As-salam semua!!
Berjumpa lagi kita setelah sebulan menyepi..kihkih..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan mei kan..sekejap je rasa masa berlalu skrg ni..huhu..
Alhamdulillah..
Sekarang ni tengah weekend yang panjang sempena cuti hari buruh esok kan. Kami pun since khamis dah cuti sebab ada AGM di office, so semua di HQ kena cuti utk elakkan heavy traffic time meeting. So, kite amek cuti lagi sehari, dapatlah cuti sampai isnin,and balik kampung!! Lama th dah dekat 3bulan tak balik kampung, so, gunakanlah masa yang ada sebaiknya :-)
Cuti2 panjang ni biasalah kan..kita pun planpercutian dengan family. Tapi, sy bukan nak cerita sekarang, kemudian bila berkesempatan I cerita yer..
Sekarang ni, ibu zahrah nak cerita pasal cerita yg dah tertunggak sebulan..cerita time honeymoon bulan lepas..sementara masih ingat ni baik cerita kan, kalau x mmg tak ingat dh la nak throwback bagai..hahha..
So, ingat lagi cerita Part 1 aritu?
Kalau tak ingat boleh ke sini yer :-)
Sambungannya kisah diresort pulak, iaitu di Alunan Beach Resort, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Since check in time jam 2pm, kami takdelah ambil bot trip awal pagi kul9am dari Jeti Kuala Besut tu. Lebih kurang kul10am check out dari Tune Hotel terus ke airport utk breakfast and ambil transfer boat Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian. Nak ke jeti dari airport Kota Bharu pun dalam sejam, sampai jeti, kena tunggu pulak feri sampai. At last dekat kul2ptg jugak baru sampai.
So, lets check it out gambar jela yer :-)
Ambil feel katanya..org kepenatan dalam boat setengah jam, terus serbu air, dia serbu kerusi :-) |
View laut dari lobi resort. Nice view and ofcourse tenang!! |
View resort dari persisiran pantai. Hotel di atas bukit, memang mendaki jela setiap kali nak balik bilik. Almost 100 anak tangga jugak la setiap satu trip. Pengsan..haha |
View di balkoni..malam2 takut gak la nak lepak sini sebab sebelah hutan kan. Siang je naik ke balkoni ni, tu pun sbb nak ambil gambar..kihkih |
View dari balkoni ke lautan luas nan hijau. Sebelah tu balkoni bilik sebelah. Gayat jugak la kat atas ni sebab lebih kurang kat tgkt 3 la bilik ktorg ni. |
View dalam bilik area katil and tv. Sebelah pintu tertutup tu toilet, tapi xde gambar toilet..tak kuasa nak ambil gambar toilet :-p |
Rak instant biskut2 and fridge.. |
Rak tuala dan lain2. Memang style alunan ni takde almari, semua pakai rak je. Letak bawah tangga semua rak2 ni.. |
Sinki kat luar uolss. Dala toilet mmg xde sinki. Lain macam style dia..haha |
Ni tangga nak ke balkoni. Macam biasa I mmg gayat nak naik tangga ni. Bukan setakat nampak bawah, jenis kayu tu rasa tak stable je. Tinggi pulak tu. Adoi!! |
Excited dapat pakai baju "taekwando" katanya..tapi gedoboh bagai..haha.. |
So, begitulah sedikit view dalam bilik resort tu. Mmg still baru lagi resort tu, intercom pun belum ada lagi, kalau nak apa2 kena turun lobi. Cer bayangkan, kena mendaki lagi..pancit ayah zahrah..haha..
Petang 12-Mac-2016 tu, tak tau nak makan apa, rasa macam tak boleh nak makan kat resort, mahal kot! So, en.suami plan nak ke kampung laut, seberang laut dari resort kami ni. Ikutkan kata receptionist resort ni, dekat kalau nak jalan ikut track dalam hutan tu, dalam 15min boleh sampai, so, en.suami pun mulakanlah perjalanan sementara ibu dan zahrah main2 tepi pantai..
Tetiba!!
Tak sampai 5minit, Husband dah balik berpeluh-peluh..haha.. cepat sgt kan? Rupanya dia dah pancit tak larat nak mendaki lagi dlm hutan..kihkihkih. Rupanya jalan nak ke kampung tu memang berbukit-bukit..kalau ibu zahrah mmg tak mampu la kan. So, at last kami sama2 naik bot je ke kampung sebelah. Naik boat taxi rm5 sorang je..senang :-)
Nanti kita sambung cerita jalan2 lagi yer.
Panjang sangat dah entry ni..haha
Daaaa...
xoxo,
Ibu Zahrah