Thursday, November 15, 2018

Zahrah 2nd Time ~ Warded at Regency Specialist Hospital

Assalamualaikum semua!

I'm back! Long time no see ya?
Maafkanlah ibu ZNI yang tengah dalam pantang ni yer. Alhamdulillah, dah 3minggu menjalani kehidupan berpantang lepas deliver Baby #ZarinNurInsyirah on 23 Oct 2018 lepas.

3 minggu yang agak mencabar nampaknya. Itu yang tak sempat nak menulis ni. Dalam pada ibu ZNI ni dalam proses recovery, anak2 ibu pun silih ganti tak sihat..huhu..

2 minggu lepas baby Zarin kena rashes yang agak teruk sampai naik blisters kat certain area kat badan dia. Alhamdulillah lepas jumpa paed di KPJ Pasir Gudang, dapat cream and now dah takde blisters, but still ruam2 kat muka. Ruam susu I expected la. Plus, now kan kadang2 panas kadang sejuk, cuaca tak menentu, so tak kurang lagi ruam kat muka tu. Nanti ibu ZNI cerita lebih lanjut la yer pasal baby Zarin.

Last week, kakak #ZahrahNurIman pulak tak sihat sampai warded 2malam..huhu.. Suddenly malam Jumaat 8 Nov 2018 lepas, kakak Zahrah Tiba2 je shaky time nak tido. Mula2 ibu ingat dia just mcm terkejut2 je, tapi continuous pulak shaky tu. Ibu mmg risau and tak tau nk buat apa, peluk kakak, selimutkan dia and urut2 kaki tangan dia. Bagitau tokmak and tokbah, diorg pun tlg urut juga sambil baca. Kakak memang active mcm biasa je, gelak2 je walhal kita ni risau bagai nak rak, dia relax je..huhu..

Nak pergi klinik dah tutup sebab dah pukul 9mlm, Last2 tokbah jumpa imam kampung, minta kalau dia boleh tlg baca2kan doa sikit utk anak ibu Zahrah Nur Iman. 2 jam jugak lah kakak shaky mcm tu, last2 pukul 10mlm baru tido. Time tido memang dh stop those shaky movements. Lega sangat time tu. Masa mula2 kena tu mmg terbayang video budak yang terketar2 sebab tgk telefon lama sangat, tapi imam ckp mungkin sawan..huhu..

Esoknya, Jumaat 9 Nov 2018, kakak bangun macam biasa je, aktif macam biasa, Breakfast semua. Tapi around pukul 10.30pagi tu, kena balik shaky tu. Kali ni mmg risau dtg balik.. Terus tokbah and tokmak bawak pergi klinik. Ibu tak boleh nak bwk sebab kena naik motor kan, lagipun tgh berpantang. Bila jumpa doktor, memang suspect sawan tapi pelik sikit sebab dia xde demam semua. Doktor suruh pergi pakar hospital as soon as possible utk further checking. Since takde transport, minta tlg pakngah balik tlg bawak ke hospital. Nasib baik Johor cuti Jumaat kan.

Lepas Jumaat tu sampai KPJ Pasir Gudang lagi nak jumpa paedrition kat sana. Masalahnya, klinik tutup pulak, buka sampai pukul 12.30pm je kalau hari Jumaat. Last2 ke emergency. Bila doctor kat emergency tgk, still suspect sawan, but diorg pun confuse, kakak tak demam, still active, takde jatuh ke apa, eye rolling pun takde masa shaky tu kan. Tapi doctor sumbat ubat utk stookan shaky tu, terus stop shaky tu. Lagi kuat la doctor suspect sawan sebab ubat tu mmg utk sawan. Since kat KPJ Pasir Gudang tu xde specialist neuro, so doctor suggest terus ke HSI jumpa neuro surgeon kat sana. But ibu ZNI minta refer ke hospital pakar area Pasir Gudang je. Lepas survey (ayah ZNI tolong survey dari jauh) kat Regency Specialist Hospital ada pakar neuro, paed pun ramai. So, terus ke RSH je.

Sampai emergency RSH, terus kena refer pada neuro surgeon, Dr. Ashraf. Sebelum jumpa doktor tu, mmg kakak dah ok, kesan ubat kat KPJ tu rasanya. Luckily, ibu ada amek video, tunjukkan lah kat Dr. Ashraf. Tetiba, kakak shaky blk depan doctor. So, bolehlah doktor tgk live😌😌😌

Dr. Ashraf tak boleh nak confirmkan diagnose as sawan sebab tanda2 lain xde except those jerky movement. But, still tulis fittings but for further checking, kena amek darah and buat ct scan. Maka, bermalamlah di hospital.

Maghrib tu ayah ZNI balik Johor semula, walaupun plan asal nak balik this week je. Well, kat RSH ni macam tak ramai org, yela, sebab specialist hospital kan. Tapi nak tunggu bilik tu ya ampun lambatnya lah. Sejam setengah jugaklah baru dpt masuk bilik, around pukul 630 ptg tu. Ibu ZNI ni dah tak macam dlm pantang dah, Jalan sana sini nak uruskan admission. Tapi nasib baik nurse Dr. Ashraf tolong uruskan utk dapatkan GL. 

Masuk bilik around 630 ptg tu, lepas settle kan baby Zarin salin baju semua, nurse dtg check kakak. Tetiba kakak punya suhu naik pulak, 37.7°C rasanya sebab dia tak reti duduk diam berlari kat lobi RSH tu sementara tunggu urusan admission. Lepas dah check semua, nurse bagitau kena amek darah and buat ct scan malam tu jugak, so that doctor boleh view result by esok harinya. Bila dengar kena amek darah and cucuk for drip, maka melalak lah si kakak. Nak amek BP pun dia ingat dh nak kena cucuk 🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️

30 min kemudian, kena panggil utk amek darah. Nak dgn ibu jugak, since ayah belum sampai time tu. Timbang berat, 15kg je anak ibu ni..huhu.. Lepas timbang, amek darah dan kena cucuk utk drip. Sepanjang masa menangis dlm treatment room tu. Nasib baiklah nurse tu pandai layan dia, Last2 borak2 je dia sambil kena cucuk. Tapi, punya lah susah nak dpt kan darah anak ibu ni, dah cucuk sebelah tgn, dpt sikit je darah, pastu x keluar. Cucuk tgn sebelah pulak, kat jari je. Lama lah pulak nak keluarkan darah dari jari sebab kena picit2 kan. Selesai je amek darah, ayah ZNI pun sampai. Alhamdulillah. 

Sadly, nurse kata kena amek darah balik sebab darah yg amek Mula2 tu xleh nak baca result sebab terdedah lama sementara tunggu picit2 jari tu kan. Drama lagi. Amek kat tangan sebelah lagi pulak. Time tu tokbah tokmak and keluarga pakngah dah balik dah. Sian diorg penat menunggu. Lepas ayah ZNI sampai baru diorg balik sebab xnak biarkan ibu ZNI sorg2. Thank u semua!

Lepas amek darah, dlm Isyak mcm tu, nurse panggil utk ct scan pulak. Ayah ZNI yang bawak, ibu tak larat dah. Jaga baby je kat bilik. Zahrah dh nangis2 takut kena buat scan dlm bilik gelap. Rupanya ayah kata tak gelap pun, so kakak tak nangis pun. Good job kakak! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Malam tu jugak, ada paedrition datang ward. Rupanya based on result darah, Dr. Ashraf found that Potassium sgt kurang dlm badan kakak. Tu yang doktor minta Dr. Francis pulak check Kakak. Dr. Francis kata, setakat ni mmg diorg suspect shaky tu sebab very low Potassium dlm badan. Bila tgk berat kakak pun, mmg dia underweight. Doktor expect result ct scan akan normal je, nothing serious. So Malam tu jugak kena drip Potassium (tak pastilah details yg di drip tu) tapi most likely utk naikkan kandungan Potassium dlm badan. 

Alhamdulillah, esoknya, Sabtu, 10 No 2018, Dr. Ashraf datang bagitau result ct scan ok. So, confirmed bukan sawan. Pagi tu jugak kena amek darah lagi sebab nak tgk result lepas drip. Alhamdulillah, Potassium level dah naik, shaky pun mmg xde since last shaky time jumpa Dr. Ashraf tu. Dr. Francis bagitau Zahrah kurang Potassium maybe due tu pemakanan yg tak seimbang. Bila bgtau doktor yg Zahrah mmg cerewet bab mkn, so, logik lah dia underweight. Yela, mkn nasi dgn kuah je, ayam ikan kadang2 je makan, sayur and buah mmg dia tak nak. Muntah tgk buah dgn sayurπŸ™„πŸ™„πŸ™„

Tapi doktor minta stay semalam lagi utk monitor lagi sebab doktor nak stop kn drip Potassium tu dulu, nak tgk ada effect tak. Kalau lepas stop, xde shaky lagi, baru boleh discharge. So bermalamlah semalaman lagi kat RSH.

Alhamdulillah keesokannya, Ahad 11 Nov 2018, lepas amek darah lagi, doktor bagi discharge since everything goes well. Kakak dah ok. Dia pun sibuk nak keluar, bosan katanya.

Before discharge, Doktor panggil dietition utk advise pemakanan kakak. Masam je muka kakak bila dietition bagitau kena makan buah dgn sayur, sikit pun takpe. And ibu pun dinasihatkan pelbagaikan cara masak n makan sayur n buah tu, perhaps buat sup, juice or etc. Sayur hijau boleh kiv dulu, stop dgn Color lain cth carrot kan. Nampaknya, lepas berpantang ni ibu kena workout la cari resepi utk kakak Zahrah. Oh ya, doctor suggest susu Pedisure jugak utk kakak and also vitamins utk add on. Kalau ikutkan sample yg dpt and kakak minum, bolehlah start minum susu balik lepas ni yer kakak.

Alhamdulillah, skrg dah ok dah kakak. This in 2nd time kakak warded, before this warded di Assunta Hospital due to vomiting (dehydrated) masa kakak umur 2 tahun. Tahun ni ibu and kakak dua2 pernah warded..huhu.. Ibu ZNI sempat buat short video sikit utk kenangan. Walaupun kenangan pahit, tapi anggaplah ia sebagai dugaan dan penghapus dosa kecil kami.


Well, in overall, what can I say on Regency Specialist Hospital:

Single Room - bilik agak besar dibandingkan dgn Andorra and SDMC but takde sofa bed mcm hospital lain if single room. Kalau nak add on kerusi malas ada disediakan at Rate of RM16 per night. Tapi tak selesa utk tido situ but kami tido jugak kat kerusi tu. 1st night, ibu ZNI tido kat kerusi malas tu sbb kakak Zahrah conquer katil so xdpt la ibu nak menyelit. Since Toto xde, ayah ZNI tido atas lantai je.. Kesian kan (nasib baik lemak banyak) 🀭🀭🀭. Malam kedua ibu dpt menyelit tepi katil, so ayah pulak tido kat kerusi malas, sampai berselimut tetiba kan sebab sejuk katanya besi kat kerusi tu..haha..tak pernah2 ayah ZNI pakai selimut. Overall, kami puas hati dgn bilik single yang kami dpt, cuma nya kalau nak tidur situ, patients dinasihatkan bawaklah toto sendiri yer. Mmg luas bilik tu kalau nak letak toto.

Admission and Billing Processes - Since Kami pakai GL PM Care, so urusan admission dan billing dibuat di bahagia Corporate Service. Macam iols cakap, admission quite lambat dlm Sejam setengah menunggu nak dpt kn bilik. Katanya bilik penuh tapi most of patients tgh uruskan for discharge. Lepas sejam menunggu tu iols dh x sabar kan sebab menunggu sgt terseksa kan, bila tanya kat kaunter, GL dah ready cuma bilik tak ready. When I said bagi je bilik ape yg kosong, nnt transfer ke single room bila dh available, baru diorg work on it. Baru nak check and buat round mana bilik kosong. Lastly, pukul 630 ptg baru dpt bilik. Terus single room. Tapi sementara dulu sebab nak kena pindah bilik yg dekat dgn nurse katanya. Masa nak discharge pulak, doctors round dlm pukul 9pagi and confirmed dah beh discharge. Around pukul 1ptg baru nurse bagitau boleh proceed dgn payment and amek ubat. Dekat Setengah jam kat kaunter still tak settle lagi, and minta dtg balik kemudian utk refund balik deposit RM500 tu sebab actual cost covered by PM Care belum dpt lagi. So, kami decide balik dulu la, tak larat nak tunggu. Lagipun ayah ZNI nak terus balik KL petang tu, so makin lambat nnt lambat pulak nak blk KL. So, overall I think they need to improve their service, bagi cepatkan sikit lah process tu..huhu..

Facilities - I believed hospital ni tak ramai sgt patients sebab specialist hospital kan. Knowing specialist, rate agak mahal (I still don't know how much our cost there sebab details bill belum dpt). But, I quite concern on the facilities. First, Cafe buka sampai pukul 530 ptg je, so kalau nak makan malam2 tu Pandai2 lah cari kat luar hospital yer. Gloria Coffee pun buka sampai pukul 930 mlm je, itu pun tak banyak choice. Second, takde kedai runcit kat hospital. Nak beli barang kena pergi lah 7e kat shops lots dekat2 dgn hospital. Parking banyak kosong, RM2 per day if not mistaken. So, parking ok! Emergency area mmg x ramai org, lepas daftar, terus dpt jumpa doctor. Maybe sebab our case ni rare, so boleh direct jumpa neuro specialist tu. So, mmg kejap jela kat emergency compared to SDMC aritu, berjam2 tunggu nk jumpa doctor.

Doctors and nurses - Alhamdulillah kami berurusan dengan doktor2 yang sgt friendly. Both Dr. Ashraf and Dr. Francis sgt membantu, explain and answered our questions accordingly. Nurses pun friendly cuma time nak buka drip kat tgn Zahrah tu, nampak nurse agak "kasar" sikit time buka tu, nampak muka Zahrah kelat tahan sakit. Siap claim kat ibu, "kenapa nurse tu buka sakit, ibu ckp nurse buka slow2"😁😁😁

Others - Makanan standard hospital la. Since most of mknn yg diberi soup, so bolehlah buat mknn ibu berpantang sekali. Zahrah pun makan x abes, so ibu tukang habiskan lah. Sepanjang siang mmg saya bertudung je dlm bilik tu sebab housekeeping hospital lelaki, so takut diorg masuk xsempat nak pakai tudung kan. So memang kena pakai tudung lah. Lainlah kalau kat Andorra kan..hihi..

In total, cost kat RSH ni I believe that the cost 2x ganda time ibu ZNI warded di SDMC lepas raya aritu. Maklumlah, warded weekend kan (Jumaat - Ahad) plus ada buat ct scan and amek darah sampai 4x..ditambah dgn Specialist..hopefully fully covered by PM Care (by my beloved TM of course). Kalau tak, kena bayar sendirilah..huhu..

Akhir kalam, saya mohon kalian semua mendoakan kami sekeluarga dalam keadaan sihat walafiat dan dijauhkan daripada kesakitan.. Aminnn, InshaaAllah 😍😍😍

Till we meet again in next entry Ya..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...