Tuesday, March 15, 2016

5th Anniversary at Pulau!! ** Part 1 **

As-Salam semua..
Apa khabarrrrr!! Haluuuuu!!
Lama kan tak jumpa? Sebulan ibu Zahrah ni tak bersiaran..busy manjang sebulan dua ni kan..nak buat mcm mane..hihi..

Btw, banyak nak cerita, cumanya masa tak mengizinkan untuk berkongsi cerita2 kami..since skrg ni tgh cuti sekolah (eh eh..Ada kaitan ke dgn I..macam takde je..haha).. Sebenarnya sekarang ni weols baru balik dari bercuti..since tahun baru cuti pun dah update, so bolehlah iols plan cuti utk family tersayang..horrehhhh!! Nak tau ke mana kami pergi bercuti tak? Jeng Jeng Jeng!!!!!

Here we go!!

Best tak? Best tak? Lama sangat tak ke Pantai Timur, kalau xsilap 3/4 tahun lepas last pergi sana time tu Zahrah Nur Iman kecik lagi.. So, kali ni pergi konon2nya nak honeymoon la bawak anak sekali..semperna anniversary kami yang ke-5 hihi..

Ceritanya, hari Jumaat 11-03-2016 kami bergerak ke Kota Bharu naik MAS.. Dramatik sgt flight kami ke KB pagi tu.. Flight jam 7.50pagi, since 5pagi dah keluar dari rumah ke KLIA, breakfast pun kat airport je..makan A&W pagi2.. Otw nak ke balai pelepasan tu punyalah susah sbb lalu byk kedai..puas memujuk Zahrah.. Nasib baik Zahrah termakan pujuk, so, kita amek gambar jela :-p



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8.05pagi, flight berlepas, full house jugak la flight pagi tu..tua muda kanak2 semua ada.. Cuaca sgt baik sepanjang perjalanan sampailah ke KB, awan kepul2 dan flight gegar sikit2 jela.. Tapi, 2x pilot nak landing kt KB tak boleh sbb awan sgt rendah dan railway tak nampak..huhu.. Tetiba je flight mcm vrooommn naik balik and tgk kat "flight info" rupanya dah otw patah balik.. Uwaaaa..


Air turn back!! That time, mmg nervous la..takut jugak la kan..zahrah pun bila tgk flight fly rendah atas laut, menangis ckp "jangan la turun kt laut..adik takut" huhu..ibu dia lagi la takut.. So, otw balik KLIA tu dah ckp kat ayah Zahrah, cancel jela cuti..tak sedap dah nak berjalan..kita balik kampung jela sbb dh amek cuti kan..time tu Zahrah dah mengantuk sgt dari kul5 tak tidur..smpi klia je, kejutkan dia ckp dh sampai tp tak jadi pergi pulau.. Menangis!! Nak pergi pulau!! Aduh, pujuklah ckp kita blk rumah tokmak..baru nak, tp dgn syarat nk balik lama2..haha..


Tunggu punya tunggu nk keluar dr flight, tak dpt2 keluar..rupanya!! Diorg benti nk isi minyak je..lepas tu fly back to KB.. Ok, fine..nervous balik nk naik flight :-( tapi tawakal to Allah semoga perjalanan dan percutian kami dipermudahkan dan dilindungi-Nya.. InshaaAllah :-)

Alhamdulillah lebih kurang kul 11.40am sampai KB and terus ke hotel. Kami booked Tune Hotel utk semalam je..sementara nak ke pulau esoknya.. Utk sehari semalam tu, kami sewa kereta i10 dalam rm115 sehari.. So, dapatlah nak berjalan sekejap kat Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh.. Jalan2 kat Pacific Mall sebelah Tune Hotel tu dapatlah Zahrah pau ibu dia sepasang kasut (lagi) :-)) 

Sehari di KB pokai jugaklah kan..hihi..jalan2 kat Pasar Siti Khadijah pun tak boleh lama2 sebab nnt lagi teruk pokainya..plus, kat situ agak panas, zahrah dah merah2 muka, ayah ibu dia dah peluh2 badan..so, tangkap 2-3pasang kain ela je.. Pergi Wakaf Che Yeh pulak, jumpa skirt yg Zahrah idam2kan..sampai 2helai dia beli, tu pun nak 3 Ibu dia tak bagi..haha.. Pastu, jumpa pulak telekung budak..murah, beli jela utk Zahrah..Dr aritu nak telekung putih so beli jela..i kan tak sampai hati kalau anak minta..hihi ;-)

Keesokan hari, Sabtu 12-03-2016 is our 5th Anniversary.. Alhamdulillah..masih lagi bersama selama 5thn, dan semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami dan memanjangkan serta merahmati hubungan dan kasih sayang kami suami isteri bersama anak(anak) InshaaAllah.. Pagi2 tu check-out tune hotel terus ke airport.. Berangan nak makan nasi dagang or nasi kerabu tapi xde pulak jumpa kedai2 yg menarik, so makan nasi berlauk biasa jela.. Lebih kurang pukul 11 pagi kami ambil teksi ke Jeti Kuala Besut dari airport..peramah betul pakcik teksi tu bercerita..layankan jela, seronok jugak kan berborak dari diam seribu bahasa.. Setengah jam kemudian (lebih kurang la) sampai travel agency yg resort kat pulau sediakan.. TransHoliday provides macam2 servis, antaranya boat transfer, mini bus, etc. Around 12.40 petang baru dapat naik bot.. Mula2 bdk kecik Zahrah ni excited tapi bila dgr bunyi enjin bot terus nangis tak nak naik..terpaksalah dukung..huhu.. Dalam bot pun masih menangis sampailah dapat safety jacket, baru senyap..sebab dah lama dia nak pakai jaket tu..pelik tak? Haha..



Almost sejam jugak atas bot sebelum sampai ke resort kami.. Sebab penumpang nak pergi lain2 resort kan, so, kena singgah satu2 jeti la..yang tak tahan siap ada boat stop, bukan bus stop yer ;-).. Mula2 gelakkan Org sebab kena drop kat boat stop, sekali kami pun sama..kihkih.. 



Sebabnya, takde jeti berdekatan dengan resort kami, so kena berhenti kat boat stop yg ada depan resort..mula2 cuak gak, tapi seronok gak..dpt mengatasi fobia air yg ada pd diriku ini..hihi..tunggu 5minit sampailah boat kecik amek kami.. Bot ni tak laju pun tapi sebab kecik tu yg gayat tu, naik 6org termasuk "driver" and 2 penumpang lain.. Yang pasti, kaki Ku basah saat keluar dr boat nak ke Pantai..haha.. Alhamdulillah, syukur selamat sampai ke resort.. Nak tau kami duduk mana?

Tadaaaaa!!!



Alunan Beach Resort!!
PULAU PERHENTIAN, THERE WE WENT!!

Nak tau cerita lanjut di Pulau Perhentian???
Nahhhh..tungguuuuu!!!

Sekian cerita untuk kali ni yer..

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...