As-Salam semua!!!
I'm back again..kagum tak dalam masa seminggu dah ada 2 entri.. Maklumlah orang dah abes belajaq :-)
Sebenarnya dah lama sangat dah cerita ni tertangguh kan..setahun dah pun berlalu. Maafkanlah hamba yang kononnya busy setahun dua ni. Jalan2 je empat, nak update blog mmg malaaaaaas memanjang..haha..
Rasanya ni last entri utk percutian kat Pulau Perhentian sempena our 5th anniversary kot. Sebabnya next month dah nak masuk 6th anniversary, cerita lain pulak kan :-p
Ok, so kita throwback entries before this yer..
Part 1 - Overview percutian je :-)
Part 2 - Review on our resort i.e. Alunan Boutique Resort
So kali ni kita cerita apa yg dibuat kat sana la yer..
Since sampai pulau pun dah petang, so takde aktiviti ape sgt la nak buat petang tu. Just cari mana tempat nak makan sebab xnampak mane2 cafe selain dari cafe resort. At last, decided pergi makan kat kampung sebelah naik taxi je. Time tu petang lagi, kira macam late lunch, early dinner la. Dekat je kampung perhentian besar dengan resort kami, cuma kalau nak lalu track memang jauh la..
Bila bot merempit je...zoooooooommm sampai sini!!
::::
::::
::::
::::
::::
\\\\////
\\\///
\\//
\/
Orang lain baru balik snorkeling. Kami baru nak makan :-) |
Ni la track nak ke Kg. Perhentian Besar. Scary tak? |
Lepas makan, layankan budak kecik ni nak main pantai. Main la dia panas2 tu sebab tak sabar sangat kan.. Adoi!!
Budak tak sabar nak main pantai walaupun sorg2..hihi |
ibu kebosanan tapi layankan jela :-) |
Malam tu memang tak makan lagi dah kat luar sebab dah kenyang (sebenarnya sebab mahal) kan, so kita alas perut makan megi dengan tapau makanan petang tadi jela..haha
Budak comot kelaparan baru lepas main, Tadi orang makan dia xde selera sebab tak sabar nak main.. |
Keesokkannya, 13-Mac-2016 kita start dengan makan lagi! Sebab dah kelaparan makan megi kan..kahkah.. Boleh tahan la makanan dia sedap gak tapi tak variety sangat. Macam takut2 je nak masak banyak kot sebab tak ramai orang..haha..
Breakfast la dulu.. isi perut.. |
Mendung tapi sejuk mata memandang keluasan laut ciptaan Allah. Subhanallah! |
Wow! |
Pagi tu cuaca mendung so nak bagi Zahrah mandi pantai pun takut dia kena hujan and demam pulak. So, balik bilik semula jela. Bosan kan? haha..nak buat guane, doh ujang, kite tubik bilik jela yo :-))
Petang tu baru keluar bilik sebab nak carik lunch. Kali ni kita pergi belah kanan resort pulak **sila bayangkan belah kanan ni yer :-p** Makan kat gerai tepi pantai je, tapi harga boleh tahan la jugak mahalnya kan. Kena charge macam harga foreigner ler jawabnya sebab mmg banyak foreigner pun time tu..huhu..
Malam pulak kami decided nak rasa makan kat resort. Boleh ambik bbq set tapi kami amek set lain je sebab bbq dia nampak tak menarik. Lagipun berdua je kan. So, kita layan jela gambar makanan yer :-p
Budak tension sebab asyik kena makan je..haha.. |
Sup cendawan malam2? |
Sejukkkk malam2 minum ais dengan hujan renyai2 |
Jemput makan :-) |
Hmmm...ape lagi nak cerita???? Tak ingat dah sebenarnya nak tulis apa..
Kesimpulannya, jalan2 kat pulau ni memang saje2 nak tengok pemandangan laut hijau jela sebab tak pergi snorkeling ke semua tu pun. Kan ibu Zahrah ni fobia air, memang not my choice la bab2 snorkeling2 semua ni..haha..
Esoknya 14-Mac-2016 balik dah! Kejap je kan? Ok la tu dari takde..
Nak balik tu kena naik bot ke KB lagi la. Memang terus balik KL xde singgah mana2 dah. Shopping kejap kat Kg. Perhntian Besar tu, beli souveniers semua, terus tunggu bot datang ambik.
Selfie dulu sebelum gerak balik.. |
"Penuh" troli dengan orang dan barang2 |
Hasil "tangkapan" Zahrah Nur Iman |
Gembira nampak? |
Welcome KL :-) |
Last but not least, bye bye Perhentian! Till we meet again :-)
Fridge magnet..as usual!! |
Ok la kan. Selesai tanggungjawab nak habiskan entry ni..haha.. Let me show u guys our budget dalam percutian kali ni:
Return Flight KB-KLIA ≈ RM530
Tune Hotel ≈ RM130 (add in TV, toiletries and early check-in)
Sewa kereta ≈ RM115
Alunan Boutique Resort ≈ RM930 (incl.boat transfer, promotion)
Not really budget la kot sbb dekat rm3k gak plus minus shopping, makan, taxi, etc..huhu.. Tapi, asalkan dapat bercuti with family, it worth enough :-)
Till we meet again in next entry inshaaAllah.
Tunggu next anniversary treat ya!!
xoxo,
Ibu Zahrah
No comments:
Post a Comment