Monday, January 28, 2019

Happy 34th Birthday #AyahZNI

Assalamualaikum. 

28.01.2019
Happy 34th Birthday #AyahZNI ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Semoga terus tabah dan bahagia disamping kami queen & puteri2 yang garang ini๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


Love๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#IbuZNI
#ZahrahNurIman
#ZarinNurInsyirah

Early celebration last Saturday aritu sempena birthday #AyahZNI today.

Sambil #JJCM merangkap birthday treat kat @najnbelle Bangsar. Walk in makan situ, nasib baik x full. Kebanyakan meja dah ada orang duduk. Susah betul nak parking dekat dgn kawasan cafe, so parking jauh sikit dan menapak ke cafe. Buang lemak sebelum tambah lemak balik.


Masing2 nak order sendiri punya makanan.


Pesto Carbonara for kakak #ZahrahNurIman macam biasa. Bila dia nampak color hijaunje terus buat muka, tapi bila rasa sekali terus ⭐⭐⭐⭐ kita bagi!


 Grilled chicken with mash potato (ape entah nama dia sebenarnya๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„) boleh bagi ⭐⭐⭐⭐ sebab sedap.


Nasi daun pisang biasa2 je, order sebab nak rasa soft shell crab je. Selain crab, ada sotong sumbat and fish curry serta acar. So ⭐⭐⭐ untuk menu ni.



 Air kami order coffee caramel and hot chocolate. Ok la sedap sebab kakak pun layan kopi ⭐⭐⭐⭐ ni.


Deconstructed pavlova as dessert.  Yang ni memang ⭐⭐⭐⭐⭐ sebab sedap sgt la. Kalau ada rezeki boleh repeat lagi.

Kat situ bila google ramai order Watermelon Cake but kami semua bukan penggemar buah sgt, bila difusion kan mcm tu takut tak makan pula kang. So, order pavlova jela.


Alhamdulillah, perut kenyang senang hati!

Till then... 

Daaaa...... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Saturday, January 26, 2019

Happy 3 months old baby Zarin!

Assalamualaikum & Happy weekend uols!

Today #IbuZNI nak wish Happy 3 months old baby #ZarinNurInsyirah ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜. Walaupun dah lewat 3 hari.


Walaupun sambut di hospital, anak ibu tetap ceria most of the time. Boleh senyum bila diagah siapa2 pun. Cuma bila sampai waktu tak sihat dia biasalah meragam tu kan.

Berat baby pun dah 5.4kg walaupun naik sikit tapi pipi tetap bambam. Masih minum susu ibu, Alhamdulillah! Now stock susu pun dah penuh kat freezer sebab dah seminggu baby tak pergi taska. Tchr pun dah rindu tanya bila baby nak datang๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ Cepat sihat yer baby!

Sepanjang 3 bulan ni, baby dah beberapa kali ulang alik hospital, either ibu, kakak or baby yang tak sihat. Kali ni, disaat baby dah nak masuk 3 bulan, demam tinggi pulak sampai warded..viral infection. Ingatkan demam biasa je, sekali sampai 4H3M pakej penginapan kat Annur Bangi tu๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ. Sekarang ni baby dah pandai bila diagah mesti senyum. Gelak kuat2 belum lagi, baru nak mencuba gayanya. Tidur pun dh kurang sikit (jela) meragamnya. Kadang2 boleh tidur sendiri, kadang2 kena berdukung juga.

Kat taska semakin baik nampaknya. Dah nak menyusu dgn botol, boleh tidur sendiri juga kat rocker. Hopefully lepas ni pun okey walaupun dah seminggu tak pergi taska.


Anak ibu dah semakin sihat dan gembira.
Alhamdulillah! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Till then..

Daaaa.....

p/s: psssttt, ibu terpaksa extend cuti seminggu lagi, next week baru masuk kerja๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, January 16, 2019

Weekend Getaway ~ The Big Brother & Co. and Eco Ardence

Assalamualaikum semua!

Holla, jumpa lagi ya. Today nak up sikit cerita jalan2 weekend lepas. Actually its a delayed post #throwback #JJCM last week. Tapi baru today sempat nak menulis.

Jauh kami menapak ke Setia Alam. Recently ni mmg jarang ke area Shah Alam sana. Jauh sangat rasa perjalanan nak ke sana. 40-60minit jugaklah kan.

But this time ternampak promo kat @eatigo_my so booked la utk lunch kat @bigbrothernco Setia Alam. Menu yang kami ambil:

Devil choc cake
sedap dan tak muak

Grilled salmon
all time fav #IbuZNI. Dish ni sekali dgn mash potato and salad

Spageti carbonara
fav kakak #ZahrahNurIman kalau pergi makan mana2 pun. Or macNcheese

Kunta Kinte
special dish katanya. So #AyahZNI try la sepinggan. Ada grilled chicken, grilled lamb and giant sausage. Iols rasa sosej je sbb dah byk gila makan. Tak mampu dah nak makan semua

 Grilled chicken salads
sedap dan berbaloi order


Alhamdulillah semua yang kami pilih sedap! Milo ais dgn teh tarik ais tu mcm biasa jela kot๐Ÿ˜„. Baby #ZarinNurInsyirah behave je and tidur je sebelum "membuat kuih" kat cafe๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹. So, kalau uols ke Setia Alam boleh lah singgah sini yer.



Lepas makan kami sambung jalan2.
Dah lama kakak #ZahrahNurIman tak jalan2 makan angin. Selalu keluar makan je. So, alang2 dah sampai Setia Alam yang jauh tu, carilah tempat boleh singgah, jumpa Eco Ardence.

Kawasan baru berdekatan taman perumahan yang baru naik, ada tasik, dan taman dengan kedai2 makan. Masa kami sampai petang orang tak ramai sgt. Jadi ramai sbb org pergi Jaya Grocer kat situ. Believe malam happening sebab most of kedai tepi tasik tu sesuai utk makan malam.

Kami sewa basikal utk kakak pusing2 dgn sewaan RM10 sejam. Panas lit lit oi teman kakak round tasik. Tapi baby #ZarinNurInsyirah relax je tidur dalam stroller๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….


Cukuplah bawak kakak keluar dekat 2jam jugak tu. Nanti kita jalan2 lagi yer๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Till then...

Daaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, January 13, 2019

#ZNIsisters School Experience

Assalamualaikum mummies!
Alhamdulillah, jumpa lagi kita.

Hari ni ibu nak cerita sweet experience anak2 ibu pergi sekolah. Alhamdulillah #ZNIsisters sudah masuk minggu ke-3 pergi school.

Kakak #ZahrahNurIman sangat excited masa mula2 nak pergi sekolah. Sekarang ni less excited la (knowing her, cepat boring buat benda yang sama!).

Alhamdulillah, everything went well and inshaaAllah terus dipermudahkan urusan hendaknya. Pagi2 pukul 7pagi kakak dah sampai sekolah, petang pukul 7malam selalunya baru #AyahZNI sampai. Either ambil kakak dulu or baby #ZarinNurInsyirah depends pada keadaan trafik๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ. Bila sekolah pagi sampai ke petang ni, memang kakak kepenatan kat rumah. Pukul 9mlm dia dah start mengantuk, setakat ni xde homework (ada sekali tu ada homework tapi dia tak bawak balik buku homework tu๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ), maka awallah dia tidur sebab kena bangun pagi2 nanti.

Baby pun dah start pergi sekolah walaupun ibu belum masuk kerja, just nak bagi baby biasa dgn school. First day school mmg menangislah, tak nak minum susu semua. Hari ke-2 ok sikit sebab dah bawak rocker ke school, senang nak tidurkan. Seminggu kemudian, baby dah start menerima kenyataan kena minum dalam botol di nursery ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Alhamdulillah, tchr baby pandai handle baby dgn baik.

Bento?
Untuk kakak, supposedly semua mknn sekolah sediakan, so tak perlulah #IbuZNI sediakan bento bagai kan. Tapi kadang2 direquestnya lempeng memang tak sempat la ibu nak buat kakak. So tapau roti sapu nutella jela..kihkih๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰. Terimalah seadanya ibumu yang tak berapa rajin ni nak!

Sekian cerita sekolah anak2 ibu!


Dari hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memohon perlindungan untuk al-Hasan dan al-Husain radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, ”Sesungguhnya bapak (nenek moyang) kalian berdua, Ibrahim, memohon perlindungan (kepada Allah) untuk kedua anaknya, Isma’il dan Ishaq, beliau berkata:

ุฃَุนُูˆْุฐُ ุจِูƒَู„ِู…َุงุชِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุชَّุงู…َّุฉِ، ู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุทَุงู†ٍ ูˆَู‡َุงู…َّุฉٍ، ูˆَู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุนَูŠْู†ٍ ู„ุงَู…َّุฉ

‘Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan,binatang berbisa dan setiap mata orang yang dengki.’”

(HR.Al Bukhari [Fat-hul Baari VI/408.no.3371])

Till we meet again in next entry!

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, January 9, 2019

#ZarinAqiqah & #Zahrah7thBirthday

Assalamualaikum. 

Jumpa lagi! 
Kali ni ibu ZNI nak #throwback majlis Jamuan Kesyukuran sempena #ZarinAqiqah & #Zahrah7thBirthday pada 5 January 2019 lepas. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma kaki ibu ZNI ni je tak berapa nak lancar lepas majlis. Asyik ke sana ke sini kan, 2hari jugak kaki sakit dibuatnya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kali ni mmg xde masak2, semua tempah. Sampai ke doorgift pun beli yang dah siap kecuali coklat utk budak2 tu kakak Zahrah yang tolong buat packaging sebelum dia naik sekolah aritu. Baby pun outsource kat orang lain utk tengok sebab ibu ayah sibuk layan tetamu. Makanan mmg semua outsource kecuali buah tembikai..haha.. 

Few photos sempat ambil, tapi kita tepek dalam video jela yer. Gambar dgn family sendiri tak sempat nak ambil, macam biasa๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ 


Kepada semua yang berurusan dgn kami dalam menjayakan majlis ini, syukran ya. Halalkan jual beli dalam urusan kita ni ya.. 

Pakej Katering by @kaklangdrimba_catering from Kuala Pilah.

Kenapa jauh sangat?
Well, dulu pernah order rendang dengan diorg and it was yummy. This time, before place booking, dah buat survey lain2 katering, at last pilih diorg.

Alhamdulillah, memang memuaskan, baik dari segi layanan, makanan dll.


Pakej ni dapat FOC kuih 2 jenis dan bubur. Then, alang2 dah ada bubur dgn kuih, kami tambah tea corner sekali, ambil set soto (mix nasi impit dan bihun). Pelayan pun disediakan kalau kita nak tambah yer. 

Untuk kambing, umi & atuk #ZahrahNurIman dan #ZarinNurInsyirah tempah dengan jiran kampung. Kari kambing. Rezeki kami dapat pulut dan rendang ayam free jugak. Alhamdulillah, semua pun sedap jugak, and dapat tapaukan kami utk beberapa org.

Syukur๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

This time kami buat juga #candybuffet ambil Pakej Zuhaa dari @littleaisyapartyevent siap utk decoration dan all candies. Pantas kilat setup siap pukul 10 pagi. Pakej ni sekali dengan mini cupcakes dan cheese tarts, juga popcorn dan mineral waters. Tak payah susah2 fikir nak letak apa kat meja tu.


But knowing #IbuZNI ni, nak juga tambah kan.

So, contact la owner @myfusionbitez ni sebab tertarik dengan mini cupcakes colourful tu, juga mini dadih. Then, order apam polkadot juga dengan @nadsistersbakery buat tambahan.

Oh ya! Frozen rainbow cake yang sedap tu homemade by @qewcupcake my junior kat sekolah dulu. 2nd time order dengan huda, thanks ya! Berjaya buat kek ikut pilihan kakak #ZahrahNurIman.


Brownies pulak order dengan @feinbrownies untuk baby #ZarinNurInsyirah walaupun baby xmakan๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


Alhamdulillah semua sedap!

So, kalau uols nak buat sweet corner untuk mana2 majlis boleh lah contact diorg yer.

Highly recommended!๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Terima kasih pada semua yang hadir, mana yang kurang minta maaf yer. Pada yang tak dijemput, mohon maaf juga yer. Nanti anak2 kahwin inshaaAllah kami jemput ya.

Doakan semoga luas lagi pintu rezeki kami utk menjamu kalian dimasa akan datang๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


I would like to say thank you kepada semua yang bagi hadiah & "duit raya" pada anak2 yer. Alhamdulillah anak2 (kakak je sebenarnya sebab baby tak faham lagi) sangat happy.

Semoga murah dan luas rezeki kalian inshaaAllah๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kepada our family members, thank you for coming dan juga pertolongan. Tokmak tokbah maklong dan sufia datang jauh2 dari Johor, thank you! Umi atuk sediakan kari kambing, terima kasih! Saudara mara USJ/Seremban/Rembau/Kajang yang sudi datang, gracias! 

Terima kasih semua!

Last but not least..

HAPPY 7th BIRTHDAY KAKAK ZAHRAH


Daaa... 

xoxo, 
Ibu ZNI

Thursday, January 3, 2019

Happy 7th birthday kakak Zahrah! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah anak ibu ayah dah 7 tahun. Pejam celik pejam celik dah sekolah Darjah 1 dah anak ibu.

Happy 7th birthday Zahrah sayang!


Ibu, ayah dan adik sayang kakak no matter what
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Semoga Zahrah Nur Iman sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah, diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang luas, fikiran yang tenang, hati yang baik, dan dipermudahkan segala urusan mu sayang.

We love you so much!!

Nanti kita story cerita sambutan Birthday yer..

It's a teaser ya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Till then.. 

Daaaaa.... 

xoxo, 
Ibu ZNI

p/s: entry ni ditulis lewat, tapi date set backdated ikut birthday kakak. Sorry yer kakak๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...