Sunday, August 26, 2018

Salam Aidiladha 1439H

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Ops, dah tak boleh guna term tu ke?
Sori2๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Well, kita tukar Salam Weekend la yer..

Sebelum menjejakkan kaki ke office esok, sudilah kiranya menerima ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga..


Hari ni dah 14 Zulhijjah 1439H, selesai sudah Hari Tasyrik semalam. Semoga para jemaah Haji semua dikurniakan Haji Mabrur. Dan semoga Allah izinkan kami sekeluarga menjadi jemaah Haji di masa akan datang..inshร aAllah..

Cerita Aidiladha kali ni, beraya di Selangor, raya ke-2 baru balik Johor. Alang2 balik Johor ambik cuti panjang sekali. Last balik bulan Jun hari tu, lepas 2bulan baru balik so bagi lah lama sikit kan. Next inshaaAllah lagi 2bulan balik dah berempat, inshร aAllah๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Alhamdulillah dapat sembahyang raya kali ni, first time solat di Masjid UPM. Sempat juga ibu #ZahrahNurIman masak judah raya simple2 buat breakfast. Janji kenyang...


Selesai solat raya, terus balik kampung (20min perjalanan)..hihi.. So, selfie2 kat kampung, pastu layan Asian Games pulak.


Begitulah cerita raya kami. Raya sederhana la katakan..

Semoga kita berjumpa di hari raya yang akan datang..inshaaAllah..

Daa..

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, August 19, 2018

1st Visit to Legoland

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berkesempatan juga nak menulis malam ni sebelum beradu. Mata dah mengantuk, tapi kita gagahkan juga la kejap ni, buat simple entry jela.

Dah lama betul #ZahrahNurIman request nak pergi Legoland tapi baru tahun ni dapat ditunaikan. Tengok tiket mahal2 memang buat tak tahu jela bila dak kecik tu cakap nak ke Legoland. Tapi bila fikirkan ada cuti panjang, takde plan nak ke mana, so gagahkan jugak la beli tiket online๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Since tiket agak mahal (memang mahal pun!) so terpaksa lah beli yang Annual Pass sebabnya boleh masuk banyak kali, dan in case ada bahagian yang tak buka time masuk kan..

So, bulan 4 hari tu dapat jugak lah #ZahrahMasukLegoland akhirnya. Beli tiket online, masuk time #Cuti1TM so takde lah ramai org sbb bukan cuti sekolah kan. Beso sgt Legoland ni bila tgk map, so utk lebih afdhal kita mulakan dibahagian kanan dululah๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ


Kami sampai dalam pukul 1pm, makan dulu sebelum masuk, sebab tau Zahrah memang tak ingat makan kalau dah dapat main. Dalam masa 2jam, sempat masuk 4 tempat je..

..Driving School๐Ÿš˜..

Ada 2 jenis school, satu utk budak2 bawah 6tahun, dan satu lagi 6-13 tahun. So Zahrah masuk "sekolah tinggi" la kan..haha. Mula2 memang terkial-kial dia nak drive, tapi lama2 siap merempit..nasib baik dapat jugak "lesen"
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Btw, kat situ ada shop tau, so pandai2lah manage anak2 utk tidak membeli belah yer, bukan setakat anak, mak bapak pun kena tahan nafsu dari nak shopping ya (ibu Zahrah tggu luar kedai, biar ayah Zahrah yang "manage" Zahrah..hihi)

..Boating School๐Ÿ›ฅ..

Jalan setapak dua dari driving school, ada boating school. Singgah la belajar naik boat pulak. Macam biasa, ibu Zahrah memang duduk tepi je, ayah jela layan bawak boat. Ibu fobia air tau..haha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Penat jalan singgah restoran beli mknn dan minuman ringan dulu. Lepas 15minit berehat, baru sambung explore Legoland.

..Legoland Express๐Ÿš‰..

Nyaris tak kena tinggal keretapi, sempat la naik trip yang dah nak gerak, kalau tidak kena tunggu lagi. Daripada lenguh kaki berjalan pusing2 legoland, baik naik train kan..kan..kan..

Then, singgah kejap Rescue Academy, tapi ada bomba je, so belajar mcm mane nak padamkan api konon2 kan. Gigih ayah Zahrah "bawak lori bomba" berpoluh-poluh..haha..

..Airport City๐Ÿš..

Ni pun kecik je kawasan yang kami masuk, just main plane dia 2round lepas tu keluar balik..boring je kan..haha..

Lepas tu singgah NinjaGo tapi anakku ini penakut, masuk tempat gelap sikit je dah taknak, sudahnya keluar baliik๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Ibu sungguh kepenatan dan ketidaksanggupan untuk sambung jalan2 dalam Legoland tu lagi. Dua jam pun dah pancit. So memang perfect choice la amek Annual Pass tu.

Uols enjoy tengok video jela yer.. Nak upload gambo byk2 pun malas..ngantuk sudah..


Nnt kita masuk lagi yer Zahrah!
Tunggu ibu dah fit balik, bawak baby adik sekali nnt ya๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Till next entry ya all!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, August 10, 2018

10 Years back...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat!

Alhamdulillah, today is 10 August 2018 and it marks my 10y10d with my current employer.


I've started my journey since 2008 after 17 years bergelumang dengan buku..chewahhh. Finished my student journey in Mar'08 if not mistaken, then take a short break at home with parents. Maklumlah org belajar duduk asrama dari Form 1 dah berjauhan dengan famili (walaupun asrama sejauh 30minit perjalanan je..kahkah). So decided duduk rumah je lepas habis belajar, itupun sebulan je sebab in Apr'08 I was called for GSTT replacing one of teacher who was in maternity leave. 

My 1st ambition actually to be a teacher. Back then, Allah makbulkan. Alhamdulillah. Dapat peluang merasa jadi cikgu dan sambut Hari Guru sebagai Cikgu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lepas 3 bulan berkhidmat sebagai Cikgu, I was then been called by YTM to continue my service in TM. Been sponsored by TM since my 2nd semester in IIUM, hence my responsibility to repay back to the company. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat kerja kan. Syukur dipermudahkan urusan walaupun pada awalnya risau jugak sebab kawan2 UIA lain dah dipanggil sebulan awal..namaku tertinggal katanya (sama pulak kes 1996 bila nama tertinggal time pengumuman UPSR๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ)

In July'08, I started the journey in TM at TMTC Taiping, Perak. Training for fresh graduates, almost 3 weeks jugak kalau tak silap before started with On Job Training. 

In TMTC, we have been introduced with what we are going to face once we "enter" the real life in TM. What i remembered most is on the introductory of "procurement" into my life. Frankly speaking, i have no idea at all that time apa itu procurement. Selepas meng-googled baru tau "oh perolehan" then soalan seterusnya, ape pulak tu perolehan? Ah, sudah! Malas nak fikir panjang, terus decided, nothing related to me! Lantak pi lah.

Well, konon2 belajar engineering nak jadi engineer la kan..poyo semuanya tu. Siap dah berangan nanti nak masuk bahagian communication/transmission la kan. Masa OJT pun I was trained to be in exchange which handled transmission part. So lagi bersemangat la konon2 nak jadi engineer๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Cerita bab OJT, each of us kena try at few units and i remembered that i was called to be in TM Jalan Bellamy and TMPoint Menara TM. Turun naik lrt nak ke exchange, lalu jalan belakang sekolah, sebab itu sahaja transport yang i mampu. But, during that time jugak, it was my 1st ever reached Genting Highland..melawat exchange katanya..sepanjang duduk UIA Gombak yang bersebelahan GH tu pun tak pernah naik, dah start kerja baru kerasa..hihi..

Syukur...

Nak dijadikan cerita, akhirnya dapat surat posting after beria interview kan. And the best part I've to report duty at Procurement Unit. Frust jugaklah mula2 tu sebab unexpected sangat. I was like apa motif letak budak engin kat tempat "jual-beli" kan. Tapi redha jela kalau dah rezeki memang disitu. Plus, in the letter we have to report to a boss with name "Haji" so bagi melegakan hati..terus fikir "ok lah dapat bos baik2 ni"๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

In Aug'08 bermulalah perjalanan di bahagian procurement. Till now, it is more than 10 years now. Alhamdulillah, masih bertahan walaupun banyak kali jugak buka jobstreet mahupun tmcareer. Bila mana "taufan" datang je, mesti semangat buka job vacancies. Sudahnya sampai sekarang masih disini..haha..

In procurement, i've learned so many things and knowledge and experiences from my superb superiors. Until now, i have worked with 8 bosses..most of them are man. After almost 5 years working, I was promoted by my supermom boss. Thank u Puan and Cik for your trust. It was my aim to be a manager before i'm 30, and Alhamdulillah dimakbulkan. Now after almost 5 years in this possition, saya masih tiada cita2 untuk dinaikkan pangkat lagi. Masih sedar diri dan sedar kemampuan yang masih belum capai tahapnya. Still learning especially in Stress Management. Maybe I should aim before 40s kot.. Berangan free je kan๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Sepanjang 10 tahun perjalanan ni, macam2 dah dilalui walaupun tak setanding other seniors' experience sebab my experience only in procurement. But in overall, i can so many type and perangai manusia berkerja..

Yang kerjanya sekadar pergi pagi balik petang..

Yang kerjanya ibarat "perempuan lindungan kaabah"

Yang kerjanya janji siap..lantak lah org lain..

Yang kerjanya kerja kau kerja kau, kerja aku kerja kau..

Yang kerjanya sangat excellent pun ada..

I believed kat mana2 pun ada jenis2 orang macam ni, cuma macam mana kita nak handle diorg ni la yang kita kena belajar. I didnt say that I am perfect but as much as possible, I want to be an excellent staff. Even not in the eyes of the bosses, its ok. As long as I'm excellent in the eyes of Allah.

InshaaAllah..

Semoga saya lebih tabah dan cekal dalam menempuh alam pekerjaan di masa2 akan datang. Dan semoga Allah berikan keikhlasan dalam hati ini terus berkerja seikhlas hati, sehabis baik dan sepenuh jiwa.

#SayangiTM
#IncreaseHappinessProductivity

Ok la, sekian bebelan panjang malam ni.
Happy weekend semua!

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, August 5, 2018

Cuti2 Perak 2018

Assalamualaikum & Selamat Malam!

Sebelum weekend melabuhkan tirai, moh ler kita #throwback sikit Jalan2 kat Perak last week.

Rasanya tu last jalan2 before ibu #ZahrahNurIman ni bersalin kot. Tak larat dah rasa badan ni..haha..nasib baik ayah ada melayan #ZahrahVisitPerak kali ni. Ibu banyak duduk je puj..kihkih..

Last year pergi Perak, melawat MAPS, tapi kali ni ke Bukit Merah Laketown pulak. Ingatkan pergi bukan cuti sekolah takde orang, tapi ada jugak orang, cuma tak ramai la. Dapat la nak lepak2 lama2 sikit. Sampai dalam pukul 1.00 pm, pukul 5pm baru balik. Solat jamak makan semua dalam tu je, before turun balik ke Bandar Taiping.

Kami check-in Novotel Taiping around 6pm jugaklah. Masuk bilik siap2 lepas Maghrib keluar makan. Pusing2 dalam Taiping Mall tu tak banyak tempat makan so keluar sikit naik kereta ke tempat makan viral i.e. Doli Kuey Teow. Kalau rajin jalan kaki, boleh je. Dekat2 mall tu pun ada macam tempat makan byk2 tapi kami tak singgah lah sebab dah kenyang.

Nampak org jual Durian Kuala Kurau, ingatkan nak singgah esok paginya, tapi xde rezeki. Buka malam je kot..huhu..

Esok paginya, kami jalan2 cari makan kat Roti Bakar Fadzil House pulak. Lumayan makan kat situ and sedap jugak. Sampai mengah perut dibuatnya..haha..

Novotel Taiping ni not bad la.
✔️ Parking senang
✔️ Tengah bandar
✔️ Bilik besar
✔️ Pool besar
✔️ Semuanya ok..

Makanan kami tak boleh nak review sebab tak makan bfast dia.

So, enjoy the view!๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


Sambungan..Cuti2 Perak 2018..

Day 2 di Perak, masa untuk ke wedding officemate..nun di Tapah. Tunggu dua beranak tu siap swimming, pukul 11 lebih jugak baru gerak dan teruskan misi #ZahrahVisitPerak last week.

Around pukul 1 kot lebih kuranglah baru sampai Tapah. Time tu ibu #ZahrahNurIman tengah weng sikit, maybe sebab makan bfast over sikit kot hari tu. Sampai time pengantin baru nak bersanding, so ramai sikitlah orang. Tunggu sekejap baru dapat makan๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Settle makan, ambil gambar dgn officemate dan pengantin, terus bergerak ke next destination...

Felda Residence Hot Springs, Sungkai

Kali ke-2 datang sini, before this 4tahun lepas rasanya, sambut tahun baru. Sampai ahad tu ramai jugak orang kat kolam, mandi sekejap je dalam sejam sebab hari nak hujan.

Breakfast kat resort je senang..pagi tu hujan turun lagi tapi tak lebat. Time bfast dah berhenti hujan..



Lepas bfast terus sambung misi mandi air panas dan sejuk. Ibarat kolam tu kami yang punya. Siap tunggu pool besar bukak pukul 10am and masuk sebagai 1st visitor, sempat jugak merebus telur kat kolam air panas ty๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Around kul 11 am jugaklah baru settle kat kolam. Siap2 untuk check-out.

Lepas check-out misi #JJCM pulak..

Nasi Bamboo Sg. Klah

Orang tak ramai lagi sebab baru masuk lunch hour kan. Byk pilihan makanan, tapi kami ambil lauk2 bakar je, sekali dgn nasi bamboo dan nasi panggang. Kenyang sangat mak aih, sebab semua sedap๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Otw balik, singgah cari durian, tapi tapau jela sbb xlarat nak makan dah. Dapatlah durian kampung RM6/1kg beli 3 biji dalam 3-4kg jugak lah. Sampai KL makan separuh, buat serawa durian separuh.

Alhamdulillah.

Tengok jela video ni yer..


Sekian cerita jalan2 minggu lepas.
Next nak cerita jalan2 ke mana pula yer? Tunggu!!!

Ok then, till next entry.

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Saturday, August 4, 2018

#throwback #6thAnniversaryTrip2Perth

Assalamualaikum dan Happy Weekend! 

Pagi2 sementara tunggu basuh baju ni, rasa macam nak #throwback kisah #6thAnniversaryTrip2Perth #ZahrahGoToPerth pulak lah. Sebab tak pernah cerita lagi kan before this? Maklumlah tahun lepas memang blog ni "terkubur" sekejap, busy katanya ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Kisah tahun lepas first time #ZahrahGoToPerth, 2nd time ke oversea katanya lepas first time kerjakan Umrah.

Album pun dah siap! Terlebih rajin kan. So, buka2 balik album, jumpalah album yang dah siap buat tahun lepas. So kita sneak peak jela dulu ya ke Mane kita tahun lepas sambut anniversary.. 


Seronoklah #ZahrahNurIman dapat jalan2 (cuti sekolah seminggu). Tahun depan dah start Darjah 1, dah susah nak cuti bulan time Cuti Sekolah ya.. Hahha.. ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Nampak macam best kan? 
Mestilah best pergi melawat negara orang. Tapi bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, hujan batu jugak yang kita cari. Cukuplah rasanya 6H5M kat sana..hihi..

Well, kat sana off course currency lagi tinggi dari kita kat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ kan. Overall cost nanti ibu ZNI cerita ya, sekarang kita bagi cost kami utk transportation and accommodation je dulu. 

*Perth Trip 8-13 March 2017*

Transportation
✔️ AirAsia Flight Return Trip ~ RM2100.00
✔️ Aries Rental Car (incl. gps, carseat, insurance) ~ RM870 (AUD255)
✔️ AXA Insurance ~ RM98

Tiket tu dalam RM700 seorang return trip la. U can have lower price actually, tapi kena pandai cari la. Kami beli tiket pun less than a year before. So Xdelah dpt yg murah sgt. Perjalanan KLIA ke Perth Airport lebih kurang 5jam la. Nak tidur pun boleh dalam kapal๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kami memang plan nak drive sendiri so sewa kereta dari one of rental car kat sana la. Owner dia Malaysian actually, tapi dah lama duduk ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บ. Merasa la naik kereta mahal..kihkih..

Untuk Visa dan Insurance, kami gunakan khidmat agen sah yang kami jumpa kat FB Tips Cuti2 Perth. Banyak info kat situ yang dikongsi mereka2 yang pernah dan duduk di Perth. So, iols extract sikit info pasal Visa/Insurans dari FB tu, if uols nak tahu lebih lanjut, try cari Mr Visa ya..

1) Validity?
Visa Aussie valid 1 year from tarikh visa approved ataupun tarikh expiry date passport, yang mana paling awal.

2) Expiry (Maximum Stay)?
Visa Aussie akan expires 3 months upon depart. If departure date 1 Jul 2016, 30 Sep 2016 baru expire.

3) Apa beza Visa Aussie dengan visa lain?
Visa Aussie also known as ETA. Electronic Travel Authorization. Visa Aussie nie can easily apply dekat agent.

4) Visa nie kertas macam nie je?
Yup. Kertas tu adalah physical visa for your reference. Sebenarnya, semua details yang dalam paper tu dah ada dalam system yang agent dah masukkan.

5) Bin / Binti takde?
Betul. Bin, binti, haji and beberapa nama lagi memang takkan ada. Why? Ini memang apa yang Aussie immigration system tetapkan.

6) Lamanya kena tunggu sampai 12 hours?
Well please take this positively. Aussie immigration akan tapis nama yang ada nama Islam. Abu, Ibnu, Muhammad, Noor, Hayati, Aisyah etc. We know why kan?

7) Boleh ke buat Visa awal? 
Boleh.

8) Bila paling lambat buat Visa?
Bagi personal POV, paling lambat seminggu.

9) Everytime nak masuk Aussie kena buat visa ke?
Tak, sebab Visa Aussie multiple entry.

10) Nak buat Visa, passport kena lebih dari 6 months ke?
Betul. Sama macam travel purpose, kena 6 bulan before travel.

Accommodation
✔️ 080317 @ Discovery Parks Hotel ~ RM314


✔️ 090317 @ Mandurah Foreshore Motel ~ RM362


✔️ 100317 @ Quaint 2 Bed Unit Como ~ RM491


✔️ 110317 @ Cervantes Pinnacles Motel ~ RM494


✔️ 120317 @ Holiday Inn Perth City ~ RM480


Average penginapan kat sana RM300 ke atas la. Penat jugak lah sebab setiap hari tukar bilik/hotel/rumah. Tapi sebab nak singgah byk tempat, masa pun limited, so layan kan jela penat tu.

Among others, the best place yang kami tumpang tidur is at Perth City i.e. kat Quaint 2-bed Unit Como. Single storey house dengan 2bilik tidur, cantik rumah ni, lengkap dengan pool, mesin basuh, TV, peti ais dll. Sempat la kami basuh baju kejap walaupun semalaman je kat situ. Kisah kelakarnya, Mula2 sampai tu memang owner dah tinggalkan kunci, tapi tetiba anjing jiran sebelah menjenguk pulak, so memang iols lari masuk kereta balik lah. Nasib baik bila husband halau dia lari terus๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Jom kita view sikit interior rumah ni.. 





Cantik kan? Pool ada kat hujung sekali belah belakang, tapi mak aih Sojuk airnya. So mandi pun kejap je.. Excited je lebih nmpk pool dalam rumah. 

Kami book kat Airbnb je ni. So uols check it out la sendiri ya๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Rasa macam dah panjang pulak bercerita kan. Ok lah, nanti kita sambung balik ya.

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, August 3, 2018

Rezeki Allah..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. Masa dan Ketikanya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Apa khabar semua! Ibu Zahrah sihat2 je Alhamdulillah. Makin berkembang nampaknya..hihi..well, perkembangan ni dimaafkan tau sebabnya...

Kenapa?
Sebab ibu ZNI tengah pregnant!

Alhamdulillah..syukur๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Almost 7 months already..and less than 90days to go to our EDD on 22 Oct 2018..inshaaAllah..

Doakan semoga perjalanan pregnancy kali ni dipermudahkan dan selamat yer..


Lilypie Pregnancy tickers


Alhamdulillah..

Dia Yang Maha Mengetahui bila masa terbaik untuk kami terima rezeki anak. Setelah 6 tahun menunggu dan setelah 2x rezeki pregnant tidak panjang, syukur sangat2 Allah izinkan ibu ZNI untuk pregnant kali ke-4. Alhamdulillah.

Cuma diawalnya ada bleeding sikit but only for 2-3days and before i checked the UPT. After 19 weeks, doktor kat klinik syorkan jumpa specialist awal sebab ada history 2x miscarriage. Need specialist utk monitor pregnancy and buat detail scan.

Alhamdulillah jugak..
Andorra Women and Child Hospital dah ambil GL PMCARE so boleh la cuba hospital baru kan pregnancy kali ni..
๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Week-22 baru buat detail scan.

Alhamdulillah..

Everything is good. Wan Dayang aka ZNI Junior in good condition. Gender pun dah tau, tapi biar surprise tunggu lahir la yer. Detail scan kat Andorra sekali dengan 3D charged dalm RM200 plus, dapat gambar 1 and CD. Bayar sendiri jela kan sebab pergi specialist ni pun payahnya la hai nak dapatkan GL sebab belum 28 weeks. So malas nak refer PMCare kita bayar jela sikit. Yang lain2 dah cover pun syukur sangatlah๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Asalnya plan nak jumpa Dr. Kamsiah tapi sampai dah 3x appointment ni masih belum ada rezeki nak checkup dengan Dr. Kamsiah, dapat jumpa doktor ganti dia je i.e. Dr. Haliza. Specialist jugak cuma bukan official gynae at Andorra la. Shes quite good, and friendly. Kita tanya macam2 pun dia layan je..hihi..


At Week-26 kena minum air gula, i was like rasa macam pernah minum time Zahrah, tapi bila dapat secawan air gula tu rasa xpernah minum pulak..hehe.. Ok je minum mula2 tu sebab bayangkan pekat air gula tu, rupanya tak. Cuma bila byk sangat tu yang tekak macam xkena je kan. Tapi, alhamdulillah tak muntah dan result pun ok walaupun time tu sibuk melantak jamuan raya kan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Bila dah lebih 7thn dari pregnant Zahrah dulu, rasa macam everything kena start baru kan. List barang2 ibu dan anak pun kena check balik. Tak tahu lah apa barang yang boleh guna semula, kena check balik juga. InshaaAllah akan dibuat dalam masa terdekat ni. Sediakan jela fulus mane yang kena beli balik kan. InshaaAllah rezeki anak2 ni kat ceruk mane pun Allah akan tolong.

InshaaAllah ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, August 2, 2018

Last Day at Gili Trawangan and Lombok

Assalamualaikum. 
Hebat kan 3hari berturut buat post๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ni janji last entry pasal Lombok ni. Ibu Zahrah pun dah tak larat nak cerita.. So, kita throwback sikit lagi yer. 

It's time to go back to ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ after 4d3n of #ZahrahVisitLombok ni. Should be my last post for #7thAnniversaryLombok2018 ๐Ÿ˜Š

Kami bukan peminat water activities sgt, just peminat menikmati keindahan alam (dan ambil gambar). Pergi pulau mana2 pun setakat ni kami ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง memang xpernah pun snorkeling. Main tepi2 laut je. Maklumlah ibu #ZahrahNurIman ni trauma air sikit๐Ÿ™„

1st day kat Gili tu hujan petang, so sekali lagi xdpt nak tgk sunset. Lepas asar tu even nmpk mendung sikit, kami amek 1 Cidomo utk Pusing2 ๐Ÿ. Since xdpt nak tgk ๐ŸŒ‡ and main kat buaian viral Ombak Sunset tu, so singgah dinner je kat one of the resorts kat sana. Dekat 20min jugak naik Cidomo baru sampai, jenuh menahan sakit terhentak dlm Cidomo. Lepas makan pun masih ☔ lagi, so plan nak ke pasar tepi pantai pun terpaksa cancel. Kepala pun dah weng sbb kena hujan. Sampai bilik, solat, ๐Ÿ˜ด! (boring kannnn ๐Ÿคฃ)

Esoknya bangun dgn harapan dpt tgk sunrise. Alhamdulillah. Tengok ๐ŸŒ… dalam kul 640am. Such a beautiful view w/pun matahari dah naik tinggi sikit. Settle tgk ☀ terus bfast. Lepas bfast, zahrah nak naik basikal, so ayah dia layankan jela. Ibu x sanggup nak ๐Ÿšด‍♂️ so duduk bilik kemas2 utk checkout. 15min ride ke Ombak Sunset tu, sejam lepas tu baru dua beranak balik dari naik buaian viral. Ibu jugak xdpt pergi situ. Nasiblah, siapa suruh malas kan ๐Ÿ˜

Lepas tu terus siap2 utk checkout sbb janji dgn boat pukul 11am mcm tu. Tapi boat sampai lewat sikit, so kami singgah lunch dulu. Kul1130 baru boat sampai. Hari pun nmpk dh start mendung. Rasa mcm nak pecutkan ๐Ÿ›ฅ tu cepat2 sampai darat๐Ÿ˜”

Sampai darat, Adi n Caweng bawak ke Sasaku Gift ๐Ÿช, one stop centre utk beli souvenirs Lombok. Senang, sekali jalan beli semua souvenirs yg nak. Mostly ada situ, yang xde budget yg cukup je. Lepas shopping situ, kami dibawa ke Amelia Rumpai Laut ๐Ÿช utk beli kepek2 pulak. Byk kepek yg sedap, so byk jugaklah kami beli. Siap ๐Ÿ“ฆ siap2 utk masuk kargo. Then, diorg nak bwk tmpt kain Tenun pulak, tapi disebabkan ๐Ÿ’ต dah abes, so terus cancel ๐Ÿ›’ , pergi makan sebelum ke airport.

Oh ya, before departure, kami singgah makan dulu di Warung Sate Rumbiga. Lumayan dan sedap sungguh. Sate kat sana mmg xde kuah kacang mcm kita, tapi sate dah siap diperap dgn kuah yang sedap (dan sangat pedas). Balik ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ rindu sate ni lagi, so minta kawan yang baik hati tapau kan time dia ke Lombok. So dapatlah lepas ngidam.. Kihkih.. 

Nah last video utk tatapan uols..


Short and sweet vacation despite jutaan rupiah dikeluarkan.. Hihi.  Ke mana kita for next Anniversary?? Wallahuรกlam. As to date, belum book mane2 tiket lagi.. Hihi.. 

Nak tau berapa byk keluar sepanjang Day 3&4 ni, here you goes..

Total Lost ~ IDR2.041.000
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Basikal - IDR75.000 (24hours 3 seater)
Lunch - IDR120.000 (x2) 
Sate - IDR145.000
Sasaku - IDR813.000
Amelia - IDR105.000

Spec at Villa Hantu - IDR60.000
Pringles at Scallywags - IDR35.000
Cidomo - IDR350.000 (2trip)
Ombak Sunset Dinner - IDR218.000

Kesimpulannya, untuk percutian 4H3M kami selamat "melabur" lebih kurang IDR 15mil (~RM4.2k) for 3 pax. 

Makan ~ RM350
Penginapan ~ RM770
Flight ~ RM1350
Tour Guide ~ RM1050
Others ~ RM680

Obviously over our budget๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’

Actually uols can have lower than this depending on your plan n budget la. Kami banyak yang beli adhoc je xde dalam plan, tu yang over spent. Sampai kena draw duit kat sana.. Huhu..

So kalau uols nak budget trip, merancanglah dan banyakkan membaca dan survey. Kami mmg xsempat nak buat semua tu. Sudahnya terlebih spending. Balik Malaysia ada tinggal balance dlm RM100 je lepas change from rupiah..Hihi..

But, pengalaman dan memories yang penting kan.

So, whatever it is we enjoyed there even cuma 4H3M..

So u should have your too...

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, August 1, 2018

Scallywags Resort Gili Trawangan, Lombok

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan

Eh, tetiba?! 
Maklumlah, bulan Ogos kan sinonim dengan bulan Merdeka kan. Ok la tu. 

Nak perabih cerita hat ke Lombok aritu aih, penat dah nak menulis ni. So, this might be my 2nd last review for Lombok trip yer. 

Our last night in Lombok masa #7thAnniversaryLombok2018 lepas, we took a night stay di Scallywags Resort, Gili Trawangan. This time around, #ZahrahVisitLombok area pulau pulak, tapi semalam jela..

Janji dah sampai kan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Uruskan utk check in. Since bilik belum ready, layan welcome drink dgn Pringles dulu la.. 

As we know ramai pelancong yang datang ke Gili ni especially foreigners. So, most of resorts yang kat tepi pantai ni lebih ramai foreigners, dan harga utk resort belah tepi laut ni agak mahal sikit berbanding yang bahagian dalam. Tapi walaupun iols bukan foreigner, iols tetap pilih resort tepi pantai sebab malas nak menapak ke resort bahagian dalam. Kalau rajin, uols boleh survey lagi, byk je yang murah2 belah dalam2 yang jauh dari jeti. Iols pemalas! ๐Ÿ˜… ๐Ÿ˜… ๐Ÿ˜… 

Well, kat Gili memang transportation either ๐Ÿ, ๐Ÿšฒ or Cidomo (๐Ÿด). Mengikut kata Adi, kat sana diorg buat konsep sama rata, yang kaya tak perlu tunjuk kaya dgn pakai kereta mewah dsb, so semua sama je transport. Lagipun jalan kat sana kecik and berlubang2. So rather than naik tu semua, baik jalan kaki kan.. Konon nak exercise semampu boleh. Bukan tak suka naik tu, tapi iols terpaksa "memanjakan" diri yang tak boleh nak terlalu "berkeras" dengan badan iols. Nak naik Cidomo pun terhentak2 badan tu iols dah risau. Naik basikal memang tak la time tu, sebab x selesa utk kondisi badan (jgn salah anggap yer, bukan x suka naik, tapi nak kurangkan risiko je)..

Maklumlah kan (u know what I meant??)
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kuda yang gagah dan gigih membawa kami yang comeyyy

Harga Cidomo. Nampak tak?
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

2trip = IDR350.000 utk satu cidomo

Well, kuda ni dia main langgar je tau segala apa yang dia lalui, so it's depending on how driver bagi arahan kat Cidomo ni. Lupa dah mcm mane driver buat kalau nak suruh slow or berhenti. Even lopak pun kadang2 dia harung je, so dpt bayangkan lah kan kelompatan duduk dlm tu. Mengucap panjang la dlm tu.. Hihi.. 

So back to this resort, kalau x silap ada 2 tingkat je resort ni, and kami dpt tingkat bawah. Alhamdulillah. Senang nk bergerak sebab semalaman je kan. Nak ke pool pun dekat je. Tmpt makan pun kat area pool tu..

But..
This resort not so Shariah compliance.

Why??
1. Byk arak dlm fridge dia๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„

See! Penuh kan?? Kalau minum confirm kena charge dan dapat dosa! So, jauhi arak! 

2. Breakfast ada non-halal food๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Ni je yang lalu nak makan dengan minum air.. Hehe.. 

Memang dh cakap siap2 dgn Zahrah jangan buka peti ais.. Harooommm.. Nasib baik dia faham ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Time breakfast tu baru tau ada non-halal food sbb staff situ bagitau. Dia tutup siap2 mknn tu (letak pun kt hujung meja) and bagitau ktorg diorg masak asing utk those non-halal food.

So, kita tawakal jela yang mampu. Mkn pun sikit je.. Huhu..

Pool ok, macam biasa #ZahrahNurIman memang pantang nmpk pool kan, so memanjang ajak ke pool. Ayah dia layan kan jela. Ibu duduk tepi je, bukan "peminat air" kan. So tengok jela org berenang. Mmg x ramai org time tu, so diorg berdua conquer pool la. Foreigners and other pelancong ramai pergi snorkeling kat laut I think, sebab tu diorg tak mandi pool. Tapi Zahrah tak suka air masin, so mandi pool jela๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Harga semalam (include breakfast x2) = RM230 (~IDR820.000)

Ni harga Agoda yer. Pandai2 lah uols survey. My tips, booked awal yang free cancellation (mahal sikit rate dia). Rajin check waktu2 lain guna other platform (Trivago kan ada!), so kalau jumpa yg lagi murah, booked yg lesser price la.. Hihi.. 

Bilik quite comfortable for 3 of us.
Toilet pun ok.

Takde balkoni, just tingkap yang nmpk pokok je.. Huhu

TV pun x byk Channel, masuk bilik terus zzzz... 

Zahrah tertarik dgn botol air dia, tapi idok ler dapat. Kena bayo kannnn... 

Katil muat tido bertiga. Kalau uols kuruih2 boleh muat empat gamaknya๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Semua tak ambil/guna kecuali heater utk masak air je. Dgn mineral water, tu pun check dulu charge lain ke tak.. Kalau complimentary, baru amek yer uols๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

OK la kot, sebab duduk semalaman je so nak cerita lebih takde lah. 

Sekian dulu... 

xoxo, 
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...