Saturday, February 21, 2015

Cuti!! Cuti!! Happy Family!!

As-salam semua!!
Salam CNY pada semua yang menyambut :-)

Alhamdulillah..puas bercuti kali ni..dari hari Rabu (actually terpaksa start hari Selasa sebab amek EL gara2 sakit kepala sebab bendera merah..hihi) sampailah Ahad.. Puas..puas..puas!!

Well, cuti kali ni weols balik Johor..sebab dah 2bulan tak balik, so cuti panjang ni kita baliklah yer.. Semua adik-beradik pun balik..so, dapat lah jumpa semua..anak buah yang 11 orang pun berkumpul..macam tongkang pecah rumah tokmak-tokbah dibuatnya..haha

Jom intai sikit aktiviti balik kampung kali ni...

Anniversary Abah & Mak ke-44
Alhamdulillah..berkesempatan menyambut hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah.. Tanggal 19/02/1971 mereka diijabkabulkan, dan dikurniakan 6org anak, dengan kehadiran 4menantu dan 11cucu.. Tak kurang besar, tak kurang kecil pokai jugak la kalau time raya hihi.. Just beli kek SR and ayam KFC je makan ramai2..
 

Alhamdulillah..

Pre-preparation Raya
Over tak? Haha.. Alang2 dah balik kampung ni, ktorg singgah la kedai2 kain kat bandar kota, mostly kedai2 tu owned by philipinos.. Jumpa satu kedai, jumpa yang dicari..settled!! Dapatlah tangkap sepasang kain baju melayu ayah Zahrah, sepasang kain dress Zahrah, and dua pasang kain ibu Zahrah.. Over tak??? Mestilah tak..

Jalan2 Tanjung Balau
Well, rumah dah dekat dengan pantai..wajiblah melawat pantai.. Tapi, ramainya la orang..yang paling ramai orang asing..huhu.. Siap ada yang mabuk2 macam nak gaduh.. Nampak haru-biru je pantai tu, ktorg terus gerak balik..malas nak layan!!

Begitulah cerita weekend dan cuti 1TM kali ni sempena CNY.. Great holiday with great family!!

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, February 15, 2015

Weekend Wonder! Antara Sukan dan Makan!!

As-salam semua!!
Alhamdulillah..berjumpa lagi kita dihujung minggu ni.. Amacam weekend? Busy? Plan full ke? We-ols weekend ni ada aktiviti lain daripada yang lain.. Nak tau apa?

Tadaaa!!!


We-ols pergi tengok bola kat stadium uols!! Happening la tgk bola kat stadium dari tgk kat rumah.. Sebabnya kalau kat rumah, i sorang je yang jerit2 stress, tapi bila kat stadium, ribuan yang bagi sokong..tak kisah penyokong dari pasukan mana kan..jangan gaduh2 sudah..setakat boo sana boo sini tu ok lagi kan.. Tapi yang tak tahan, referee kena booooooo!! Haha😂

JOM LAYAN GAMBAR JE!!



Hoyyeh!! Meriah dia mmg lain dari tgk kat rumah. Since khamis malam jumaat lepas kita dapat perkhabaran berita sedih pemergian ke Rahmatullah TGNA dan pengulas sukan yang dikenali ramai, diawal perlawanan ada seketika saat bertafakur selama seminit, diikuti ketiadaan sebarang chanting semasa perlawanan.. Tapi still kedengaran paulan (betul ke penjodoh bilangan ni..haha) gendang kedengaran saYup2.. And 20min sebelum perlawanan akhir baru ada chanting😊

 Begitulah cerita weekend..alkisah tengok bola.. Lebih kearah Sukan la we-ols sabtu lepas.. Tak pernah2 pergi stadium..semalam la first time pergi stadium tgk JDT punya game.. Puas hAti walaupun kaLah, puas hati walaupun tak nampak sgt player2 tu..haha..

OK Lah..sekian ceritA sukan minggu ini yer..
CERITA MAKAN AKAN DISAMBUNG KEMUDIAN😁

Mintak hampun..dah malam tak dan nak tulis and edit2 gambAr lagi..

SO, uOLS tUnggu jela yer next entry..
Jangan marahhhhhhh!!!!

Daaaaa...

xOXO,
Ibu Zahrah

Monday, February 2, 2015

Checklist!! First Checked and Unchecked Lists ;-)

As-salam semua!! Happy holiday!!
Best betul cuti lama kan..hihi.. Selalunya cuti 2hari rasa sekejap je..tp dis week dpt extra 2hari cutu..yeay!!

Since semalam wilayah cuti (ganti), dapatlah kami settlekan urusan untuk permohonan Visa.. Hah, nak tau tak visa utk apa?? Cer teka..cer teka.. Sebelum kita rungkaikan urusan Visa bagi tujuan apa, jom kita buat checklist apa yang kena ada dulu :-D

[ CHECKED ] Passport Antarabangsa - 22/01/2015

[ CHECKED ] 4x Gambar (background putih) - 02/02/2015

[ CHECKED ] Meningitis Vaccine - 02/02/2015

[ CHECKED ] Salinan Sijil Nikah - pending Wisma Putra

[ CHECKED ] Salinan Surat Beranak - pending Wisma Putra

Ahha, dapat teka tak?
Tepat sekali!!

InshaaAllah..cuti sekolah bulan Mei-Jun 2015 kami sekeluarga akan menunaikan ibadah umrah.. Kami 12org termasuk mak, abah, adik beradik kecuali angah, pasangan masing2 kecuali kak ani, serta dua2 anak along dan juga Zahrah akan menziarah "rumahNya" serta menunaikan ibadah umrah..

Semoga niat kami ingin kesana dimakbulkan dan dipermudahkan oleh-Nya..
Amin.

Berbalik kepada list diatas, actually kami nak settlekan awal sebab nak kena handover ke family kat kampung utk kumpul & serahkan pada Travel Agency.. By April 2015 (40hari sebelum tarikh), kena settlekan doc, so, bila dah settle awal ni, akan datang 2-3 bulan sebelum masanya tiba, boleh la kita prepare yang lain2 pulak..

Btw, checklist tu depends on individu.. Untuk ayah Zahrah, just perlukan passport, gambar dan vaksin.. Untuk ibu Zahrah, ada tambahan salinan sijil nikah untuk pastikan mahram.. Manakala untuk Zahrah, tambahan kena ada salinan sijil lahir.. Both salinans kena sahkan by Jabatan Agama Islam Negeri (JAIx) dan Wisma Putra, serta Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Wisma Putra. Jangan lupa bawak sijil asal yer utk sahkan tu..

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan visa, mungkin ada boleh review kat sini yer.. Rasanya mana2 travel agency pun akan maklumkan benda yang sama :-)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
Maksudnya:

"daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w., Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu."

"Umrah itu kirafah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang dilakukan diantaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga."


Kawan2 readers semua doakan kami yer..
Semoga visa kami diluluskan..
Semoga urusan kami dipermudahkan..
InshaaAllah.. Amin..

Ya Allah.. Ya Rabb..
Terimalah kami sebagai tetamu-Mu Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..
Kau makbulkanlah permintaan & niat kami.. Amin..

Assalamualaikum....

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, February 1, 2015

[ RESEPI ] Cheesekut in da House

As-salam mommies!! Happy weekend!!
Salam Februari 2015 semua.. Alhamdulillah..masih berkesempatan utk kita berjumpa lagi..

Dah masak ke ibu2 semua?? Ibu zahrah belum start masak lagi..haha..kul12 kang baru kita start yer..ayam keras lagi dalam sinki tu..hikhik..
Sebenarnya nak berehat jap sebab baru lepas buat ** Cheesekut ** lepas breakfast tadi.. Sat ni nak amek nafas sikit sebelum berperang kat dapur lagi..hihi

Jom layan sikit cheesekut made by ibu Zahrah ni..
 
Okeh, ni bahan2 yang diperlukan..

1. Sebungkus cream cheese Philadelphia..
2. Setengah tin (atau 3/4 tin kalau suka manis) susu pekat..
3. Susu dutchlady fullcream 3-4 sudu besar..
4. Biskut luxury original..
5. Biskut oreo (tanpa krim)..
 
Camno nak buek tuh?
Sonang yo..

1st layer - biskut luxury ori rendam susu dutchlady 1saat..susun je..
2nd layer - cream cheese philadepxx ape tah nak eja susah..blend dgn susu dutch lady 3-4sudu besar, susu pekat 1/2tin
3rd layer - biskut oreo, buang cream, blend smpi haluuussss

Pastu ulang je susun ikut layer dlm bekas. Atas sekali oreo.
Siap!!! Simpan dalam petiais beberapa jam sebelum makan.. Baru lagi yummmyyyyhh!!

Terima kasih pada Namee Roslan atas resepi yang dikongsikan.. Arigato!!

Selamat mencuba!!
Daaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...