 02/02/2015

[ CHECKED ] Meningitis Vaccine - 02/02/2015

[ CHECKED ] Salinan Sijil Nikah - pending Wisma Putra

[ CHECKED ] Salinan Surat Beranak - pending Wisma Putra

Ahha, dapat teka tak?
Tepat sekali!!

InshaaAllah..cuti sekolah bulan Mei-Jun 2015 kami sekeluarga akan menunaikan ibadah umrah.. Kami 12org termasuk mak, abah, adik beradik kecuali angah, pasangan masing2 kecuali kak ani, serta dua2 anak along dan juga Zahrah akan menziarah "rumahNya" serta menunaikan ibadah umrah..

Semoga niat kami ingin kesana dimakbulkan dan dipermudahkan oleh-Nya..
Amin.

Berbalik kepada list diatas, actually kami nak settlekan awal sebab nak kena handover ke family kat kampung utk kumpul & serahkan pada Travel Agency.. By April 2015 (40hari sebelum tarikh), kena settlekan doc, so, bila dah settle awal ni, akan datang 2-3 bulan sebelum masanya tiba, boleh la kita prepare yang lain2 pulak..

Btw, checklist tu depends on individu.. Untuk ayah Zahrah, just perlukan passport, gambar dan vaksin.. Untuk ibu Zahrah, ada tambahan salinan sijil nikah untuk pastikan mahram.. Manakala untuk Zahrah, tambahan kena ada salinan sijil lahir.. Both salinans kena sahkan by Jabatan Agama Islam Negeri (JAIx) dan Wisma Putra, serta Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Wisma Putra. Jangan lupa bawak sijil asal yer utk sahkan tu..

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan visa, mungkin ada boleh review kat sini yer.. Rasanya mana2 travel agency pun akan maklumkan benda yang sama :-)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
Maksudnya:

"daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w., Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu."

"Umrah itu kirafah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang dilakukan diantaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga."


Kawan2 readers semua doakan kami yer..
Semoga visa kami diluluskan..
Semoga urusan kami dipermudahkan..
InshaaAllah.. Amin..

Ya Allah.. Ya Rabb..
Terimalah kami sebagai tetamu-Mu Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..
Kau makbulkanlah permintaan & niat kami.. Amin..

Assalamualaikum....

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...