Tuesday, December 31, 2019

#AhsainsOutingDay 2019 @ Melaka

Assalamualaikum.
Salam 2019.

Sudah dipenghujung tahun 2019 dah kita kan. Utk last post for 2019 ni, kita nak #throwback #AhsainsOutingDay 2019 di Melaka.

Alhamdulillah.
Selesai 3h2m family day tahun ni. Beria 6 beradik arrange utk family day kali ni. Siap bagi2 kan tugas masing2 lagi.

Along & kakcik - AJK Makanan
Angah & Uda - AJK Aktiviti
Uteh & Adik - AJK Hadiah
Hanan, Wan, Sufia - Emcee

Macam2 aktiviti ada ok sempena #AhsainsOutingDay 2019 ni!
.
Siap buat agenda dengan emcee.
Tapi byk ke laut time management🤭🤭🤭.
Maklumlah semua beranak pinak.
.
Sebagai AJK Hadiah, so kite mulakan kisah dengan hadiah dulu. 
Alkisahnya...
.
Dapat budget RM500 utk beli hadiah, sebahagian utk cabutan bertuah x10 dan sebahagian lagi utk beli hadiah game keluarga. Tapi bila sampai event hadiah bertambah-tambah pulak sebab ada yang sudi nk sponsor, termasuklah mak abah along bagi hadiah perdana. Tambah pulak last minute nk buat tukar2 hadiah family. Maka penuhlah sampai 2 meja hadiah sahaja🤭🤭🤭.






Sesi tukar² hadiah sesama kita


Pemenang² cabutan bertuah seperti berikut:


Bapa Bertuah - #AyahZNI
Mak Bertuah - @ezzah.ahsain
Remaja Bertuah - @harikaysssss 
Kanak2 Bertuah - #ZahrahNurIman 
Budak2 Bertuah - #NaurahMusfirah
Org Bertuah #1 - Abi #NasrinNaurahNafhah
Org Bertuah #2 - Wawa
Org Bertuah #3 - Tokmak
Org Bertuah #4 - Uda.
.
👇👇👇
.
Manusia Paling Bertuah - Nurul @ezzah.ahsain .
.
***************************
Sabtu, 21/12/2019.
Family photoshoot dulu sebelum start sukaneka utk #AhsainsOutingDay last week. Agenda wajib mestilah ambil gambar kan. Malam2 ambil tepi kolam (nnt kite cerita ye), so pagi2 kita ambil gambar bawah pokok kelapak pulak lah. Yang penting post!
.

Gigih memasing pakai baju family. Actually baju ni buat last year time ke Langkawi
Since last year tak semua joined Langkawi, so tahun ni kita recycle jela sbb semua ada.
.
Alhamdulillah.
Dapat jugak kumpul ramai2 Generasi Ahsain & Fatimah, dengan anak² 6org, menantu² 6org dan cucu² 16org. Masih belum ada geng cicit lagi setakat ni sebab si cucu sulung masih belajar🤭.
.
Start dengan senamrobik.
Patutnya cucu³ yang remaja tu kena lead, tapi di suruhnya pakcik² makcik² yang lead, dr senamrobik jd zapin daaaaa.





Layan jela kan!
.
Settle senamrobik terus start games. Ikut kategori.

Ragam Sukaneka #AhsainsOutingDay di Melaka last week. Sampai hilang suaralah bila bersukaneka tu kan. Lepas sukan, lompat mandi kolam pulak. Lunch. Rehat kejap.
.
So, enjoy the video highlight.


Jangan lupa subscribe!
Eh!

Game Keluarga pulak, semua dapat hamper yang sama walaupun semua berhempas pulas main relay game keluarga pagi Sabtu tu. Ada yang tergolek, tertonggeng, kena tendang bola, menangis dll. Hadiah tetap sama. Siap tempat pertama kena turun jadi tempat kedua lagi sbb group TokMak Tokbah dapat tambahan markah group paling behave.
Yang lain semua byk culas🤭🤭🤭

Sesi penyampaian hadiah utk Sukaneka #AhsainsOutingDay di Melaka last Sunday.
.
Basah² pun layan jela. Janji dpt hadiah.
.
Walaupun ada yang memberi bantahan atas keputusan di waktu pengumuman, keputusan adalah muktamad🤭🤭🤭.
.
Hadiah utama diberikan pada group Tokmak & Tokbah diatas play "behave" berbanding group2 lain yang banyak mengelat..kihkihkih.
.
Walaupun hakikatnya sbb hamper mmg disediakn utk 6 family, dan hamper mak abah asing. So, kena twick sikitlah keputusannya😅😅😅.
.
Apa² pun bersukan just utk suka² je pun.
Saje² jela sediakan hadiah kan bagi semangat.
Yang penting the time we got together for the whole days.
.
Have fun!

💕💕 Family Relay 💕💕
Juara - Angah & family.
Naib Juara - Tokbah, Tokmak & Wan.
Ke-3 - Along & family.
Ke-4 - Uteh & family.
Ke-5 - Uda & family.
Ke-6 - Kakcik & family.
Ke-7 - Adik & family.

💕💕 Cucu² Remaja 💕💕
Juara - Wan.
Naib Juara - Hanan.
Ke-3 - Abg. Ngah.
Ke-4 - Sufia & Wawa.

💕💕 Kanak² Ribena 💕💕
Juara - Rifqi.
Naib Juara - Elisya.
Ke-3 - Nasrin.
Ke-4 - Syazwin.
Ke-5 - Zahrah.
.
💕💕 Budak² Riang 💕💕
Semua juara, tiada pengalah.

Juara - Tokmak @hjh.ab Tokbah @ahsain_wahit dan Wan @m___wxn

Naib Juara - Angah

Tempat Ke-3 - Along

Tempat Ke-4 - Uteh

Tempat Ke-5 - Uda

Tempat Ke-6 - Kakcik

Paling Corot - Adik
🤣🤣🤣

Pemenang² games the cucus
.
Petang sambung durian🤭. 




It's a wrap for #AhsainsOutingDay di Melaka utk tahun 2019. Sebelum kita melangkau ke tahun kereta terbang, marilah kita simpan memori tahin 2019 ni ya.

.
So, siapakah yang paling byk dpt hadiah???


Semoga kita berjumpa di event² mendatang.
Ke mana kita tahin 2020 nnt ya?
🤔🤔🤔

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, December 28, 2019

MAK2019 ~ ZapinRobik

Assalamualaikum!
Happy weekend peeps..

Wah, dah weekend last for 2019 kan. Cepat je masa berlalu. So, kali ni kita #throwback cerita #ZahrahAtSchool for Year 1 la lagi kan. Tahun depan dah Year 2. Lagi seminggu dah masuk 8thn anak ibu yang byk akal ni 🤭🤭🤭.

Alhamdulillah. Syukur, selesai Tahun 1 #ZahrahAtSchool tahun ni. You have improved in some subjects, though have not in some (BM Kefahaman dpt B🤦🏽‍♀️😁🤔). Confuse dibuatnya! Dari ada 2C, final exam Alhamdulillah, sempat kejar huruf A & B sahaja🤭. Subjek² agama memang kena banyak belajar lagi, rasanya sebab tulisan jawi, which is her weakness susah nak faham, tapi takpe kak. Nnt kite belajar dgn Ustazah Maklong (yang garang) yer😅😅😅.
.
Walaubagaimanpun, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019, MAK2019 sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun ni tetap join. Majlis buat di The Everly Hotel, Putrajaya. Walaupun kakak xdpt sebarang anugerah, ibu tetap proud of u kakak. 

.
Apa2 pun ibu ayah and baby #ZarinNurInsyirah tetap support kakak buat persembahan #ZapinRobik. 







Adik demam² pun datang jugak nk support kakak. Tapi kena balik awal la sebab dah start meragam. Selesai je kakak perform, makan sikit² lagi, terus gerak balik. 

So, enjoy the Zahrah's Zapin Performance ya!

.
Kakak memang semangat bab2 menari ni. Layankan jela walaupun baby tak sihat.
.
Good job kakak!
.
💕💕💕
Ibu, Ayah, Adik ZNI.

Till we meet again.

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, December 26, 2019

#ZahrahAtSchool ~ Trip to Bird Park 2019

Hello!! Hai hai semua..
Assalamualaikum!

Sebelum kita start sekolah sesi 2020, moh ler kita #throwback kisah sekolah kakak #ZahrahNurIman tahun 2019 ni ya. 

Alhamdulillah. 
Kakak dpt join aktiviti kat sekolah lepas settle exam akhir tahun. Sukalah kan dah takde belajar lagi kat sekolah. Semangat nak pergi trip hari2 tanya bila hari lawatan tu.

Selasa, 19 Nov 2019
Hari lawatan telah tiba. Kena hantar ke sekolah pagi2 kul 730 am. Naik bas ramai2 ke Taman Burung, sampai tengahari je. Muallim hantar gambar kat group whatsap so dapatlah simpan buat kenangan kakak

😍😍😍




Sekian, cerita hari ini!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, December 25, 2019

Kem Rahmah #ZahrahAtSchool 2019

Assalamualaikum!
Selamat bercuti berehat semua.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2020. Dah nak habis cuti sekolah kan. Cepat betul masa berlalu skrg ni. Cuti sekolah oun tak rasa mcm cuti sekolah sbb tak dpt nak bercuti pun. Cuti dah habis, duit pun tak mengizinkan🤭🤭🤭.

Kakak pulak cuti sekolah ni still ke sekolah sebab ada program. Sekitar 4minggu #ZahrahAtSchool ada Kem Rahmah 2019 sebagai penutup P&P. 4 minggu cuti persekolahan digunakan sebagai tempoh pengukuhan beberapa subject iaitu math, english, arabic dan jawi. Tapi yalah, nama pun cuti sekolah kan. Kakak #ZahrahNurIman pun pandai minta ponteng lagi2 bila baru lepas tak kawan dgn kawan2 sekolah🤦🏽‍♀️.





Selain belajar, ada main2 dan aktiviti regangan jugak. Tapi itupun kalau xhujan baru dpt sukaneka. Baju jubah pun tetap bersenam kan kak! Asalkan cantik ke sekolah🤭🤭🤭.





Supposely 20/12/2019 is last day sekolah for 2019, tapi dia dh cuti awal sebab nk berholiday dgn family  pulak. So, kita say good bye dulu to School 2019 ya.

See u next year!

Pssst...lagi seminggu lebih dh nak 8thn kakak ni. Ibu ckp kalau x siapkan segala buku aktiviti dia tahun ni (maklumlah asyik ponteng kelas je, buku aktiviti pun byk lompong), hadiah birthday kena hold sampai siap ye!😜.

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, December 17, 2019

Zarin 2nd Time Warded - Influenza A

Assalamualaikum!

Hallu!!!

Im back with cerita dak Zarin lagi. Kali ni nak  #throwback baby #ZarinNurInsyirah demam dan warded bulan lepas pulak.

Ceritanyaaaaaa...

Lepas injection 1Y hujung October lepas memang dah "ready" in case baby demam, tapi Alhamdulillah, seminggu lepas inject memang sihat je budak kecik ni. Tapi awal bulan November lepas, dia start demam on-off. 5hari demam, on antibiotik, 5hari sihat. Lepas tu start demam yang tinggi temperature 38-39°C sampailah ayah ibu decided nak check hospital terus sbb mkn ubat tak kebah.

Sedih kan muka dak kecik ni. Sebenarnya dia lagi sedih kena duduk dlm carseat tu. Hari2 kalau duduk situ menangis beria🤦🏽‍♀️.

Ok, back to cerita demam.....

Selasa, 19/11/2019, since demam tak kebah dari isnin malam, so pagi tu terus ke AnNur Emergency. Doctor tak boleh nk check darah sbb mmg plan for warded tapi takde bed kosong. So doctor suruh cari hospital yang ada bilik kosong. Puas mencari, walk-in, call semua hospital e.g. AzZahrah, Andorra, KPJ, etc. Mostly dah penuh, kalau tak penuh pun, mahal sikit harganya. Sudahnya kami blk rumah dulu, packing baju pastu baru nak sambung cari hospital. Tapi syukurlah kami sempat booking AzZahrah and dpt call ada bilik kosong.

Kul 430 ptg kami sampai emergency, ambil darah, masuk air, maghrib dapat masuk bilik. 


Doktor sahkan +ve Influenza A.
Besides, ada darah putih yg melebihi paras normal jugak. Warded 2hari. 


 Lepas semalaman tu baby dah nampak sihatlah. Dah mula nk main. Dalam pada tgh main kat bilik, bila doctor nurses masuk terus jadi anak kangaroo🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.


Hari ketiga pagi2 nurse dah dtg nak amek darah tp kena hold sbb tgn bengkak. Tunggu nurse lain pulak dtg kena cucuk tangan sebelah pulak.


Khamis, 21/11/2019, baru discharged.
Tengahari tu doktor check bgtau dah boleh discharge sbb bacaan dah menunjukkan positif. Makin sihat.


Bacaan dah turun ke paras normal. Tapi still kena on antibiotik utk 4hari lagi dan kena kuarantin sepanjang tempoh tu. So berehat jela kat rumah.

Alhamdulillah.

Lepas seminggu tu mmg sihat dh mcm biasa, tp time nk follow up doctor, demam blk dia. Adoyai. Doctor pun pelik. Sebab patutnya kalau Influenza A, sekali kena, inshaaAllah, dalam masa setahun takkan kena lagi. So doctor spare kan antibiotik lain pulak, in case demam berlarutan sampai esok, kena makan antibiotik balik. So esoknya still demam, makanlah blk antibiotik.

Alhamdulillah.
Sekarang dah sihat semula.
Makan pun dah mula ada selera.
Hari2 ibu bekalkan sup bwk ke taska.

Syukur!
Moga anak2 ibu sihat3  selalu hendaknya.

Aamiiin.

Oh, btw, ini hospital ke-3 Zarin stayed lepas bersalin di Andorra, warded di Annur. Overall, kami puas hati lah duduk di sana. Kami ambil single room mcm biasa sbb nk mudahkan kami stay sama2. 

Bilik selesa
Toilet luas
Sofa dan kerusi disediakn
Telekung sejadah pun ada

Alhamdulillah.


Kami ambil Super Deluxe @ RM270 per night.
Semua 👍👍👍👍👍

Till then...

Daaaaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, December 15, 2019

Zarin 1st Birthday Celebration

Assalamualaikum semua!
Hai hai..im back!

Seperti yang dijanjikan, lets story mory cerita birthday celebration baby #ZarinNurInsyirah bulan 10 aritu.

27.10.2019.
Small celebration for #ZarinBirthday 1 year.


Deco pun dyi je beli barang2 kat shoppee.
Si kecik #ZarinNurInsyirah bukannya faham kan, so xyah ler celebrate beriya kan🤭.





Birthday cake tempah di Sg. Mas je daoat contact dari adik2. Alhamdulillah meet my expectation, at affordable price.



Barang2 unicorn pun beli birthday set je kat shopee.
Senang. Cepat. Murah.


Antara yang disponsor, kek cheese, kuih2, goodies bag and katering by urs truly sisters. Alhamdulillah, tak banyak tak sikit. InshaaAllah tak membazir.



Antara yang disedekahkan😍😍😍.




Budak birthday kuat meragam pulak time majlis, asyik nak berkepit je.
Asyik menggaru je badan tangan kepala dia🤦🏽‍♀️.


Nasib baik time bergambar ok!




Terima kasih yang berkerja keras meraikan.

Tokbah @ahsainwahit & Tokmak @hjh.ab
Aunties &a uncles.Maklong @azuraahsain paklong, pakngah makngah @salasiahsal, pokde mokde, aunty ayah cik @amalina8547, acu @ezzah.ahsain acu @ariffhasan 
Cousins @harikaysssss @m___wxn, @_zarithsufia dll.

😍😍😍

Daaaaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...